Perbezaan Tafsir dan Takwil
Ulama berselisih pendapat mengenai perbezaan antara kalimah tafsir dan takwil.
Abu Ubaidah berpendapat tafsir dan takwil memberi makna yang sama. Al-
Maturidi pula menganggap tafsir adalah memutuskan dengan apa yang
dikehendaki Allah, sedangkan takwil kembali kepada beberapa andaian.
Menurut al-Raghib al-Ashfahany, tafsir lebih umum daripada takwil. Tafsir lebih
banyak digunakan pada lafaz, sedangkan takwil digunakan pada makna, seperti
takwil mimpi. Takwil kebanyakannya dipakai dalam kitab-kitab wahyu ilahi,
sedangkan tafsir di samping dipakai dalam kitab-kitab tersebut juga dalam hal
lainnya.
Menurut Abu Talib al-TsaÊaliby, tafsir bererti menjelaskan asal peletakan dari
sebuah lafaz baik bersifat hakiki atau majazi, seperti mentafsirkan lafaz al-Sirat
dengan al-Tariq, al-Soyb dengan al-Matar. Manakala takwil pula mentafsirkan
dengan lebih mendalam tentang sesuatu lafaz. Takwil menerangkan tentang
maksud yang sebenarnya (haqiqat al-murad) sedangkan tafsir menerangkan
tentang dalil dari maksud tersebut.
Al-Baghawy pula menyatakan bahawa takwil adalah mengarahkan ayat pada
makna yang paling memungkinkan daripada beberapa makna yang sesuai
dengan ayat sebelumnya dan sesudahnya serta tidak bertentangan dengan al-
Kitab dan al-Sunnah, iaitu dengan cara mengeluarkan hukum-hukum dan
hikmah-hikmah yang terdapat di dalamnya (istinbat). Manakala tafsir pula
melibatkan perbahasan tentang asbab nuzul, keadaan dan kisah yang
melatarbelakangi sesuatu ayat.
Sebagai kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa tafsir adalah merupakan
makna zahir yang terkandung di dalam sesuatu ayat al-Quran yang jelas
menunjukkan makna yang dikehendaki Allah, manakala takwil pula ialah
makna-makna yang tersembunyi yang diistinbatkan daripada ayat-ayat al-Quran
melalui proses tafakur dan istinbat.
Contoh tafsir dan takwil, firman Allah:
¡ Ïμ‹Ïù ¡ |=÷ƒu‘ Ÿω
Maksudnya: „⁄ tidak ada sebarang keraguan padanya ⁄‰ (al-Baqarah: 2)
Sekiranya ayat ini diertikan sebagai ( َ لا شَكَّ فِيْهِ ), „tidak ada kebimbangan di
dalamnya‰, maka ia adalah tafsir. Manakala jika diertikan, „tidak ada keraguan
dalam kalangan kaum yang beriman‰ maka ia adalah takwil.
Contoh lain, firman Allah:
ان ربك لبالمرصاد
Maksudnya: „Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas‰. (al-Fajr: 14)
Sekiranya ayat di atas diertikan sebagai „Allah benar-benar mengawasi segala
perilaku para hamba-Nya‰, maka itu adalah tafsir. Manakala sekiranya ia
dimaksudkan sebagai „Allah memperingatkan para hambaNya yang telah
meremehkan dan melalaikan perintah Allah‰, maka ini adalah takwil.
SYARAT DAN ADAB PENTAFSIR
Syarat-syarat Pentafsir
Para ulama banyak membahaskan syarat-syarat tafsir al-Quran sebelum
ditafsirkannya seperti al-Suyuti melalui kitabnya, al-Itqan Fi Ulum al-Quran,
Syeikh Ibn Taimiyah dalam Mukadimah Fi Usul al-Tafsir, Ibn al-Qayyim dalam
al-Tibyan Fi Aqsam al-Quran, al-Zarkasyi dalam al-Burhan, al-Zurqani dalam
anahil al-Irfan dan ramai lagi ulama.
Mentafsirkan al-Quran merupakan amanah yang berat dan besar. Sehubungan
dengan itu, bukan sebarang orang mampu untuk memikul amanah yang besar
ini. Oleh itu, sesiapa sahaja yang ingin mentafsirkan al-Quran, hendaklah
memenuhi syarat-syarat tertentu agar terhindar daripada melakukan kesilapan
ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Antara syarat-syarat tersebut adalah
seperti yang berikut:
(a) Akidah yang benar. Syarat ini sangat penting bagi menjamin mufassir tidak
melakukan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Quran. Selain itu, mereka
juga tidak terdorong kepada mazhab-mazhab yang menyeleweng dengan
mengemukakan pentakwilan yang bertentangan dengan akidah yang
benar.
(b) Bersih daripada hawa nafsu. Hal ini kerana hawa nafsu akan mendorong
diri seseorang itu untuk membela dan menegakkan kepentingan
mazhabnya semata-mata.
(c) Mempunyai keahlian dalam bidang hadis, riwayah dan dirayah, kerana
hadis-hadis Nabi merupakan penjelasan dalam mentafsirkan ayat-ayat
mujmal dan mubham dan seterusnya hadis-hadis Rasulullah akan
membantu pentafsir menerangkan segala kemusykilan yang timbul
berhubung dengan perkara ini.
(d) Mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang seperti:
(i) Ilmu bahasa Arab. Oleh kerana pentingnya penguasaan terhadap
ilmu bahasa Arab dalam menafsirkan al-Quran terutamanya yang
berkaitan dengan tatabahasa dan iÊrab perkataan, maka Mujahid telah
mengatakan:
لا يحل لأحد يؤمن بالله واليوم الآخر أن يتكلم في كتاب الله إذا لم يكن
عاًلما بلغات العرب.
Maksudnya: „Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah
dan hari Akhirat berbicara mengenai sesuatu yang terdapat dalam
Kitabullah apabila dia tidak mengetahui bahasa Arab.‰
Selain itu, ilmu bahasa Arab juga merangkumi ilmu-ilmu berikut:
• Ilmu Tasrîf (sorof) kerana dengannya dapat diketahui binâÊ
(struktur) dan sîghah (kata kerja) sesuatu kata.
• Isytiqâq (derivasi) kerana sesuatu nama apabila isytiqâqnya
berasal daripada dua subjek yang berbeza, maka ertinya pun
juga pasti berbeza. Misalnya ( المسيح ): apakah berasal daripada
السياحة) ) atau ( ?(المسح
• Al-MaÂâni kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkîb
(komposisi) suatu kalimat dari segi manfaat suatu makna.
• Al-Bayân kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkîb
(komposisi) suatu kalimat dari segi perbezaannya sesuai dengan
jelas atau tidaknya sesuatu makna.
• Al-Badî kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkîb
(komposisi) suatu kalimat dari segi keindahan suatu kalimat.
Ketiga-tiga ilmu di atas (al-MaÊani, al-Bayan dan al-BadiÊ)
disebut sebagai ilmu balaghah yang merupakan ilmu yang perlu
dikuasai dan diperhatikan oleh seseorang mufassir agar peka
terhadap keindahan bahasa (iÂjâz) al-Quran.
(ii) Ilmu qirâÊah kerana dengannya dapat diketahui cara mengucapkan
al-Quran dan kuat tidaknya model bacaan yang disampaikan antara
satu qâriÊ dengan qâriÊ lainnya.
(iii) Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya
seseorang mufassir dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang
berkaitan dengan ketuhanan dan hak-hak Allah dengan betul serta
tidak mentakwilkannya dengan sewenang-wenangnya atau dengan
secara melampaui batas.
(iv) Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu mufassir
membuat kesimpulan dari ayat-ayat al-Quran dan berdalil
dengannya. Juga dengannya dapat diketahui wajh al-istidlâl (segi
penunjukan dalil) terhadap hukum dan istinbât.
(v) Berpengetahuan luas dalam ilmu ÂUlum al-Quran seperti:
• Asbâbun Nuzûl (sebab-sebab turunnya ayat) kerana dengannya
dapat diketahui maksud ayat sesuai dengan peristiwa
diturunkannya
• An-Nâsikh wa al-Mansûkh agar diketahui mana ayat yang
muhkam (ditetapkan hukumnya) dari ayat selainnya
• Mengetahui tentang Makki dan Madani
(vi) Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti sosiologi, antropologi, zoologi,
ilmu sejarah, geografi, psikologi serta ilmu semasa seperti ekonomi,
politik, sosial dan sebagainya bagi membantu mufassir untuk
menafsirkan al-Quran.
(e) Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Quran itu sendiri.
(f) Mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah.
(g) Merujuk kepada pandangan dan ijtihad para sahabat.
(h) Merujuk kepada pendapat TabiÊin jika tidak terdapat tafsiran para sahabat.
(i) Ilmu mauhibah, iaitu ilmu yang Allah taÂala anugerahkan kepada orang
yang mengamalkan ilmunya.
Rajah 1.3 berikut memberi gambaran keseluruhan syarat-syarat pentafsir.
TOPIK 1 TAFSIR DAN TAKWIL
Adab-adab Pentafsir
Selain daripada syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi pentafsir
sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, pentafsir juga perlu memiliki
adab-adab yang baik untuk membolehkan mereka mentafsirkan ayat-ayat al-
Quran. Antaranya adalah seperti yang berikut:
(a) Niat dan Tujuan yang Baik
Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang sahih bermaksud: „Setiap
amalan adalah berdasarkan kepada niatnya‰. Justeru, untuk berkhidmat
kepada al-Quran, perlulah memiliki niat yang baik agar tidak terjerumus ke
dalam usaha yang melibatkan keduniaan dan seumpamanya.
(b) Berakhlak Mulia
Seorang mufassir akan dijadikan contoh teladan oleh orang lain. Oleh yang
demikian, dia hendaklah mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia
sesuai dengan ajaran al-Quran itu sendiri.
(c) Beramal dengan Isi Kandungan Al-Quran
Ilmu yang dipraktikkan akan lebih mudah diterima berbanding ilmu yang
tidak diamalkan. Selain itu, ilmu yang diamalkan juga akan membawa
kepada keberkatan. Pepatah Arab telah menyatakan: „Ilmu tanpa amalan
bagai pohon yang tidak berbuah‰.
(d) Bersikap Tawaduk dan Merendah Diri
Kesombongan yang wujud akan menjadi hijab daripada ilmu tersebut
dimanfaatkan.
(e) Tegas dalam Menyampaikan Kebenaran
Rasulullah telah menyatakan bahawa: „Sebaik-baik jihad ialah perkataan
yang benar di hadapan pemerintah yang zalim‰.
bagus akhi tulisannya,,,:)
BalasPadamfrom: miazart.blogspot.com
http://miazart.blogspot.com/2012/10/tafsir-dan-takwil-al-quran_8339.html