‘Abd
Allah bin Mubarak menegaskan bahawa:
“al-isnad
(sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama, kalau ia tiada, nescaya
sesiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka.” “Sanad itu
senjata mukmi,. jika seseorang tidak memiliki senjata, maka dengan apakah dia
ingin berperang”.
Sufyan ibn `Uyaynah
meriwayatkan bahawa suatu hari Imam al-Zuhri telah membacakan
satu hadis, maka aku berkata kepadanya “berilah aku hadis itu tanpa sanadnya”.
Lantas Imam al-Zuhri menjawab “adakah
engkau ingin memanjat ke bumbung tanpa menggunakan tangga”.Ibn Sirin menyatakan
pendapatnya mengenai perkara tersebut dengan teorinya “sesesungguhnya ilmu
ini merupakan sebahagian daripada agama (amanah), maka perhatikanlah daripada
siapa kamu mengambilnya (mempelajarinya)”.al-Suyuti (1998.)