Selasa, 10 November 2009

Hadis Rasulullah s.a.w.

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Andaikata tidak akan menjadikan keberatan bagi ummatku atau atas sekalian manusia, nescayalah mereka itu akan saya perintah untuk bersiwak pada tiap-tiap kali sebelum solat."
(Muttafaq 'alaih)
Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya; "Fitrah itu ada lima perkara, atau lima perkara ini termasuk dalam fitrah, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur kumis." (Muttafaq 'alaih)
Daripada Abu Ayyub r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Beritahukanlah kepada saya perihal sesuatu amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga!" Beliau s.a.w. bersabda: "Supaya engkau menyembah kepada Allah, tidak menyekutukan sesuatu denganNya, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mempereratkan ikatan kekeluargaan. "

(Muttafaq 'alaih)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan