Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

Kepada semua warga pendidik di seluruh negara khususnya yang melayari Blog ini,saya mengucapkan "SELAMAT HARI GURU".

Semuga Allah SWT merahmati segala jasa dan pengorbanan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan beramal.

Khamis, 14 Mei 2009

Tanda-Tanda hampir Qiamah

Hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda
: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.
Hakikatnya manusia pada hari ini tidak lagi mencintai ilmu Islam. Mereka sangat malas untuk mempelajari dan mendalaminya. Setengah pihak menghalang orang lain dari mempelajarinya. Mesjid dan surau dirampas untuk memastikan agenda mereka berhasil. Kerja-kerja ini menyebabkan terhapusnya ilmu-ilmu Islam dan munculnya kejahilan seperti hadits diatas.Kesan dari itu amalan Islam hilang dalam masyarakat tersebut. Maka berlakulah zina secara tetrang dan banyaknya peminum arak. Paling ditakuti kejahilan ini menyebabkan mereka memilih pemimpin yang jahil juga.

Tazkirah

Î{وَالْعَصْرِ }

أقسم الله بالدهر على أن بني آدم لفي هلكة ونقصان. ولا يجوز للعبد أن يقسم إلا بالله, فإن القسم بغير الله شرك.

1. Demi Masa!وَالْعَصْرِ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْر
لا الذين آمنوا بالله وعملوا عملا صالحًا, وأوصى بعضهم بعضًا بالاستمساك بالحق, والعمل بطاعة الله, والصبر على ذلك.

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Selasa, 12 Mei 2009

PERINGATAN SABDA NABI SAW.


بشر المشائين في الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة ( رواه ابو داود والترميزى
” بريله خبر ضمبيرا كفد يغ سريغ برجالن دالم كأدان ضلف ضليتا منوجو مسجد ( كران ايغين برصلاة جماعة) دغن جهايا يغ سمفرنا دهاري قيامة.
درواتكن درفد أبى هريرة بهواساث بضيندا رسول الله (ص) برسبدا“ كالوله مأنسي تاهو كلبيهن يغ اد فد اذان دان صف يغ فرتام , كمدين مريك تيدق ممفرأولهي ملأينكن دغن جابوت اوندي نسجاي مريك اكن ممبوت اوندين اونتوق مندافتكنث, داان كاللاوله مريك تاهو تنتغ فضلة اد فد فمرضين لبيه اول كتمفت صلاة جماعة نسخاي مريك برلومبا2 كفدث . دان كالاوله مريك تاهو بتاف بسرث فضلة صلاة عشاء دان صبح نسخاي مريك اكن فرضي برصلاة جماعة والاوفون دالم كأدان مرغكق .

Isnin, 11 Mei 2009

RENUNGAN UNTUK PENUNTUT ILMU

Nak tahu? penuntut ilmu hidup di tengah-tengah 5 musuh!
1. Orang mukmin yang dengkikannya
2. Orang munafik yang bencikannya
3. Orang kafir yang mahu membunuhnya
4. Syaitan yang akan menyesatkannya
5. Dunia yang melalaikan