TARANNUM YANG DIWASLAH DENGAN
BAYYATI
Perkataan `WaslahÊ berasal dari perkataan Arab yang bermaksud susunan yang
mempunyai dua tempat sambungan yang bersambung pada satu tempat.
Adapun tarannum yang diwaslahkan dengan Bayyati bermaksud jenis-jenis
tarannum lain selain Bayyati yang selari dan berseiring dengan bacaannya.
Dalam erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir
sama dengan bacaan BayyatiÊ, seperti bacaan Husayni, Kurdi dan `Iraqi.
Jelasnya, jika berlaku:
(a) Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada
tarannum Kurdi atau `Iraqi.
(b) Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada
tarannum Husayni dan sebagainya mengikut kemahiran para Qari dan
Qariah itu sendiri.
Pengertian dan Peranannya
Perkataan ÂHusayniÊ adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan
(asas pertimbangan asal perkataan) Husn yang bermaksud cantik, anggun dan
indah.
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, ÂHusayniÊ bermaksud nama
khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari Hijaz (Makkah). Namun, alunannya telah diubah suai oleh para
Qari dari Mesir mengikut perkembangan semasa sehingga sekarang.
Tuan Haji Muhammad Yusuf Kedondong (salah seorang guru tarannum yang
berasal dari Kelantan) berpendapat bahawa:
„Sesungguhnya laungan azan oleh Saidina Bilal bin Rabah r.a. di Masjid Nabawi
adalah melalui alunan tarannum Husayni. Maka bersempena nama keturunan
Saidina Bilal iaitu al-Husayni (Bilal bin Rabah al-Habshi al-Husayni), maka
diambil nama tersebut dan dilabelkan sebagai salah satu jenis-jenis tarannum al-
Quran‰.
Mengikut pendapat al-Shaykh Dr. Ahmad Nu`ayna`, salah seorang pakar
tarannum dari Mesir yang menyatakan bahawa tarannum al-Husayni ini adalah
merupakan bahagian kecil daripada tarannum Bayyati sama seperti al-Shuri, al-
Khiyari dan al-Asli. Sila lihat pembahagian Bayyati dalam Rajah 4.3.
Sifat-sifat alunan tarannum husayni
1. Mempunyai pergerakan yang aktif dan bersemangat.
2, Mempunyai kesesuaian dengan tabaqah yang tinggi.
3. Mempunyai unsur ketengangan dan ketegasan.
4. Mempunyai unsur rancangan dan galakan.
Peranan dan tugasan tarannum husayni
1. Memantapkan persembahan bacaan.
2. Merancang tarannum berikutnya.
3. menhangatkan persembahan bacaan.
4. Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran.
5. Melahirkan kemukjizaqtan al_quran.
Kurdi: Pengertian dan Peranannya
Perkataan ÂKurdiÊ adalah nama satu bangsa dari rumpun bangsa Arab yang
tinggal di kawasan yang terletak di Asia Tengah iaitu antara negara Turki, Iran
dan Iraq.
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, ÂKurdiÊ bermaksud nama
khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari bangsa Kurdi mengikut suasana kebudayaan bangsa tersebut.
Kemudian, alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari
Mesir dan diterima pakai oleh masyarakat sekarang. Namun dewasa ini amalan
dan penghayatan melalui tarannum Kurdi semakin berkurangan.
Di antara sifat-sifat alunan Tarannum al-Kurdi
Sifat-sifat alunan tarannum al-Kurdi
1. Mempunyai gerak lambat yang berkesan
2. Mempunyai kelembutan yang meresap jiwa.
3.Mempunyai kesederhanaan dan ketenangan.
4. Mempunyai kesesuaian dengan tabaqah sederhana.
5. Menunjukkan permohonan, penceritaan dan dialog.
Peranan dan tugasan tarannum Kurdi seakan-akan sama dengan tarannum
Bayyati. Di antara peranan dan tugasan tarannum Kurdi
Peranan dan tugasan tarannum `Iraqi
1. Melahirkan ketenangan jiwa.
2. Menenangkan ketegangan persembahan.
3. Menyempurnakan mesej al-Quran.
4. Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran.
5. Melahirkan kemukjizaqtan al_quran.
`Iraqi: Pengertian dan Peranannya
Perkataan Â`IraqiÊ adalah nama satu bangsa dari rumpun bangsa Arab yang
terletak di Asia Tengah iaitu bersempadanan antara negara Arab Saudi, Kuwait
dan Iran.
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, Â`IraqiÊ bermaksud nama
khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari Negara Iraq mengikut suasana kebudayaan bangsa tersebut yang
mempunyai persamaan dengan budaya para Qari dari Hijaz. Kemudian,
alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir dan
diterima pakai oleh masyarakat sekarang. Walau bagaimanapun identiti asalnya
(rentak alunan `Iraqi) masih lagi dikekalkan.
Peranan dan tugasan tarannum `Iraqi
1. Melahirkan ketenangan jiwa.
2. Menenangkan ketegangan persembahan.
3. Menyempurnakan mesej al-Quran.
4. Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran.
5. Melahirkan kemukjizaqtan al_quran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan