Sabtu, 26 Februari 2011

TURUQ DALAM BACAAN RIWAYAT HAFS

TURUQ DALAM BACAAN RIWAYAT HAFS


Tariq Syatibiy

Nama al-Syatibiy r.a ialah al-Qasim bin Fierruh bin Khalaf bin Ahmad al-Ruaini
al-Syatibiy al-Andalusi. Ia mempunyai dua gelaran iaitu Abu Muhamad dan
Abu al-Qasim.

Al-Syatibiy dilahirkan pada tahun 538 di Syatibah iaitu satu kota di timur
Andalus. Ia terletak 56 kilometer dari kota Balansiyah. Ahli sejarah yang menulis
berkaitannya mengatakan bahawa ia adalah seorang buta. Walaupun begitu
mereka menyifatkannya sebagai „shatibiy tidak mengenali orang yang duduk
bersamanya tetapi orang tersebut tidak syak dan ragu bahawa Shatibiy melihat
dengan kepintarannya dan tidak sekali-kali terdapat tanda-tanda bahawa ia
adalah seorang buta‰.

Tahun kelahiran dan wafat Shatibiy ialah antara 538 hingga 590 Hijrah. Dalam
tempoh tersebut banyak kejadian penting berlaku antaranya ialah jatuh dan
naiknya sesebuah kerajaan. Beliau hidup dalam dua suasana budaya yang
berbeza iaitu Andalus dan Mesir.


Begitulah al-Syatibiyy mengharungi kehidupan di Andalus di bawah
penguasaan kerajaan al-Muwahidun hingga tahun 571 Hijrah. Beliau telah
berpindah antara Shatibah, Balansiyah dan beberapa kota lain di Andalus.

Al-Syatibiy memasuki Mesir pada tahun 572 Hijrah dan ketika itu ia dibawah
kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah Mazhab Ismaili. Kerajaan ini yang
diterajui Jauhar al-Saqli membuka Mesir pada tahun 358 Hijrah lalu membina
Kota Qahirah. Kekuasaan kerajaan ini meliputi Syria hingga sampai ke al-Mausil,
bahkan ia juga menggugat khalifah Abasiyin di Baghdad.

Penduduk Mesir yang berfikiran Sunni amat tertekan lantaran kerajaan
Fatimiyah mewajibkan mereka beralih kepada mazhab Syiah. Justeru kerajaan
al-Muwahidun yang berada di Andalus dan berfahaman Sunni disebut-sebut
secara meluas di Mesir dan mereka amat merindui kepada kerajaan al-
Muwahidun yang berfahaman Sunni. Kerajaan Fatimiyah telah menyaksi di
akhir usianya dengan wujudnya faktor-faktor negatif, kelemahan, perpecahan
dan ugutan tentera Salib yang seterusnya menamatkan riwayatnya sebagai
sebuah kerajaan. Ini berlaku selepas meninggalnya khalifah yang keempat belas
di kalangan mereka iaitu al-ÂAdid Abi Muhamad Abdullah pada tahun 567
Hijrah.

Salahuddin Yusuf bin Ayub adalah pengasas kerajaan Ayubiyah. Ia adalah menteri kepada
Khalifah al-ÂAdid al-Fatimiy. Selepas kematian al-ÂAdid, Salahuddin telah
berkuasa ke atas Mesir. Kerajaan yang baru dibinanya ini dan untuk lima tahun
permulaan ia masih terikut dengan kerajaan Zinkiyah yang menguasai al-Mausil dan
Syam. Akan tetapi selepas kematian Nur al-Din Mahmud pada tahun 569 Hijrah,
Salahuddin berkuasa sepenuhnya di bumi Mesir dan kekuasaannya meliputi
Mesir, Maghrib, Naubah, Barat Semenanjung Arab, Palestin, Syria, Maubil dan
Iraq.

Kerajaan yang dipimpin oleh Salahuddin ini telah mengambil tindakan yang
cepat dengan membersih pusat-pusat pemikiran Syiah di Mesir. Beliau telah
menutup Universiti al-Azhar selama lima tahun untuk menukar sistem dan
metod pengajarannya iaitu dari Metod Syiah kepada Metod Sunni. Selain itu,
beliau juga telah memecat qadi-qadi di Mesir yang berfahaman Syiah dan orang
yang diberi tanggungjawab menjalankan urusan penghakiman ialah Sadr al-Din
Abdul Malik bin Dirbas al-Syafie dan qadi-qadi berfahaman mazhab Syafei telah
ditugaskan menjalankan semua urusan. Di sini dapat dilihat bahawa mazhab


Syafei telah mendapat tempat dalam urusan kehakiman dengan terbinanya
kerajaan Ayubiyah. Di samping itu Salahuddin juga telah membina madrasah
aliran Syafei dan madrasah aliran Maliki.

Kejayaan terbesar Salahuddin yang berhak mendapat pujian ialah kemenangan
bersama tenteranya melawan tentera bersalib. Peperangan tersebut berlaku
dalam beberapa siri dan puncak kemenangannya ialah pada tahun 583 Hijrah
ketika tenteranya mengalahkan dengan teruk tentera bersalib dalam peperangan
yang masyhur dinamakan Hittin. Kemenangan ini ialah permulaan untuk
pembukaan Kota Bait al-Maqdis selepas ia dikuasai golongan Nasarani selama 92
tahun.

Apa yang perlu disebut di sini ialah al-Imam al-Syatibiy telah pergi ke Bait al-
Maqdis pada tahun 587 Hijrah untuk menziarahi Panglima Islam Salahuddin dan
juga untuk mengucapkan tahniah kepadanya diatas kejayaan cemerlang
mengembalikan Bait al-Maqdis ke tangan orang Islam.

Begitulah kekuatan Salahuddin dalam menyempurnakan prinsip-prinsip Islam
dalam urusan jihad, pemerintahan dan ilmu. Beliau tidak pernah jemu berjihad
menentang musuh Islam dan di waktu yang sama amat mencintai ilmu serta
mendekatkan diri dengan ulama. Ia selalu mendengar hadith-hadith Rasulullah

s.a.w. sekali dengan sanadnya. Kehidupan Salahuddin yang selalu berjuang ini
berterusan sehinggalah beliau meninggal pada tahun 589 Hijrah iaitu setahun
sebelum kewafatan al-Syatibiy.
Salah seorang menteri Salahuddin ialah al-Qadhi Abd. Rahim bin Ali al-Baisani
(meninggal tahun 596 Hijrah). Beliau mempunyai kepekaan dalam bidang
bahasa dan sastera. Antara orang yang mendapat tempat di hatinya dan
memandang tinggi terhadapnya ialah al-Imam al-Syatibiy. Al-Qadhi Abd Rahim
memuliakan al-Syatibiy dengan sewajarnya lantaran mengetahui keilmuan,
kelebihan dan akhlak terpuji yang dimilikinya. Beliau telah menjemput al-
Syatibiy untuk mengajar al-Quran, bahasa, nahu dan hadith di madrasahnya.
Al-Qadhi telah menyediakan segala kelengkapan kepada al-Syatibiy dan
keluarganya dan kemudahan tersebut telah memenuhi kehidupan al-Syatibiy
sekeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan