Isnin, 28 September 2009

Hadis Rasulullah s.a.w

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan di sisi-Nya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya.

(Riwayat Muslim)


Hadis Umar bin Al-Khattab r.a:
Sesungguhnya beliau membawa beberapa orang tawanan menemui Rasulullah s.a.w. Seorang wanita dari kalangan tawanan tersebut kelihatan mencari sesuatu. Sebaik sahaja dia menemui seorang bayi dari kalangan tawanan, dia mengambil bayi tersebut lalu didukung dan disusuinya.

Lantas Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami: Adakah pada pandangan kamu wanita ini sanggup membuang anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak. Demi Allah dia tidak sanggup membuangkannya. Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t amat kasihan belas terhadap hamba-Nya daripada kasih sayang perempuan ini terhadap anaknya.

(Riwayat Muslim)

Dari Abu Ayub r.a bahawa Rasullah s.a.w telah bersabda " siapa yang berpuasa ( dibulan) Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada syawal , maka itulah puasa seumur hidup " ( riwayat Muslim,Ahmad,Abu Daud dan At-Tarmizi )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan