Khamis, 17 September 2009

Tazkirah Jumaat

Lelaki ramai masuk neraka?

Oleh : Ustaz Zainudin Hashim

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia. Iklan



Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari) - lanh _

tazkirah Jumaat

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumahmu itu seperti kubur (yakni tidak pernah bersembahyang sunnah atau membaca al-Quran di dalamnya), sehingga sunyi-sunyi saja dari ibadat. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya itu dibacakan surat al-Baqarah."

(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia terjaga dari gangguan Dajjal."

Dalam riwayat lain disebutkan: "Dari akhir surat al-Kahfi."

(Riwayat Muslim)

* sepuluh ayat permulaan & sepuluh ayat terakhir.

Salam Aidil Fitri Buat Semua Pengunjung Blog Ini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sempena hari lebaran ini saya mengambil kesempatan mengucapkan salam ukhuwah , salam Adil Fitri buat pengunjung laman ini, juga tak lupa semua pelatih IPGMTAA.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat berhariraya maaf zahir dan batin.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selasa, 15 September 2009

Tipuan Duniawi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Demi umurku.
Pemuja dunia akhirnya akan menyesal juga.
Bila dunia pergi dia merasa rugi.
Bila dunia datang keinginan pun terus memuncak.

Demi Allah.
Bila dunia datang padaku
Dan melimpahkan rezekiNya
Tentulah orang merdeka tetap menghinakannya
Bagaimana tidak, ia batang yang bakal pula..

Herdiklah dunia dan hari-harinya
Ia hanyalah membawa duka
Kehausannya tidak pernah terpenuhi
Terus saja ingin memiliki
Sungguh menghairankan
Ia musuh tapi dirindukan.

Ada orang berkata
Kulihat hari memberi cela kepada manusia
Menghalangi kemuliaan dan keutamaannya
kukata kepadanya ambillah apa adanya

Banyak aku berusaha yang haram
Ia temukan kejahatan di atas kejahatan
Tanyakan pada hari-hari
Apa yang engkau perbuat dengan raja dan singgahsananya?

Adakah engkau bahagiakan mereka?
tidak pula yang pandai mahupun yang bodoh

Wahai orang-orang tertipu oleh dunia!
siang kau tidur dan malas malam pun kau tidur
dan hina kau tertipu oleh sesuatu yang fana
kau bahagia dalam khayalan persis orang tidur
yang tertipu dengan kelazatan
Akhirnya kesibukanmu hanyalah kebosanan..

Sesiapa menyintai dunia dan mengagungkannya,
hilanglah ketakutan terhadap akhirat dari hatinya..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sumber : Penenang Jiwa Pengubatan & Rawatan (Imam Al-Ghazali)

Kerjar Dunia Usah Sampai Lupa Akhirat

Kejar Dunia Usah Sampai Lupa Akhirat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


MALAS adalah satu penyakit. Ia menimpa semua orang termasuk remaja. Malas ada bermacam ragam, ada malas belajar, malas kerja, malas bercakap, malas makan serta seribu satu macam jenis malas lagi.

Malas ada risiko dan akibatnya, tetapi apa yang menakutkan adalah kalau malas beribadat.

Akibat dan risiko malas yang lain boleh ditanggung, tetapi kalau malas beribadat tidak mampu ditanggung rasanya.

Siapa yang sanggup menanggung azab sengsara dibakar api neraka.

Perhatian kita terhadap penyakit malas ibadat amat menurun dan corot terutama terhadap anak remaja kita.

Lihat saja kalau anak kita tidak ke kelas tambahan atau tuisyen, bukan main marah kita maki dan kadang-kadang pukul mereka.

Berbanding keadaan kalau anak kita tidak menunaikan solat, puasa atau anak gadis tidak menutup aurat, tidak kita dengar suara menyuruh atau berleter.

Kadang-kadang yang kita temui apabila emak atau ayah menyuruh adalah yang tolong bela.
“Kasihan budak tu...biarlah dia tidur, di asrama tak cukup tidur...,” bela emak pada anaknya yang balik bercuti.

Kita memberi perhatian kepada pelajaran yang akan memberi skor ‘A’ dalam peperiksaan, tetapi bagi pelajaran fardu ain, kita buat tidak endah saja.

Sebenarnya ini penyuburan nilai tidak prihatin kita yang ditanamkan terhadap anak tanpa kita sedari.

Kita lebih khuatir masa depan dunia anak kita daripada masa depan agama mereka.

Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia yang sehingga al-Quran mewasiatkan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa urusan dunia kamu...”

Jangan lupa dunia antara mesejnya, tetapi jangan pula leka mencari dunia sehingga lupakan akhirat, kadang-kadang bukan saja lupa akhirat, malah Allah sebagai Tuhan yang disembah pun dilupakan juga.

Memang patut kita risau kalau anak kita tidak berjaya di dunia, tetapi lebih patut lagi kita risau kalau anak ke neraka gara-gara gagal beribadat ketika di dunia.

Pesan dan motivasi anak supaya bersungguh-sungguh belajar, tetapi jangan lupa hendak berpesan kepada mereka supaya tidak mengabaikan ibadat terutama solat sebagai tiang agama.

Nabi Yaakub berpesan kepada semua anaknya sebelum wafat,

“...apakah yang kamu sembah selepas kematianku...”

Bagi yang lalai dan terlalu leka dengan dunia mungkin pesanannya sebelum mati,

“...anak-anakku apa yang akan kamu makan selepas kematianku...”

*Artikel asal oleh Mohd Zawawi Yusoh

Ahad, 13 September 2009

PERINGATAN RAMADHAN HARI KE 23

Hadis Fadhilat Ramadhan

mohd naim mohd zain

Hari ini kita akan menamatkan siri petikan hadis-hadis mengenai Lailatul-Qadr. Insya-Allah kita akan belajar hadis-hadis mengenai bab iktikaf pada siri-siri akan datang.

Daripada Anas r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

' Apabila tiba Lailatul-Qadr, turunlah Jibrail a.s. bersama satu kumpulan para malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk mengingat Allah s.w.t. dan apabila tiba Hari Raya mereka, iaitu Hari Raya Fitrah maka Allah s.w.t. akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikat-Nya. Dia berfirman:

" Wahai malaikat-Ku! Apakah balasan seorang pekerja yang menyempurnakan kerjanya?" Mereka berkata : " Wahai Tuhanku, balasannya ialah disempunakan ganjarannya. " Allah berkata lagi : " Wahai malaikat-Ku, hamba-hamba- Ku lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan fardhu -Ku ke atas mereka, kemudian mereka keluar sambil melaungkan doa - Demi kemulian dan kehebatan-Ku, kemurahan dan ketinggian-Ku dan demi kedudukan-Ku pasti Aku menerima doa-doa mereka. Kemudian Allah s.w.t. berkata ( kepada hamba-hamba itu ) : " Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Ku tukarkan segala keburukan kamu dengan kebaikan." Nabi s.a.w. berkata: 'Lalu mereka pun pulang dalam keadaan terampun'.

Huraian Ringkas.

Kedatangan Jibrail a.s. bersama para malaikat dinyatakan juga di dalam Al-Quran sebagaimana yang diterangkan sebelum ini. Banyak hadis-hadis juga menyebutnya. Ada hadis yang menyebutkan bahawa Jibrail a..s. akan menyuruh malaikat-malaikat supaya pergi ke rumah orang-orang yang sedang berzikir lalu berjabat tangan dengan mereka. Di dalam kitab Ghaliatul-Mawaiz terdapat nukilan dari kitab Ghuniyyah karangan Syaikh Abdul Qadir Jailani rah. di dalam hadis riwayat Ibnu Abbas r.a. dinyatakan bahawa dengan arahan Jibrail a.s. itu, para malaikat akan bertebaran dan tidak ada satu rumah pun samada kecil atau besar, di darat atau di laut yang ada di dalamnya orang-orang beriman kecuali mereka memasukinya untuk bersalaman tetapi mereka tidak akan masuk ke rumah yang ada di dalamnya anjing, khinzir, orang berhadas besar kerana zina ataupun gambar.

Berapa banyak rumah orang Islam yang ada tergantung gambar sebagai perhiasan lalu mereka merugikan diri mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri dari ni'mat rahmat yang begitu besar. Orang yang menggantungkan gambar hanyalah seorang tetapi dia menjadi sebab penghalang dari masuknya malaikat rahmat ke rumah itu lalu dia telah merugikan seluruh isi rumah itu bersamanya.