PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT
1 Sejarah Permulaan Ilmu al-Qiraat
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Qiyamah: 16-18;
Maksudnya: Janganlah engkau (wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz al-Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai
Menurut kajian, pada mulanya penulisan ayat-ayat al-Quran di dalam mushaf
tidak mengandungi titik dan baris. Bentuk kalimahnya pula boleh dibaca dengan
beberapa kaedah atau wajah. Saidina Uthman ibn Affan r.a. ketika mengutus
mushaf ke kota-kota Islam, beliau telah menghantar bersama-sama mushaf
tersebut seorang guru yang bacaan dan kepakarannya selari dengan kandungan
mushaf yang ditulis. Bacaan tersebut, boleh jadi berlainan dengan bacaan dalam
mushaf yang diutuskan ke tempat lain. Keadaan ini berterusan sehingga ke
generasi kedua iaitu Tabi`in r.a. di mana mereka mengambil bacaan dan
mempelajari al-Quran dari para Sahabat r.a. dan keadaan ini silih berganti dari
generasi ke generasi sehinggalah sampai pada zaman imam-imam Qiraat yang
masyhur (yang akan kita bincangkan pada tajuk akan datang).
Sebenarnya perbahasan dari sudut bacaan (al-QiraÊat) ini mula timbul semenjak
zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Bermula dengan perbezaan bacaan di kalangan
para Sahabat r.a. Perkara ini merujuk kepada perbezaan bacaan al-Quran yang di
ambil dari Rasulullah s.a.w.
Imam al-Bukhari dalam sahihnya ada meriwayatkan bahawa Saidina Umar ibn
al-Khattab r.a. telah menegur bacaan Hisyam ibn Hakim r.a. ketika beliau
membaca Surah al-Furqan dengan membaca bacaan yang berbeza sebagaimana
yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Umar r.a. Kemudian Saidina
Umar r.a. telah membawa Hisyam berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. bagi
mendapat kepastian tentang bacaan tersebut. Setelah Rasulullah s.a.w.
mendengar bacaan Hisyam maka baginda bersabda; ÂBegitulah ia diturunkanÊ.
Kemudian Rasulullah s.a.w. mendengar pula bacaan dari Saidina Umar, lalu
baginda bersabda; ÂBegitulah juga ia diturunkanÊ. Lantas Rasulullah s.a.w.
menerangkan bahawa sesunggunya al-Quran itu diturunkan dengan tujuh huruf
(bacaan), maka bacalah apa yang mudah daripadanya.
Maksud hadis di atas menunjukkan bahawa ilmu al-Qiraat ini adalah bermula
setelah keizinan wahyu dari Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. dengan
penurunan al-Quran dengan tujuh huruf (bentuk bacaan). Kemudian ianya
diikat dengan tawatur (sampai sanadnya kepada Rasulullah s.a.w.) dan sahih
melalui penulisan kaedah Rasm Uthmani. Apapun, perkara yang perlu kita
fahami adalah walaupun wujudnya perbezaan bacaan al-Quran di kalangan
para Sahabat, Tabi`in dan Imam-imam Qiraat, namun perbezaan tersebut masih
lagi berada dalam lingkungan tujuh huruf (bacaan) sebagaimana diturunkan
oleh Allah s.w.t.
Pada kurun pertama dan kedua Hijrah iaitu setelah syiar Islam berkembang luas
sehingga melewati Negara Rom dan Parsi, penggunaan Bahasa Arab mula
bercampur dengan bahasa lain. Percampuran bahasa ini merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan berlakunya kesilapan dan kesalahan dalam
penggunaan Bahasa Arab dan penguasaannya. Kesannya juga sedikit sebanyak
memberi tamparan terhadap pembacaan al-Quran. Maka berlakulah kesalahan
dalam pembacaan al-Quran dan kekeliruan kepada masyarakat Islam terutama
golongan `ajami (bukan di kalangan bangsa Arab). Keadaan ini menyebabkan
Mushaf dinaik taraf dengan meletakkan baris dan titik pada huruf-hurufnya. Ia
dipimpin oleh Abu Aswad al-Duali (wafat pada 67H) dan al-Khalil ibn Ahmad
al-Farahidi (wafat pada 170H).
Menurut kajian, terdapat dua pendapat dalam menyatakan karangan yang
terawal dalam bidang ilmu Qiraat iaitu bermula seawal kurun Pertama Hijrah
iaitu dalam era generasi Tabi`in r.a. dan kurun ketiga Hijrah.
Menurut Abd al-Hadi al-Fadli dalam kitabnya Êal-QiraÊat al-QurÊaniyyah: Tarikh
wa Ta`rifÊ, ada menyebut bahawa Shaykh Yahya ibn Yu`mar (wafat pada 90H)
adalah perintis dalam permulaan era pembukuan ilmu Qiraat iaitu seawal kurun
pertama Hijrah. Ibn Atiyyah pula berpendapat bahawa karya Shaykh Yahya ibn
Yu`mar menjadi rujukan utama dalam bidang ilmu Qiraat sehinggalah lahirnya
Ibn Mujahid al-Baghdadi (wafat pada 324H) dengan karyanya ÊKitab al-Sab`ahÊ.
Jadual 3.1 di bawah menunjukkan perkembangan ilmu Qiraat pada era
penulisan dan pembukuannya mengikut kurun-kurun Hijrah:-
Jadual 3.1: Perkembangan ilmu Qiraat
KURUN PELOPOR CATATAN
Pertama Hijrah
1. Yahya ibn Ya`mur (w. 90H) Beliau mengumpulkan semua riwayat
mengenai perbezaan Qiraat dengan Rasm`Uthmani.
Kedua Hijrah
1. Aban ibn Taghlab al-Kufi (w.141H)
2. Muqatil ibn Sulayman (w.150H)
3. ZaÊidah ibn Qudamah al-Thaqafi (w. 161H)
Pendapat ini sebagaimana ditulis oleh Ibn al-Nadim dalam karyanya Êal-FahrasatÊ.
Ketiga Hijrah
1. Yahya ibn al-Mubarak al-Yazidi(w. 202H)
2. Ya`kub ibn Ishaq al-Hadrami(w. 205H)
3. Abu `Ubayd al-Qasim ibn Salam (w. 224H)
4. Abu `Umar Hafs al-Duri (w.246H)
1. Beliau menulis satu risalah kecil mengenai Qiraah Abu Amr ibn `Ala.
2. Beliau menulis kitab Êal-Jami`Ê.
3. Beliau mengumpulkan 25 orang Qaritermasuk al-QurraÊ al-Sab`ah.
4. Beliau menulis kitab ÊQiraÊat al-NabawiyahÊ.
KeempatHijrah
1. Ibn Jarir al-Tabari (w. 310H)
2. Abu Bakr Abdullah ibn Sulayman (w. 316H)
3. Abu Bakr Ahmad ibn Musa ibnal-`Abbas ibn Mujahid (w.
324H)
1. Beliau menulis kitab Êal-Jami`Ê.
2. Beliau menulis Kitab Êal-MasahifÊ.
3. Beliau menulis ÊKitab al-Sab`ahÊ di mana beliau telah mengasingkan ilmu Qiraat
itu kepada tujuh imam yang bersesuaian dengan penurunan al-Quran dalam tujuh
huruf dan Mushaf Uthmani yang berjumlah tujuh naskhah.
Jelasnya, penulisan dalam bidang ini sentiasa berkembang dari generasi ke
generasi berikutnya. Pada kurun keenam hijrah, lahir pula satu karya yang
masyhur karangan Abu Muhammad al-Qasim ibn Fayyurah al-Shatibi (wafatpada 590H) iaitu ÊHirz al-Amani wa Wajh al-Tahani fi al-QiraÊat al-Sab`Ê. Karya
ini bersumberkan karangan ÊKitab al-TaysirÊ yang ditulis oleh Abu `Amr al-Dani
(wafat pada 444H) yang mengandungi 1173 bayt.
Kemudian lahirlah satu karya yang dikira sebagai karya agung dalam ilmu
Qiraat iaitu pada kurun kesembilan hijrah. Ini kerana karya tersebut merupakan
rujukan utama sehingga ke hari ini dan kebanyakan generasi selepasnya
mengutip dan mengulangi kandungan karya tersebut. Karya tersebut ditulis oleh
Shams al-Din Muhammad ibn Muhammad ibn al-Jazari (wafat pada 833H)
berjudul Âal-Nashr fi al-QiraÊat al-`AshrÊ dan diringkaskan dalam bentuk puisi
berjudul ÂTayyibah al-NashrÊ. Karya ini juga berjaya membuktikan bahawa
kesemua sepuluh Qiraat yang dikumpulkan dalam 980 turuq adalah
mutawatirah.
Jumaat, 15 Januari 2010
Rabu, 13 Januari 2010
Hadis Rasulullah s.a.w ( 40 Imam Nawawi )Ke13
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Pokok Perbincangan Hadis:
1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :
kisah Abu Zar
Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al-
Quran sebagaimana beliau faham.
Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula
kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.
Pengajaran hadis:
Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan
sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang
seagama.
Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan
kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang
perbezaan darjat.

Isnin, 11 Januari 2010
AL-QURAN DAN ILMU AL-QIRAAT
Al-Quran dan
Ilmu al-Qiraat
2 TAJUK 1 AL-QURAN DAN ILMU AL-QIRAAT
Justeru, tajuk ini akan membawa anda perbahasan mengenai ilmu al-Qiraat dan
kaitannya dengan al-Quran. Ianya lebih memfokuskan terhadap konsep
pengertian al-Quran dan Ilmu al-Qiraat di samping penghuraian mengenai
hubungan dan perbezaan di antara kedua-dua bidang ini.
1.1 DEFINISI, NAMA DAN SIFAT AL-QURAN
1.1.1 Definisi al-Quran al-Karim
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah: 1-2;
’ aksudnya: Alim Lam Mim. Demikianlah Kitab (al-Quran) yang
tiada keraguan di dalamnya, memberi hidayah kepada orangorang
yang bertaqwa.
Ayat di atas menunjukkan bahawa matlamat utama penurunan al-Quran adalah
bertujuan untuk memberi hidayah (petunjuk) iaitu manhaj asasi dakwah.
Manhaj atau wawasan tersebut merupakan seruan yang bersifat universal
kerana dijamin isi kandungannya tiada sebarang keraguan dari Allah s.w.t.
semenjak penurunan hingga ke akhir zaman. Jesteru itu, dalam memahami
konsep al-Quran, terlebih dahulu kita berkenalan dengan al-Quran melalui
pengertiannya dari sudut bahasa mahupun istilahnya.
Dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis, terutamanya dalam bab fadhaÊil
al-Quran (Keistimewaan al-Quran), bincangkan maksud hadis Nabi
Muhammad s.a.w.: ÂSebaik-baik kamu dari kalangan umatku adalah mereka
yang mempelajari al-Quran dan menyampaikan kepada orang lainÊ.. (Imam
al-Bukhari)
DARI SUDUT BAHASA DARI SUDUT ISTILAH
ALQURAN:DARI
SUDUTBAHASA
Pendapat Pertama:
- Kata pinjaman (Mushtaq) yang
diambil sama ada dari kalimah
Qarana (قرن) atau QaraÊa (قراء).
Pendapat Kedua:
- al-Quran adalah merupakan satu
ilmu yang menunjukkan Kalam
yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
Al-Quran berasal dari kalimah QaraÊa (قراء) yang membawa maksud tilawah (تلاوه). Ia juga
membawa maksud yang sama dengan bacaan dan tartil (bacaan bertajwid dan
menyebut hurufnya dengan baik).
Ini sejajar dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qiyamah: 17-18;
.
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-
Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu,
dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Qarana (قرن)
- Terdapat dua makna iaitu sama ada
kumpul () atau perbandingan
()
QaraÊa ()
- Terdapat dua makna iaitu sama
ada tilawah () atau mengumpul
().
PENDAPAT YANG TEPAT
Al-Quran merupakan Kalam Allah s.w.t. yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w., ditulis dalam beberapa mashaf, dipetik daripada riwayat yang
mutawatir dan membacanya adalah satu ibadah.

Hadis Rasulullah s.a.w ( 40 Imam Nawawi )Ke12
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang :
jaga lidah dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18)
setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan.
2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait:
tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu.
silap faham hadis menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga
sunat disangkanya perkara yang tak berkait dengannya.
Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara
yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.
Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk
di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu
perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi
kain orang.
Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah
pembangunan umat.
Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena
mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan
produktiviti yang berkualiti.

Langgan:
Catatan (Atom)