Rabu, 3 Mac 2010

ILMU QIRAAT

TURUQ DALAM BACAAN RIWAYAT HAFS

Tariq Syatibiy

Nama al-Syatibiy r.a ialah al-Qasim bin Fierruh bin Khalaf bin Ahmad al-Ruaini
al-Syatibiy al-Andalusi. Ia mempunyai dua gelaran iaitu Abu Muhamad dan
Abu al-Qasim.Al-Syatibiy dilahirkan pada tahun 538 di Syatibah iaitu satu kota di timur Andalus. Ia terletak 56 kilometer dari kota Balansiyah. Ahli sejarah yang menulis berkaitannya mengatakan bahawa ia adalah seorang buta. Walaupun begitu
mereka menyifatkannya sebagai „shatibiy tidak mengenali orang yang duduk bersamanya tetapi orang tersebut tidak syak dan ragu bahawa Shatibiy melihat dengan kepintarannya dan tidak sekali-kali terdapat tanda-tanda bahawa ia adalah seorang buta‰.Tahun kelahiran dan wafat Shatibiy ialah antara 538 hingga 590 Hijrah. Dalam
tempoh tersebut banyak kejadian penting berlaku antaranya ialah jatuh dan naiknya sesebuah kerajaan. Beliau hidup dalam dua suasana budaya yang berbeza iaitu Andalus dan Mesir.
Begitulah al-Syatibiyy mengharungi kehidupan di Andalus di bawah
penguasaan kerajaan al-Muwahidun hingga tahun 571 Hijrah. Beliau telah berpindah antara Shatibah, Balansiyah dan beberapa kota lain di Andalus. Al-Syatibiy memasuki Mesir pada tahun 572 Hijrah dan ketika itu ia dibawah kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah Mazhab Ismaili. Kerajaan ini yang diterajui Jauhar al-Saqli membuka Mesir pada tahun 358 Hijrah lalu membina Kota Qahirah. Kekuasaan kerajaan ini meliputi Syria hingga sampai ke al-Mausil, bahkan ia juga menggugat khalifah Abasiyin di Baghdad.
Penduduk Mesir yang berfikiran Sunni amat tertekan lantaran kerajaan
Fatimiyah mewajibkan mereka beralih kepada mazhab Syiah. Justeru kerajaan
al-Muwahidun yang berada di Andalus dan berfahaman Sunni disebut-sebut secara meluas di Mesir dan mereka amat merindui kepada kerajaan al-Muwahidun yang berfahaman Sunni. Kerajaan Fatimiyah telah menyaksi di akhir usianya dengan wujudnya faktor-faktor negatif, kelemahan, perpecahan dan ugutan tentera Salib yang seterusnya menamatkan riwayatnya sebagai sebuah kerajaan. Ini berlaku selepas meninggalnya khalifah yang keempat belas di kalangan mereka iaitu al-ÂAdid Abi Muhamad Abdullah pada tahun 567
Hijrah. Salahuddin Yusuf bin Ayub adalah pengasas kerajaan Ayubiyah. Ia adalah menteri kepada Khalifah al-ÂAdid al-Fatimiy. Selepas kematian al-ÂAdid, Salahuddin telah berkuasa ke atas Mesir. Kerajaan yang baru dibinanya ini dan untuk lima tahun permulaan ia masih terikut dengan kerajaan Zinkiyah yang menguasai al-Mausil dan Syam. Akan tetapi selepas kematian Nur al-Din Mahmud pada tahun 569 Hijrah,Salahuddin berkuasa sepenuhnya di bumi Mesir dan kekuasaannya meliputi Mesir, Maghrib, Naubah, Barat Semenanjung Arab, Palestin, Syria, Maubil danIraq.
Kerajaan yang dipimpin oleh Salahuddin ini telah mengambil tindakan yang
cepat dengan membersih pusat-pusat pemikiran Syiah di Mesir. Beliau telah
menutup Universiti al-Azhar selama lima tahun untuk menukar sistem dan
metod pengajarannya iaitu dari Metod Syiah kepada Metod Sunni. Selain itu,
beliau juga telah memecat qadi-qadi di Mesir yang berfahaman Syiah dan orang
yang diberi tanggungjawab menjalankan urusan penghakiman ialah Sadr al-Din
Abdul Malik bin Dirbas al-Syafie dan qadi-qadi berfahaman mazhab Syafei telah
ditugaskan menjalankan semua urusan. Di sini dapat dilihat bahawa mazhab
Syafei telah mendapat tempat dalam urusan kehakiman dengan terbinanya
kerajaan Ayubiyah. Di samping itu Salahuddin juga telah membina madrasah
aliran Syafei dan madrasah aliran Maliki.
Kejayaan terbesar Salahuddin yang berhak mendapat pujian ialah kemenangan
bersama tenteranya melawan tentera bersalib. Peperangan tersebut berlaku
dalam beberapa siri dan puncak kemenangannya ialah pada tahun 583 Hijrah
ketika tenteranya mengalahkan dengan teruk tentera bersalib dalam peperangan
yang masyhur dinamakan Hittin. Kemenangan ini ialah permulaan untuk
pembukaan Kota Bait al-Maqdis selepas ia dikuasai golongan Nasarani selama 92
tahun.
Apa yang perlu disebut di sini ialah al-Imam al-Syatibiy telah pergi ke Bait al-
Maqdis pada tahun 587 Hijrah untuk menziarahi Panglima Islam Salahuddin dan
juga untuk mengucapkan tahniah kepadanya diatas kejayaan cemerlang
mengembalikan Bait al-Maqdis ke tangan orang Islam.
Begitulah kekuatan Salahuddin dalam menyempurnakan prinsip-prinsip Islam
dalam urusan jihad, pemerintahan dan ilmu. Beliau tidak pernah jemu berjihad
menentang musuh Islam dan di waktu yang sama amat mencintai ilmu serta
mendekatkan diri dengan ulama. Ia selalu mendengar hadith-hadith Rasulullah
s.a.w. sekali dengan sanadnya. Kehidupan Salahuddin yang selalu berjuang ini
berterusan sehinggalah beliau meninggal pada tahun 589 Hijrah iaitu setahun
sebelum kewafatan al-Syatibiy.
Salah seorang menteri Salahuddin ialah al-Qadhi Abd. Rahim bin Ali al-Baisani
(meninggal tahun 596 Hijrah). Beliau mempunyai kepekaan dalam bidang
bahasa dan sastera. Antara orang yang mendapat tempat di hatinya dan
memandang tinggi terhadapnya ialah al-Imam al-Syatibiy. Al-Qadhi Abd Rahim
memuliakan al-Syatibiy dengan sewajarnya lantaran mengetahui keilmuan,
kelebihan dan akhlak terpuji yang dimilikinya. Beliau telah menjemput al-
Syatibiy untuk mengajar al-Quran, bahasa, nahu dan hadith di madrasahnya.
Al-Qadhi telah menyediakan segala kelengkapan kepada al-Syatibiy dan
keluarganya dan kemudahan tersebut telah memenuhi kehidupan al-Syatibiy
sekeluarga.
Pengajian al-Syatibiy
Al-Syatibiy r.a mempelajari ilmu agama semenjak kecil lagi dari ulama-ulama
yang berada di Syatibah samada dalam bidang Qiraat atau hadith. Dalam waktu
yang singkat beliau telah dapat mengumpul ilmu yang banyak. Beliau telah
mempelajari dan mendalami ilmu qiraat dari Abi Abdillah Mohamad bin Abi alÂAs
al-Nafazi dan beberapa qari-qari lain di Syatibah.
Dengan harapan yang tinggi dan jiwa yang tidak memadai ilmu yang telah ada,
al-Syatibiy berusaha bersungguh-sungguh dalam mempelajari al-Quran dan
ilmu-ilmu yang berkaitannya sehinggalah beliau mengatasi seluruh cerdik
pandai sezamannya di Syatibah. Al-Qufati telah menerangkan perkara tersebut
dengan berkata „ Beliau telah mahir dalam bacaan al-Quran dan Qiraat sewaktu
usianya masih muda. Orang ramai di Syatibah dapat membaca al-Quran dan
mengambil manfaat darinya sebelum usianya meningkat remaja‰.
Setelah al-Syatibiy selesai menuntut ilmu dari ulama-ulama di Syatibah dalam
ilmu qiraat dan hadith, beliau telah merantau mengelilingi negerinya bagi tujuan
menambah ilmu. Beliau telah pergi ke Balansiyah dan mempelajari qiraat
dengan membaca Kitab al-Taisir yang telah dihafaznya dari guru yang bernama
Abi al-Hasan Ali bin al-Huzail al-Andalusi al-Balansi. Dari gurunya Abi Abdillah
Mohamad bin Humaid al-Balansy, beliau telah mempelajari hadith dan ilmu
nahu melalui kitab Sibawaih, al-Kamil karangan al-Mubarad, kitab Adab al-Katib
karangan Ibn Qutaibah dan lain-lain. Beliau juga telah mempelajari dari Abi al-
Hasan Ali bin Abdillah bin Khalaf bin NiÊmah al-Balansi dan meriwayatkan
daripadanya kitab Syarah al-Hidayah yang dikarang oleh al-Mahdawi.
Selain guru-guru yang disebut di atas, al-Syatibiy juga telah mempelajari ilmu
agama dari Abi Abdillah Mohamad bin Yusof bin S��adah al-Isybili, Abi Abdillah
Mohamad bin ÂAsyir bin Mohamad bin ÂAsyir, Abi Mohd Abdillah bin Jaáfar al-
Mirsi, Abi al-ÂAbbas bin Tarazimil, Abi al-Husain ÂAlim bin Hani al-ÂUmari, Abi
Abdillah Mohamad bin Abdi Rahim al-Khazraj dan Abi al-Qasim bin Hubaish.
Beliau telah meriwayatkan Sahih muslim dari Abi al-Hasan Ali bin al-Huzail,
Abi Mohamad ¤bbas bin Mohamad bin ¤bbas dan Abi Abdillah Mohamad bin
Yusof bin Saàdah.
Beliau meninggal selepas solat Asar pada hari Ahad iaitu 28 Jamadil Akhir 590
Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin. Sembahyang jenazahnya diimamkan
oleh Abu Ishaq yang dikenali dengan al-ÂIraqi yang merupakan Imam JamiÊ
Mesir ketika itu. Usia al-Syatibiy ketika wafatnya ialah 52 tahun.
Riwayat Hafs melalui Toriq Syatibiyyah adalah bersumber
dari kitab yang ditulis oleh Imam Syatibiy bertajuk Hirz al-
Amani Wa Wajhu al-Tahani

Tariq Ibn al-Jazari

Beliau ialah Mohamed Ibn Mohamed Ibn Ali Ibn Yusuf al-Umri al-Dimasyqi
yang terkenal dengan panggilan Ibn al-Jazari.
Ibn al-Jazari lahir pada malam sabtu 25 Ramadhan 751 Hijrah di Damsyik dan
meninggal pada tahun 833H. Ibn al-Jazari dibesarkan ditempat lahirnya di
Damsyik. Ayahnya seorang peniaga yang baik dan amat mengambil perhatian
tentang ilmu. Justeru itu, beliau telah memberi didikan hafazan al-Quran kepada
Ibn al-Jazari secara bertajwid. Ibn al-Jazari juga telah mempelajari beberapa ilmu
seperti hadis, fekah dan lain-lain.
Ibn al-Jazari hidup pada akhir kurun ke tujuh hijrah dan permulaan kurun ke
lapan di Damsyik. Damsyik ketika itu menjadi pusat pemerintahan kerajaan
Mamalik. Mamalik ialah satu kumpulan tawanan yang terdiri daripada orangorang
Turki, Jarakisah dan Monggul. Mereka telah didatangkan oleh pemerintah
Auyubiyyun untuk berkhidmat sebagai askar bagi mengekalkan kuasa kerajaan
Auyubiyyun. Mereka seperti pegawai keselamatan yang khusus menjaga
kerajaan. Walaupun begitu mereka telah mengambil peluang sehingga berjaya
menubuhkan kerajaaan.
Aktiviti keagamaan dikalangan pemerintah dan rakyat ketika itu begitu tinggi. Ia
dapat dilihat dengan tertubuhnya masjid-masjid, madrasah-madrasah dan juga
halaqah-halaqah ilmu. Pengajaran agama dan perkembangan amat aktif
disebabkan faktor peperangan agama iaitu melawan Tatar dan juga peperangan
salib.
Penulisan kitab pada kurun itu juga amat banyak dihasilkan oleh ulamak. Antara
ulamak yang tersohor pada ketika itu ialah Iz abdul Salam (577-660), al-Nawawi
(631-676), Ibnu Taimiyyah (661-728), Ibnu Jamaah (639-733), al-Muizzi (742), Ibnu
Qudamah (705-744), al-Zahabi (673-748), Ibnu Qayyim al-Jauziah (691-751), Ibnu
Kathir (701-774), Ibnu Hajar (774-852), dan Ibn al-Jazari adalah seorang ulamak
yang namanya sebaris dengan nama-nama yang tersebut dan sebahagian mereka
adalah guru kepada al-Jazari.
Ibn al-Jazari memulakan pengajian agama dengan menghafaz al-Quran, ketika itu berusia 13 tahun. Dalam pengajian ilmu Qiraat, antara gurunya ialah Syeikh Abi Mohamed Abd Wahab, Syeikh Ahmed Ibn Ibrahim al-Tham, Syeikh Ahmad Ibn Rajab, manakala Syeikh Ibrahim al-Hamami dan Abi al-MaÊli Mohamed Ibn Ahmad al-Lubnan adalah gurunya yang memberi
tunjuk ajar dalam tujuh Qiraat.
Pada 768H, Ibn al-Jazari telah pergi menunaikan haji di Mekah, ketika itu beliau
telah membaca dihadapan imam dan khatib Masjid Nabawi Abi Abdillah
Mohamad Ibn Salih al-Khatib melalui kitab al-Taisir dan al-Kafi. Pada tahun
berikutnya 769H, beliau telah bermusafir ke Qaherah, Mesir. Disana beliau telah
membaca 12 Qiraat daripada Syeikh Abi Bakar Abdullah al-Jundi. Disamping
itu, beliau juga mempelajari dari Abi Abdillah Mohd Ibn al-Saigh dan Abi
Mohamed Abdurrahman Ibn al-Baghdadi melalui kitab al-Unwam, al-Taisir dan
al-Syatibiya. Setelah menamatkan pengajian dari guru ini beliau telah kembali ke
Damsyik.
Kali kedua baliau ke Mesir, beliau telah membaca sepuluh Qiraat daripada Ibn
al-Saigh, manakala Ibn al-Baghdadi beliau telah membaca empat belas Qiraat
tidak termasuk Qiraat al-Yazidy. Sekembalinya dari Mesir, Ibn al-Jazari telah mengkhatamkan 7 Qiraat dihadapan gurunya Ali al-Qadhi Abi Yusof Ahmad Ibn al-Huzim al-Hanafi. Seterusnya beliau masih lagi meneruskan pengajiannya dalam bidang Qiraat dengan melakukan ziarah
kali ketiga ke Mesir. Kali ini beliau membaca dihadapan Syeikh Abdul Wahab al-Qurawi melalui kitab al-iklan dan lain-lain. Selepas itu, beliau telah meneruskan perjalanan ke Iskandariyah
dan membaca Qiraat dihadapan Qari yang tersohor ketika itu iaitu Ibn al-Damamini.
Kedudukan Ibn al-Jazari Kedudukan Ibn al-Jazari dalam ilmu Qiraat begitu mulia dan dipandang tinggi samada pada zamannya atau zaman selepasnya. Kemuliaan yang diperoleh
adalah bukan kebetulan semata-mata tetapi ia adalah usaha beliau yang berterusan dengan mempelajari ilmu dari banyak guru dan sanggup bermusafir dari satu negeri ke negeri untuk berjumpa dan membaca al-Quran dihadapan guru. Justeru namanya terus diingati hingga ke hari ini. Antara pujian dan penghormatan ulamak yang diberikan kepadanya adalah seperti berikut:-
1. Al-Sakhawi "Ibn al- Jazari, unggul dari satu sudut tinggi periwayatan,
menghafaz hadith, alim tentang al-Jarh Wa al-ta'dil, mengetahui perihal
perawi-perawi yang terdahulu dan kemudian".
2. Al-Sayuti berkata "Ibn al- Jazari adalah seorang al-Hafiz, al-muqri dan
Syeikh al-Quran dizamannya". Beliau juga berkata "Ibn al- Jazari adolah
imam dalam Qiraat yang tiada tandingan pada zamannya di dunia ini".
3. Al-Malla Ali al-Qari berkata „al- Allamah, Syeikh al-Islam untuk orangorang
Islam,penyudah seluruh al-Hafiz dan al- Muhadithin".
4. Al-Dabbagh berkata „Sesungguhnya kitab al- Nasyr fi al - Qiraat al-Asyr
adalah sebenar khabaran gembira, dalil yang jelas menunjuk bahawa
penulisnya adalah seorang yang bijak dan tinggi kedudukannya.
Ketinggiannya dalam ilmu ini sehingga beliau berhak untuk digelar Imam
al-Muqrienin, pnyudah segala al-Hafizin al-Muhaqiqin. Beliau adalah
Imam al-Hujjaj, al-Thabt, al-Muhaqiq Syeikh al-Islam‰.Riwayat Hafs melalui Toriq Toyyibah atau Toriq al-Jazari adalah bersumber dari
kitabnya yang bertajuk Matn al-Toyyibah.

1 ulasan: