Jumaat, 6 Ogos 2010

Sifat-sifat Alunan Nahawand

Sifat-sifat alunan tarannum nahawand
1. Mempunyai pergerakan yang lambat dan berkesan.
2. Mempunyai penyesuaian dengan tabaqah yang tinggi.
3. Mempunyai unsur-unsur yang kehangatan yang menyemarakan.
4. Mempunyai unsur-unsur ketegasan yang menyakinkan.

Peranan Nahawand
1. Menghangatkan persembahan bacaan.
2. menyemarakan jiwa pembaca dan pendengar.
3. Menegaskan mesej ayat yang dibaca.
4. Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran.

NAHAWAND
Sebagaimana keadaannya dengan tarannum yang diwaslahkan dengan Bayyati,
tarannum Nahawand juga tidak terkecuali daripada berlakunya susunan yang
mempunyai dua tempat sambungan yang bersambung pada satu tempat.
Dalam erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir
sama dengan bacaan Nahawand seperti bacaan `Ajam, Rast, Kurdi dan `Iraqi.
Jelasnya, jika berlaku:
(a) Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada
tarannum Kurdi atau `Iraqi.
(b) Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada
tarannum `Ajam atau Rast.

Tinjauan dari sudut bahasa menunjukkan bahawa perkataan ‘`Ajam’ adalah
berasal dari bahasa Arab yang bermaksud diam, senyap atau individu yang
bukan dari kelompok bahasa sesuatu bangsa, kaum atau puak. Ia juga merujuk
kepada dua pengertian utama dalam bahasa Arab iaitu mereka yang terdiri
daripada bukan bangsa Arab dan bangsa Parsi.
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, Â`AjamÊ atau Â`AjamiÊ
bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang
dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah) dengan sedikit
pengubahsuaian mengikut suasana budayanya. Kini, tarannum ini dipopularkan
oleh kebanyakan QurraÊ dari Mesir. Namun identiti asalnya (`Ajam iaitu suatu
tempat yang terletak di Parsi) masih lagi dikekalkan.

Tarannum Nawa Asar dan `Ushshaq juga mempunyai angin yang hampir sama
dengan bacaan Nahawand.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan