Cara Penerimaan Sanad
Islam menuntut umatnya agar berwaspada dengan sesuatu berita yang disampaikan kerana dikhuatiri kebenarannya. Ini kerana secara teorinya, setiap khabar berita yang sampai mengandungi dua unsur sama ada benar atau sebaliknya. Allah s.w.t. telah merakamkan peringatan kepada hambanya akan perkara ini dalam Surah al-Hujurat: 6; Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Apakah kaitan di antara sanad dalam perbahasan ilmu Mustalah al-Hadith dan ilmu al-Qiraat? Aktiviti 8.2
Di Malaysia, istilah sanad berkemungkinan masih asing lagi di kalangan masyarakat umum. Namun dewasa ini, ada usaha yang dijalankan oleh beberapa institusi tertentu dalam mengembalikan semula pengajian al-Quran secara bersanad. Usaha murni ini setidak-tidaknya dapat mengekalkan pewarisan bacaan al-Quran sebagaimana ia diturunkan. Dalam membicarakan cara penerimaan sanad, perkara ini tidak dapat lari daripada kaedah bertalaqqi dengan guru-guru yang diyakini sanadnya bersambung sehingga Rasulullah s.a.w. Sebagaimana kita maklum, bahawa tiada jalan lain untuk menerima sanad melainkan dengan bertalaqqi atau Mushafahah di antara guru dengan murid. Perkara ini disepakati oleh para ulama. Jika kita merujuk kepada sirah Nabawiyyah, Rasulullah s.a.w. sendiri bertalaqqi setiap tahun sekali dengan Saidina Jibril a.s. Semasa akhir hayat baginda s.a.w. dua pertemuan telah berlansung. Peristiwa ini dikenali dengan al-`Ardah al-Akhirah iaitu pembentangan atau bacaan kali terakhir yang berlaku di antara Rasulullah s.a.w. dengan Saidina Jibril a.s. di mana al-Quran sudah lengkap diturunkan. Peristiwa tersebut merupakan simbol kepada pengijazahan dan pengiktirafan Allah s.w.t. kepada kekasihNya, Muhammad s.a.w. atas penerimaan wahyuNya dengan sempurna. Para QurraÊ di kalangan para Sahabat r.a. kemudiannya telah menerima bacaan al-Quran secara lansung daripada Nabi Muhammad s.a.w. melalui kaedah al-Ta`lim al-Nabawi iaitu secara bertalaqqi. Melalui peristiwa al-`Ardah al-Akhirah tersebut dapat kita fahami bahawa cara penerimaan sanad al-Quran adalah dengan membaca ayat suci al-Quran dengan sempurna bermula dari Surah al-Fatihah sehinggalah surah yang terakhir iaitu al-Nas di hadapan guru yang diyakini sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. secara talaqqi atau mushafahah. Setelah sempurna keseluruhannya, maka guru tersebut mengijazahkannya tanda pengiktirafan terhadap kesungguhan anak muridnya dalam menerima bacaan al-Quran sebagaimana ia diturunkan. Sebagai simbol kepada pengijazahan tersebut, ada di antara para guru memberikan sehelai kertas dan ditulis sanad-sanad bacaan al-Quran yang diterimanya sehingga kepada anak muridnya. Sebahagian yang lain pula cukup dengan sekadar berjabat tangan dan ditauliahkan dengan menyebut sanad-sanad al-Quran yang diterimanya sehingga kepada anak muridnya. Di antara faedah pengijazahan sanad ini adalah bertujuan untuk meyakinkan para penerima sanad tersebut bahawa kaedah bacaan al-Quran mereka adalah bersandarkan bacaan Rasulullah s.a.w. Di samping mendapat pahala dalam membaca al-Quran, keberkatan membaca al-Quran secara tartil dan bersanad sebagaimana diwarisi melalui bacaan Rasulullah s.a.w. dari generasi demi generasi turut dituntut.
Di bawah merupakah contoh sanad yang diterima dan sanadnya bersambung kepada Rasulullah s.a.w.;
Sanad yang diterima oleh Imam Nafi`'„Beliau telah menerima sanad bacaan al-Quran daripada tujuh puluh orang dari kalangan Tabi`in, antaranya Abu Ja`far Yazid ibn al-Qa`qa` yang mana Abu Ja`far menerima bacaan a-Quran daripada Abu Hurayrah r.a. dan seterusnya Abu Hurayrah menerimanya daripada Rasulullah s.a.w
Sanad yang diterima oleh Imam Ibnu Kathir: „Beliau telah menerima sanad bacaan al-Quran daripada Abdullah ibn al-Saib di mana Abdullah ibn al-Saib menerima bacaan a-Quran daripada Ubay ibn Ka`ab dan Saidina Umar ibn al-Khattab r.a. danseterusnya kedua-duanya menerimanya
daripada Rasulullah s.a.w
Sanad yang diterima oleh Imam Abu `Amru: „Beliau telah menerima sanad bacaan al-Quran daripada Nasr ibn `Asim dan Rafi` ibn Mihran. Rafi` ibn Mihran pula menerima bacaan a-Quran daripada Saidina Umar ibn al-Khattab, Ubay ibn Ka`ab, Zaid ibn Thabit dan Abdullah ibn `Abbas r.a. dan seterusnya kesemua para Sahabat tersebut menerimanya daripada Rasulullah s.a.w.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan