Sabtu, 6 Mac 2010

SANAD DALAM ILMU AL-QIRAAT

SEJARAH SANAD DALAM ILMU AL-QIRAAT
Secara umum, persoalan mengenai sanad ini berkait rapat secara langsung
dengan perbahasan dalam ilmu Mustalah al-Hadith iaitu ilmu yang
membicarakan berkaitan istilah-istilah yang digunapakai oleh ahli-ahli hadis.
Pun begitu, sebenarnya keseluruhan ilmu-ilmu Islam sejak turun temurun lagi
terpelihara dengan adanya sistem sanad atau dalam kata lain dipandu
berdasarkan aspek Kayfiyyah al-Tahammul.
Ini memandangkan sistem pengajian pada peringkat awal Islam bertunjangkan
sistem penyampaian secara mushafahah atau bertalaqqi. Maka para Sahabat r.a.
dilatih untuk menghafaz dan menyampaikannya melalui kaedah ini dan
kemudiannya diwariskan kepada generasi Tabi`in r.a. dan berterusan prosesnya
hingga ke hari ini.
Kesemuanya adalah bertujuan untuk menjamin ketulenan dan keaslian serta
memastikan kesenimbungan ilmu-ilmu warisan Islam agar terus dipelajari
generasi demi generasi.
Ibnu Sirin menyatakan pendapatnya mengenai sanad: „Sesungguhnya ilmu ini merupakan
sebahagian daripada agama (amanah), maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambilnya (mempelajarinya)"
Definisi Sanad

Abdullah ibn Mubarak berpendapat bahawa:
„al-Isnad (sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama, kalau ia tiada, nescaya seiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka"
Berikan definisi sanad dan apakah ada terdapat hubungkait di antara sanad dalam ilmu Mustal al-Hadith dan ilmu al-Qiraat? Bincangkan dalam kumpulan.
Sanad atau dalam kata lain bermaksud sandaran, sijil tauliah atau shahadah. Ia
berkait rapat dengan ijazah iaitu merupakan suatu pemberian daripada guru
kepada muridnya yang berkelayakan sebagai akuan (taqrir) bagi mengesahkan
atau mengakui bahawa muridnya itu telah selesai dalam pengajiannya dan
berjaya serta layak dianugerahkan ijazah.
Ijazah tersebut sama ada berbentuk kata-kata akuan daripada guru atau
berbentuk sanad (salasilah guru yang sampai kepada Rasulullah s.a.w.) yang
bertulis.
Rajah di bawah menunjukkan pengertian sanad dari segi bahasa dan istilah:-
Sanad bermaksud iaitu yang diberi sandaran kepadanya.

Dari Segi Istilah
Sanad bermaksud salasilah peribadi-peribadi yang disebut (al-Rijal) jika disandarkan kepada
perbahasan ilmu Hadis dan (al-Qurra') jika disandarkan kepada perbincangan ilmu al-Qiraat.
Adapun kebiasaannya sanad diperolehi dengan cara pengajian secara bertalaqqi iaitu memperolehi bacaan secara berguru, dan guru tersebut juga bersanad, bukan membaca sendirian atau dengan kawan-kawan di rumah atau di manamana sahaja. Proses talaqqi dipersetujui oleh para ulama sebagai satu-satunya proses atau kaedah yang digunapakai dalam memindahkan bacaan al-Quran daripada seorang guru kepada muridnya. Talaqqi melibatkan interaksi dua hala iaitu (sami') dan (Mushafahah) iaitu murid mendengar bacaan guru dan murid
mempendengarkan semula bacaannya kepada guru.

Kepentingan Sanad dalam Ilmu al-Qiraat
Istilah sanad menurut ilmu al-Qiraat adalah merupakan kesinambungan guruguru
yang berterusan tanpa putus hingga kepada guru al-Quran yang paling agung iaitu Rasulullah s.a.w. Kini, kesinambungan sistem bersanad ini dibuktikan dengan adanya dokumen (yang digelar ijazah) yang menyenaraikan guru-guru yang telah mengajar dan memperakui kelayakan mereka dalam ketepatan bacaan al-Quran. Biasanya Ijazah tersebut akan menyatakan Qiraat, Riwayat dan Turuq sesuatu bacaan yang diijazahkan kepada mereka. Sanad adalahkeistimewaan umat akhir zaman yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. Para ulama silam begitu komited dalam menyatakan pendirian mereka di mana menegaskan kepentingan sanad dalam ilmu-ilmu Islam khususnya ilmu hadis dan al-Qiraat.
Sufyan al-Thawri (161H) berpendapat bahawa:
„Sanad itu senjata mukmin. Jika seseorang tidak memiliki senjata, maka dengan apakah dia ingin berpegang mempraktikkan sesuatu kesahihan perkara, sebagai contoh bacaan Qiraat, maka bukti dan hujah (senjata) yang kukuh adalah kesahihan terhadap sanadnya. Perkara ini telah disepakati ulama Qiraat dan meletakkan kesahihan sanad sebagai salah satu daripada rukun al-
Qiraat yang tiga.

Sanad pada Zaman Rasulullah s.a.w.

Menurut kitab Âal- Manhaj al- Sahih Fi al- Hukm ÂAla al- Hadith al- Nabawi al- SharifÊ, karanganSyeikh `Adil Murshid ada menyatakan bahawa:
„Para ulama pada zaman kegemilangan Islam menggunakan sanad bukan hanya pada ilmu hadis, tetapi juga dalam bidang-bidang yang lain di antaranya ialah seperti dalam ilmu tafsir, fiqh, sejarah, bahasa, sastera bahkan kisah-kisah lucu dan menarik juga diriwayatkan menggunakan sanad. '
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penerimaan sanad adalah amat penting di
dalam proses pengajian ilmu-ilmu Islam khususnya dalam pembelajaran al-Quran. Ini terbukti apabila amalan ini bermula semenjak wahyu pertama diturunkan di mana Rasulullah s.a.w. sendiri bertalaqqi iaitu membaca di depan Saidina Jibril a.s. bagi mengesahkan kesahihan bacaan al-Quran sebagaimana ia diturunkan.
Sufyan ibn `Uyaynah (198H) ada meriwayatkan bahawa:
„Suatu hari Imam al-Zuhri (125H) telah membacakan satu hadis, maka aku berkata kepadanya: ÂBerilah aku hadis itu tanpa sanadnyaÊ. Lantas imam al-Zuhri menjawab: ÂAdakah engkau ingin memanjat ke bumbung tanpa menggunakan tangga"

KEPENTINGAN SANAD DALAM ILMU QIRAAT
Pengesahan Saidina Jibril a.s. ke atas bacaan Rasulullah s.a.w. berlaku semasa
peristiwa al-`Ardah al-Akhirah iaitu peristiwa di mana tamatnya penurunan
wahyu al-Quran pada penghujung hayat baginda s.a.w. Firman Allah s.w.t.
dalam Surah al-Naml: 7;

Maksudnya: Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) bertalaqqi
(mengambil) al-Quran dari Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana lagi
Mengetahui.
Setelah itu, al-Quran diwariskan kepada para Sahabat r.a. dan berterusan dari
satu generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini. Proses ini di namakan sebagai
sanad yang merupakan kesinambungan pengajian secara bertalaqqi tanpa
terputus salasilahnya hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Fatir: 32;
Maksudnya: Kemudian Kami wariskan kitab al-Quran ini kepada
hamba-hamba yang Kami pilih.
Di sini kita dapat simpulkan bahawa semua orang yang ingin memperolehi
ilmu-ilmu agama khasnya al-Quran mestilah bertalaqqi dengan para Syeikh atau
guru-guru al-Quran yang diyakini keimanannya. Ini bertujuan agar bersambung
segala bacaan kita dengan mereka hinggalah kepada Rasulullah s.a.w. yang turut
bertalaqqi dengan Jibril a.s. Begitulah juga sunnah para Sahabat r.a., Tabi`in dan
seterusnya generasi terkemudian yang bertalaqqi demi memelihara kesucian dan
keagungan Islam dan ilmu-ilmunya.
Maka bacaan-bacaan yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah
s.a.w. dikumpulkan oleh para QurraÊ dan ada yang menamakannya Qiraat Tujuh
dan Qiraat Sepuluh yang Mutawatirah. Kalimah Mutawatirah itu sendiri
menjelaskan kepada kita tentang darjat sanad-sanad Qiraat tersebut yang
mencapai darjat mutawatir sepertimana yang ditakrifkan oleh ulama seperti di
bawah:-

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum minta kebenaran dari tuan, ambil bahan untuk rujukan
    saya t kasih.-faizah

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum minta kebenaran dari tuan, ambil bahan untuk rujukan
    saya t kasih.-faizah

    BalasPadam