SEJARAH TARANNUM BAYYATI
Definisi Bayyati dan Sejarah Perkembangannya
Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan ÂBayyatiÊ adalah
berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan (asas pertimbangan asal
perkataan) baytun yang bermaksud rumah atau tempat kediaman.
Manakala dari sudut istilahnya pula, ÂBayyatiÊ bermaksud nama khusus bagi
suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari
dari Tanah Arab khususnya dari Mesir.
Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Malaysia atau dahulunya dikenali
sebagai Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari dengan
permulaan perkembangan tarannum lahjah Arab Misri. Di antara faktor
tersebarnya seni tarannum khususnya maqam Bayyati di Tanah Melayu ketika
itu adalah penghijrahan pelajar Melayu bagi melanjutkan pengajian dalam
bidang pengajian Islam di Universiti al-Azhar, Mesir. Ini kerana setelah tamat
pengajian mereka di sana, sebilangan daripada pelajar ini bukan sahaja pulang
dengan segulung ijazah bahkan membawa bersama mereka pelbagai jenis ilmu
dan fikrah khususnya dalam bidang tarannum al-Quran. Kemudian tugas
mereka di tanah air sendiri adalah mengajar dan menyebarkan ilmu tersebut
kepada masyarakat umum. Perkara ini telah berterusan sehingga sekarang.
Kesan daripada tersebar luasnya tarannum Bayyati di Malaysia khususnya, ia
menjadikan tarannum ini sangat popular dan jika sesuatu persembahan bacaan
al-Quran tidak memasukkan tarannum ini, maka dirasakan seumpama masakan
yang tidak cukup perisanya. Oleh itu, keistimewaan tarannum Bayyati ini adalah
seumpama menu utama dalam bidang ilmu tarannum dan ia boleh diibaratkan
sebagai pembuka selera bagi pencinta tarannum al-Quran.
Sifat-sifat alunan tarannum bayyati
Justifikasi daripada mengenal sifat-sifat alunan tarannum Bayyati adalah suatu
perkara yang amat penting. Ini kerana kekurangan ilmu dalam mengetahui
selok-belok bacaan ini akan mengundang kesukaran mengawal dan menyusun
harakah-harakahnya dengan baik dan berkemungkinan besar akan kehilangan
punca yang akan menyebabkan terkeluar daripada asas bacaan tarannum ini.
Peranan Bayyati
Umumnya, setiap tarannum mempunyai misi sebagai alat penyampai bagi
menghayati isi kandungan al-Quran. Justeru, kepentingan mengetahui peranan
tarannum Bayyati juga adalah salah satu daripada misi dalam sesuatu
persembahan bacaan al-Quran.
Di antara peranan tarannum Bayyati dinyatakan dalam Rajah 4.2.