Hari Raya : Yang Perlu & Jangan Buat
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa musim perayaan. Rancangan
yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti
siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab terkandas teruk
di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti
bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya.
Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda
sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan
menikmatinya.
Kembali
melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang
sebahagiannya diniatkan untuk disambung kembali selepas Ramadhan.
Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di bulan Ramadhan, maka
menjelangnya Syawal sebagai lesen untuk bergaduh kembali. Syawal seolah
dijadikan tempat lambakan maksiat yang tertangguh seperti mengumpat,
berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat' syahwat, berjalan jauh
berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh
kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya
jauh-jauh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan