Jumaat, 6 Ogos 2010

SEJARAH TARANNUM NAHAWAND

Nahawand dan Sejarah
Perkembangannya

Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan ÂNahawandÊ adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi.

Manakala dari sudut istilahnya pula, ÂNahawandÊ bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri.

Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran. Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina.

Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para QurraÊ dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau bagaimanapun identiti asalnya iaitu alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan