Selasa, 10 November 2009

حكوم نون سكينة دان تنوين

Idgham
Idgham dari sudut bahasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Ulama
Qurra menifinasikan Idgham sebagai memasukkan huruf sakin ke dalam huruf
berbaris dengan kedua-duanya menjadi seperti satu huruf yang bertasydid dan
lidah terangkat ketika menyabutnya dengan sekali angkat. Terdapat juga ulama
yang mengtakrifkannya sebagai menyebut dua huruf seperti satu huruf dan yang
keduanya bertaysdid.
TOPIK 4 HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN 􀁗 65
Huruf-huruf idgham ialah sebanyak enam huruf dan terkumpul dalam
rangkaikata dan idgham terbahagi kepada dua iaitu idgham bi ghunnah
dan idgham bila ghunnah. Huraian kedua-duanya adalah seperti berikut:
1. Idgham Bi Ghunnah
Idgham Bi Ghunnah mempunyai empat huruf iaitu ya, nun, mim dan wau.
Apabila nun sakinah atau tanwin berada di akhir kalimah dan di awal kalimah
berikutnya ialah salah satu dari empat huruf idgham bi ghunnah maka wajib
membaca idgham (memasukkan) nun sakinah atau tanwin ke dalam empat huruf
tersebut dengan secara dengung.
Hukum yang berlaku untuk idgham bi ghunnah terkecuali pada dua tempat
iaitu:
(a) Yassin wa quran:
(b) Nun wal qalam:
Hukum kedua-dua tempat tersebut adalah izhar berlawanan dengan kaedah bagi
memelihara riwayat Hafs dari Imam ÂAsim mengikut tariq Syatibiy. Nun di
kedua tempat tersebut adalah termasuk dalam izhar Mutlaq. Dan sebab izhar di
kedua tempat adalah kerana menjaga INFISAL HUKMI ini kerana meskipun nun
bersambung dengan huruf wau selepasnya secara lafaz ketika wasal namun ia
adalah bercerai dari sudut hukum. Keadaan ini berlaku kerana Yasin dan nun
adalah nama bagi surah yang dimulai dengannya. Dan nun padanya adalah
huruf hijaiyyah bukan huruf mabni. Oleh kerana itu maka selayaknyalah ia
diceraikan dengan selepasnya dan diizharkan nun tersebut ketika wasala
sebagaimana ia diizhar ketika waqaf.
Hukum pada TASIN MIM pada permulaan surah al-SyuÊra dan al-Qasas,
mengikut riwayat Hafs melalui tariq Syatibiy ialah mengidghamkan nun ke
dalam mim. Pada asalnya ia diizharkan mengikut kaedah biasa. Alasan bacaan
idgham di sini ialah menjaga ITTISAL LAFZI yang berperanan meringankan
bacaan dengan sebab idgham.
Rumusan terhadap kaedah idgham dan hukum yang dibaca dengan berlainan
kaedah menunjukkan bahawa idgham apabila ia berada dalam satu kalimah
maka ketika itu wajib dibaca secara izhar atau dinamakan izhar mutlaq.
Penamaan izhar mutlak adalah kerana ia tidak ada hubungan dengan halqi. Ia
juga tidak ada hubungan dengan syafawi atau qamari. Izhar mutlak berlaku
pada dua huruf sahaja iaitu WAU dan Ya. Selain itu ia hanya berlaku pada empat
kalimah sahaja iaitu:
(a) Surah al-Mulk: 5
(b) Surah al-Saf: 4
(c) Surah al-RaÊd
(d) Surah al-AnÊam: 99
Kewajaran berlaku idgham antara nun sakinah dan tanwin pada huruf-hurufnya
yang empat adalah seperti berikut:
1. Huruf Nun. Sebab berlaku idgham antara nun sakinah dan tanwin dengan
huruf nun adalah tamathul atau persamaan.
2. Huruf Mim. Sebab berlaku idgham adalah kerana persamaan dari sudut
ghunnah. Kesemuanya ada mempunyai sifat ghunnah. Selain itu ia juga
mempunyai sifat yang sama dari sudut jahr, infitah, istifal dan juga
mempunyai sifat antara rakhawah dan syiddah.
3. Huruf wau dan ya pula ialah terdapat tajanus dari sudut infitah, istifal dan
jahr.
Contoh-contoh huruf idgham bi Ghunnah bersama nun dan tanwin adalah
seperti berikut:
HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN
ي
2. Nun :ن

3. Mim :م
4. Wau ءامنا واجنبنى
2. Idgham Bi La Ghunnah
Idgham Bi La Ghunnah atau disebut juga Idgham Bi Ghairi Ghunnah
mempunyai dua huruf iaitu huruf lam dan huruf ra. Apabila dua huruf ini
berada selepas huruf nun pada permulaan kalimah berikutnya iaitu dalam dua
kalimah maka wajib dibaca dengan idgham bi la ghunnah atau tidak disertakan
dengung. Kaedah ini diamalkan kecuali pada kalimah 􀇩􀆉 􀆡􀄃􀇁 􀄅􀇺􀇷􀄃 􀇲􀆊 􀈈􀄉􀇫􀄃􀈁 surah al-
Qiyamah: 27. Idgham bi la Ghunnah tidak diamalkan di sini kerana mengikut
riwayat hafs melalui tariq syatibi ia dibaca dengan saktah. Oleh kerana saktah
menegah dari berlaku idgham maka di sini ia tidak bolah diidghamkan.
Idgham nun sakinah dan tanwin ke dalam dua huruf iaitu lam dan ra ialah
dengan cara idgham tam. Idgham tam bermaksud memasukkan huruf nun
sakinah dan tanwin dari sudut makhraj dan juga sifat ke dalam huruf lam dan ra
yang berada selepasnya.
Terdapat juga pertanyaan kenapakah diidgham pada dua huruf ini dan tidak
dimasukkan dengung ketika melakukan idgham? Jawapannya ialah kerana
makhraj nun sakinah dan tanwin dengan makhraj lam dan nun adalah
berhampiran kerana kesemua huruf-huruf tersebut keluar dari hujung lidah.
Jelasnya kewajipan idgham di sini adalah kerana berhampiran makhraj.
Ghunnah atau idgham tidak dibaca pada idgham ini ialah kerana meninggalkan
idgham adalah memudahkan bacaan dan ringan sebutannya berbanding dengan
mengekalkan idgham yang menyebabkan bacaan menjadi lebih berat dan susah.
Idgham Bi La Ghunnah
Ra
ر
Lam
ل

Contoh-contoh idgham bi la ghunnah dengan nun dan tanwin adalah seperti
berikut:
Bil Huruf Contoh
1. Lam : من ثمرات رزقا لكم
2. Ra من ربهم
4.1.4 Iqlab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan