Jumaat, 24 Julai 2009

SOALAN KERJA KURSUS P.AL-QURAN MAINOR

Galurkan secara rengkas rukun atau Dhobit bacaan al-Quran

Kriteria Penilaian
Pendahuluan 3 m
Isi
- Huraian rukun
- Dalil-dalil
- Gambarajah dan
grafik
-Rujukan

15 m
Rumusan 2 m
*Perhatian
1. Hantar dalam bentuk "Hard Copy".
2. Tulisan jawi biasa dan saiz font 20 serta satu setengah space
3. Buat dalam 10 muka surat(termasuk grafik dan gambarajah.

SOALAN TUGASAN 2
Pilih dua sumber pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk ICT dan bagaimanakah kedua-duan sumber tersebut membantu kelancaran P&P al-Quran j-QAF.
(20markah)
Kriteria penilaian
Pendahuluan 2 m
Isi
- fakta
- keaslian
- penyampaian termasuk
penggunaan gambarajah
- bahan sokongan termasuk
grafik 15 m
Rumusan 3 m
*Perhatian
1. Hantar dalam bentuk "Hard Copy".
2. Tulisan jawi biasa dan saiz font 20 serta satu setengah space
3. Buat dalam 10 muka surat(termasuk grafik dan gambarajah.

Soalan tugasan

Al-Quran adalah panduan kepada manusia, ianya merangkumi pelbagai aspek semuanya dipelihara oleh Allah namun penulisannya berubah dari zaman Rasulullah s.a.w hingga ke pembukuan mushaf. Bincangkan Rasm Uthmani di zaman tersebut.
Perbincangan hendaklah berdasarkan maklumat dibawah
a) Difinasi Rasm Uthmani ( 2 markah )
b) Kelebihan Rasm Uthmani ( 4 markah )
c) Penulisan di zaman Rasululla- Kaedah al-Wasl dan al-Fasl
- Kaedah penulisan huruf hamzah
- Kaedah Qiratan
( 10 markah ) e) Penutup ( 2 markah )
f) Rujukan ( 2 markah )

SOALAN KERJA KURSUS P. ISLAM MAJOR

SOALAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM MAJOR

Anda dikehendaki menjawap dalam format 'word document' dan dimuat-naik menggunakan attachment dalam ruangan ini.
Jawapan anda boleh ditulis dalam bentuk nota.
Soalan:
Program j-QAF mula dilaksanakan di sekolah kebangsaan bermula tahun 2005. Setelah anda melaksanakan progam ini di sekolah, bincangkan kelebihan dan halangan program ini dalam usaha memperkasakan mata pelajaran Pendidikan Islam.
Catatan :
Jawapan anda berfokus kepada kelemahan dan kekuatan program jQAF .
Soalan:
Program j-QAF mula dilaksanakan di sekolah kebangsaan bermula tahun 2005. Setelah anda melaksanakan progam ini di sekolah, bincangkan kelebihan dan halangan program ini dalam usaha memperkasakan mata pelajaran Pendidikan Islam.
Catatan : Jawapan anda berfokus kepada kelemahan dan kekuatan program jQAF .
RPH adalah aspek yang amat penting sebelum seseorang guru memulakan sesi pengajarannya, nyatakan perkara-perkara penting yang perlu anda ambilkira sebelum menulis RPH. Sila muat naik jawapan anda melalui laman ini.
Pelbagai Pendekatan telah diambil bagi membina sebuah rancangan semester bagi sesuatu mata pelajaran. Setengah guru membuat rancangan semester dalam bentuk carta Gant. Ada dibina berdasarkan satu semester. Lajur yang disediakan juga dalam pelbagai bentuk.
Pada pandangan anda, kenapakah perlunya sebuah rancangan semester dibina sebegitu rupa.
Apakah aspek yang perlu diambil kira sebelum sebuah rancangan semester dibina.
PENILAIAN :
I
1. Penilaian ditakrif sebagai proses mentaksie perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Penilaian yang dilakukan dengan sempurna membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti diperingkat awal.

a- Terangkan lima kelebihan penilaian kepada guru dan murid !
I
b- Jelaskan perbezaan antara penilaian formatif dan sumatif !
2. Jadual Penentu Ujian (JPU) memainkan peranan yang penting dalam pembinaan sesuatu item ujian dan penilaian. Jelaskan kepentingannya secara ringkas!
3. Berikan penerangan anda mengenai soalan objektif dan soalan subjektif. Terangkan mengenai kelemahan dan kelebihan soalan-soalan tersebut.
I
TAMADUN ISLAM
I
4. Dengan menggunakan borang grafik banding beza, jelaskan perbezaan antara perkembangan pendidikan sebelum dan selepas merdeka di Malaysia.

SOALAN KERJA KURSUS BAHASA ARAB MAJOR

Tulis jawapan anda dalam bentuk kerja kursus yang pelu dihantar pada sesi intraksi pada
OGOS 2009
. كيف يكتـسب الطفل مهارة الإستماع ؟
2. كيف يكون الإستماع مهارة فعالة ومؤثرة ؟
3. ما الغايات المرجوة من وراء تعليم مهارة الإستماع لدى المدرسين ؟
4. التعليم الفعال تساعده الوسائل المناسبة. اقترح الوسائل المناسبة مع بيان مميزاتها على حدة.
5. عند تطبيق مادة الاستماع لا بد من طرق و أساليب ، بين خطوات الترديد التي يستخدمها المدرسون في تنفيذها .
أجب عن الأسئلة جميعا ثم تحمل.( upload )
. ما هي مرحلة الكلام عند الأطفال ؟
2. كيف يكتسب الأطفال مهارة الكلام ؟
3. للمهارة غايات. ما هي غايات من تعليم الكلام ؟
4. اكتب الحوار يبين الفرق بين مهارة الكلام الوظيفي والكلام الإبداعي. أجب هذه الأسئلة مستعينا بالمذكرات التي تليها. اكتب اجاباتك في ميكروسوف وورد أو فاور فوينت. ثم قم بعملية رفع الملف إلى هذا الموقع
1. ما هي الأهداف السامية من تعليم هذه المهارة ؟
2. القراءة نوعان، الصامتة والجهرية. تحدّث عن وظائف القراءة الجهرية.
3. للقراءة الجهرية أنواع، ما هي.
لكل مهارة طرق تخص بها. ما هي الطرق الستة لمهارة القراءة. أجب هذه الأسئلة مستعينا بالمذكرات التي تليها.4 اكتب اجاباتك في ميكروسوف وورد أو فاور فوينت. ثم قم بعملية رفع الملف إلى هذا الموقع

1 ما هي المرحلة المقترحة المناسبة لكتابة الحروف عند الأطفال مراعيا مبدأ التدرج.
2 الإملاء من انماط مهارة الكتابة. تحدث عنها.
3 للكتابة أنواع ومنها الكتابة المقيدة. تكلم عن أنواع الكتابة المقيدة.
4. كيف نكتب الفقرة الجيـدة، ناقش عنها. أجب هذه الأسئلة مستعينا بالمذكرات التي تليها. اكتب اجاباتك في ميكروسوف وورد أو فاور فوينت. ثم قم بعملية رفع الملف إلى هذا الموقع
1للتعليم المصغر ثلاث مراحل ، وضح تلك المراحل جيدا مع كتابة إجابتك مستخدما بالخط العربي التقليدي حجمه 16 سم .

JADUAL PERJUMPAAN j-QAF KE 2

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL ,
IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ATURCARA MAJLIS PERJUMPAAN j-QAF 2009KALI KEDUA.

PADA : 25 / 7 / 09 ( SABTU )
TEMPAT : Dewan mesyuarat PPD Kuantan




8.00 – 8.30 pagi - Pendaftaran Peserta j-QAF 09

8.30 – 9.00 pagi - Taklimat oleh Penyelaras j-QAF

9.00 - 10.00 pagi - Dialog Sesi 1.

10.00 – 10.30 pagi - Minum Pagi.

10.30 – 12.30 pagi – Kuliah ( Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Jawi ) oleh Ustaz Tajuddin Bin Awang Merah dari SK Teruntum, Kuantan.

12.30 – 2.00 petang - Rehat , Makan Tengahari dan Solat

2.00 – 4.30 petang - Kuliah ( Tajuk : Pengurusan ) oleh Ustaz Roslan Bin Mohd Yunos dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
4.30 - 5.00 petang - Bersurai.


Perjumpaan j-QAf ke 2

Takirah Hati

Elak hati mati

Oleh : mohd naim mohd zain

MEGA: Saban tahun kita menyambut Israk Mikraj. Namun tidak banyak realiti yang dapat kita realisasikan. Mengapa ini berlaku?

DZULKARNAIN: Sebab utama pelbagai realiti dalam peristiwa Israk Mikraj itu tidak dapat direalisasikan oleh umat Islam berkait dengan iman.

Hanya orang beriman sahaja yang dapat membuat kerja-kerja dakwah. Malah peristiwa yang dilalui oleh Baginda SAW itu juga adalah satu daripada proses saringan yang dilakukan oleh Allah kepada umat Islam ketika itu.

Sebabnya, berapa ramai yang tidak percaya apabila Nabi SAW menceritakan pengalamannya kepada penduduk Mekah ketika itu. Ini termasuklah bapa saudara nabi, iaitu Abu Jahal.

Namun, kalau kita melihat kepada aspek yang lain, kita dapati bagaimana keimanan Abu Bakar yang apabila ditanya oleh Abu Jahal, "adakah kamu percaya bahawa Muhammad dibawa ke langit dan menemui Allah dalam tempoh sehari semalam", maka dengan tegas Abu Bakar menjawab, "jika benar demikian itu kata-kata Muhammad, lebih daripada itu aku percaya".

Inilah yang membawa kepada gelaran al-Siddiq (yang membenarkan) yang diberi oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Bakar.

Peristiwa ini juga menunjukkan kekuasaan Allah dan kepentingan kita beriman kepada perkara yang ghaib. Hal ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib. (al-Baqarah: 3)

Perkara ghaib adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera yang biasa. Namun ia diakui dan diyakini berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna.

Sememangnya Israk dan Mikraj itu juga adalah merentas alam masa depan dan juga masa lampau apabila Rasulullah dipertemukan dengan Nabi Musa dan mengimamkan solat dengan para nabi yang lain.

Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan ilmunya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia. (al-Israk: 60)

Nikmat syurga dan azab neraka diakui benar. Tetapi mengapa kita masih alpa dan lalai dalam melakukan ibadat?

DZULKARNAIN: Semasa Israk dan Mikraj, Nabi bertemu dengan seorang wanita cantik yang memperagakan perhiasan dirinya. Alhamdulillah Baginda tidak terpedaya dan berhenti di situ.

Lalu Jibril memberitahu Nabi bahawa wanita itu adalah kiasan kepada umat Baginda yang kasihkan dunia atau hubbud dunya.

Sehinggakan ada di kalangan kita yang tidak fikir soal halal-haram yang pentingnya, apa yang dihajati tercapai.

Saya melihat terlalu banyak hiburan dalam kehidupan masa kini. Lihat sahaja program-program yang ada dalam televisyen hari ini. Banyaknya lebih kepada yang lagha (melalaikan) walaupun tidak dinafikan ada rancangan agama.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Sebab itu, kita lihat anak-anak atau remaja zaman sekarang nakalnya lain macam. Kalau dulu-dulu, nakal mereka setakat mandi sungai saja tetapi sekarang sampai boleh bergaduh dalam surau!

Salah satu peristiwa penting dalam Israk Mikraj adalah kefarduan solat lima waktu.. Dan Nabi telah ditunjukkan betapa azabnya orang yang meninggalkan solat. Mereka ini menghantuk kepala di batu sehingga pecah dan kemudian dengan kuasa Allah kepala itu bercantum semula. Selepas itu dihantuk lagi.

Sayangnya, ada di kalangan umat Islam yang tidak merealisasikan ibadat solat ini. Apabila diadakan ceramah tentang Israk Mikraj atau pun bila tiba bulan Rejab, barulah barangkali mereka teringat tentang amaran Allah tentang golongan yang lalai dan lupa mengerjakan solat.

Malah bukan lagi rahsia, ada di kalangan umat Islam yang hanya solat apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Ini yang disebut sebagai 'hati mati'.

Keadaan beginilah yang paling kita bimbang. Ia telah dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah meterikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (al-Baqarah: 7)

Peristiwa ini berlaku selepas tahun dukacita di mana Nabi diuji dengan kematian isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib yang banyak membantu dalam kerja dakwah.. Apakah falsafah di sebalik peristiwa ini?

DZULKARNAIN: Ini menunjukkan kepada kita bahawa kerja dakwah bukan mudah. Kita akan sentiasa berhadapan dengan cabaran dan ujian. Buktinya, Nabi SAW sebagai kekasih Allah pun diuji dengan pelbagai keadaan dan tekanan. Inikan pula kita sebagai manusia biasa.

Begitu juga Nabi Musa yang dihalau keluar oleh kaumnya dari negerinya Mesir.

Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi baginda semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal, maka Islam pasti akan terkubur.

Namun kuasa Allah SWT melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, Nabi telah 'dihiburkan' dengan Israk dan Mikraj. Seterusnya diizinkan berhijrah ke Madinah sehingga membina daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.

Dalam peristiwa di Taif di mana penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam, malah telah melontar batu ke arah Nabi sehingga berlumuran darah.

Kita dapat melihat nabi diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit di bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh Nabi sebagaimana baginda menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan meruntuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Bagaimana untuk mengelak daripada 'hati mati'?

DZULKARNAIN: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Orang yang hatinya mati tidak dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan. Mereka tidak dapat merasai kemanisan apabila melakukan perkara yang baik.

Ingatlah amaran Allah kepada golongan begini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Zumar: 22)

Rasulullah SAW bersabda tentang cara bagaimana memastikan hati kita tidak mati. Sabda baginda yang antara lain bermaksud ada lima perkara bagi mengelak hati mati.

Pertama, jangan tinggal majlis-majlis ilmu; jangan tinggal zikir pada Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Ketahuilah! Dengan mengingati Allah (zikir) itu tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra'd: 28)

Ketiga, jangan lupa membaca al-Quran, jangan tinggal bangun malam untuk qiamullail dan jaga pemakanan daripada yang syubhat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati.

Isnin, 20 Julai 2009

Tazkirah

Daripada Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w., "Ya Rasulullah, demi Allah, sesungguhnya saya ini nescaya cinta kepada Tuan." Beliau lalu bersabda: "Lihatlah baik-baik apa yang engkau ucapkan itu."

Orang itu berkata lagi, "Demi Allah, sesungguhnya saya ini nescayalah cinta kepada Tuan." Dia berkata demikian sampai tiga kali.

Kemudian beliau s.a.w. bersabda, "Jikalau engkau mencintai saya, maka sediakanlah sebuah baju tijfaf untuk menempuh kefakiran, sebab sesungguhnya kefakiran itu lebih cepat mengenai orang yang mencintai saya daripada cepatnya air banjir sampai di tempat penghabisannya. "

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Attijfaf - iaitu sesuatu yang dikenakan pada kuda untuk menjaga dirinya dari bahaya - senjata dan lain-lain, dan kadang-kadang pakaian sedemikian itu juga dikenakan oleh manusia.

Ahad, 19 Julai 2009

MUKJIZAT ISRA’ DAN MIKRAJ

MUKJIZAT ISRA’ DAN MIKRAJ

Satu lagi perayaan yang disambut oleh umat Islam ialah perayaan israk’ dan mikraj,
peristiwa yang besar ini berlaku sendiri pada batang tubuh nabi s.a.w. Mari lah kita sama-sama mengambil pengajaran dari peristiwa mukjizat ini.

Isra’ ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa. Mikraj pula ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke sidratul muntaha yang tidak pernah di jejaki oleh sebarang makhluk untuk bertemu dengan Allah Taala… Semua perjalanan ini berlaku dalam tempoh sehari semalam…

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’ tentang terjadinya mukjizat ini. Adakah pada tahun kesepuluh atau tahun sesudahnya. Perkara ini menjadi khilaf di kalangan ulama’. Menurut riwayat Saad peristiwa ini berlaku lapan bulan sebelum peristiwa hijrah Nabi s.a.w.

Jumhur ulama’-ulama’ Islam bersependapat bahawa pristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh Nabi s.a.w. Ini merupakan satu mukjizat yang di kurniakan oleh Allah kepada Nabi s.a.w.

Kisah perjalanan ini disebutkan secara jelas oleh Muslim di dalam sohehnya. Di sebutkan bahawa perjalanan Nabi ini dengan menaiki seekor binatang yang dipanggil sebagai Burak.Binatang ini lebih beser dari keldai dan kecil sedikit dari unta.
Binatang ini berjalan dengan pantas ibarat sekelip mata sahaja.Disebutkan pula nabi s.a.w memasuki Masjidil Aqsa dan bersolat dua rakaat bersama dengan roh nabi-nabi.
Lalu jibril datang kepadanya dengan membawa segelas arak dan segelas susu, lalu Nabi s.a.w memilih susu sebagai minumannya.

Lalu jibril berkata kepadanya “bahawa engkau wahai Muhammad telah memilih suatu perkara yang menjadi fitrah bagi manusia. Kemudian di teruskan lagi perjalanan ke langit pertama, kedua, ketiga sampai lah seterusnya hinggalah ke Sidratul Muntaha.
Disana lah di wahyukan kepada nabi syariat solat yang pada awalnya sebanyak lima puluh waktu.

Keesokkan harinya Nabi s.a.w menceritakan kepada penduduk Mekah tetapi ramai yang tidak mempercayai kata-kata nabi s.a.w. lalu Nabi di tertawakansehingga Nabi s.a.w menceritakan gambaran di dalam Masjidil Aqsa secara jelas.

Bukhari telah meriwayatkan secara jelas dalm sahihnya.

لما كذبتني قريش قمت فى الحجر فتجلى الله لى بيت المقدس فطفقت أخبرهم عن آيته وأنا أنظر إليه....

Maksudnya:
Ketika kaum quraisyh mendustakan aku, aku berdiri di hadapan Hijir (ismail). Lalu Allah memperlihatkan Baitul Maqdis kepada ku. Kemudian aku khabarkan kepada mereka tentang tiang-tiangnya dari apa yang aku lihat.

Sebahagian daripada kaum musyrikin mengambil peluang dari peristaiwa ini untuk menggoncang aqidah umat Islam pada ketika itu. Mereka juga mengkhabarkan kepada sahabat nabi s.a.w iaitu Abu Bakar r.a. Tetapi jawapan Abu Bakar mengecewakan mereka iaitu “jika Muhammad yang berkata demikian nescaya aku percaya, malah lebih dari itu pun aku percaya.” Dengan peristiwa ini lah Abu Bakar di gelar sebagai As-siddiq

BEBERAPA PENJELASAN

Pertama: penjelasan tentang Rasul dan MukjizatRamai diantara penulis cuba menggambarkan Nabi Muhammad ini sebagai insan biasa.Penulis-penulis barat juga cuba mempamerkan Nabi s.aw ini sebagai pemimpin biasa serupa dengan diktator-diktator lain. Gambaran yang salah ini sedikit sebanyak menggugat aqidah umat Islam. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w dikuniakan dengan banyak mukjizat yang tidak boleh di fikir oleh akal manusia.

Fiman Allah Taala:

قل إنما الأيت عند ألله

Maksudnya:
“sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu hanya pada sisi Allah”

Di antara mukjizat nabi lagi ialah, memancarkan air dari celah-celah jari nabi saw.
Peristiwa ini di riwayatkan oleh Bukhari di dalam bab wudhuk, muslim di dalam bab al-fadha’il (keutamaan). Imam Malik dalam al-muwaththa’. Mukjizat yang lain pula ialah peristiwa bulan terbelah. Peristiwa ini bukan di saksikan oleh musyrikin mekah sahaja tetapi disaksikan juga oleh seluruh alam. Satu riwayat menceritakan seorang sahabat nabi dari India datang berjumpa dengan nabi saw ketika melihat peristiwa ini di negaranya.Lalu beliau merantau lalu datang berjumpa dengan nabi dan menghadiahkan nabi dengan sedikit halia, lalu nabi ambil dan memakan halia tersebut.

Israk dan Mikraj ini juga merupakan salah satu daripada mukjizat nabi saw.Malahan ia merupakan mukjizat yang paling besar mengikut pendapat sebahagian ulama’.Tetapi ada sebahagian umat islam memekakkan telinga mereka dari mendengar hadis-hadis yang mutawatir dalam peristiwa ini yang menyebabkan mereka mempertikai peristiwa yang agong ini. Mana pergi ASTORA JABAT LAKNATULLAH??? Yang mempertikai peristiwa ini satu ketika dahulu. Ini merupakan saki baki daripada pengikut-pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab kerana mereka tidak percaya dengan peristiwa ini.

Makna di sebalik perjalanan Isra’ ke Baitul Maqdis ialah ingin menggambarkan betapa tinggi nya kedudukan tanah suci umat Islam ini.Baitul Maqdis bukan sahaja tanah bagi orang palestin tetapi ianya juga merukan tanah suci bagi umat Islam keseluruhan nya.
Kita perlu sedar betapa pentingnya kita mempertahankan tanah suci ini dari di ceroboh oleh Yahudi yang tidak bertanggungjawab yang di sokong oleh Amerika dan negara-negara yang sekafir dengannya!!!! Adakah kita membutakan mata dan memekakkan telinga dalam masalah ini?? Apa sumbangan kita bagi membebaskan bumi palestin ini dari Zionis Yahudi laknatullah?? Kita WAJIB memboikot semua barangan-barangan Yahudi dan sekutunya. Apakah umat Islam sedar masalah ini?Kita kihat pada hari ini dalam negara kita ramai mereka-mereka yang masih lagi tidak memboikot barangan-barangan ini.

Professor Dr Yusoff Al-Qaradhawi dalam fatwanya menyebut, “ satu sen kita sumbangkan untuk zionis yahudi ini di ibaratkan kita telah memasukkan satu peluru untuk menembak umat Islam di Palestin. Kita harus merasakam bahawa tanah suci Baitul Maqdis merupakan tanah suci seluruh umat Islam!!!!!

Perajalanan dari Baitul Maqdis dan terus berjumpa dengan Allah Taala bagi menerima fardhu solat.

Ini memberi faham kepada kita bahawa penting solat dalam kehidupan ini dan pentingnya menjaga solat. Bayangkan susahnya nabi saw hendak menerima solat ini, tetapi malang ada diantara kita yang ambil sikap sambil mlewa dalam solat ini.
Cuba kita fikir, dalam usia yang Allah Taala beri kepada kita ini berapa kalikah kita rasa lazat ketika berjumpa dengan Allah swt. Jika kita tidak rasa lazat, bayangkan jika kita dimatikan oleh Allah swt esok hari??? Satu persoalan yang harus kita jawab. Kadang-kadang kita lebih mementingkan kerja dunia berbanding dengan solat.

Tahukah anda semua, bahawa solat ini merupakan hubungan kita dengan Allah secara langsung.Betapa kasihnya Allah kepada kita semua sehingga Allah memberi peluang hambanya merayu untuk mengabdikan diri kepadaNya.Nabi saw di beri pilihan oleh Jibril sama ada hendak meminum arak ataupun susu,namun Nabi saw memilih susu kerana ianya sesuai dengan fitrah dan naluri manusia itu.

Semua agama melarang penganutnya minum arak, ini kerana ia sudah terkeluar daripada sifat manusia yang sebenar.Jumhur ulama’ salaf dan khalaf bersependapat bahawa peristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh. Imam Nawawi berkata di dalam SYARHU MUSLIM “ pendapat yang benar menurut kebanyakan ulama’ salaf,semua fuqaha, ahli hadis dan ahli ilmu tauhid, adalah bahawa Nabi saw di isra’kan dengan jasad dan rohnya, semua nas merujuk perkara ini,dan ia tidak boleh di takwil kecuali dengan dalil”.

Diantara dalil yang jelas mengenai peristiwa ini sebagaimana di sebutkan sendiri oleh Allah swt di dalam Al-quran surah Al-Isra’ ayat pertama. Disini dapat dinyatakan bahawa mereka yang menolak peristiwa ini adalah terkeluar daripada agama Islam (KAFIR)

HAYATI SUNNAH, JAUHI BIDA’AH

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Peringatan

Dari Ka'ab bin 'lyadh r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya setiap ummat itu ada fitnahnya dan fitnah ummatku ialah harta."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah engkau semua terlampau cinta dalam mencari sesuatu untuk kehidupan, sebab dengan terlampau mencintainya itu, maka engkau semua akan mencintai pula keduniaan."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.