Khamis, 16 September 2010

SEJARAH TARANNUM

Hasil daripada bunyi-bunyian tersebut, maka diambil istifadah atau manfaat
oleh ahli-ahli muzik dan penyair dengan mengubah dan dilunakkan mengikut
selera masing-masing. Dengan itu lahirlah kepelbagaian bentuk irama tarannum
dan muzik mengikut budaya sesebuah masyarakat.
Ibnu al-Arabi seorang penyair terkenal dan pakar dalam bidang sejarah
berpendapat bahawa bertarannum itu adalah merupakan sebahagian daripada
budaya masyarakat Arab silam. Sejarah menunjukkan seawal zaman Jahiliyyah
lagi, masyarakat Arab ketika itu terkenal dengan kepakaran dalam bidang syair
sehingga diwujudkan sebuah tempat yang dikenali sebagai Souq al-`Ukkaz. Ia
bertujuan untuk dijadikan medan mendeklamasikan syair-syair dan digantung
syair-syair yang indah-indah menunjukkan kebanggaan pemiliknya.
Setelah kedatangan Islam dan penurunan al-Quran, umat Islam ketika itu
disarankan supaya menukar budaya tersebut kepada membudayakan bacaan al-
Quran dalam kehidupan seharian mereka dengan bacaan yang lebih baik dan
lunak. Ia bertujuan untuk menarik masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu untuk
mengisi keperluan rohani dan mempedengarkan di telinga-telinga mereka
tentang isi kandungan al-Quran al-Mukjiz.
Dalam kebanyakan Hadis-hadis Sahih, di antaranya adalah sebagaimana yang
diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-JamiÊal-Sahih yang
menunjukkan isyarat keharusan membaca al-Quran secara bertarannum atau
berlagu. Ini dibuktikan oleh hadis berikut:
Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a. daripada Rasulullah s.a.w
bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan
diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-Quran.
Jumhur ulama berpendapat bahawa hadis di atas merupakan isyarat
membolehkan membaca al-Quran dengan bertarannum selama mana tidak
terkeluar dari hukum-hukum tajwid. Jika sekiranya terkeluar dari had dan hak
عَنْ َأِبي هُرَيْرََة عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عََليْهِ
وَسَلَّمَ َقا َ ل: مَا َأذِ َ ن اللَّهُ لِشَيْءٍ مَا َأذِ َ ن لِلنَّبِيِّ
َأ ْ ن يَتَغَنَّى بِالْقُرْآنِ

ayat suci al-Quran seperti menambahkan dan mengurangkan huruf, maka
hukumnya adalah haram. Perkara ini dipersetujui oleh Imam al-Mawardi yang
menaqalkan kalam daripada pendapat Imam al-Shafi`i dengan menyatakan
bahawa haram hukumnya melagukan bacaan ayat suci al-Quran dengan
terkeluar lafaz huruf dari makhrajnya.
Menurut catatan Shaykh Muhammad Solih Fatani dalam kitabnya Siraj al-QariÊ,
pemodenan alunan tarannum khususnya muzik Arabi adalah disebabkan
pengaruh Yunani. Kemudian dipopularkan oleh pakar muzik tempatan iaitu
Ishak bin Ibrahim al-Mawsuli al-Nadim.
Justeru, berdasarkan beberapa Hadis Sahih, sejarah tarannum al-Quran ini
sebenarnya telah bermula seawal turunnya al-Quran pada peristiwa wahyu
pertama di Gua HiraÊ kira-kira seawal tahun 610 Masihi. Di bawah, merupakan
perbahasan lanjut mengenai sejarah tarannum al-Quran yang bermula sejak
zaman Baginda s.a.w:
3.1.1 Tarannum pada Zaman Rasulullah s.a.w
Kitab al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan dua aset yang tidak
boleh dipisahkan. Ini kerana pengkhususan penurunan al-Quran itu kepada
Baginda s.a.w selaku pemikul amanah Allah s.w.t, penyampai risalahNya,
penerang segala isi kandungan al-Quran dan penyebar syiarNya. Oleh sebab itu,
menjadi hobi dan mainan bicara Baginda s.a.w dengan bacaan ayat-ayat suci al-
Quran. Perkara ini disebut oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya seperti
berikut:
Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Maghaffal r.a berkata: Aku melihat
Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota Makkah, sedang
menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu
baginda melakukan tarji' (bacaan lambat dengan memahami isi
kandungannya).
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْ ِ ن مُغَفَّ ٍ ل َقا َ ل رََأيْتُ رَسُو َ ل اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ َفتْ ِ ح مَكََّة وَهُوَ عَلَى
نَاَقةٍ يَقْرَأُ ِبسُورَةِ الَْفتْ ِ ح وَهُوَ يُرَجِّعُ

Bersandarkan hadis tersebut, Imam Nawawi berpendapat bahawa Nabi
Muhammad s.a.w membaca al-Quran lalu mengulangi bacaannya. Adapun,
Jumhur Ulama berpendapat bahawa kalimah يُرَجِّعُ membawa maksud galakan
membaca al-Quran dengan suara yang sedap dan secara tartil.
Dalam satu riwayat yang lain pula, Baginda s.a.w pernah suatu ketika membaca
Surah al-Tur dalam solat maghrib. Perkara ini didengari oleh Muhammad ibn
Jubayr ibn Mat`am, maka beliau menyifatkan bahawa tiada seorangpun yang
lebih lunak suara bacaannya selain Rasulullah s.a.w.
Keunikan kegemaran Rasulullah s.a.w terhadap bacaan al-Quran dikongsikan
bersama para sahabatnya di mana sebagaimana termaktub dalam banyak Hadis
Nabawi, Baginda s.a.w sangat suka mendengar bacaan al-Quran di kalangan
para sahabatnya bahkan memujinya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Ahmad dalam Musnadnya, Rasulullah s.a.w pernah mendengar dan
memuji Abdullah ibn Mas`ud yang membaca al-Quran ketika solat.
َقا َ ل رَسُو ُ ل اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ
َأحَبَّ َأ ْ ن يَقْرََأ الُْقرْآ َ ن غَ  ضا َ كمَا أُنْ ِ ز َ ل َفْليَ ْ قرَْأهُ
عَلَى قِرَاءَ ةِ ابْ ِ ن ُأمِّ عَبْدٍ
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang ingin
membaca al-Quran lunak dan tepat sebagaimana ia diturunkan maka
hendaklah ia membaca seperti bacaan ibn ummi Abd (iaitu gelaran
kepada Abdullah ibn Masud).
Dalam hadis yang lain pula, Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah ibn
Mas'ud r.a pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah suatu ketika
meminta dibacakan al-Quran kepada Baginda s.a.w. Sabdanya: ‰Bacalah al-
Qur'an untukku". Lantas Ibn Mas`ud bersuara: ‰Wahai Rasulullah s.a.w, apakah
aku yang harus membacanya, sedangkan al-Qur'an itu diturunkan kepadamu?"
Baginda menjawab: ‰Aku lebih suka mendengarkannya daripada orang lain".
Maka dibacakan Surah al-Nisa' kepada Baginda s.a.w. Tatkala sampai pada ayat
ke-41 (seperti berikut), maka Ibn Mas`ud melihat air mata Baginda s.a.w
mengalir.
Maksudnya: Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti),
apabila kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) daripada tiap-tiap
umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas
mereka itu (sebagai umatmu).
Terdapat juga hadis yang menunjukkan rasa takjub Rasulullah s.a.w dan memuji
kelunakan suara sahabatnya seperti bacaan Abu Musa al-Ash`ari sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abdullah bin
Qays atau al-Ash`ari dianugerahkan mizmar (suara yang sedap) dari
jenis mizmar keluarga Nabi Daud a.s.
Saydatina AÊishah r.a pernah meriwayatkan bahawa pada suatu ketika beliau
bersama Rasulullah s.a.w mencuri dengar bacaan al-Quran yang dibacakan oleh
salah seorang sahabat Baginda s.a.w iaitu Salim, hamba kepada Abu Huzayfah
r.a. Setelah selesai bacaan tersebut, Baginda s.a.w kelihatan gembira dan
bersyukur sambil berdoa dengan pujian kehadrat Ilahi kerana menjadikan di
kalangan umatnya yang baik dalam bacaan al-Quran.
َقا َ ل رَسُو ُ ل اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ: ِإنَّ
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ َقيْ ٍ س َأوْ الَْأشْعَ ِ ريَّ أُعْطِيَ مِزْمَارًا
مِنْ مَزَامِ ِ ير آ ِ ل دَاوُدَ

Dengan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w berhubung dengan bacaan al-Quran yang
terbaik, maka lahirlah para QurraÊ di kalangan para sahabat r.a yang mempunyai
kepakaran dalam pembacaan al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam sepotong
hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya; dari Abdullah
ibn `Amr r.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Maksudnya: Ambillah bacaan al-Quran itu daripada empat orang iaitu
Abdullah ibn Mas`ud, Salim ibn Ma`qil (Maula Abu Huzayfah), Mu`az
ibn Jabal dan Ubay ibn Ka`ab r.a.
Arahan daripada Rasulullah s.a.w ini adalah amat jelas agar para sahabat r.a
mempelajari al-Quran daripada empat orang tersebut yang mempunyai bacaan
yang bagus dan tepat. Mereka telah bertalaqqi al-Quran secara mushafahah
dengan Rasulullah s.a.w. Menurut Ibn MasÊud r.a, beliau berkata bahawa: ÂDemi
Allah sesungguhnya aku telah mengambil al-Quran dari mulut Rasulullah s.a.w
lebih dari 70 surah. Demi Allah sahabat Rasulullah s.a.w amat mengetahui
bahawa aku paling mengetahui di kalangan mereka berhubung kitab Allah tetapi
aku bukan terbaik di antara merekaÊ. Beliau juga berkata kami mempelajari al-
Quran daripada Nabi s.a.w sepuluh ayat dan kami tidak akan mempelajari
sepuluh ayat yang lain sehinggalah kami mempelajari apa yang diturunkan
Allah s.w.t dalam sepuluh ayat tersebut secara amalan.
Seterusnya beliau berkata: ÂDemi yang tiada tuhan selainNya, jika aku
mengetahui terdapat seorang yang lebih mengetahui daripadaku tentang kitab
Allah s.w.t yang dapat sampai kepadanya maka nescaya aku akan pergi
kepadanyaÊ.
Di sini jelas bahawa para sahabat r.a mempelajari al-Quran sepuluh ayat dan
menguasainya dari sudut ilmu, amalan, bacaan, hukum-hakam dan kefahaman.
Kemudian mereka menyampaikan dan mewariskan apa yang mereka pelajari
kepada generasi-generasi terkemudian.
خُ ُ ذوا الُْقرْآ َ ن مِنْ َأرْبَعَةٍ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْ ِ ن
مَسْعُودٍ وَسَالِ ٍ م وَمُعَاذِ بْ ِ ن جَبَ ٍ ل وَأُبَيِّ بْ ِ ن
َ كعْ ٍ ب.

Tarannum pada Zaman Tabi`in r.a dan
Pascanya
Zaman para Tabi`in r.a merupakan zaman bermulanya perkembangan yang
begitu rancak dari sudut kepelbagaian bentuk bidang keilmuan, budaya dan
ketamadunan. Turut sama berkembang juga iaitu pengaruh-pengaruh luaran di
mana ia berperanan sebagai faktor-faktor samping yang sedikit sebanyak
memberi impak kepada keutuhan sesuatu bidang sama ada kesannya dari sudut
positif mahupun sebaliknya. Keunikan dan ketulenan sesuatu bidang ilmu
tersebut memerlukan kepada pengawalan dan perkembangan secara positif.
Pengawalan dan perkembangan tarannum al-Quran pada zaman ini dipelopori
oleh beberapa Tabi‛in yang masyhur.
Pelopor/Tabi‛in Tarannum al-Quran
Para Tabi`In Tempat
1. Sa`id bin al-Musayb Di Kota Madinah
2. Abdullah bin al-SaÊib Di Kota Makkah
3. Amar bin Abdullah Di Kota Basrah
4. Abu Abdul Rahman al-Sulami dan Alqamah bin Qays Di Kota Kuffah
5. Al-Mughirah bin Abi Shihab al-Makhzumi Di Kota Sham
Kemudian, ia diwarisi dan dikembangkan secara meluas oleh generasi
seterusnya seperti pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan
Imam Muhammad Idris al-Shafi`i serta imam-imam QurraÊ dan Qiraat sehingga
sampai zaman sekarang.
Tarannum di Nusantara
Nusantara atau dikenali sebagai Kepulauan Melayu telah menerima kedatangan
Islam seawal kurun pertama Hijrah bersamaan kurun ketujuh Masihi. Walaupun
banyak perselisihan pendapat mengenai fakta sebenar kedatangan Islam di alam
Melayu ini diperbahaskan oleh ahli sejarawan, namun apa yang lebih penting
untuk kita bincangkan adalah sejauh mana peranan Islam itu dalam membentuk
kebudayaan dan ketamadunan masyarakat di Nusantara.
Oleh kerana Islam menjadikan al-Quran sebagai sumber dan panduan utama
dalam pelbagai aspek kehidupan, maka adalah diyakini bahawa masyarakat
Muslim ketika itu amat mementingkan ketuanan al-Quran dan kesuciannya

dijaga. Perkara ini membabitkan penjagaan secara total iaitu sama ada dari sudut
mengenal, mengeja, membaca, memahami dan mengajarkannya.
Melalui skop penjagaan al-Quran ini kita percaya bahawa konsep ini adalah
merupakan penyumbang kepada pengajian tarannum al-Quran yang
berkembang selari dengan perkembangan ilmu Islami. Bermula dari kurun ke-20
Masihi sehingga kini, perkembangan agama Islam telah dapat berdiri dengan
sendirinya tanpa perlu berpaut teguh kepada mubaligh atau pendakwah Islam
dari negara India, China dan Arab. Perkembangan positif ini juga memberi
impak kepada keperihatinan masyarakat Melayu dalam menghayati al-Quran
melalui aspek tarannum. Perkara ini jelas dilihat dengan penguasaan masyarakat
Nusantara dalam pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang merupakan
agenda tahunan dunia Islam dalam mempromosikan ketulenan dan kesucian al-
Quran al-Karim.
Di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang bermula pada
tahun 1960 adalah merupakan salah satu kaedah menarik minat umat Islam
dalam memperdengarkan bacaan al-Quran dengan baik. Pertandingan ini turut
memperkenalkan kurikulum bacaan al-Quran yang sebenarnya iaitu terdiri
daripada bidang tahsin al-Quran, tajwid, tarannum dan fasohah.
FALSAFAH TARANNUM DAN PERANANNYA
Falsafah dan Peranan Tarannum dalam Bacaan
al-Quran
Menurut kajian Ahmad Sunawari Long dalam bukunya Sejarah Falsafah, definisi
falsafah adalah merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein dan
sophos yang bermaksud „menyintai dan hikmah‰. Menurut Plato, falsafah
adalah kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. Manakala al-Kindi,
seorang ahli falsafah Islam mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai
hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk
mencapainya.

Lagukan kesemua susunan tarannum yang popular di Malaysia secara
bergilir-gilir mengikut kumpulan.

Jelasnya, falsafah merupakan batu asas dalam menggerakkan hala tuju sesuatu
bidang. Dalam bidang tarannum al-Quran, falsafahnya adalah berkisar dalam
lingkungan melagukan bacaan al-Quran iaitu suatu usaha ke arah
memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti
yang bertepatan syaraÊ bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar
kepada menghayati keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Oleh itu,
bertarannum tanpa memahami falsafahnya merupakan amalan yang sia-sia dan
suatu penyelewengan terhadap nilai ilmu itu sendiri.
Dalam mencapai matlamat dan falsafah tarannum, peranannya juga merupakan
aset yang perlu diketahui oleh setiap Qari dan Qariah,

Peranan Tarannum
1. Untuk mencapai tahap ketartilan bacaan al-Quran yang sebenar
2. Untuk menghormati kedudukan al-Quran sebagai sumber panduan utama
3. Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan
4. Untuk mendapat rahmat daripada Allah s.w.t
5. Untuk mewarnai seni bacaan al-Quran
3.2.2 Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia
Qari dan Qariah dari Malaysia masa kini telah menyusun lagu bacaan al-Quran
dan mempopularkannya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3 berikut.
Jadual 3.3: Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia
Bil. Jenis Lagu/Tarannum Catatan
1. Bayyati - Soba - Hijaz - Nahawand dan Rast
2. Bayyati - Hijaz - Nahawand - Rast dan Sikah
50% Qari dan Qariah
mengamalkan kedua-dua bahagian ini.
3.
Bayyati - Nahawand - Rast - Sikah dan
Jiharkah
30% Qari dan Qariah
mengamalkan bahagian ini.
4. Bayyati - Soba - Nahawand - Rast dan Sikah
15% Qari dan Qariah
mengamalkan bahagian ini.
5. Bayyati - ÂIraqi - Hijaz - Sikah dan Rast
5% Qari dan Qariah
mengamalkan bahagian ini.

PEMBAHAGIAN SENI TARANNUM ALQURAN
Ilmu tarannum adalah merupakan suatu seni bunyi yang bertujuan untuk
melunakkan suara ketika membaca ayat suci al-Quran. Getaran bunyi yang
keluar melalui peti suara manusia perlu dikawal dengan baik untuk mencapai
tahap kelunakan dan keindahan sesuatu bacaan. Oleh sebab itu, keperluan
mengetahui falsafah, peranan dan konsep tarannum merupakan perkara utama
yang perlu dititikberatkan oleh para Qari dan Qariah.
Di antara skop asas ilmu tarannum ini ialah pembahagian seni tarannum al-
Quran. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu tarannum Arab Hijazi dan
tarannum Arab Misri.
Tarannum: Lahjah Arab Hijazi
Tarannum lahjah Arab Hijazi adalah merupakan satu kaedah alunan irama
bacaan al-Quran yang popular sebelum tahun 1940-an. Ia bermaksud irama dan
alunannya yang dipengaruhi oleh suasana padang pasir, berbukit bukau dengan
suhu kepanasan yang agak tinggi. Irama dan rentaknya juga agak lebih lincah di
samping nada suaranya yang meninggikan kehangatan.
Para Qari Hijazi biasanya mengalunkan bacaan al-Quran berdasarkan asas-asas
tarannumnya yang tersendiri. Ia boleh dirumuskan dengan ungkapan:
Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi:
ِبحُمٍُر دَسَ ٍ ج
Definisi ungkapan bagi asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi adalah seperti
Jadual 3.4 berikut.
3.3
TOPIK 3 PERKEMBANGAN SENI TARANNUM AL-QURAN 􀁗 53
Jadual 3.4: Definisi Ungkapan bagi Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi
Bil. Ungkapan Definisi
1. Huruf ب Singkatan nama lagu Banjakah بنجاكه
2. Huruf ح Singkatan nama lagu Husayni حسيني
3. Huruf م Singkatan nama lagu Mayyah ميّاه
4. Huruf ر Singkatan nama lagu Rakbi ركبي
5. Huruf د Singkatan nama lagu Dukah دكه
6. Huruf س Singkatan nama lagu Sikah سيكه
7. Huruf ج Singkatan nama lagu Jaharkah جهركه
Selain daripada lagu-lagu yang tersebut di atas, terdapat beberapa lagi lagu
tambahan seperti Ruma, `Ushshaq, Rast, Unsad, Sun`ani, Yaman, Hijaz, Hirab
dan lain-lain lagi. Namun dewasa ini kemasyhuran lagu-lagu tersebut sudah
tidak dipopularkan lagi oleh kebanyakan para Qari dan Qariah. Tetapi terdapat
negeri-negeri yang tertentu sahaja yang masih mempopularkannya sebagai irama
bacaan al-Quran dan senikata berzanji.
3.3.2 Tarannum: Lahjah Arab Misri
Selepas tahun 1940-an, Tarannum lahjah Arab Misri mengambil alih takhta
populariti dalam kaedah alunan irama bacaan al-Quran daripada lahjah Arab
Hijazi. Tarannum lahjah Arab Misri bermaksud irama dan alunannya yang
dipengaruhi oleh suasana lembah Sungai Nil yang subur menghijau dengan
suhu iklimnya yang sederhana dan nyaman. Irama dan rentaknya juga agak
lebih lembut di samping nada suaranya yang sederhana.
Al-Shaykh Taha al-Fashni dari Mesir berpendapat bahawa kebiasaannya para
Qari warga Mesir mengalunkan bacaan al-Quran yang tidak lari daripada asasasas
tarannum yang empat iaitu Bayati, Hijazi, `Iraqi dan Rast. Adapun lagu
selain daripada 4 kaedah asas ini adalah merupakan lagu tafarra` iaitu cawangan
lagu-lagu lain seperti Husayni, Kurdi, Soba, `Ajam, Nahawand, Nawa Asar
(`Ushshaq), Sikah dan Jaharkah.
Demikianlah 12 lagu yang biasa diamalkan oleh para Qari dari Mesir sebagai
alunan lagu bacaan al-Quran. Manakala selebihnya, kebiasaannya diamalkan
dalam melagukan Qasidah dan lagu-lagu muzik sahaja.

Perbezaan di antara Tarannum Lahjah Arab Hijazi dan Misri
Lahjah Arab Hijazi Lahjah Arab Misri
1. Popular sebelum tahun 1940-an Popular selepas tahun 1940-an
2. Dipengaruhi suasana padang pasir dan
suhu yang panas
Dipengaruhi suasana Lembah Sungai Nil dan suhu yang sederhana
3. Irama dan rentaknya lebih lincah dengan nada suara yang tinggi
Irama dan rentaknya lebih lembut dengan nada suara yang sederhana
4. Amalan lagunya terdiri daripada tujuh lagu iaitu Banjakah, Husayni, Mayyah,
Rakbi, Dukah, Sikah dan Jaharkah Amalan lagunya terdiri daripada empat
asas tarannum iaitu Bayati, Hijazi, `Iraqi dan Rast
• Tarannum adalah istilah yang popular dan dikenali oleh kebanyakan
masyarakat di alam Melayu. Tajwid dan Maqamat pula adalah istilah yang
popular di kalangan masyarakat Arab.
• Ilmu ini diilhamkan melalui beberapa unsur seperti bunyi kicauan burung,
geseran kayu, tiupan angin dan bunyi air mengalir.
• Ibnu al-Arabi seorang penyair terkenal dan pakar dalam bidang sejarah
berpendapat bahawa bertarannum itu adalah merupakan sebahagian
daripada budaya masyarakat Arab silam.

• Kedatangan Islam telah mengubah budaya tersebut kepada
membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian masyarakat
Arab silam dengan bacaan yang lebih baik dan lunak.
• Rasulullah s.a.w telah memberi tunjuk ajar berhubung dengan bacaan al-
Quran yang terbaik, sehingga lahirlah para QurraÊ daripada kalangan para
sahabat r.a. yang mempunyai kepakaran dalam pembacaan al-Quran.
• Zaman para Tabi`in r.a adalah merupakan zaman bermulanya
perkembangan yang begitu rancak dari sudut kepelbagaian bentuk bidang
keilmuan, budaya dan ketamadunan.
• Di Nusantara khususnya di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah al-
Quran yang bermula pada tahun 1960 adalah merupakan salah satu kaedah
menarik minat umat Islam dalam memperdengarkan bacaan al-Quran
dengan baik.
• Falsafah tarannum berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran
iaitu suatu usaha ke arah memperkasakan amalan membaca al-Quran
dengan menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syarak bagi
menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada menghayati
keagungan Allah sebagai Maha Pencipta.
• Skop asas ilmu tarannum terbahagi kepada dua bahagian iaitu tarannum
Arab Hijazi dan tarannum Arab Misri.
Arab Misri