Rabu, 28 Julai 2010

SUARA

Tabaqah Suara
Tingkatan suara atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Tabaqat adalah
merupakan salah satu seni dalam bidang tarannum al-Quran. Kebiasaannya,
tingkatan suara ini digunakan dalam empat paras sahaja,
Dengan merujuk buku QawaÊid Tarannum karangan Haji Nik Jaafar bin
Nik Ismail, bincangkan proses kemanisan suara.

Paras Tingkatan Suara atau Tabaqah
Tabaqah Suara Catatan
1. QARAR Ianya berfungsi di dada.
2. NAWA Ianya berfungsi pada tekak.
3. JAWAB Ianya berfungsi pada rongga hidung.
4. JAWAB AL-JAWAB Ianya berfungsi pada rongga otak.
Dalam proses mengenalinya, anda boleh mempelajari sistem proses nada iaitu
DO-RE-MI-FA-SO-LA-TI-DO. Sistem proses nada ini berlaku pada tiap-tiap
tabaqah yang disebutkan tadi.
Burdah Suara dan Peranannya
Burdah bererti bunga suara dan lenggoknya. Suara yang mempunyai alunan
burdah akan lebih menarik dan sedap didengar. Umumnya, burdah itu terbahagi
kepada dua bahagian, seperti yang dapat kita lihat dalam Jadual 2.5.
Jadual 2.5: Bahagian Burdah
Bil. Burdah Suara Catatan
BURDAH ASLI
Iaitu suara yang hidup dan mempunyai getaran yang
semulajadi.
BURDAH SINA`I
Iaitu bunga-bunga suara yang sengaja digubah dan
disusun rapi mengikut kehendak jenis tarannum yang
diperdengarkan.
Peranan burdah suara adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.6 berikut.
Jadual 2.6: Peranan Burdah Suara
Bil. Jenis Burdah Peranannya
1. Kasar dan Jarang Bertujuan untuk menghidupkan persembahan.
2. Kecil dan Rapat-rapat Bertujuan untuk mencantikkan persembahan.
3. Lembut dan Bersih Bertujuan untuk melahirkan seni persembahan.
4. Keras dan Tegas Bertujuan untuk menyemarakkan persembahan.

Suara dan Lahjah Arab
Istilah Lahjah bererti loghat dalam bahasa Arab, iaitu gaya bunyi suara yang
berbudaya Arab seperti Lahjah Quraysh, Huzayl, Tamim, Thaqif, Hawazin,
Kinanah dan al-Yaman.
al-Imam al-Bayhaqi dan al-Imam Mahmud al-Alusi berpendapat bahawa al-
Quran tidak terkeluar daripada tujuh bahasa yang paling fasih dalam bahasa
Arab di kalangan bangsa Arab. Walaubagaimanapun ini bukanlah bererti setiap
kalimah dalam al-Quran menggunakan tujuh bahasa tersebut. Sebaliknya,
ketujuh-tujuh bahasa tersebut tersebar di perbagai tempat di dalam al-Quran.
Di antara ciri-ciri suara yang berlahjah Arab adalah seperti berikut:
(a) Kemanisan dan kebasahan suara.
(b) Gema suara yang meninggi ke arah Khayshum.
(c) Kelembutan bunyi yang berbudaya kearaban.
(d) Pergerakan suara di samping burdah yang berbudaya kearaban.
LATIHAN SUARA
Manusia dianugerahkan Allah s.w.t dengan nikmat suara yang istimewa berbeza
dengan makhlukNya yang lain. Suara manusia adalah satu getaran bunyi yang
unik. Ini kerana ia boleh diproses, dilatih dan dipelajari serta disesuaikan
mengikut getaran bunyi yang diinginkan. Sebagai contoh, suara manusia mampu
meniru pelbagai jenis gaya suara atau bunyi haiwan, muzik dan pertuturan
bahasa dan loghat sesama manusia.
Getaran bunyi yang dihasilkan oleh manusia juga perlu dikendalikan dengan
baik untuk mencapai tahap kelunakan dan keindahan yang memukau dan
menarik diperdengarkan. Latihan suara manusia ini boleh mengubah dari tahap
suara biasa kepada tahap yang terbaik.

TAHSIN AL-SOUT
Cara Memelihara Kualiti Suara
Dalam proses menjaga kualiti suara, khususnya dalam bidang tarannum, beberapa
aspek perlu dititik beratkan. Ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 2.7.
Cara Memelihara Kualiti Suara

1. Menjaga
Kesihatan Fizikal
Dengan cara menjaga aspek pemakanan yang seimbang
dan bersukan atau bersenam.
2. Menjaga
Kesihatan Suara
Dengan cara menjauhkan makanan yang terlampau pedas,
kelat, bergetah, berminyak dan yang boleh membawa kesan
berubahnya suhu badan. Dari segi minuman pula, elakkan
minum air yang terlalu panas dan jauhkan dari merokok.
3. Banyakkan
Memakan Buahan
dan Sayuran
Dengan cara melazimi memakan buah-buahan dan sayuran
yang berzat.
4. Banyakkan
Minum Air
Dengan cara melazimi minum air panas suam atau air sejuk
tanpa ais. Amalkan cara ini sehingga melebihi 5 liter sehari.
2.3.2 Cara Melatih Suara
Beberapa kaedah latihan dicadangkan dalam melatih suara, antaranya
disebutkan dalam Jadual 2.8.
Kaedah Melatih Suara
Kaedah Melatih Suara
1. Latihan suara dalam Harakah supaya dapat memantapkan Maqam.
2. Lataihan suara dengan cara membentuk Tabaqah.
3. Latihan suara dengan cara sebutan Lahjah Arab.
4. Latihan suara dengan cara Sulalam Nuzul dan Sulalam Su`ud.
5. Latihan suara untuk menghidupkan Ikhtilal al-Lahn.
6. Latihan suara dengan membawa Burdah.
7. Latihan suara untuk mendapatkan Jawab al-Jawab.
8. Latihan suara dengan menggunakan Qit`ah dan Mahattah.
9. Latihan suara secara menyumbang Tabaqah.
10. Latihan suara dalam Fasohah dengan Lahjah Arab.
11. Latihan suara secara memainkan lagu di dalam persembahan.
12. Latihan suara untuk melembutkan nada suara di dalam bacaan.
13. Latihan suara untuk menyampaikan kepada tahap yang dikehendaki.

Latihan Pernafasan
Sistem pernafasan manusia berkait rapat dengan sistem paru-paru di mana ia
berfungsi secara automatik. Sistem ini akan bertambah kuat bekerja apabila
aktiviti gerak berlaku seperti berlari, berjalan, naik tangga dan sebagainya. Ia
kembali normal apabila seseorang itu berada dalam kedaan rehat atau tidur.
Ketika seseorang menarik nafas, paru-paru akan mengembang dan apabila nafas
dilepaskan paru-paru akan mengecil. Semuanya berlaku secara automatik.
Dalam proses latihan penafasan, teknik mengawal pernafasan merupakan aspek
yang penting dalam melatih seseorang melagukan khususnya dalam bacaan al-
Quran dengan nafas yang panjang dan lebih selesa. Ini bertujuan untuk
mengalunkan harakah-harakah tarannum dengan lebih sempurna dan menarik
di samping waqaf ibtidaÊ yang lebih tepat. Di antara kaedah latihan
memanjangkan nafas yang dianjurkan adalah seperti Jadual 2.9 berikut.
Kaedah Latihan Memanjangkan Nafas
Sistem Latihan Memanjangkan Nafas
1. Tegakkan kedudukan badan di dalam keadaan bersedia.
2. Tarik nafas panjang-panjang kemudian kumpulkannya di bahagian perut.
3.
Lepaskan nafas perlahan-lahan tanpa suara dan beransur-ansur serta
lakukannya berulang kali.
4.
Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan bersuara secara beransur-ansur dan
terkawal serta lakukannya berulang kali.
5.
Lepaskan nafas di samping menyebut beberapa patah kalimah dalam
keadaan terkawal serta lakukannya berulang kali.
6.
Lepaskan nafas di samping membaca bacaan ayat-ayat atau surah-surah yang
panjang dalam satu nafas dalam keadaan terkawal serta lakukannya berulang
kali.

Selasa, 27 Julai 2010

Seni Suara

Seni Suara: Definisi, Alat dan Sifat-sifatnya
Suara merupakan salah satu nikmat Allah s.w.t yang berfungsi sebagai alat
komunikasi sesama manusia. Ia boleh didefinisikan sebagai suatu getaran bunyi
yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga
mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang
lain mengikut kehendak yang tertentu.
Seni suara jika dipelajari akan mendatangkan banyak manfaat lebih-lebih lagi
dalam memperdengarkan bacaan al-Quran. Dalam hal ini, Islam menggalakkan
umatnya membaca ayat suci al-Quran dengan suara yang lunak sehingga dapat
memberi kesan kepada hati si pembaca mahupun orang yang mendengarnya.
Kaedah ini dikenali sebagai memperelokkan suara atau tahsin al-sout. Ini sejajar
dengan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al-NasaÊi
dalam Sunannya, bab ÂMenghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suaraÊ:
عَنْ اْلبَرَاءِ َقا َ ل: َقا َ ل رَسُو ُ ل اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عََليْهِ وَسَلَّمَ زَيِّنُوا الُْقرْآ َ ن ِبَأصْوَاتِ ُ كمْ
Maksudnya: Daripada al-BarraÊ berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Hiasilah bacaan al-Quran dengan kelunakan suaramu.
Apabila sesuatu seni itu membawa manfaat kepada manusia khususnya seni
suara dengan mempraktikkannya dalam membaca al-Quran, maka
memperindahkan dan menghiasinya dengan melunakkan bacaan dan mengelak
dari sebarang kesalahan tajwid dibenarkan oleh Islam. Oleh sebab itu, kaedah
seni bacaan al-Quran ditentukan melalui seni suara. Manakala seni suara itu pula
tidak dapat dipisahkan dengan seni berlagu (tarannum).
Adapun suara manusia adalah merupakan anugerah yang istimewa kerana ia
boleh diproses, dilatih dan disesuaikan mengikut apa yang dihajati. Contohnya,
suara manusia boleh mengikut suara pelbagai jenis suara haiwan, pelbagai jenis
bunyi alat muzik dan pelbagai jenis gaya pertuturan (loghat).
Dalam konteks proses penghasilan suara, alat memproses suara dikenali sebagai
paru-paru. Ia merupakan organ pernafasan yang mengandungi udara apabila
disedut dan kemudian dihembus keluar melalui halkum, mulut dan hidung. Sila
rujuk Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Halkum, Mulut dan Hidung
Bil. Alat Catatan
1. HALKUM Iaitu alat salur suara
2. MULUT Iaitu corong bawah
3. HIDUNG Iaitu corong atas
Dalam konteks mengenali sifat-sifat suara pula, ia boleh dibahagikan kepada
empat kategori seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.2 berikut.
Jadual 2.2: Kategori Suara
Bil. Sifat Catatan
1. SUARA TERBAIK
Ia mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi,
rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang,
lantang dan tajam.
2. SUARA BAIK
Ia mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada,
sederhana, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih,
terang dan lantang.
3.
SUARA KURANG
BAIK
Ia mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada,
tinggi, kecil, lembut, manis, licin, bersih, terang dan
tajam.
4.
SUARA TIDAK
BAIK
Ia mempunyai sifat-sifat sumbang, nipis, lembab, lemah,
keras, serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam,
tersepit, terputus, tercekik dan sebagainya.
Adapun kategori pertama, kedua dan ketiga adalah merupakan kategori suara
yang istimewa dan mudah untuk mempelajari tarannum al-Quran. Manakala,
kategori keempat pula dikira sebagai suara yang bermasalah dan sukar untuk
bertarannum. Jika diasah dan diperbaiki mutu suara kategori terakhir ini, ia akan
mengambil masa dan latihan yang agak lama sebelum berupaya untuk
bertarannum