Jumaat, 30 Oktober 2009

Hukum Tajwid ( Nun Mati dan Tanuwim)

Izhar Halqi
Izhar dari sudut bahasa bermaksud terang dan jelas. Ulamak Qurra
mendifinasikan izhar dengan mengeluarkan huruf yang diizharkan iaitu huruf
nun sakinah atau tanwin dari makhrajnya secara terang dan jelas tanpa dengung
yang sempurna. Dalam sebutan yang jelas itu mestilah tidak terputus dengan
huruf selepasnya atau berlaku saktah pada huruf yang diizharkan.
Justeru panamaan izhar adalah kerana nun sakinah dan tanwin yang berjumpa
dengan huruf halqi disebut dan dibaca dengan begitu jelas tanpa idgham atau
ikhfaÊ. Penamaan halqi pula ialah kerana enam huruf yang berjumpa dengan nun
sakinah atau tanwin itu makhrajnya adalah di halqum.
Huruf-huruf izhar halqi ialah hamzah, ha, Âain, ha, ghain dan kha.
Al-ÂAllamah al-Jamzuri menyatakan dalam rangkap syairnya ketika menyatakan
tentang hukum nun sakinah dan tanwin seperti berikut:
للنون ان تسكن وللتنوين
اربع أحكام فخذ تبيينى
فالاول اظهر قبل احروف
لخلق ست رتبت فلتعريف
همز فهاءثم عين حاء
مهمتان ثم عين خاء
Maksudnya: Bagi nun sakinah dan tanwin mempunyai empat hukum dan
ambillah keteranganku ini. Yang pertamanya ialah izhar iaitu apabila berjumpa
dengan enam huruf halqi dan susunanya hendaklah kamu tahu. Hamzah dan ha,
kemudian Âain dan ha dan seterusnya ghain dan khaÊ. Jelasnya disini ialah
apabila salah satu enam huruf halqi berada selepas huruf nun sakinah samada
6.
Kha خ
5.
Ghain غ
4.
Ha ح
3.
‘Ain ع
2.
Ha ه
1.
Hamzah ء
IZHAR HALQI
64 􀁘 TOPIK 4 HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN
dalam satu kalimah atau dua kalimah dan tanwin mestilah dalam dua kalimah
maka ketika itu wajiblah dibaca nun atau tanwin tersebut dengan izhar.
Sebab nun sakinah dan tanwin dibaca dengan izhar ialah kerana kedua-dua
makhraj nun sakinah dan tanwin iaitu di hujung lidah adalah jauh dengan
makhraj enam huruf-hurufnya yang keluar dari halqum. Igham hanya berlaku
jika dua makhraj berhampiran justeru di sini kejauhan makhraj menyebabkan ia
berlaku izhar.
Selain itu nun sakinah dan tanwin mempunyai makhraj yang mudah untuk
dibaca dan dikeluarkan tetapi enam huruf halqi pula adalah antara huruf-huruf
yang susah untuk dibaca. Perkara ini menyebabkan terdapat perbezaan antara
dua situasi dan ini menjadikan ia tidak layak untuk diikhfaÊkan sebagaimana ia
juga tidak boleh diidghamkan.
Contoh-contoh hukum nun sakinah atau tanwin berjumpa enam huruf halqi
adalah seperti berikut:
Bil Huruf Contoh
1. Hamzah : كتاب أنزلناه

2. Ha : من هاجر

3. ÂAin : خلق الانسان من علق

4. Ha : ينحتون

5. Ghain : من غسلين

6. Kha : من خشي الرحمن

Rabu, 28 Oktober 2009

Perjumpaan j-QAF Ke 2 Zon Pahang Barat

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL ,
IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ATURCARA MAJLIS PERJUMPAAN j-QAF 2009KALI KEDUA BAGI DAERAH BENTONG,RAUB, KUALA LIPIS , JERANTUT, TEMERLOH DAN BERA.

PADA 14 November 2009 ( SABTU )
TEMPAT : Dewan mesyuarat PPD Bentong




8.00 – 8.30 pagi - Pendaftaran Peserta j-QAF 09

8.30 – 9.00 pagi - Taklimat oleh Penyelaras j-QAF

9.00 - 10.00 pagi - Dialog Sesi 1.

10.00 – 10.30 pagi - Minum Pagi.

10.30 – 11.30 pagi - Kuliah ( Tajukan : Pengurusan Sekolah )
11.30 – 12.30 pagi – Kuliah ( Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Jawi) oleh Ustaz Tajuddin Bin Awang Merah dari SK Teruntum, Kuantan.

12.30 – 2.00 petang - Rehat , Makan Tengahari dan Solat

2.00 – 4.30 petang - Kuliah ( Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Jawi ) oleh Ustaz Tajuddin Bin Awang Merah dari SK Teruntum, Kuantan.

4.30 - 5.00 petang - Minum Petang dan Bersurai.

Kursus Dalam cuti sesi November -Desember 2009

Dimaklumkan bahawa kursus dalam cuti sesi tersebut akan bermula pada 23 November 2009 dan tamat pada 24 Disember2009, bertempat di IPGM kampus Tengku Ampuan Afzan Pahang.

Penginapan di asrama di IPGMTAA akan disediakan sepanjang tempoh kursus, Anda dikehendaki mendaftarkan diri di bilik gerakan Asrama pada 22 November 2009 jam 12.30 tgh hingga 4.30 petang.

Anda dikehendaki membawa segala keperluan harian peribadi dan buku rujukan yang berkaitan.

sekian terima kasih

Jamaluddin Adam
Penyelaras j-QAF
IPGMTAA

Hukum Tajwid ( Nun Mati dan Tanuwim

HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN
Hukum nun sakinah adalah hukum yang selalu dijumpai dalam setiap ayat al-
Quran. Bentuk bacaan hukum nun sakinah berlaku di antara izhar, idgham,
iqlab dan ikhfa’. Kesemua bentuk bacaan ini adalah berbeza. Apakah anda
telah menguasai hukum-hukum tersebut? Fikirkan.
4.1.1 Takrifan Nun Sakinah dan Perbezaannya
dengan Tanwin
Nun sakinah ialah nun yang tidak ada baris dan ia kekal sebagai sebutan dan
juga tulisan. Hal ini kekal samada ketika menyambung bacaan atau ketika waqaf.
Nun sakinah wujud pada kata nama, kata kerja atau pada katasendi. Kedudukan
nun sakinah ini berlaku di pertengahan kalimah atau di hujung kalimah.
Tanwin ialah nun sakinah yang bersifat zaidah dan tidak berperanan sabagai
taukid. Ia berada di hujung katanama dan digunakan ketika wasal (menyambung
bacaan) tetapi tidak wujud ketika waqaf dan pada tulisan.

Alamat tanda tanwin terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Dua tanda baris di atas.
2. Dua tanda baris di bawah dan
3. Dua tanda baris di hadapan.
Hukumnya pula ketika waqaf ialah ditukarkan dua baris diatas kepada alif
secara mutlak kecuali jika sekiranya ia berada pada ha taÊnith seperti firman
Allah swt di dalam surah al-Isra: 87 الا رحمة من ربك ketika
waqaf pada kalimah رحمة ia waqaf dengan huruf ha dengan tanpa tanwin. Jika
sekiranya baris dua hadapan atau baris dua di bawah ketika ia dibaca dengan
menghazaf tanwin dan waqaf dengan sukun sahaja.
Perbezaan Nun Sakinah dengan Tanwin
Takrifan yang dikemukakan bagi nun sakinah dan tanwin dapat disimpulkan
bahawa terdapat beberapa perbezaan antara keduanya. Perbezaan tersebut
adalah seperti berikut:

1. Nun sakinah adalah huruf asli di kalangan huruf-huruf hijaiyyah dan
kadang-kadang ia adalah zaidah manakala tanwin pula adalah zaidah.
2. Nun sakinah tetap kekal samada pada lafaz atau pada tulisan tetapi tanwin
hanya kekal atau wujud ketika membacanya tidak pada tulisan.
3. Nun sakinah berada pada ketika wasal dan waqaf dan tanwin hanya wujud
ketika wasal sahaja dan tidak ada ketika waqaf.
3.
Dua tanda baris di
depan :
2.
Dua tanda baris di
bawah :
1.
Dua tanda baris di
atas :
Alamat Tanwin

HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN

4. Nun sakinah berada pada katanama, katakerja dan kata sendi tetapi tanwin
hanya wujud pada katanama sahaja.
5. Nun sakinah berada pada pertengahan kalimah dan juga pada akhir
kalimah manakala tanwin hanya wujud pada akhir kalimah sahaja.
Perbezaan yang tersebut di atas adalah terkecuali dari nun taukid khafifah yang
terdapat dua tempat di dalam Quran:
Pertama di dalam surah Yusuf: 32 وليكونا من الصاغرين
Kedua di dalam surah al-ÂAlaq:15 كلا لئن لم ينته لنسفعا بالناصية
Dua contoh tersebut nun sakinah dianggap seakan-akan tanwin tetapi bukan
tanwin.
Setelah mengetahui makna nun sakinah dan tanwin serta perbezaanya
seterusnya akan dijelaskan hukum yang berlaku jika sekiranya nun sakinah atau
tanwin berjumpa dengan huruf hijaiyyah. Ulamak bersepakat mengatakan
bahawa hukum nun sakinah ini terbahagi kepada lima iaitu Izhar Halqi, Idgham
Bi Ghunnah, Idgham bila Ghunnha, Ikhfa Haqiqi dan Iqlab.
Penjelasan setiap hukum nun sakinah tersebut adalah seperti berikut:
5.
Iqlab
4.
Ikhfa Haqiqi
3.

Ahad, 25 Oktober 2009

Hadis Rasulullah s.a.w

عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْ بَدَا لَكُمْ مُوسَى فَاتَّبَعْتُمُوهُ وَتَرَكْتُمُونِي لَضَلَلْتُمْ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ وَلَوْ كَانَ حَيًّا وَأَدْرَكَ نُبُوَّتِي لَاتَّبَعَنِي. ( الدارمي )

- Dari Jabir, r.a., bahawa - Rasulullah s.a.w., bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya. kalaulah Nabi Musa muncul kepada kamu, lalu kamu mengikutnya dan meninggalkan daku, sudah tentu kamu akan sesat dari jalan yang betul; dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi dan berada dalam masa aku menjadi Nabi, sudah tentu ia menurutku."

(Al-Daarimi)

Hadis ini menerangkan

Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. memansukhkan syariat-syariat yang lain.

Rasul-rasul yang diutus oleh Allah Taala kepada kaum masing-masing banyak bilangannya. Di antaranya ada yang diturunkan kitab kepadanya, seperti Nabi Musa a.s. yang menerima kitab Taurat.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menjelaskan: Bahawa syariat Islam yang dibawanya adalah memansukhkan syariat Rasul-rasul yang telah lalu.
Oleh itu tidak harus bagi sesiapa pun yang ada pada zaman Baginda s.a.w. atau yang datang kemudian - menurut syariat-syariat yang telah mansukh itu, apa lagi agama-agama yang direka oleh manusia sendiri.
Tentang ini Baginda s.a.w. menegaskan, bahawa kalaulah Nabi Musa a.s. tiba-tiba muncul pada zaman Baginda s.a.w., dan ada orang-orang Islam yang menurutnya dengan meninggalkan syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w., nescaya orang itu termasuk dalam golongan yang sesat kerana ia menurut syariat yang telah mansukh pada hal - tegas Baginda s.a.w. - sekiranya Nabi Musa a.s. masih hidup dalam masa kerasulan Baginda s.a.w., nescaya Nabi Musa juga akan menurut syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.
Tidaklah sepatutnya timbul sebarang kemusykilan tentang sesuainya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. , dengan keadaan umat manusia dalam setiap masa, dengan tidak memerlukan sebarang pindaan atau perubahan kerana bila diperhati akan ternyata bahawa Islam adalah berdasarkan kaedah-kaedah umum yang banyak cawangannya, yang dapat menghadapi cabaran-cabaran zaman, - dapat menghakimi kejadian-kejadian yang berlaku dan dapat pula memecahkan masalah-masalah yang timbul dalam masa.

Jelasnya, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah lengkap mengandungi hukum hakam dan cara peraturan meliputi segala bidang hidup, yang menjadikannya sesuai dengan keadaan umat manusia dalam segala zaman dan di mana sahaja mereka berada selagi sifat kemanusiaannya tidak berubah, sehinggakan Nabi Isa a.s. semasa turun pada akhir umur dunia kelak akan melanjutkan dan mengembangkan lagi syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., sebagaimana yang diterangkan dalam hadis yang berikut:

- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا نَزَلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ فَأَمَّكُمْ ،، قَالَ ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ فَأَمَّكُمْ بِكِتَابِ رَبِّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَسُنَّةِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . ( مسلم)

15- Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu ia memimpin kamu dengan menurut kitab Allah al-Qur'an dan Sunnah Nabi kamu"

(Muslim)

Sabtu, 24 Oktober 2009

Hadis Rasulullah s.a.w hari ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., katanya: "Solat lima waktu dan solat dari Jumaat satu ke Jumaat berikutnya, dari Ramadhan ke Ramadhan, adalah sebagai penebus (yakni penebus dosa) antara waktu-waktu kesemuanya itu (yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya), selama dosa-dosa besar dijauhi."

(Riwayat Muslim)

Jumaat, 23 Oktober 2009

Tajwid

Takrifan dan Maksud Sifat Berlawanan dan
Tunggal
Sifat dari sudut bahasa ialah keadaan sesuatu samada dapat dilihat seperti putih,
merah, hitam atau tidak dapat dilihat seperti ilmu, amanah dan sebagainya.
Dalam istilahnya pula sifat bermaksud bentuk-bentuk tertentu yang terdapat
pada huruf ketika menyebutnya seperti angin keluar dari mulut ketika menyebut
huruf mahmusah, qalqalah, istitalah dan sebagainya.
Pengetahuan tentang sifat ini mempunyai beberapa faedah yang tersendiri.
Antara faedah tersebut ialah membezakan sebutan huruf-huruf yang keluar dari
makhraj yang sama. Seperti huruf ta, to dan dal. Ketiga-tiga huruf tersebut
keluar dari makhraj yang sama iaitu hujung lidah dengan gusi gigi atas hadapan.
Justeru yang membezakan sebutan antara to dan ta ialah sifat. Dimana to
mempunyai sifat istitolah, itbaq dan jahr dan ia disebut dengan tebal. Jika sekiranya tiga sifat tersebut tidak wujud paa to sudah tentu tidak ada perbezaan
antara to dengan ta.
Penguasaan sifat huruf juga boleh memperelokkan sebutan huruf yang berbeza
makhraj. Begitu juga ia dapat membezakan huruf yang kuat dengan huruf yang
lemah. Di samping itu proses idgham sesuatu huruf ke dalam huruf yang lain
juga tidak dapat dilakukan jika tidak mengetahui dan memahami bab ini. Secara
umumnya pengetahuan bab ini iaitu sifat huruf menjadi satu jalan untuk
mencapai sebutan huruf dengan lebih sempurna dan memberikan segala
mustahaknya. (menyebut mengikut sifatnya jika huruf bersifat istifal maka ia
disebut dengan nipis)
Ulama Tajwid berbeza pendangan berkaitan dengan bilangan sifat-sifat huruf.
Ibn al-Jazari berpandangan bilangan sifat-sifat huruf ialah 17 sifat. Pandangan ini
telah diterima pakai oleh ulama dan dijelaskan di dalam buku-buku mereka. Al-
Imam al-Syatibi pula berpandangan bilangan sifat huruf ialah sebanyak 16 sifat
dengan menggugurkan sifat sifat al-Izlaq dan al-Ismat, tetapi menambah satu
sifat iaitu al-HawaiÊ. Al-Imam al-FarraÊ pula mengatakan bahawa bilangan sifat
huruf ialah 14 sifat. Ini dengan menggugurkan sifat al-Izlaq, al-Ismat, al-Inhiraf
dan al-Lin, Tetapi menambah sifat al-Ghunnah. Manakala al-Imam Makki bin
Abi Tolib di dalam kitabnya al-RiÊayah berpendapat bahawa sifat huruf ialah
sebanyak 44 sifat.

Sifat Huruf Berlawanan dan Sifat-sifat
Tunggal
Sifat huruf yang berlawanan ialah sepuluh sifat atau dengan kata lain ia terdiri
dari lima pasangan. Takrifan dan huruf-huruf untuk sifat-sifat berlanan yang
tersebut adalah seperti berikut:
Hams diistilahkan sebagai suara lemah menyebut huruf-huruf ini kerana
lemahnya suara berpegang pada makhraj dan ini menyebabkan keluarnya
nafas. Kerana itulah huruf-hurufnya dinamakan mahmusah dan ia
dikumpulkan di dalam rangkaikata فحثه شخص سكت
2. Al-Jahr: Dari sudut bahasa ia bermaksud jelas dan terang. Mengikut al-
Qurra, al-Jahr diistilahkan dengan suara kuat menyebut huruf kerana
kekuatan berpegang kepada makhraj sehingga menahan dari keluarnya
nafas. Huruf-huruf yang tergolong dalam kumpulan ini dipanggil huruf
majhur dan bilanganya ialah selain dari sepuluh huruf-huruf hams.
Perhatian: kekuatan suara berpegang kepada makhraj sehingga menahannya
dari terkeluar nafas ketika menyebutnya adalah faktor utama membezakan
antara huruf hams dengan huruf jahr.
3. Al-Syiddah: dari sudut bahasa ialah kekuatan. Istilahnya pula al-Qurra
menyatakan bahawa kelaziman huruf pada tempatnya kerana kekutan
berpegangnya kepada makhraj sehingga menahannya dari keluar suara.
Huruf-huruf syidah disusun dalam rangkaikata جد قط بكت ia berjumlah
lapan huruf.
Contohnya huruf dal pada kalimah مهتد : Surah al-Hadid : 26.
Dan huruf jim pada kalimah والحج: Surah al-Baqarah : 189.
Jika diperhatikan dua contoh yang lepas, suara tertahan dan tidak berlalu
dengan sempurna. Ini kerana dal dan jim antara huruf-huruf al-Syiddah.
Al-Tawassut bermaksud pertengahan. Ulama QurraÊ mengistilahkan al-
Tawassut ialah huruf-huruf yang mempunyai perantaraan antara sifat al-
Syiddah dan sifat al-Rakhawah. Ia bermaksud suara tertahan ketika
menyebut hurufnya dan sebahagian suara terlepas kerana itulah ia
dinamakan Mutawassat. Huruf-huruf al-Tawassut tersusun di dalam
rangkaikata لن عمر.
Contohnya huruf lam dalam kalimah قل Surah al-Nas: 1. Dan huruf nun
dalam kalimah يكن Surah al-Ikhlas: 4
Dalam dua contoh yang dikemukakan, suara tidak dapat ditahan dengan
sempurna ketika membacanya sebagaimana huruf al-Syiddah dan diwaktu
yang sama suara tidak keluar dengan sempurna seperti huruf-huruf al-
Rakhawah. Tetapi huruf-huruf al-Tawassut keadaannya pertengahan antara
al-Syiddah dan al-Rakhawah.
4. Al-Rakhawah adalah berlawanan dengan maksud al-Syiddah dan juga al-
Tawassut. Ia adalah suatu-satunya sifat yang mempunyai dua lawan.
Berlainan dengan sifit-sifat lain yang hanya mempunyai satu lawan sahaja.
Dari sudut bahasa al-Rakhawah bermaksud lembut. Dan al-QurraÊ
mengistilah al-Rakhawah ialah lemahnya pegangan huruf pada tempatnya
atau makhrajnya sehingga suara keluar bersama sebutan huruf-hurufnya.
Justeru huruf-huruf yang keluar suara bersama dengan sebutannya
dinamakan huruf-huruf al-Rakhawah.
Huruf huruf al-Rakhawah selain dari huruf-huruf al-Syiddah dan al-
Tawassut. Contohnya huruf sin pada firman Allah s.w.t. المسSurah al-
Baqarah : 275 dan huruf faÊ pada firman Allah s.w.t. أف Surah al-Ahqaf : 17.
Dua contoh yang dikemukakan jika diperhatikan, terdapat suara yang jelas
keluar ketika menyebut huruf sin dan faÊ.
5. Al-IstiÊlaÊ dari sudut bahasa ialah terangkat. Manakala dari sudut istilah pula
ialah lidah terangkat ke lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya. Di
waktu yang sama suara juga akan terangkat atau memenuhi ruangan mulut
ketika menyebut hurufnya.
6. Huruf-huruf al-IstiÊlaÊ ini tersusun dalam rangkaikata خص ضغط قظ.
Contohnya ialah huruf qaf di dalam Surah Yunus: 10 iaitu pada kalimah قل قائل
􀇲. dan huruf zaÊ pada surah al-Maidah: 45 iaitu kalimah الظالمون
Jika dilihat kepada dua contoh tersebut, kita mendapati bahawa lidah
terangkat ke lelangit atas ketika menyebut huruf-huruf al-IstiÊlaÊ.
7. Al-Istifal dari sudut bahasa bermaksud merendah. Al-QurraÊ telah
mengistilah al-Istifal sebagai merendahkan lidah dari lelangit atas ketika
menyebut huruf-hurufnya. Dengan sebab itu, suara yang menyebut
hurufnya juga akan merendah. Selain itu perkara yang berlaku juga ialah
huruf-huruf al-Istifal disebut dengan tarqiq (nipis)
Bilangan huruf-huruf al-Istifal ialah sebanyak 22 huruf iaitu selain daripada
huruf-huruf al-IstiÊlaÊ. Contohnya ialah huruf mim pada Surah al-Maidah : 3
iaitu kalimahمخمصة
÷ايكوتيله سمبوغن يغ اكن داتغ

Rabu, 21 Oktober 2009

BERIMAN KEPADA RASUL-RASUL ALLAH A.S.

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w


Berhubung dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , Allah Taala berfirman dalam Surah al-A'raf ayat 158. Memerintahkan Baginda s.a.w. mengisytiharkan dirinya menjadi Rasul yang diutus oleh Allah kepada umat manusia seluruhnya, serta menerangkan bahawa:

(1) Allah sahajalah Tuhan yang mempunyai kuasa mengurus dan mentadbirkan kepentingan-kepentingan dan kebaikan sekalian alam yang diciptakan-Nya.

(2) Allah sahajalah Tuhan yang berhak disembah dan dipatuhi.

(3) Allah jualah yang mengatur cara dan menetapkan masa menghidupkan makhluk-makhluk yang mati dan mematikan yang hidup.

(4) Seluruh umat manusia wajib:

(a) Beriman kepada Allah Tuhan yang demikian sifat-Nya (Esa pada "Uluhiyah"-Nya dan Esa pada "Rububiyyah"Nya)

(b) Beriman kepada Rasulullah s.a.w. nabi yang terkenal dengan sifat Ummi(1), yang beriman kepada Allah dan kepada semua perintah yang terkandung dalam segala kitab yang diturunkan oleh Allah.

(c) Menerima dan menurut hukum hakam dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w.

______________________________

(1) Sifat "Ummi" ialah sifat tidak pandai membaca dan menulis.

Kepada Nabi Muhammad s.a.w. , sifat ini ialah satu di antara sifat-sifat kelebihan yang teristimewa bahkan di antara mukjizat-mukjizat yang membuktikan sahnya dakwaan Baginda s.a.w. menjadi Rasul kerana:

Pertama - Kebolehannya dan kecekapannya membetulkan akidah kepercayaan umatnya yang sesat.

Memperbaiki akhlak mereka yang buruk, dan menyatupadukan puak-puak kaumnya yang bermusuhan, sedang Baginda s.a.w., tidak tahu membaca dan menulis, adalah perkara luar biasa yang tidak pernah dikurniakan Tuhan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya s.a.w.

Kedua - Kebolehan dan kecekapan Baginda s.a.w. menjalankan tugas dan menyampaikan segala yang telah disampaikannya meliputi al-Qur'an dan Hadis, sedang Rasulullah s.a.w. bersifat "Ummi" adalah baka yang nyata yang menunjukkan bahawa Baginda s.a.w. dapat mencapai semuanya itu dengan jalan wahyu semata-mata - sebagai utusan Tuhan

Dan lagi berhubung dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w Baginda sendiri menerangkannya dalam hadis yang berikut:

Perkara : Wajib Beriman Kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dan Agama Islam Yang Dibawanya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ وَلَا نَصْرَانِيٌّ ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ. ( مسلم )

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaanNya. tidak ada seseorang pun dari umat manusia ini sama ada Yahudi atau Nasrani, yang mendengar akan perihalku (menjadi utusan Allah), kemudian ia mati sedang ia tidak beriman dengan (agama Islam) yang aku diutuskan membawanya melainkan menjadilah ia dari ahli neraka". .

(Muslim)

Hadis yang kesebelas ini menerangkan tentang:

Wajib beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam yang dibawanya.

Huraiannya.

Sesiapa jua yang berada pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. atau yang datang kemudian hingga ke hari Qiamat diwajibkan beriman kepada Baginda s.a.w. dan kepada agama Islam yang dibawanya apabila berita kerasulan Baginda s.a.w. sampai kepadanya. Jika tidak maka orang itu dihukumkan kafir dan akan menerima azab seksa neraka disebabkan kekufurannya itu.

Hukum ini meliputi seluruh umat manusia termasuk kaum Yahudi dan Nasrani yang mempunyai kitab Taurat dan Injil.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak harus berdalih untuk tidak menerima agama Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w., dengan sebab mereka ada mempunyai kitab, kerana kitab-kitab mereka kalaulah tidak disebabkan mereka meminda, mengurangi dan menokok-tambahnya, sudah pun mansukh setelah habis masa kegunaannya dengan kedatangan Rasul yang akhir sekali - Nabi Muhammad s.a.w. dan kitab suci al-Qur'an yang dibawanya.

Keistimewaan Nabi Muhammad S.A.W.

عَنْ جَابِر بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ مِنْ الْأَنْبِيَاءِ قبلي …. وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ كَافَّةً. وَفِي رِوَايَةِ أَبِي هُرَيْرَةَ عِنْدَ مُسْلِمٍ (… وَأُرْسِلْتُ إِلَى الْخَلْقِ كَافَّةً ) ( البخاري ومسلم )

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya."

Dan pada satu riwayat Imam Muslim dan Abu Hurairah

(Baginda s.a.w. bersabda): "....sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kedua belas ini mengandungi:

(1) Nabi Muhammad s.a.w. dikurniakan beberapa keistimewaan,

(2) Baginda s.a.w. diutus kepada sekalian makhluk,

Huraiannya:

(1) Keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w.

Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. - sebagaimana yang sedia maklum - ialah Rasul yang akhir sekali, tidak ada Nabi apa lagi Rasul sesudahnya.

Sesuai dengan keadaannya yang demikian, maka Baginda s.a.w. dikurniakan oleh Allah Taala beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan kepada Rasul-rasul sebelumnya.

Agama Allah yang dibawa oleh sekalian Rasul yang diutus silih berganti adalah satu tentang perkara pokoknya, iaitu beriman kepada Allah Yang Maha Esa dan beriman kepada sekalian Rasul-Nya, tetapi hukum syariatnya yang meliputi cabang-cabang dan rantingnya adalah berlainan sedikit antara satu dengan yang lain, sesuai dengan keadaan zaman masing-masing.

Apa yang kita dapati sekarang tentang keadaan yang berlainan antara satu agama dengan yang lain pada masalah pokoknya, maka itu bukanlah dari ajaran Rasul-rasul tetapi disebabkan penyelewengan penganut agama agama itu mengubah asas dan dasarnya dengan tujuan-tujuan yang tertentu.

(2) Nabi Muhammad s.a.w. diutus kepada sekalian makhluk.

Di antara keistimewaan-keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya yang akhir sekali - Nabi Muhammad s.a.w. ialah Baginda s.a.w. diutus kepada sekalian makhluk, meliputi manusia dan jin, juga malaikat dari mula Baginda s.a.w. diutus hingga ke akhir dunia ini.

Ada pun Rasul-rasul yang sebelumnya maka mereka diutus hanya kepada kaum masing-masing. Syariat mereka berjalan kuat kuasanya dalam kalangan kaum mereka semasa hayat mereka; setelah mereka wafat maka syariat mereka dilanjutkan oleh Nabi-nabi yang dibangkitkan dalam kalangan kaumnya untuk memimpin kaum itu. Demikianlah seterusnya hingga Allah Taala mengutuskan seorang Rasul yang lain dengan membawa syariat yang baharu, yang boleh jadi berlainan sedikit dengan syariat Rasul yang telah lalu.

Demikianlah halnya antara satu Rasul dengan yang lain hinggalah kepada Rasul yang akhir sekali Nabi Muhammad s.a.w.

Setelah Baginda s.a.w. wafat, maka syariatnya dilanjutkan dan disebarkan oleh alim ulama Islam yang menjadi waris yang mempusakai ilmu-ilmu yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda S.A.W. Dan Sahabat-Sahabatnya

عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ أَتَاهُ عُمَرُ فَقَالَ إِنَّا نَسْمَعُ أَحَادِيثَ مِنْ يَهُودَ تُعْجِبُنَا أَفَتَرَى أَنْ نَكْتُبَ بَعْضَهَا فَقَالَ أَمُتَهَوِّكُونَ أَنْتُمْ كَمَا تَهَوَّكَتْ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى ؟ لَقَدْ جِئْتُكُمْ بِهَا بَيْضَاءَ نَقِيَّةً وَلَوْ كَانَ مُوسَى حَيًّا مَا وَسِعَهُ إِلَّا اتِّبَاعِي. (الإمام أحمد والبيهقي)

Dari Jabir r.a., dari Nabi s.a.w. (mengenai peristiwa) ketika Umar datang mengadap Baginda s.a.w., lalu berkata "(Ya Rasulullah) kami ada mendengar cerita-cerita dan nasihat pengajaran yang menarik hati dari orang-orang Yahudi, maka bagaimana fikiran - tuan, bolehkah kami menulis sebahagian daripadanya?"(mendengar yang demikian) Baginda s.a.w., bersabda "Adakah kamu merasa ragu dan serba salah ( dalam ajaran agama kamu) sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani yang telah ragu-ragu dan meraba-raba (dalam ajaran agama mereka)? Demi sesungguhnya! Aku telah membawa kepada kamu agama Islam - dengan keadaannya yang jelas nyata dan bersih suci (dari sebarang perkara syirik dan penyelewengan) dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi, (sudah tentu) tidak ada jalan lain baginya selain daripada menurutku."

(Imam Ahmad dan al-Baihaqi)

Hadis yang ketiga belas ini menerangkan:

(1) Rasulullah s.a.w. tempat rujuk sahabat-sahabat Baginda mengenai perkara-perkara agama.

(2) Kesan cerita-cerita yang dibawa oleh kaum Yahudi.

(3) Amaran Baginda s.a.w. supaya orang-orang Islam jangan berkeadaan ragu-ragu dan serba salah dalam soal agama.

(4) Penegasan Baginda s.a.w. bahawa agama Islam yang dibawanya adalah agama yang benar, bersih suci dan jelas nyata.

(5) Ketinggian agama Islam.

Huraiannya:

(1) Baginda s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.

Perasaan kasih kepada Rasulullah s.a.w. tidak cukup setakat kata-kata di bibir sahaja, tetapi mestilah dari hati nurani sampai kepada tingkah laku sehingga Baginda s.a.w., menjadi tempat rujuk sebarang perkara agama untuk dipatuhi dengan sepenuhnya.

Demikianlah halnya sahabat-sahabat dengan Baginda s.a.w. pada masa hayatnya sebagaimana yang dilakukan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab yang tersebut kisahnya dalam hadis ini. Setelah Baginda s.a.w., wafat maka pusaka peninggalannya - al-Qur'an dan al-Sunnah - sudah semestinya dijadikan tempat rujuk yang asasi yang wajib diturut dan dipatuhi.

(2) Kesan cerita-cerita yang dibawa oleh kaum Yahudi.

Orang-orang Yahudi sentiasa bekerja keras untuk menarik orang-orang lain kepada agama mereka, dengan menjalankan berbagai-bagai cara terutama dengan menyebarkan berbagai kisah dan cerita yang menarik hati pembaca dan pendengarnya, sehingga Sayidina Umar telah meminta pendapat Rasulullah s.a.w., iaitu bolehkah orang-orang Islam memetik dan menyalin cerita-cerita yang tersebut? Bagi menjawabnya, Baginda s.a.w. telah melarang keras seperti yang terkandung dalam hadis ini.

(3) Amaran Baginda s.a.w. supaya orang-orang Islam jangan berkeadaan ragu-ragu dan serba salah dalam soal agama yang dibawanya.

Baginda s.a.w. memberi amaran supaya sahabat-sahabat Baginda -juga seluruh umatnya - jangan terpengaruh dengan di'ayah-di'ayah agama lain, sebaliknya hendaklah mereka sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap propaganda pihak lain yang beranika ragam itu.

Baginda s.a.w. juga menegaskan supaya jangan mereka berkeadaan bingung atau berperasaan ragu-ragu terhadap soal agama, lalu terburu-buru hendak menerima di'ayah pihak lawan kerana mengikut kecenderungan hati dan terpengaruh kepada kemanisan cerita-cerita itu.

Sikap ragu-ragu dan meraba-raba dalam perkara agama, tegas Baginda s.a.w; lagi, adalah sikap kaum Yahudi dan Nasrani dan kerana itulah mereka telah menyeleweng dari ajaran-ajaran kitab-kitab mereka, bahkan mereka telah merosakkan kandungannya dengan meminda dan menokok tambahnya sebagaimana yang dianjurkan oleh ketua-ketua agama mereka untuk kepentingan dirinya.

(4) Penegasan Baginda s.a.w.: Bahawa agama Islam yang dibawanya adalah yang benar, bersih suci dan jelas nyata.

Tiap-tiap seorang Islam tidak harus merasa ragu-ragu terhadap kebenaran agama Islam yang menjadi pegangan hidupnya. Tidak ada sebab mengapa seseorang Muslim boleh terpengaruh kepada di'ayah kaum Yahudi dan Nasrani atau lain-lain pihak yang bukan Islam.

Sebenarnya apa yang sepatutnya dijadikan ukuran benar dan salahnya satu-satu agama ialah tentang keasliannya - tidak berubah dengan pindaan dan tokok tambah, tentang kesucian dan kebersihannya daripada sebarang perkara yang berupa syirik, dan tentang ajarannya yang jelas nyata dari sebarang perkara yang mengeliru dan meragukan.

Hakikat keaslian yang demikian tidak ada wujudnya melainkan pada agama Islam yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang terpelihara dengan sebaik-baiknya dalam kitab suci al-Qur'an al-Karim dan hadis-hadis yang sahih.

(5) Ketinggian agama Islam.

Islam tetap tinggi dan tidak ada yang mengatasinya.

Tentang hakikat yang demikian Baginda s.a.w. menegaskan dalam hadis ini, bahawa kalaulah ditakdirkan Nabi Musa a.s. yang telah membawa syariat Taurat itu masih hidup dalam zaman Baginda s.a.w. sudah tentu tidak ada jalan lagi baginya selain daripada mengikut agama Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.

Dengan itu nyatalah tidak harus bagi sesiapa pun - walau apa bangsa dan keturunannya - berdegil di atas agama yang lain dari agama Islam.



عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْ بَدَا لَكُمْ مُوسَى فَاتَّبَعْتُمُوهُ وَتَرَكْتُمُونِي لَضَلَلْتُمْ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ وَلَوْ كَانَ حَيًّا وَأَدْرَكَ نُبُوَّتِي لَاتَّبَعَنِي. ( الدارمي )

Dari Jabir, r.a., bahawa - Rasulullah s.a.w., bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya. kalaulah Nabi Musa muncul kepada kamu, lalu kamu mengikutnya dan meninggalkan daku, sudah tentu kamu akan sesat dari jalan yang betul; dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi dan berada dalam masa aku menjadi Nabi, sudah tentu ia menurutku."

(Al-Daarimi)

Hadis yang keempat belas ini menerangkan

Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. memansukhkan syariat-syariat yang lain.

Rasul-rasul yang diutus oleh Allah Taala kepada kaum masing-masing banyak bilangannya. Di antaranya ada yang diturunkan kitab kepadanya, seperti Nabi Musa a.s. yang menerima kitab Taurat.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menjelaskan: Bahawa syariat Islam yang dibawanya adalah memansukhkan syariat Rasul-rasul yang telah lalu.

Oleh itu tidak harus bagi sesiapa pun yang ada pada zaman Baginda s.a.w. atau yang datang kemudian - menurut syariat-syariat yang telah mansukh itu, apa lagi agama-agama yang direka oleh manusia sendiri.

Tentang ini Baginda s.a.w. menegaskan, bahawa kalaulah Nabi Musa a.s. tiba-tiba muncul pada zaman Baginda s.a.w., dan ada orang-orang Islam yang menurutnya dengan meninggalkan syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w., nescaya orang itu termasuk dalam golongan yang sesat kerana ia menurut syariat yang telah mansukh pada hal - tegas Baginda s.a.w. - sekiranya Nabi Musa a.s. masih hidup dalam masa kerasulan Baginda s.a.w., nescaya Nabi Musa juga akan menurut syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.

Tidaklah sepatutnya timbul sebarang kemusykilan tentang sesuainya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. , dengan keadaan umat manusia dalam setiap masa, dengan tidak memerlukan sebarang pindaan atau perubahan kerana bila diperhati akan ternyata bahawa Islam adalah berdasarkan kaedah-kaedah umum yang banyak cawangannya, yang dapat menghadapi cabaran-cabaran zaman, - dapat menghakimi kejadian-kejadian yang berlaku dan dapat pula memecahkan masalah-masalah yang timbul dalam masa.

Jelasnya, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah lengkap mengandungi hukum hakam dan cara peraturan meliputi segala bidang hidup, yang menjadikannya sesuai dengan keadaan umat manusia dalam segala zaman dan di mana sahaja mereka berada selagi sifat kemanusiaannya tidak berubah, sehinggakan Nabi Isa a.s. semasa turun pada akhir umur dunia kelak akan melanjutkan dan mengembangkan lagi syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., sebagaimana yang diterangkan dalam hadis yang berikut:

- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا نَزَلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ فَأَمَّكُمْ ،، قَالَ ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ فَأَمَّكُمْ بِكِتَابِ رَبِّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَسُنَّةِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . ( مسلم)

Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu ia memimpin kamu dengan menurut kitab Allah al-Qur'an dan Sunnah Nabi kamu"

(Muslim)

Selasa, 20 Oktober 2009

البر والاثم

عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وكرهت أن یطلع عليه الناس)
رواه مسلم

عن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau
benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda:
Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa
dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya,
dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada
orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.
Pengajaran hadis:
(1) Kebajikan atau kebaikan ialah perkara yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik,
sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa
takut kalau-kalau diketahui oleh manusia. Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik
buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian
berdasarkan iman dan firasatnya. Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi
hukum syara' atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk
dirinya sendiri. Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati
ialah kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti
dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikian juga keburukan yang sudah ada nas
yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati.
Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagimana tidak
bercanggah dengan hukum hakam agama.

Isnin, 19 Oktober 2009

BERIMAN KEPADA RASUL-RASUL ALLAH A.S

Tajuk (*)
BERIMAN KEPADA RASUL-RASUL ALLAH A.S
Manusia berhajat kepada yang mengawas amal usahanya dalam segala peringkat hidupnya untuk memimpinnya ke jalan kebaikan dan menjauhkannya dari jalan kerosakan

Kalaulah manusia dibiarkan dengan tidak dipimpin dan diberi pertunjuk, nescaya akan terjerumuslah dia dalam kejahatan yang berbagai-bagai ragamnya.

Betapa tidak? Sedang manusia dalam alam kehidupan ini berada di antara dua kekuatan yang besar, yang satu menolaknya kepada kejahatan iaitu hawa nafsu dan tabiat marah yang sedia ada pada dirinya, dan yang satu lagi mendesaknya kepada kebaikan iaitu akal dan hati nurani yang dikurniakan Allah kepadanya.

Kalaulah manusia dibiarkan sahaja diruntun oleh dua kekuatan itu nescaya kejahatannya akan mengalahkan kebaikannya, disebabkan oleh tuntunan perhiasan dunia dan benda-benda yang menjadi daya penarik, sedang akal dan hati nuraninya tidak cukup untuk menjaga dirinya dan memimpinnya ke jalan yang benar, kerana kuasa akal dan hati nuraninya untuk memahami, adalah sama bandingannya dengan kuasa mata kepala untuk melihat, sebagaimana yang dijelaskan seperti berikut:

(1) Kalau mata manusia hanya dapat melihat dengan kuasa yang ada padanya, dan lenyap atau lemah penglihatannya dengan hilang atau lemahnya kuasa itu, maka manusia boleh memikir atau menimbang hanya dengan kuasa yang ada pada akal dan hati nuraninya, dan akan lenyap atau lemah pula daya pemikiran atau pertimbangannya apabila hilang atau lemah kuasa yang tersebut.

(2) Kalau mata kepalanya dapat melihat sesuatu dengan syarat:

(a) Berhadapan dengan benda yang dilihatnya itu.

(b) Benda itu jangan terlampau dekat kepada biji matanya dan jangan pula terlampau jauh sehingga tidak sampai kepadanya kuasa penglihatan mata itu.

(c) Benda itu hendaklah dari perkara yang ada persediaan pada mata untuk melihatnya.

Demikian juga akal atau hati nurani manusia tidak dapat memahami melainkan apa yang ada dalam alam kenyataan ini dan tidak dapat memahami hakikat dirinya, dan tidak pula dapat memahami sebarang hakikat yang tidak ada persediaan padanya untuk memahaminya

(3) Kalau mata pernah dijadikan Tuhan dari mulanya tidak mempunyai kuasa melihat dan kalau mata yang dijadikan Tuhan berkuasa melihat pun: Pernah ditimpa sesuatu yang menghilangkan atau mengurangkan kuasanya itu, maka akal atau hati nurani manusia juga pernah dijadikan dari mulanya tidak mempunyai kuasa memikir dan menimbang, dan yang dijadikan Tuhan berkuasa memikir dan menimbang pun pernah pula hilang atau kurang kuasanya dengan sebab dihinggapi oleh sesuatu keadaan seperti gila, noda maksiat, perasaan ta'asub, perasaan degil, atau satu-satu tujuan buruk.

(4) Kalau mata yang ada padanya kuasa melihat tidak juga dapat melihat sesuatu melainkan setelah ia disinari oleh cahaya zahir yang mendatang, seperti cahaya matahari, lampu dan sebagainya, maka akal dan hati nurani manusia yang ada sedia padanya kuasa memahami pun tidak juga dapat memahami hakikat sesuatu dengan sebenar-benarnya melainkan setelah disinari cahaya pengajaran Ilahi yang dibawa oleh Rasul-rasul utusan Allah a.s.

Dengan sebab yang demikian, maka Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani, telah memilih orang-orang yang diketahui-Nya layak dan bijaksana untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar serta mewajibkan umat manusia menerima dan menurut segala pengajaran yang dibawanya; orang-orang itu ialah Rasul-rasul-Nya.

Ahad, 18 Oktober 2009

Hadis ke 30 Imam Nawawi

HADIS 30
عن أبي ثعلبة الخشني جرثوم بن ناشر t عن رسول الله e قال: (( إن الله تعالى فرض
فرائض فلا تضيعوها، وحد حدودا فلا تعتدوها، وحرم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن
أشياء رحمة لكم غير نسيان، فلا تبحثوا عنها )) حدیث حسن رواه الدارقطني وغيره.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Daraqutnie dan lain-lain (Hadis ini walaupun hadis yang
mempunyai ‘illah (iaitu hadis yang mempunyai ‘illah iaitu sebab yang tersembunyi lagi mencacatkan nilai hadis dengan
terkumpul dua syarat (1) wujud kekelabuan dan ketersembunyian (2) ada kecacatan. Hukum hadis mu’allal ini ialah dha’if.
Lihat Taisir Mustalah Hadis, Dr. Mahmud al-Thahhan) namun di sana masih banyak riwayat-riwayat lain yang
memperkuatkan hadis ini. Al-Bazar telah meriwayatkan dalam sanadnya, begitu juga al-Hakim meriwayatkan riwayat
seumpamanya daripada Abu Darda’ . Al-Bazar berkata: “Isnadnya bagus, al-Tarmizi telah meriwayatkan hadis
seumpamanya daripada Abu ‘Uthman al-Nahdie daripada Sulaiman, sebagaimana ia juga diriwayatkan oleh Abu Dawud
daripada hadis Ibnu ‘Abbas. Lihat notakaki buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-
Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).
Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah
bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu
menghilangkannya (iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah
menentukan beberapa batasan, maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan
beberapa perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum tentang
beberapa perkara, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.

Pengajaran hadis:

(1) Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi titah perintah Allah SWT sama ada berbentuk suruhan
fardhu mahupun larangan haram. Hadis tersebut mengingatkan setiap mukmin agar memelihara dengan
baik segala amalan fardhu yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau dihilangkan
begitu sahaja.
(2) Demikian pula Allah menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram, maka setiap
mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan sampai dia mencabuli
perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.
(3) Di samping itu, Allah SWT mendiamkan beberapa perkara iaitu tidak menyatakan halal haramnya
secara jelas, maka janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya. Allah berbuat demikian bukan
kerana lupa, bahkan sebagai rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan bagi manusia.
Hukum perkara yang ditinggalkan hukum halal haramnya adalah harus, iaitu boleh dilakukan.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Ilmu Tauhid

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ "تَفَكَّرُوا فِي كُلِّ شَيْءٍ وَلَا تَفَكَّرُوا فِي ذَاتِ اللَّهِ …". ( أبو الشيخ )

Dari Ibn Abbas r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah. ..."

(Abu al-Sheikh)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ: "تَفَكَّرُوا فِي خَلْقِ اللَّهِ وَلَا تَفَكَّرُوا فِي اللَّهِ فَتَهْلِكُوا". ( أبو الشيخ )

Dari Abu Zar, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah, kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)."

(Abu al-Sheikh)

4- عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ "تَفَكَّرُوا فِي آلَاءِ اللَّهِ ، وَلَا تَفَكَّرُوا فِي اللَّهِ". ( أبو الشيخ والطبراني )

4- Dari Ibn Umar r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala nikmat Allah dan pemberian-Nya dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah. "

(Abu al-Sheikh dan al-Tabarani)

Hadis-hadis itu meskipun berlainan sedikit di antara satu dengan yang lain tentang lafaznya, tetapi sama sahaja maksudnya, iaitu menyuruh tiap-tiap orang memikirkan segala kejadian dalam alam yang telah diciptakan oleh Allah Taala dan pelbagai jenis nikmat yang telah dikurniakan-Nya. Serentak dengan itu Baginda s.a.w. melarang keras daripada memikirkan tentang "Zat Allah" kerana yang demikian bukan sahaja tidak dapat dicapai oleh akal fikiran bahkan akan menjerumuskan orang yang melakukannya dalam kesesatan. Demikian maksud hadis-hadis itu.

Soal ini jelas sekali kerana Zat Allah Taala adalah Zat Yang Maha Tinggi, tidak dapat diketahui hakikatnya oleh akal yang memang terbatas kemampuannya. Oleh itu, hal ini tidak menjadi masalah dan tidak patut dijadikan satu perkara yang dimusykilkan.

Kerana soal kita tidak mengetahui hakikat sesuatu, tidak menjadi hal, asalkan kita dapat mengetahui sifat-sifatnya dan faedah-faedah yang didapati daripadanya sesuai dengan keperluan kita.

Misalnya: Tenaga elektrik dan besi berani yang kita sentiasa menggunakannya dan mengambil faedah daripadanya, tidak diketahui hakikatnya dan ahli sains sendiri tidak juga mengetahuinya dan tidak pernah mereka menjelaskan hakikatnya kepada kita.

Maka bagaimana seseorang hendak mengetahui hakikat Zat Allah Yang Maha Tinggi yang tidak ada sesuatu pun yang menyamai-Nya? Sedang banyak di antara benda-benda yang diciptakan-Nya - yang ada di sekeliling kita - tidak juga diketahui hakikatnya oleh akal kita.

Sekiranya seseorang itu cuba juga memikirkan tentang hakikat Zat Allah yang tidak ada tara-Nya itu, sudah tentu fikirannya memberi satu gambaran yang tidak benar dan tidak tepat dengan hakikat-Nya yang sebenar dan ini adalah buruk padahnya - sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis yang tersebut - kerana orang itu telah menggunakan akalnya pada bukan tempatnya.

Dalam pada itu, akal dapat memberi keyakinan tentang wujudnya Allah Taala dan tentang sebahagian dari sifat-sifat kesempurnaan-Nya, apabila dibuktikan oleh dalil-dalil akal yang jelas nyata; manakala sebahagian lagi dari sifat-sifat kesempurnaan-Nya dapat diterima dari al-Qur'an atau hadis yang

"Mutawatir"

Dalil akal yang membuktikan wujudnya Allah Taala.

Di antara dalil-dalil akal yang membuktikan wujud-Nya Allah Taala dan ketinggian martabat wujud-Nya ialah: bahawa segala yang ada ini - selain dari Allah - adalah wujudnya baharu: dari tiada kepada ada. Hal ini diakui kebenarannya oleh akal dan juga oleh kenyataan-kenyataan yang lahir.

Jelasnya tiap-tiap apa jua yang sah pada akal wujudnya, terbahagi kepada dua martabat:

Pertama sesuatu yang wujudnya "Wajib ada" (wajib al wujud), yakni wujudnya itu memang hakikat zatnya, bukan disebabkan oleh yang lain.

Kedua - sesuatu yang wujudnya "Mungkin ada" (Mumkinal wujud), yakni yang wujudnya berpunca dari yang lain, sedang hakikatnya mungkin ada dan mungkin tiada.

Apabila telah sabit, bahawa wujud martabat yang kedua ini baharu: Dari tiada kepada ada, dan wujudnya itu disebabkan oleh yang lain, maka sudah tentu ada penciptanya yang maha tinggi martabat wujudnya, iaitu zat yang wajib al wujud; dan sudah tentu pula bahawa tiap-tiap yang baharu wujudnya sentiasa berhajat kepada pemberi wujudnya itu dalam setiap saat, kerana sifat berhajatnya itu adalah suatu sifat yang tak dapat dipisahkan dari hakikatnya.

Tegasnya sebagaimana tiap-tiap yang baharu itu berhajat kepada pemberi wujudnya dari tiada kepada ada, ia juga berhajat kepada pemberi wujudnya itu untuk mendapat bantuan bagi meneruskan wujudnya.

Dengan itu nyatalah bahawa hakikat sesuatu yang mungkin wujudnya tak dapat sama sekali - dengan hakikatnya itu - memberi atau menerbitkan sebarang kesan pun dan juga tak dapat menerima wujudnya dari sesuatu yang sama dengannya tentang keadaan mungkin wujudnya.

Dengan demikian, sudah tentu punca bagi menerbitkan sebarang kesan dan mengadakan segala yang ada hanyalah Zat Allah s.w.t. yang wajib al-wujud.

Apabila kita memahami akan hakikat wajib al-wujud maka sudah tentu kita dapat meyakini bahawa wujudnya itu adalah wujud hakiki, tidak berpermulaan dan tidak berkesudahan serta tidak ada sesuatu pun yang menyamai-Nya.

Dalil akal yang membuktikan sifat-sifat kesempurnaan Allah Taala.

Di antara dalil-dalil akal yang membuktikan sebahagian dari sifat-sifat kesempurnaan Allah Taala ialah apabila kita melihat sebuah lukisan yang menarik perhatian, sudah tentu kita faham dan percaya bahawa lukisan itu ada pelukisnya, serta kita yakini bahawa pelukisnya itu mempunyai ilmu pengetahuan tentang peraturan dan kaedah-kaedah melukis, mempunyai kemahuan untuk menentukan gambaran-gambaran, gaya, bentuk dan kadar besar kecilnya lukisan itu dan mempunyai daya dan kuasa membuat lukisan dan mewarnakannya mengikut corak yang dikehendaki.

Untuk menguatkan lagi kepercayaan dan keyakinan itu cubalah kita perhatikan tubuh badan kita sendiri.

Tiap-tiap kita tersusun dari berbagai-bagai anggota dan alat perkakas untuk mengisar, menapis, membuang dan lain-lain lagi.

Masing-masing ada peraturan yang tertentu dalam menjalankan dan menyempurnakan tugasnya dan masing-masing pula patuh kepada peraturan yang ditentukan baginya. Jika tidak maka tugasnya tidak akan berhasil atau tidak akan sempurna.

Dengan segala perhatian yang demikian maka akal kita yang sihat dan siuman dapat membuat kesimpulan dengan sepenuh-penuh percaya dan yakin bahawa:

(1) Alam seluruhnya tetap ada yang menciptakannya dan mentadbirnya.

(2) Yang mencipta dan mentadbirkan alam ini ialah Zat yang wajib al-wujud yang bersifat dengan:

(a) Sifat hidup selama-lamanya

(b) Sifat mengetahui segala-galanya dengan setepat-tepatnya dan seluas-luasnya.

(c) Sifat iradat yang menentukan dan menetapkan segala-galanya dengan sebijak-bijak dan sebebas-bebas; dan

(d) Sifat kekuasaan mengadakan dan meniadakan segala-galanya menurut cara yang tertentu dan kaedah yang rapi

Dalil akal yang membuktikan KeEsaan Allah Taala.

Di antara dalil-dalil akal yang membuktikan keEsaan Allah Taala ialah: bahawa apa-apa jua pekerjaan akan rosak jika ditadbirkan oleh dua ketua yang masing-masing mahukan pangkat ketua itu menjadi haknya sahaja kerana dengan demikian akan timbullah perselisihan dan gejala-gejala hendak mengatasi satu sama lain.

Kalau ini boleh berlaku ketika berbilang-bilang ketua maka apa pula yang akan berlaku kalau berbilang-bilang tuhan sedang sifat ketuhanan ialah kebesaran dan keagungan yang cukup sempurna

Oleh itu kalaulah Tuhan berbilang dan salah satunya berkuasa penuh mentadbir dan mengurus sudah tentu akan luput dan lumpuhlah sifat-sifat Tuhan yang lain. Kalau perlu tuhan-tuhan itu bersekutu sudah tentu akan luput dan lumpuhlah sebahagian dari sifat-sifat ketuhanan masing-masing, padahal luput dan lumpuhnya sifat-sifat ketuhanan adalah bertentangan dengan kesempurnaan kebesaran dan keagungan.

Dengan ini nyatalah bahawa sudah semestinya Tuhan itu Esa, tiada sekutu bagi-Nya.

Tambahan pula kalau seseorang dengan jujurnya memerhatikan wujudnya perpaduan dan susunan kejadian alam ini, nescaya ternyata kepadanya perpaduan yang menyatukan tiap-tiap satu dengan yang lain dalam keadaan yang serapi-rapinya sehingga gerak-geri tiap-tiap satu kejadian itu menyempurnakan yang lain dengan tidak berlawanan atau bertentangan; demikian juga kalau ia memerhati nampaklah kepadanya keseimbangan dan kesatuan dalam perhubungan antara sesuatu kejadian dengan yang lain, sekalipun bentuk dan keadaannya berlainan.

Semuanya itu adalah di antara bukti-bukti yang menunjukkan bahawa seluruh alam ini adalah merupakan satu kesatuan yang terikat rapi yang tidak akan lahir melainkan dari satu punca yang tunggal, iaitu yang wajib al-wujud, yang telah mencipta dan mengaturnya dalam keadaannnya yang demikian.

Selain dari itu, segala yang terkandung di dalam alam ini dari bahan-bahan, kekuatan, tenaga dan gerak adalah satu tentang tabiat yang ditetapkan oleh Maha Pencipta pada masing-masing , juga satu pada peraturannya, undang-undangnya, halanya dan matlamatnya.

Maka ini juga di antara bukti-bukti yang menunjukkan keEsaan penciptanya.

Dalil al-Quran yang menjelaskan sifat-sifat kesempurnaan dan keEsaan Allah Taala.

Menurut keterangan al-Quran pula, maka di antara ayat-ayat suci yang menjelaskan sebahagian dari sifat-sifat kesempurnaan Tuhan ialah firman Allah Taala, maksudnya:

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya) Yang tidak mengantuk usah tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya (alam langit dan bumi); dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)." (255 Surah al-Baqarah).

Ayat suci ini menjelaskan bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan:

(1) Dialah sahaja Tuhan yang sebenar-benarnya yang berhak disembah dan dipatuhi.

(2) Dialah sahaja yang hidup secara mutlak - terlepas dari pengertian hidup yang difahami oleh manusia.

(3) Dialah sahaja yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya serta memberikannya segala yang diperlukan untuk kepentingan hidup masing-masing.

(4) Maha Suci ia daripada letih lesu atau lalai atau mengantuk ataupun tidur.

(5) Menguasai segala yang ada di langit dan di bumi dengan penguasaan mutlak yang meliputi.

(6) Bebas melakukan segala yang dikehendaki-Nya. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mempersoalkan hukum-Nya, atau yang dapat menolak keputusan-Nya, atau yang berani mengubah apa yang telah ditentukan dan dikehendaki-Nya, sama ada dengan meminta syafaat pertolongan atau mengemukakan rayuan - kecuali setelah ia diizinkan, maka pada ketika itu ia tunduk mematuhi dan memohon syafaat dalam lingkungan yang dibenarkan, sesuai dengan keadaannya.

(7) Maha mengetahui akan keadaan sekalian makhlukNya, meliputi segala apa jua yang sedang mereka hadapi atau yang tidak kelihatan kepada mereka dari segala yang sedang berlaku atau yang akan berlaku. Sebaliknya, mereka sendiri tidak mengetahui sesuatu pun dari apa yang diketahui oleh Allah Taala - kecuali apa yang Allah kehendaki mereka mengetahuinya.

(8) Dialah sahaja pemerintah agung; kebesaran-Nya dan ilmu-Nya meliputi langit dan bumi.

(9) Dialah sahaja yang mempunyai sepenuh-penuh kekuasaan. Tiadalah menjadi keberatan atau kesukaran kepada-Nya menjaga dan memelihara alam langit dan bumi dan segala yang ada pada kedua-dua alam itu.

(10) Dialah jua Yang Maha Tinggi kebesaran dan kemuliaan-Nya, tidak ada yang mengatasi-Nya; dan dialah jua yang Maha Besar kekuasaan-Nya, yang tidak ada bandingan-Nya.

Ayat suci ini, sebagaimana ia menerangkan sifat-sifat Tuhan Maha Pencipta, ia juga memandu manusia supaya janganlah menujukan amal ibadatnya melainkan kepada Allah, dan janganlah ia bertanggungjawab mematuhi melainkan apa yang diperintahkan oleh Allah Taala mengerjakannya dari segala amal kebajikan. Demikian juga hendaklah manusia - hati kecilnya dan keseluruhan hidupnya terikat kukuh dengan Allah Taala yang mentadbirkan urusan hidupnya dan urusan segala apa jua yang ada di sekelilingnya; dan hendaklah Ia sentiasa memohon kepada Allah apa jua yang mendatangkan kebaikan kepadanya dan menyebabkan dia mencapai kebahagiaan - di dunia dan di akhirat.

Dan bahawa manusia tidak mempunyai hak milik yang asal dalam sesuatu jua pun, tetapi dapat disabitkan baginya hak milik yang terbit dari pemberian Allah pemilik yang asal, yang menjadikan seseorang itu menguasainya sebagai wakil. Dengan yang demikian, wajiblah atas orang itu mematuhi dengan sepenuhnya syarat-syarat pemilik yang asal - Allah Taala- yang menjadikannya wakil menguasai pemberian itu. Jika tidak, maka akan menjadilah apa yang dilakukannya mengenai urusan hak milik yang diberikan itu tidak sah dan ia akan menerima balasan yang sepadan dengan kesalahannya. Demikian juga hendaklah ia tetap memperhambakan diri kepada Allah Taala dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah, dan janganlah ia mencuaikan semuanya itu dengan hanya menumpukan harapannya untuk mendapat syafaat pertolongan, sedang syafaat itu tidak akan diperolehi melainkan setelah diizinkan oleh Allah Taala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan diredhai.

Tiap-tiap seorang juga hendaklah sentiasa waspada dan tetap sedar sehingga ia tidak lalai daripada mengira dan mengawasi segala gerak-gerinya. Janganlah ia melakukan sesuatu perbuatan atau menuturkan sesuatu perkataan yang tidak diredhai oleh Allah Taala yang mengetahui segala-galanya. Demikian juga seseorang itu tidak harus bercakap besar dan bermegah megah dengan ilmu pengetahuan yang dikurniakan Allah kepadanya, tetapi wajiblah ia bersyukur kepada Allah dan memujinya, sambil berdoa semoga Allah Taala menambahkan lagi ilmu yang diberikan kepadanya.

Tiap-tiap seorang juga hendaklah sentiasa mengingati ketinggian martabat Allah Taala dan kebesaran kekuasaan-Nya, supaya merasa hebat dan gerun gementar, dan supaya Ia takut untuk mengadap Allah Taala dalam keadaan cuai menjalankan tanggungjawabnya. Oleh itu hendaklah ia memperbanyakkan ibadat dan amal kebajikan dan menjauhkan diri daripada melakukan khianat, kezaliman dan segala perkara yang dilarang.

Betapa tidak? Sedang manusia walau setakat mana tinggi darjatnya dan kebesarannya, maka Ia tidak sekali-kali terlepas dari sifatnya sebagai hamba Allah Taala Yang Maha Tinggi dan Maha Besar.

Di antara ayat-ayat suci yang mengenai keEsaan Allah pula ialah firman Allah Taala, ertinya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku yang aku serukan kamu menyembah-Nya itu) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tidak beranak dan Ia pula tidak diperanakkan; dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya." (1-4 Surah al-lkhlas).

Surah "al-Ikhlas" ini yang juga dinamakan Surah "at-Tauhid" menetapkan dengan tegas tentang keEsaan Allah Taala yang sebenar-benarnya dan kekayaan-Nya yang sehabis-habis lengkap sempurna serta menafikan daripadaNya persamaan atau perbandingan dengan yang lain.

Dengan sabitnya keEsaan yang sebenar-benarnya bagi Allah Taala, maka nyatalah bahawa wujud Zat-Nya bersih suci daripada tersusun yang membawa kepada berjisim atau berpihak, dan bersih suci daripada berbilang yang membawa kepada persamaan pada hakikat wujud-Nya, dan yang membawa kepada dipersekutukan pada keistimewaan-keistimewaan hakikat Zat-Nya yang membuktikan sifat-sifat ketuhanan-Nya, seperti wajib bersifat wujud dan ilmu yang meliputi, juga kebijaksanaan yang sempurna serta kudrat yang menguasai seluruh makhluk-Nya.

Demikian juga, dengan sabitnya kekayaan Allah yang sehabis-habis lengkap sempurna, terbuktilah bahawa Allah Taala jua Yang Maha Kaya secara mutlak, yang menjadi tumpuan sekalian makhluk-Nya untuk memohon apa sahaja yang mereka perlukan, untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat. Dengan sabitnya kedua-dua sifat itu - keEsaan dan kekayaan - bagi Allah Taala, maka ternafilah dan tidaklah ada sebarang celah bagi sesiapa pun untuk mengatakanNya beristeri atau beranak-pinak, atau menyamakan-Nya, atau membandingkan-Nya atau pun mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua pun.

Surah "al-Ikhlas" ini menetapkan dan menegaskan keEsaan wujudnya Allah Taala, keEsaan ketuhanan-Nya dan keEsaan kuasa memberi. Jelasnya Surah "al-Ikhlas" ini menegaskan; Bahawa tidak ada wujud yang hakiki, atau yang wujudnya memang hakikat Zat-Nya melainkan wujud Allah Taala; dan bahawa tidak ada yang memperkenan doa permohonan orang-orang yang memohon, dan tidak ada sebarang kekuatan, tenaga atau kegiatan melainkan Allah jualah yang menjadi puncanya.

Kesimpulannya, Allah Taala Maha Esa pada ketuhanan-Nya, dan Allah Taala sahajalah yang menjadi tumpuan untuk memohon sebarang hajat; tiada sesuatu pun yang menyamai-Nya dan tidak pula Ia menyamai sesuatu yang lain.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Hadis Rasulullah s.a.w hari ini.

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada tiga orang pun yang berada dalam suatu kampung atau suatu desa yang di kalangan mereka tidak didirikan solat (berjamaah), melainkan syaitan telah dapat memenangkan mereka itu. Maka dari itu, hendaklah kamu semua tetap menjaga berjemaah, sebab hanyasanya serigala itu dapat makan dari kambing yang jauh (yakni yang terpencil dari kawanannya). "

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad hasan.

Daripada Usman r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya' dengan berjemaah, maka seolah-olah ia mendirikan solat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dengan berjemaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat semalam suntuk."

(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. pula katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak ada suatu solat pun yang lebih berat dirasakan oleh orang-orang munafik itu daripada solat Subuh dan Isya', tetapi andaikata mereka mengetahui betapa besar pahalanya kedua solat itu, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan berjalan merangkak (ke tempat berjemaahnya) ."

(Muttafaq 'alaih)

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya, "Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Manakah amalan yang lebih utama?"Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu solat tepat pada waktunya."Saya bertanya lagi, "Kemudian amalan apakah?"Beliau s.a.w. menjawab: "Berbakti kepada kedua orang tua."Saya bertanya pula, "Kemudian apa lagi?"Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu berjihad fi-sabilillah. "

(Muttafaq 'alaih)

Rabu, 14 Oktober 2009

Ilmu Tauhid.

BERIMAN KEPADA ALLAH TA'ALA Fasal (*)
Fasal Pertama : Mengenal Allah dan MengEsakan-Nya Kandungan (*)

Firman Allah Taala, ertinya: Demi sesungguhnya Tuhan kamu hanya satu." (4, Surah as-Saaffaat).

Sifat-sifat Ketuhanan:

" .. dan tidak ada yang bersifat ketuhanan(1) melainkan Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaan-Nya segala-galanya." (65, Surah Sad).

Ilmu Dan Martabat-martabatnya:

"Maka hendaklah engkau berusaha mendapat ilmu(2) yang meyakinkanmu: "Bahawa tidak ada yang bersifat ketuhanan melainkan Allah (19, Surah Muhammad).

" .. (kerana) sesungguhnya sangkaan (zan) tak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (i'tiqad) (36, Surah Yunus).

(1) Yang bersifat ketuhanan ialah yang terhimpun padanya dua sifat yang menjadi sebagai ibu bagi segala sifat kesempurnaan Tuhan iaitu:

Pertama - terkayanya daripada segala yang lain. tidak berhajat kepada sesuatu apapun dan

Kedua - menjadi tumpuan bagi sekalian makhluk. Yakni ia sentiasa dituju dan dihajati oleh tiap-tiap yang lain untuk memohon - sama ada dengan tutur kata atau dengan keadaan semula jadi ataupun dengan persediaan yang azali - akan segala keperluan dan kesempurnaan masing-masing
(2) Sayugia diketahui bahawa:
(a) Pendapat yang terbukti kepastian tepatnya dengan hakikat yang sebenar dinamakan ilmu.
(b) Pendapat yang buktinya memberikan kuat anggapan tepatnya dengan hakikat yang sebenar dinamakan: Zan.
(c) Pendapat yang buktinya memberikan hanya sangkaan yang lemah tentang tepatnya dengan hakikat yang sebenar dinamakan: Waham.
(d) Pendapat yang buktinya tidak memberi ketetapan adakah tepat atau tidaknya. dinamakan: Syak.
(e) Pendapat yang terbukti tidak tepatnya dengan hakikat yang sebenar dinamakan: "Jahl" (kejahilan) dan orang yang berpendapat demikian dinamakan "jahil" atau orang yang tidak berpengetahuan.

Pendapat yang pertama: Dituntut untuk akidah kepercayaan dan juga untuk hukum-hakam sedapat-dapatnya; dan pendapat yang kedua sah dipakai hanya bagi menentukan hukum hakam, tidak untuk akidah kepercayaan.

Ada pun pendapat yang ketiga; tidak harus dipakai untuk apa-apa pun, lebih-lebih lagi yang keempat.

عَنْ أَبِي مَعْبَدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ.

1- Dari Abu Ma'bad dari Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Mu'az bin Jabal ketika Baginda s.a.w mengutusnya ke negeri Yaman ".. Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum: Ahli kitab, kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah supaya mereka meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah ."

وَفِي رِوَايَةٍ ( فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى )

Menurut satu riwayat yang lain (Baginda s.a.w. bersabda): ..."Maka hendaklah dakwah yang mula-mula engkau kemukakan kepada mereka ialah supaya mereka mengakui keEsaan Allah Taala..."

وَفِي رِوَايَةٍ ( فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ عِبَادَةُ اللَّهِ )

Dan pada satu riwayat pula, (Baginda s.a.w. bersabda) "...Maka hendaklah perkara yang mula-mula sekali engkau mengajak mereka kepadanya ialah (tunjang atau asas) ibadat kepada Allah. .."

(البخاري ومسلم)

(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang pertama ini mengandungi tentang:

(1) Islam berkembang dengan jalan dakwah.

(2) Pemilihan Baginda s.a.w. tentang orang-orang yang ditugaskan berdakwah.

(3) Dakwah Islamiah wajib disampaikan kepada umat manusia termasuk kaum Yahudi dan Nasrani.

(4) Asas agama ialah Ma'rifat Allah.

Huraiannya:

(1) Islam berkembang dengan jalan dakwah.

Islam - sebagaimana yang sedia maklum - adalah agama yang berasaskan i'tiqad atau kepercayaan mengenal perkara-perkara yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya, yang wajib dipegang teguh oleh setiap penganutnya.

Untuk meresapkan sesuatu kepercayaan ke dalam hati, tak dapat tidak berkehendakkan kebijaksanaan dan cara yang sebaik-baiknya dalam masa menjalankan dakwah dengan memberi penerangan yang jelas dan berkesan, sesuai dengan keadaan zaman dan keadaan orang-orang yang ditujukan dakwah Islamiah itu kepadanya.

Aqidah kepercayaan tidak akan dapat dimasukkan ke dalam jiwa seseorang dengan jalan kekerasan atau paksaan dan Islam tidak dikira sah jika seseorang itu pura-pura Islam pada zahirnya sedang hatinya kosong dari aqidah kepercayaan yang diakui dan diyakininya.

Dengan itu nyatalah tidak benarnya orang-orang yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebarkan Islam dengan pedang kerana kuasa pedang tidak dapat memasukkan kepercayaan ke dalam hati seseorang. Peperangan Jihad yang pernah dilancarkan oleh Baginda s.a.w. adalah untuk membela Islam dan umat Islam dari pencerobohan musuh.

(2) Pemilihan Baginda s.a.w. tentang orang-orang yang ditugaskan berdakwah.

Dakwah adalah satu tugas yang penting dalam Islam kerana kepadanyalah bergantung maju mundurnya perkembangan Islam. Oleh itu maka pihak yang berkuasa bertanggungjawab melantik orang-orang yang layak menjayakannya.

Rasulullah s.a.w. telah melantik orang-orang yang menjalankan tugas ini dari kalangan guru-guru agama, pegawai-pegawai daerah dan lain-lainnya. Di antaranya ialah Mu'az bin Jabal yang tersebut perihalnya dalam hadis ini.

Mu'az diutuskan oleh Baginda s.a.w. ke negeri Yaman pada tahun yang kesepuluh hijrah - sebelum daripada Baginda berangkat ke Mekah untuk menunaikan "Haji Wadaa".

Mu'az dipilih oleh Baginda s.a.w. menjalankan tugas dakwah Islamiah di negeri Yaman bukan sahaja kerana kelayakannya sebagai seorang ahli agama yang pengetahuannya mendalam tentang Islam tetapi juga kerana ia berasal dari Yaman yang mengetahui selok belok negeri itu dan tabiat serta adat resam penduduknya.

Mu'az ditugaskan menjalankan dakwah kepada sekalian penduduk daerah Yaman yang masih belum Islam dan oleh kerana di antaranya golongan ahli kitab (kaum Yahudi) yang pada umumnya berilmu pengetahuan, maka Baginda s.a.w. mengingatkan Mu'az supaya ia bersedia menghadapi mereka dengan cara yang lain dari cara menghadapi orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan.

(3) Dakwah Islamlah wajib disampaikan kepada umat manusia termasuk kaum Yahudi dan Nasrani.

Nabi Muhammad s.a.w. diutus oleh Allah Taala kepada umat manusia seluruhnya. Tiap-tiap seorang yang hidup dalam zaman Baginda s.a.w. atau yang datang kemudian, sama ada ia Yahudi, atau Nasrani, atau penyembah berhala atau lain-lainnya, wajib beriman kepada Baginda s.a.w. dan menerima agama Islam yang dibawanya.

Tiap-tiap seseorang tidak sah imannya kepada Allah Taala selagi ia tidak beriman kepada sekalian Rasul-Nya - mulai dari Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Kaum Yahudi dan Nasrani yang dipanggil dengan nama "Ahli Kitab" (pengikut kitab-kitab Taurat dan Injil), bukan sahaja telah mengubah dan merosakkan ajaran kitab-kitab mereka tetapi telah menyeleweng dari i'tiqad Tauhid yang sebenar.

Mereka mendakwa bahawa mereka beribadat kepada. Allah Taala, tetapi "Allah" menurut fahaman mereka yang telah rosak itu hanyalah nama sahaja bukanlah Allah yang bersifat dengan sifat-sifat yang diterangkan oleh Allah sendiri di dalam al-Qur'an dan diterangkan oleh rasul-Nya. Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu.

(4) Asas agama ialah Ma'rifat Allah.

Islam ialah agama ciptaan Allah yang diturunkan melalui Rasul-rasulnya yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. untuk keselamatan dan kebahagiaan umat manusia di dunia dan di akhirat.

Dalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w terkandung hukum-hukum dan amalan-amalan meliputi segala bidang hidup, dari perkara yang sebesar-besarnya hingga kepada yang sekecil-kecilnya dan semuanya itu bergantung kepada satu asas yang penting - "Marifat Allah", iaitu mengenal Allah Subhanahuwataala dan mengakui keEsaanNya.

Hakikat ini telah disimpulkan oleh ulama Tauhid dalam kalimah "Awalud Din Ma'rifat Allah" (asas agama ialah mengenal Allah), iaitu intisari dari maksud hadis yang kami sebutkan dalam bab ini.

Jelasnya, sebagaimana sesebuah bangunan bergantung kepada asasnya tentang teguh kukuh atau tidaknya, maka demikianlah pula halnya "Ma'rifat Allah" itu, tiap-tiap seorang wajib memahaminya supaya meresap dan sebati dalam jiwanya sehingga menjadi satu keyakinan yang dapat mempengaruhi seluruh perasaan dan gerak langkahnya untuk memikul tanggungjawab menjalankan hukum-hukum Islam dan amalannya.

Sekiranya asas Ma'rifat ini tidak kukuh dan hanya dalam peringkat sangkaan semata-mata, maka inilah sebabnya seseorang itu tidak merasa bertanggungjawab dalam menjalankan hukum-hukum dan amalan yang tersebut dengan sepenuhnya.

Ma'rifat Allah wajib pada syarak dan juga wajib pada akal.

Tiap-tiap seorang manusia apakala ia lahir ke alam wujud ini, ia akan dapat menerima berbagai-bagai nikmat yang tidak terhitung.

Di antaranya ialah tubuh badannya dilengkapkan dengan nikmat-nikmat yang tidak ternilai seperti mata, telinga dan lain-lainnya yang tidak dapat diberi oleh sesiapa pun dari kalangan manusia sendiri atau makhluk-makhluk yang lain

Maka tidaklah patut bagi orang yang menerima nikmat itu kalau ia tidak mahu mengenal siapakah pemberinya dan tidak mahu bersyukur akan pemberian yang sangat-sangat berharga itu.

Sikap yang demikian, tak dapat disangkal lagi tentang tidak patutnya kalau difikirkan oleh orang-orang yang berakal siuman yang menggunakan akalnya dengan jujur. Lebih-lebih lagi tidak patut kalau orang itu menggunakan nikmat pada bukan tempatnya dan ia pula menentang serta menderhaka kepada yang melimpahkan nikmat itu kepadanya. Kerana sikap yang demikian menggambarkan ketiadaan peri kemanusiaan.

Allah Taala Yang Maha Pemurah, lagi Amat Mengasihani, yang melimpahkan nikmat-nikmat-Nya yang tidak terhitung kepada sekalian makhluk, telah mengingatkan manusia supaya mengenal-Nya dan mengakui keEsaanNya, dengan firmanNya : فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُyang maksudnya memerintahkan manusia supaya masing-masing berusaha mencari jalan mengenal-Nya dengan sepenuh-penuh yakin, kerana Dialah Pencipta manusia dan alam seluruhnya, dan Dialah juga yang mengurniakan segala nikmat yang mereka gunakan dalam alam kehidupan ini.

Dengan ini jelaslah bahawa "Ma'rifat Allah" (mengenal Allah) itu hukumnya wajib pada syarak sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Taala dan juga diakui wajibnya oleh akal yang siuman.

Sesiapa yang tidak mahu mengambil berat mengenal Allah, sedang ia sentiasa menggunakan nikmat-nikmat pemberian-Nya maka sikapnya yang demikian adalah bertentangan dengan "Fitrah insaniah" (keaslian perikemanusiaannya) dan melanggar perintah Allah Taala serta mencuaikan kegunaan akalnya sendiri.

Jalan yang menyampaikan kepada ma'rifat.

Cara mengenal sesuatu sudah tentu dengan jalan mengenal sifat-sifatNya. Maka demikianlah pula cara mengenal Allah Taala, yang wajib al Wujud, tak dapat tidak dengan jalan mengenal sifat-sifat-Nya. Tetapi sifat-sifat Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Kuasa itu tidak dapat dicapai dengan pancaindera, hanya dapat diyakini dari kesan sifat-sifatnya yang ternyata pada kejadian-kejadian alam yang diciptakan-Nya.

Meskipun manusia dilengkapkan dengan akal untuk memikir dan menimbang apa yang diperhati dan ditelitinya dari kejadian-kejadian alam yang tercipta dengan indah dan teratur, bahkan manusia disuruh berbuat demikian untuk kebaikan dan keselamatan dirinya di dunia dan di akhirat, tetapi akal manusia itu adalah terbatas setakat perkara-perkara dan benda-benda yang ada dalam alam nyata yang dapat dicapai oleh pancaindera dan alat-alatnya sahaja. Maka dengan keadaannya yang demikian, sudah tentu ia tidak dapat memikirkan sama sekali tentang zat Allah Taala yang bukannya dari jenis-jenis benda dan tidak ada sesuatu pun yang menyamaiNya.

Oleh sebab itulah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutus oleh Allah Taala untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar, telah menerangkan tentang cara menggunakan fikiran untuk "mengenal Allah" dalam beberapa hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang sahabat Baginda s.a.w. iaitu Ibn Abbas, Abu Zar dan Ibn Umar r.a.

Selasa, 13 Oktober 2009

Hadis Rasulullah s.a.w

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz - yakni sendirian -dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat."

(Muttafaq 'alaih)

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, nescayalah aku bermaksud menyuruh supaya dicarikan kayu bakar, kemudian bersolat sesudah diazankannya. Lalu aku ingin menyuruh seseorang lelaki untuk menjadi imam untuk orang ramai. Lalu aku pergi ke tempat orang-orang lelaki - yang tidak ikut berjamaah - untuk membakar rumah-rumah mereka itu."

(Muttafaq 'alaih)

Isnin, 12 Oktober 2009

Mari mengenal Sifat-Sifat Huruf

Sifat Huruf Berlawanan dan Sifat-sifat
Tunggal
Sifat huruf yang berlawanan ialah sepuluh sifat atau dengan kata lain ia terdiri
dari lima pasangan. Takrifan dan huruf-huruf untuk sifat-sifat berlanan yang
tersebut adalah seperti berikut:
Bilangan
Sifat-sifat Huruf

1. Ibn al-Jazari
17 Sifat
(rajih)

2. Al-Syatibi
16 Sifat

3. Al-Farra’
14 Sifat

4. Makki
44 Sifat

1. Al-Hams: dari sudut bahasa ia bermaksud sembunyi. Mengikut al-Qurra, al-
Hams diistilahkan sebagai suara lemah menyebut huruf-huruf ini kerana
lemahnya suara berpegang pada makhraj dan ini menyebabkan keluarnya
nafas. Kerana itulah huruf-hurufnya dinamakan mahmusah dan ia
dikumpulkan di dalam rangkaikata فحثه شخص سكت
2. Al-Jahr: Dari sudut bahasa ia bermaksud jelas dan terang. Mengikut al-
Qurra, al-Jahr diistilahkan dengan suara kuat menyebut huruf kerana
kekuatan berpegang kepada makhraj sehingga menahan dari keluarnya
nafas. Huruf-huruf yang tergolong dalam kumpulan ini dipanggil huruf
majhur dan bilanganya ialah selain dari sepuluh huruf-huruf hams.
Perhatian: kekuatan suara berpegang kepada makhraj sehingga menahannya
dari terkeluar nafas ketika menyebutnya adalah faktor utama membezakan
antara huruf hams dengan huruf jahr.
3. Al-Syiddah: dari sudut bahasa ialah kekuatan. Istilahnya pula al-Qurra
menyatakan bahawa kelaziman huruf pada tempatnya kerana kekutan
berpegangnya kepada makhraj sehingga menahannya dari keluar suara.
Huruf-huruf syidah disusun dalam rangkaikata أجد قط بكتia berjumlah
lapan huruf.
Contohnya huruf dal pada kalimah مهتد : Surah al-Hadid : 26.
Dan huruf jim pada kalimah والحج : Surah al-Baqarah : 189.
Jika diperhatikan dua contoh yang lepas, suara tertahan dan tidak berlalu
dengan sempurna. Ini kerana dal dan jim antara huruf-huruf al-Syiddah.
Al-Tawassut bermaksud pertengahan. Ulama QurraÊ mengistilahkan al-
Tawassut ialah huruf-huruf yang mempunyai perantaraan antara sifat al-
Syiddah dan sifat al-Rakhawah. Ia bermaksud suara tertahan ketika
menyebut hurufnya dan sebahagian suara terlepas kerana itulah ia
dinamakan Mutawassat. Huruf-huruf al-Tawassut tersusun di dalam
rangkaikata لن عمر
Contohnya huruf lam dalam kalimah قل Surah al-Nas: 1. Dan huruf nun
dalam kalimah يكن Surah al-Ikhlas: 4

Dalam dua contoh yang dikemukakan, suara tidak dapat ditahan dengan
sempurna ketika membacanya sebagaimana huruf al-Syiddah dan diwaktu
yang sama suara tidak keluar dengan sempurna seperti huruf-huruf al-
Rakhawah. Tetapi huruf-huruf al-Tawassut keadaannya pertengahan antara
al-Syiddah dan al-Rakhawah.
4. Al-Rakhawah adalah berlawanan dengan maksud al-Syiddah dan juga al-
Tawassut. Ia adalah suatu-satunya sifat yang mempunyai dua lawan.
Berlainan dengan sifit-sifat lain yang hanya mempunyai satu lawan sahaja.
Dari sudut bahasa al-Rakhawah bermaksud lembut. Dan al-QurraÊ
mengistilah al-Rakhawah ialah lemahnya pegangan huruf pada tempatnya
atau makhrajnya sehingga suara keluar bersama sebutan huruf-hurufnya.
Justeru huruf-huruf yang keluar suara bersama dengan sebutannya
dinamakan huruf-huruf al-Rakhawah.
Huruf 􀄃huruf al-Rakhawah selain dari huruf-huruf al-Syiddah dan al-
Tawassut. Contohnya huruf sin pada firman Allah s.w.t. ألمس Surah al-
Baqarah : 275 dan huruf faÊ pada firman Allah s.w.t. أف Surah al-Ahqaf : 17.
Dua contoh yang dikemukakan jika diperhatikan, terdapat suara yang jelas
keluar ketika menyebut huruf sin dan faÊ.
5. Al-IstiÊlaÊ dari sudut bahasa ialah terangkat. Manakala dari sudut istilah pula
ialah lidah terangkat ke lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya. Di
waktu yang sama suara juga akan terangkat atau memenuhi ruangan mulut
ketika menyebut hurufnya.
خص ضغط قظ
Contohnya ialah huruf qaf di dalam Surah Yunus: 10 iaitu pada kalimah قال قائل. dan huruf zaÊ pada surah al-Maidah: 45 iaitu kalimah الظالمون Jika dilihat kepada dua contoh tersebut, kita mendapati bahawa lidah
terangkat ke lelangit atas ketika menyebut huruf-huruf al-IstiÊlaÊ.
7. Al-Istifal dari sudut bahasa bermaksud merendah. Al-QurraÊ telah
mengistilah al-Istifal sebagai merendahkan lidah dari lelangit atas ketika
menyebut huruf-hurufnya. Dengan sebab itu, suara yang menyebut
hurufnya juga akan merendah. Selain itu perkara yang berlaku juga ialah
huruf-huruf al-Istifal disebut dengan tarqiq (nipis)
Bilangan huruf-huruf al-Istifal ialah sebanyak 22 huruf iaitu selain daripada
huruf-huruf al-IstiÊlaÊ. Contohnya ialah huruf mim pada Surah al-Maidah : 3
iaitu kalimah مخمصة
Jika diperhatikan kepada sebutan mim مخمصة lidah merendah ketika
menyebutnya dan suara huruf mim tersebut adalah tarqiq.
8. Al-Itbaq dari sudut bahasa ialah melekat. Dan al-QurraÊ mendefinasikannya
dengan melekat sebahagian lidah ke lelangit atas atau hampir dengan
lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.
Bilangan huruf-huruf ialah empat huruf isitu sad, dhad, toÊ dan zaÊ. ص ض ط ظ Sifat al-Itbaq ini mengandungi al-IstiÊlaÊ dan lebih dari itu. Ketika
menyebut huruf-hurufnya sebahagian lidah melekat kebahagian lelangit
atas. Dan sebagai kesimpulannya boleh dikatakan bahawa setiap huruf al-
Itbaq adalah al-IstiÊlaÊ, tetapi bukan setiap huruf al-IstiÊlaÊ adalah al-Itbaq.
9. Al-Infitah dari sudut bahasa ialah renggang atau terbuka. Al-QurraÊ telah
memberi takrif dari sudut istilah al-Infitah ialah terdapat renggangan antara
lidah dengan lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya. Dengan itu
suara tidak dapat ditahan antara lidah dengan lelangit atas kerana
keterbukaan rongga.
Justeru, huruf-hurufnya dinamakan munfatah. Bilangan huruf-hurufnya
ialah 25 huruf atau selain daripada 4 huruf-huruf al-Itbaq. Kesemua
hurufnya berada dalam rangkaikata من أخذ وجد سعة فزكا حق له شرب غيث .
10. Al-Zalaqah dari sudut bahasa mempunyai beberapa makna, anataranya
ketajaman lidah dan kefasihannya. Ia digunakan untuk kefasihan dan
bersifat ringan. QurraÊmengistilahkan al-Zalaqah sebagai berpegang ketika
menyebut hurufnya di hujung lidah dan bibir.
Rangkaikata huruf-huruf al-Zalaqah ialah فر من لب . Enam ini danamakan
Muzlaqah kerana kefasihan menyebut dan keringanannya. Sebahagian
hurufnya keluar dari hujung lidah iaitu raÊ, lam dan nun ر ل ن manakala
sebhagian lagi makhrajnya ialah dari bibir iaitu faÊ, baÊ dan mim ف ب م.
11. Al-Ismat dari sudut bahasa ialah menahan. Manakala dari sudut istilah pula
ia adalah menegah hurufnya tersusun dalam percakapan arab dalam
kalimah yang mempunyai empat huruf atau lima huruf kerana lidah berat
menyebutnya.
Justeru kalimah tersebut mestilah terdapat huruf al-Izlaq bagi mengimbangi
antara berat dan ringan Bilangan huruf-hurufnya ialah 23 huruf dan
dinamakan huruf-huruf Musmatah. Rangkaikata bagi huruf-huruf al-Ismat
ialah
جز غش ساخط صد ثقة إذ وعظه يحضك
Sifat al-Zalaqah dan al-Ismat dua sifat yang lazim bagi setiap kalimah dan
tidak ada hubungan dalam memperelokkan sebutan huruf atau cara
membacanya.
Al-Hafiz Ibn al-Jazari telah merumuskan sifat-sifat asliyyah yang
berlawanan di dalam bukunya المقدمة الجزريةdan juga طيبة النشر beliau
berkata:
صفاتها جهر ورخو مستفل * منفتح مصمته والضاد قل

مهموسها ( فحثه شخص سكت)* شديدها لفظ ( اجد قط بكت )

وبين رخو والشديد ( لن عمر )* وسبع علو (خص ضغط قظ) حصر

وصاد ضاد طاء ظاء مطبقة * و( فر من لب) الحروف المذلقه

Maksudnya:
Sifat-sifat huruf ialah Jahar, Rakhawah, Istifad, Infitah, Ismat dan lawannya
Huruf-huruf Mahmus ialah فحثه شخص سكت Huruf-huruf Syiddah ialah اجد قط
بكت Antara sifat Rakhawah dan Syiddah dinamakan Tawassut. Hurufnya
ialah لن عمر Tujuh huruf IstiÊla ialahخص ضغط قظ . Huruf-huruf Itbaq pula
ialah صاد ضاد ظاء Dan huruf-huruf Izlaq ialah فر من لب

Ahad, 11 Oktober 2009

Kupasan Syirik ke 3

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ قَالَ أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ … . ( البخاري ومسلم )

- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Aku telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.,: "Apakah satu-satunya dosa yang terbesar di sisi Allah.?" Baginda s.a.w., menjawab: "(Dosa yang terbesar di sisi Allah itu) ialah: Engkau mengada-adakan bagi Allah sesuatu yang menyamaiNya pada hal Dia menciptakanmu..."
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kesepuluh ini mengandungi:
(1) Rasulullah s.a.w. menjadi tumpuan pertanyaan sahabat-sahabat Baginda.
(2) Syirik adalah satu-satunya dosa yang terbesar.
Huraiannya:
Baginda s.a.w. menjadi tumpuan pertanyaan sahabat sahabatnya.
Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam masa menjalankan tugasnya membuka dengan seluas-luasnya pintu pertemuan dengannya kepada segala lapisan masyarakat untuk mereka menanyakan apa yang mereka musykilkan berhubung dengan soal-soal agama.
Dalam hadis ini, Abdullah bin Mas'ud seorang sahabat Nabi yang terkenal bertanya kepada Baginda s.a.w. tentang dosa yang terbesar di sisi Allah, iaitu satu perkara yang sangat mustahak diketahui oleh setiap orang.
Islam dalam setiap masa, lebih-lebih lagi dalam masa - yang boleh dikatakan- manusia leka dengan soal-soal hidup semata-mata, tidak mahu mengambil berat mempersoalkan perkara-perkara dosa dan pahala.
Soal syirik.
Bagi menjawab pertanyaan sahabat Baginda yang tersebut, Baginda s.a.w. menegaskan bahawa di antara dosa-dosa yang terbesar ialah melakukan syirik terhadap Allah s.w.t. serta Baginda s.a.w. menerangkan bahawa amatlah tidak patut seseorang itu mempersekutukan atau menyamakan Allah Taala dengan sesuatu yang lain, sedang Allah yang menciptakannya dari tiada kepada ada.
Orang Musyrik yang demikian bukan sahaja tidak patut menurut timbangan akal yang siuman, bahkan telah berlaku zalim terhadap dirinya sendiri kerana dengan bawaan syiriknya ia telah mendedahkan dirinya kepada azab seksa yang tidak terperi yang akan diterimanya kelak.

Solat

Solat dan Kita
www.iluvislam.com


Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:

Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.

Sabtu, 10 Oktober 2009

عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً. ( الإمام أحمد )

- Dari Mahmud bin Labid r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpakamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w., menjawab: "(Syirik yang kecil itu) ialah ria' - Allah Taala akan berfirman pada hari Qiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing "Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan ria' di dunia dahulu (untuk menunjukkan kepada mereka), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?" (Imam Ahmad)

- عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُما، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ أَشْرَكَ. ( الترمذي )
Dari Ibn Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada nama atau sifat Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan syirik terhadap Allah. " (Tirmizi

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ. ( أبو داود والإمام أحمد)
Dari Ibn Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik" ( Abu Daud dan Imam Ahmad)
Hadis yang kesembilan ini menunjukkan bahawa tiga perkara yang tersebut adalah dari perkara-perkara syirik kecil atau syirik yang tersembunyi yang wajib dijauhi oleh tiap-tiap seorang. Tetapi bukanlah semua jenis ketiga-tiga perkara itu dikira syirik, malah setengah jenisnya sahaja, iaitu yang mengandungi perkataan yang tidak difaham, kerana boleh jadi termasuk perkara sihir, syirik atau lain-lainnya yang dilarang oleh hukum syarak sebagaimana yang dilakukan oleh kaum jahiliah
Adapun yang mengandungi ayat-ayat al-Qur'an atau zikrullah, maka yang demikian tidak dilarang.
Pendeknya, tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram kiranya mengandungi perkataan yang tidak difaham maknanya, atau yang berdasarkan sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor.
Adapun yang menggunakan kalam Allah, nama-Nya atau sifat-sifat-Nya atau zikrullah, maka yang demikian tidaklah salah.
Dengan penjelasan ini, selesailah perselisihan yang nampak pada zahirnya berlaku di antara dalil-dalil yang melarang dan dalil-dalil yang membenarkan perkara-perkara yang tersebut.
Kesimpulannya, bagi menyelamatkan seseorang daripada syirik yang tersembunyi ini hendaklah:
(1) Jangan menggunakan sesuatu benda, atau perkataan, ataupun sesuatu cara sebagai sebab bagi mendapat kebaikan atau menolak perkara-perkara yang tidak diingini, kecuali setelah diketahui bahawa sesuatu itu telah berlaku adat Tuhan menjadikannya sebab bagi musabab yang tertentu, serta diketahui pula bahawa menggunakan sesuatu itu tidak dilarang oleh hukum Allah.
(2) Jangan i'tiqadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan menghasilkan musababnya, bahkan memberi kesannya itu bergantung kepada takdir dan izin Allah Yang Maha Kuasa.
(3) Jangan melakukan sesuatu amal ibadat dengan tujuan mendapat penghargaan atau balasan daripada yang lain dari Allah Azza wa Jalla

علم التجويد

Makhraj Bibir Mulut dan Khaisyum
مخارج الشفتين والخيشوم
Bibir mulut mempunyai dua Makhraj khas. Iaitu:
1. Antara dua bibir. Di sini keluar dua huruf iaitu BaÊ dan Mim. ب,م
2. Perut bibir bawah bersama hujung gigi atas hadapan. Keluar di sini huruf
FaÊ. ف.
Makhraj Khaisyum ialah terletak di pangkal hidung. Di sini keluarnya suara
dengung (al-Ghunnah)
Al-Ghunnah dari sudut bahasa ialah: Suara yang terjadi ketika menyebut huruf
Mim dan Nun. ن,م . Justeru keluar dari Makhraj al-Khaisyum ialah Mim dan Nun.
MAKHRAJ
BIBIR MULUT
Antara dua bibir
ب,م
Perut bibir bawah bersama
hujung gigi atas hadapan: ف

Jumaat, 9 Oktober 2009

Tazkirah Seri Dua

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ ... . ( البخاري ومسلم )
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan. " Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w. menjawab: "(Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah .
(Bukhari dan Muslim)
Hadis ini memerintahkan supaya:
Menjauhi syirik dalam segala bentuknya.
Setelah kita mengetahui setakat mana buruknya akibat syirik, maka dengan ini kita diperintahkan supaya menjauhi dan menyingkirkan segala jenis syirik terhadap Allah, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.
Syirik yang besar atau yang nyata itu ialah: mempercayai adanya sesuatu yang setara dan sebanding dengan Allah s.w.t., yang ditujukan kepadanya doa permohonan, yang diuntukkan kepadanya satu-satu cara ibadat, dan yang ditakuti bala bencananya.
Dengan adanya syirik yang demikian, maka akidah Tauhid orang yang melakukannya telah berbelah bagi, dan orang Musyrik inilah yang dijanjikan Allah dengan neraka.
Syirik yang kecil atau yang tersembunyi itu pula ialah kepercayaan perkataan atau perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik terhadap kekuasaan atau undang-undang peraturan Allah.
Syirik yang tersembunyi itu amat banyak, di antaranya:
(1) Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan baik atau buruk.
(2) Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.
(3) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain dari Allah.
(4) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.

(5) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan Si anu, tentulah aku tidak berjaya.
(6) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya, tentulah rumahku dimasuki pencuri.
(7) Melakukan sesuatu ibadat, atau daya usaha pengorbanan, atau perjuangan bukan kerana menjunjung perintah Allah semata-mata, tetapi juga untuk tujuan-tujuan yang lain.