Sabtu, 6 Februari 2010

Hadis Rasulullah s.a.w ( 40 Imam Nawawi )Ke14

عَنْ أَبِي یَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ الله عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( إِ نَّ
الله آَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى آُلَّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ،
وَلْيُحِدَّ أَحَدُآُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِح ذَبِيْحَتَهُ )) رواه مسلم.
Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu
membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka
perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia
menyenangkan haiwan sembelihannya itu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pokok Perbincagan Hadis :
1) Hukum Ihsan - wajib - mengikut istilah “kitabah” yang digunakan. (al-Baqarah:183) (al- Nisa’:
103).
2) Ihsan - ((memberi manfaat kepada yang lain)) - ada yang wajib/ ada yang sunat.
- ((teliti & sungguh-sungguh )) - dalam masaalah melakukan ibadah wajib secara zahir dan
batin (yang paling sempurna).
3) Ihsan dalam hukuman bunuh ;
perelokkan cara tersebut - paling mudah dan paling cepat mati.
tujuannya untuk tidak menyiksa orang yang kena bunuh itu.
cara terbaik untuk manusia - penggal leher.
4) Ihsan pada sembelihan :
Dengan menjaga syarat-syarat, yang wajib dan yang sunat seperti berikut :
Alat yang digunakan mestilah tajam - (tidak tulang atau kuku).
Putus tiga urat (serentak) - halqum, marih dan wudjin.
Membaca bismillah (al-An’am: 121)
Berkeahlian untuk sembelih - muslim, beraqal, baligh atau ahli kitab.
Tidak mengacukan mata pisau atau lainnya di hadapan binatang tersebut.
Tidak memotong mana-mana bahagian binatang itu sehinggalah telah sempurna matinya - tidak pula
melampau (putus kepala).
Pengajaran hadis:
lslam adalah agama Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan ehsan bererti sesuatu kerja mesti
dilakukan dengan benar-benar sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan kerja sematamata.
Ehsan yang dianjurkan oleh lslam adalah Ehsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang
gemilang dan cemerlang, kerana setiap umat lslam dituntut melakukan kerja dengan mutu kerja yang
paling maksimum.
Ehsan yang dianjurkan bukan terhad kepada manusia sahaja, bahkan merangkumi ibnatang dan
makhluk lain, sehinggakan mahu membunuh, iaitu membunuh tuntut balas dan menyembelihpun, lslam
menuntut supaya dilakukan secara Ehsan, iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara yang
menambahkan kesakitan dan penyeksaan sebelum mati. lni membuktikan ketinggian budi, kehalusan
hati dan keluhuran perasaan orang-orang lslam yang mampu mencipta peradaban yang tinggi.

Khamis, 4 Februari 2010

Tafsir Dan Takwil

Pengertian Tafsir

Al-Quran menyeru umat manusia supaya meneliti, memahami serta
mentadabbur kitab Allah s.w.t. Firman Allah:
Makna Tafsir dari Sudut Bahasa
Dari sudut bahasa, perkataan ÊtafsirÊ adalah mengikut wazan „tafÊil‰.
Perkataan ini berasal daripada kata akar al-fasr yang bererti menjelaskan
(al-tabyin), menerangkan (al-idah), menyingkap (al-kasyf) dan
menampakkan (izhar). Dari sini, bolehlah dikatakan bahawa tafsir itu
bermaksud menerangkan serta menjelaskan sesuatu.
Oleh yang demikian, mentafsirkan ayat-ayat al-Quran adalah dengan
menerang atau menjelaskan apa-apa yang terkandung padanya daripada
makna-makna, rahsia dan hukum hakamnya. (sila rujuk Pengantar Usul
Tafsir, 2001: 5). Firman Allah:

Maksudnya: „Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata
yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu
kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala
yang mereka katakan itu)‰. (al-Furqan: 33)

Rajah 1.1: Tafsir dari segi bahasa
(b) Makna Tafsir dari Sudut Istilah
Manakala dari sudut istilahnya pula, terdapat pelbagai definisi yang telah
dikemukakan oleh para ulama berhubungan dengan maksud tafsir. Para
ulama telah mengemukakan pelbagai definisi mengenai tafsir yang saling
melengkapi di antara satu definisi dengan definisi yang lainnya.
(i) Imam az-Zarkasyi telah mendefinisikan tafsir sebagai berikut:
علمٌ يُفهم به كتابُ الله تعالى اُلمنَزَّل على نبيّه محمد صّلى الله عليه وسّلم
وبيان معانيه واستخراج أحكامه وحِ َ كمِه.
Maksudnya: „Ilmu untuk memahami Kitabullah yang diturunkan
kepada NabiNya Muhammad Sallallâhu Âalaihi wa sallam,
menjelaskan maknanya, serta mengeluarkan hukum hakam dan
hikmahnya-hikmahnya‰.
(ii) Sementara itu, Imam Jalaluddin as-Suyuti mendefinisikan tafsir
sebagai:
علم يبحث عن مراد الله تعالى بقدر الطاقة البشرية، فهو شامل لكل ما
يتوقف عليه فهم المعنى وبيان المراد.
Maksudnya: „Ilmu yang membahas maksud Allah TaÂala sesuai
dengan kadar kemampuan manusia yang mencakup segala sesuatu
yang berkaitan dengan pemahaman dan penjelasan makna.‰

(iii) Definisi tafsir lainnya telah dikemukakan oleh Syeikh Muhammad
Abdul Azim az-Zarqany:
علم يبحث فيه عن أحوال القرآن الكريم من حيث دلالته على مراد الله
تعالى بقدر الطاقة البشرية.
Maksudnya: „Ilmu yang membahas perihal al-Quran Al-Karim dari
segi penunjukan dalilnya sesuai dengan maksud Allah TaÂala
berdasarkan kadar kemampuan manusia‰.
Sehubungan dengan itu, sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa
tafsir itu bermaksud menjelaskan makna ayat-ayat al-Quran,
kedudukannya, kisah dan sebab nuzul, susunan ayat makki dan madani,
muhkam dan mutashabih, nasikh mansukh, khusus dan umum, halal,
haram dan sebagainya dengan menggunakan ungkapan yang
menunjukkan kepadanya secara jelas dan terang mengikut kadar
kemampuan manusia.
1.1.2 Pengertian Takwil
Para ahli tafsir telah berbeza pendapat dalam memberikan definisi takwil. Ulama
terdahulu (mutaqaddimin) berpendapat bahawasanya takwil merupakan
sinonim dengan tafsir. Manakala takwil menurut ulama kontemporari
(mutaakhkhirin) adalah memalingkan serta menentukan beberapa makna yang
mungkin terkandung di dalam ayat al-Quran yang mempunyai pelbagai makna.
(Sila rujuk al-Tibyan fi ÂUlum al-Quran 1985: 66).
Walau bagaimanapun, marilah sama-sama kita meneliti makna perkataan takwil
ini dari sudut bahasa terlebih dahulu sebelum membincangkan maknanya dari
sudut istilah.

(a) Makna Takwil dari Sudut Bahasa
Dari segi bahasa, perkataan takwil berasal daripada perkataan „al-Aul‰
yang bererti kembali, iaitu para mufassir mengembalikan ayat kepada
maknanya. Sebahagian ulama menyatakan bahawa takwil itu sinonim
dengan tafsir, sehinggakan al-Fairuzabadiy dalam kamusnya telah
menyatakan bahawa:
َأوَّ َ ل الْ َ ك َ لامَ تَأِْ ويْ ً لا وَتََأوََّلهُ ِبمَعْنَى دَبَّرَهُ وََقدَّرَهُ وََفسَّرَهُ
Maksudnya: „Seseorang mentakwilkan ucapan dengan suatu takwilan,
ertinya ia merenungkan, memperkirakan dan mentafsirkannya‰.
Antara firman Allah s.w.t yang mengemukakan perkataan takwil dengan
makna tafsir adalah:

Maksudnya: „Adapun orang yang dalam hatinya condong kepada
kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang
mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari
takwilnya⁄‰. (Ali ÂImran: 7).
(b) Makna Takwil dari Sudut Istilah
Selain itu, perkataan takwil juga membawa maksud memalingkan,
sebagaimana yang terkandung pada kata-kata berikut:
َأوَّلْتُهُ فَآ َ ل أيْ صَرَّفْتُهَ فَانْصَرَفَ
Maksudnya: „Aku telah memalingkannya, maka ia berpaling‰
Justeru, perkataan takwil di sini bererti memalingkan ayat pada satu
makna yang terkandung di dalam pengertian ayat yang mungkin
mempunyai beberapa pengertian.
Rumusan yang dapat dinyatakan bahawa menghimpunkan makna takwil
dan tafsir lebih baik daripada memisahkannya. Justeru kedua-duanya
memberi makna yang sama.


(c) Syarat-syarat Takwil

Para ulama usul telah menetapkan syarat-syarat takwil agar takwil yang
dihasilkan dapat diterima (maqbul) dan sahih. Terdapat empat syarat bagi
takwil iaitu:
(i) Takwil yang dihasilkan harus sesuai dengan makna bahasa Arab,
makna syariat, atau makna Âurf (makna kebiasaan orang Arab).
Sebagai contohnya ialah, takwil perkataan quruÊ dalam surah al-
Baqarah ayat 228 dengan maksud haid atau suci merupakan takwil
yang sahih, kerana ia sesuai dengan makna bahasa Arab.
4 &™ÿρãè% sπsW≈n=rO £⎯ÎγÅ¡àΡr'Î/ š∅óÁ−/utItƒ àM≈s)¯=sÜßϑø9$#uρ
Maksudnya: „Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah
menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga
kali suci/haid⁄.‰ (al-Baqarah: 228)
(ii) Takwil hendaklah berdasarkan dalil yang sahih dan rajih (kuat).
(iii) Sesuatu yang memang boleh ditakwil (qabil li at-taÊwil).
Misalnya, perkataannya adalah kata umum yang dapat ditakhsis,
atau kata mutlak yang dapat diberi taqyid, atau kata hakiki yang
dapat diertikan secara makna majazi (metafora), dan sebagainya.
(iv) Orang yang mentakwil memiliki kemampuan keilmuan untuk
melakukan takwil.
Oleh kerana itu, takwil yang dilakukan orang yang jahil dalam bahasa
Arab atau ilmu-ilmu syariat tidak dapat diterima. Sehubungan
dengan itu, orang yang hendak melakukan takwil hendaklah
mempunyai kelayakan seorang mujtahid yang memiliki ilmu-ilmu
bahasa Arab dan ilmu-ilmu syariat yang tinggi.

Rabu, 3 Februari 2010

Hadis Rasulullah s.a.w ( 40 Imam Nawawi )Ke14

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah
engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Kefahaman Hadis:
1) Marah - pengenalan - punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.
2) Marah/murka Allah - thabit sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi, (al-Fath : 6) (Thoha :
81) - yakin sifat marahNya tak sama dengan makhluk.
3) Sifat marah yang dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki
hamun, mencela, memukul dll.
4) Sifat marah yang dipuji : Apabila mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang
dibenci oleh Allah.
- contoh : rujuk hadis- hadis mengenainya, kisah Musa bersama kaumnya,Yunus bersama
kaumnya.
5) Cara untuk menghilangkan sifat marah :
Doa - agar dibimbing oleh Allah.
Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat
mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.
Pengajaran hadis:
Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah
membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain.
Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti
menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan
ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.
Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang
yang mampu menahan marah.
Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah,
namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.

Ahad, 31 Januari 2010






Inilah pejalan ke SK Juara Pulau Tioman yang terpaksa meredakan bukit yang tinggi dan lautan yang begelora unuk sampai ke sana.

Sebagai renungan telitilah ayat ini.
{أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ }الحج46
46. oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat kesan-kesan Yang tersebut - mereka menjadi orang-orang Yang ada hati Yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga Yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan Yang sebenarnya bukanlah mata kepala Yang buta, tetapi Yang buta itu ialah mata hati Yang ada di Dalam dada.