Khamis, 24 November 2011

SALAM MUHARAM

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1433 HIJRAH

HIJRAH RASULULLAH (S.A.W)

HIJRAH RASULULLAH (S.A.W) Sebaik sahaja keputusan durjana diambil untuk membunuh Rasulullah, Jibril pun turun menemui Rasulullah, dengan wahyu dari TuhanNya Tabaraka Wataala, Jibril memberitahu pakatan jahat Quraisy, kini Allah telah mengizinkan baginda untuk keluar berhijrah, dengan menentukan masa pergerakan hijrah dengan katanya: “Malam ini jangan kau tidur di tempat kau yang biasa tidur itu”. Di tengah hari rembang Rasulullah datang menemui Abu Bakr as-Siddiq untuk memastikan kepadanya jadual hijrah, Saidatina Aisyah (r.a) telah menyebut: Semasa kami sedang duduk di rumah Abu Bakr, di ketika rembang hari, ada seorang berkata kepada Abu Bakr, “Itu Rasulullah berkelubung datang di saat yang tidak biasa baginda menziarahi kami”, kata Abu Bakr demi Allah, baginda tidak datang di ketika ini, kecuali untuk urusan besar. Kata Aisyah: Maka tibalah Rasulullah, lalu baginda meminta izin, lantas baginda masuk sambil berkata kepada Abu Bakr, “Boleh kau keluar sekejap”. Jawab Abu Bakr, “Mereka ini semua keluarga engkau Rasulullah, demi engkau sebagai bapaku wahai Rasulullah”. Kata baginda, “Kini aku telah diizinkan untuk keluar”. Jawab Abu Bakr, “Demi kau sebagai bapaku, apakah aku mengiringi tuan hamba?” Jawab Rasulullah, “Ya, memang begitu”. Setelah ditetapkan perancangan hijrah, maka Rasulullah pun pulang semula ke rumahnya, menunggu ketibaan malam. PENGEMPUNGAN RUMAH RASULULLAH S.A.W Pimpinan dan kepala jenayah Quraisy menghabiskan siang mereka untuk menyempurnakan perancangan dan persiapan seperti yang diputuskan oleh sidang Dar al-Nadwah, sebelas orang kenamaan wakil kabilah masing-masing ialah seperti: 1. Abu Jahal bin Hisyam 2. Al-Hakam bin Abi al-As 3. Ugbah bin Abi Muit 4. al-Nadhr bin al-Harith 5. Umaiyah bin Khalaf 6. Zamaah bin al-Aswad 7. Tu’imah bin ‘Adi 8. Abu Lahab 9. Ubai bin Khalaf 10. Nabyah bin al-Hajjaj 11. dan saudaranya Manbah bin al-Hajjaj Kata Ibnu Ishak: Bila malam bergerak gelap, mereka pun berkumpul di pintu menunggu baginda tidur, di masa itu mereka akan menyerang serentak. Mereka dengan penuh keyakinan dan kepercayaan yang mereka akan berjaya dengan pakatan jahat itu, di mana Abu Jahal berdiri dengan penuh sombong dan ujub, sambil mereka bertanya kepada semua pengikutnya itu, yang sedang mengepung rumah Rasulullah penuh senda dan ejekan terhadap kesudahan Rasulullah dengan katanya, “Itu dia Muhammad yang pernah menjanjikan kamu semua, sekiranya kamu mengikutnya beliau akan serah kuasa kepada kamu sebagai Mahajara Arab dan Ajam, kemudian kamu akan dibangkitkan semula dari kubur kamu, deng menyerahkan kunci syurga seperti taman-taman di Jordan kononnya, dan sekiranya kamu tidak mahu menurutinya kau akan disembelihnya, setelah itu kamu akan dihidupkan semula kemudian sekali lagi kamu akan diazab dengan disumbat ke dalam neraka yang membakar”. Masa tindakan adalah ditengah malam, untuk itu mereka berjaga sepanjang malam menunggu detik terakhir, namun Allah mengatasi seluruh perancangan. Mentadbir petala langit dan bumi, Tuhan mampu berbuat segala sesuatu yang dikehendakinya, ianya mampu melanggar sesuatu tetapi tiada suatu pun yang mampu melanggarNya. Memang Allah melaksanakan sesuatu seperti yang disuarakan kepada Rasulullah dengan mafhumnya: “Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan lipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya”. (al-Anfal: 30) RASULULLAH MENINGGALKAN RUMAHNYA Di dalam suasana pihak Quraisy begitu prihatin dengan perancangan mereka, namun mereka gagal di saat terakhir dan kritikal ini, Rasulullah telah meminta Saidina Ali (r.a) dengan sabdanya, “Ayuh, kau tidur ditempatku ini dan berselimutlah dengan kain Hadramiku ini, dan lenalah, tiada suatu pun yang kau tidak suka itu akan terkena kau”. Sebenarnya Rasulullah tidur biasa berselimut dengan kainnya itu. Rasulullah pun keluar, membelah barisan sekatan mereka malah Rasulullah telah mengambil segenggam pasir dari atas tanah di mana baginda menaburkannya ke atas kepala mereka semua dan Allah membuta penglihatan mereka hingga mereka tidak sedikit pun melihat Rasulullah keluar di masa itu sambil membaca ayat Allah yang bermaksud: “Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat. (Yaa Siin: 9) Tidak seorang pun dari mereka yang terkecuali, malah kesemua mereka diletakkan tanah ke atas kepalanya, baginda terus berjalan ke rumah Abu Bakr. Rasulullah dan Abu Bakr keluar melalui jendela di rumah Abu Bakr di malam itu juga, hingga sampai ke gua Thur yang terletak dipertengahan perjalanan ke arah Yaman. Mereka yang mengepung rumah Rasulullah menunggu-nunggu detik terakhir, malangnya sebelum sampai saat dan ketikanya terbongkar kegagalan, di mana seorang lelaki lain yang tidak bersama mereka telah datang menemui mereka semua, mendapati mereka sedang berkawal rapi di pintu rumah Rasulullah dengan katanya, “Apa yang kamu tunggu ini?” Jawab mereka, “Kami menunggu Muhammad”. Jawab lelaki tadi, “Kau sudah gagal dan kehilangan peluang. Demi Allah, Muhammad sudah berlalu dari sini, malah telah menabur tanah-tanah ke atas kepala kamu semua dan kini beliau sudahpun beredar untuk tujuannya”. Jawab mereka semua, “Demi Allah, kami tidak melihatnya pun”. Mereka semua bangun, mengibas tanah dari kepala masing-masing. Mereka cuma mengintai dari celah pintu dan mendapati Ali di tempat tidur Rasulullah, maka mereka berkata “Demi Allah, itu dia Muhammad sedang tidur berselimut dengan kainnya”. Oleh itu, mereka pun tidak bergerak dari tempat masing-masing hinggalah ke subuh. Pada masa itu, Ali pun bangun dari tidurnya. Alangkah terkejut melihat keadaan yang mengecewakan itu, lalu mereka pun bertanya kepada Ali di mana gerangannya Muhammad. Jawab Ali, “Aku tidak ada muklumat mengenainya”. DARI RUMAH KE GUA Rasulullah meninggalkan rumahnya pada malam 27 bulan Safar tahun keempat belas kebangkitan baginda bersamaan 12 atau 13 September tahun 622 Masihi. Baginda tiba ke rumah temannya Abu Bakr yang merupakan manusia yang paling dipercayai oleh Rasulullah, untuk persahabatan dan hartanya. Kemudian mereka berdua beredar keluar dari rumah Abu Bakr dari pintu belakang, untuk lari dari Makkah secepat mungkin dan sebelum fajar menyinsing. Rasulullah menyakini yang Quraisy akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memburunya dan jalan yang akan terlintas dipemikiran Quraisy ialah jalan utara menuju ke Madinah maka sebab itu Rasulullah mengambil jalan yang mencanggahi jalan ke utara, iaitu jalan yang berada disebelah selatan menghala ke negeri Yaman, baginda mengambil jalan itu yang sejauh lima kilometer hingga tiba ke bukit yang dikenali sebagai Jabal Thur, ianya mempakan bukit yang tinggi, jalannya sukar, pendakiannya berhalangan, berbatu-batu hingga melecet tapak kaki baginda (s.a.w). Diceritakan bahawa Rasulullah terhincut-hincut dengan tujuan menyembunyikan kesan tapak kakinya hingga melicit tapak kaki baginda, walau bagaimana sekali pun Abu Bakr telah mendukung Rasulullah, sesampainya mereka ke Jabal Thur itu, terasa berat oleh Abu Bakr namun beliau dapat menyampaikan baginda ke kemuncak bukit, dalam sejarah Islam dikenali sebagai gua Thur. KETIKA MEREKA BERDUA Dl DALAM GUA Sesampainya mereka ke gua berkenaan, kata Abu Bakr, “Demi Allah, Rasulullah jangan masuk, kecuali setelah hamba masuk dahulu, sekiranya ada sesuatu yang berbahaya biar terkena hamba dahulu”. Lalu beliau masuk ke dalamnya dan membersihkannya. Di sana, Abu Bakr mendapati sebuah lubang maka beliau mengoyak kainnya dan disumbatkannya dan beliau menyeru, “Sila masuk, Rasulullah”. Maka baginda pun masuklah. Abu Bakr meletakkan kepala baginda ke ribanya hingga baginda lena, di masa itu kala jengking menyengat kakinya yang terhulur ke dalam lubang, namun sedikit pun beliau tidak bergerak supaya Rasulullah tidak tersedar. Tetapi air matanya terjatuh ke muka Rasulullah. Kata Rasulullah, “Apa hal diri kau wahai Abu Bakr”. Jawab beliau, “Daku telah disengat, demi ibu bapaku korban untuk kau, ya Rasulullah”. Oleh yang demikian, Rasulullah menawarkan bekas sengatan tadi dengan ludahan baginda, maka segera hilanglah kesakitannya itu. Selama tiga malam mereka bersembunyi di gua itu, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, Abdullah bin Abu Bakr turut tidur bersama-sama mereka, ujar Aisyah, “Abdullah adalah salah seorang pemuda berpengetahuan dan cerdik, menemani mereka di waktu malam. Di hujung malam beliau keluar dari sana dan berada di kalangan Quraisy di pagi hari menampakkan yang beliau bermalam di Makkah bersama Quraisy, beliau mendengar dan mengingati segala sesuatu yang diperihalkan di Makkah untuk dibawa kepada mereka berdua di tengah malam”. Manakala Amir bin Fahiirah orang suruhan Abu Bakr bertugas memelihara kambing untuk membekalkan mereka berdua dengan susu dan daging panggang, beliau menyampaikannya kepada mereka berdua setelah malam berlabuh dengan melaung dan menyebut perkataan, “susu dan daging” kepada mereka. Beliau melakukan ini di ketiga-tiga malam persembunyian itu, selain dari itu, Amir bin Fahiirah juga bertugas menghalau kambingnya di atas kesan-kesan tapak kaki Abdullah bin Abu Bakr supaya tidak dapat dikesan oleh pihak Quraisy. Pihak Quraisy menjadi gila, setelah mereka yakin Rasulullah telah terlepas dari usaha jahat mereka itu. Apa yang dapat mereka lakukan ialah dengan melanyak Saidina Ali serta diseretnya ke Kaabah dan mereka mengurungnya dengan harapan memperolehi berita arah mana Rasulullah dan Abu Bakr melarikan diri. Setelah mereka tidak dapat memperolehi sebarang maklumat dari Ali, mereka menuju ke rumah Abu Bakr al-Siddiq pula, setelah mengetuk pintu rumah, Asma’ binti Abu Bakr pun keluar, kata mereka, “Mana bapa awak?”. Jawab Asma’, “Demi Allah, mana aku tahu ke mana dia pergi”. Sebelum beredar, Abu Jahal yang buruk akhlak itu, sempat juga menempeleng muka Asma’ hingga melayang sebelah subang di telinganya. Dalam sidang tergempar Quraisy, mereka telah membuat keputusan segera, iaitu mengerah seluruh jentera yang ada untuk menangkap buruan yang lari itu, semua jalan masuk ke kota Makkah diletakkan dalam kawalan bersenjata api, dan pihak Quraisy menawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap mereka berdua hidup atau mati dengan hadiah yang lumayan, iaitu seratus ekor unta untuk seorang. Di ketika itu seluruh pahlawan penunggang kuda dan pejalan kaki serta tukang pengesan tapak kaki, seluruh mereka bertebaran ke pelusuk sekitar Makkah di lembah-lembah dan di bukti-bukit, di dataran mahupun di gua, namun kesemua mereka tidak berjaya. Mereka yang memburu tadi sempat juga sampai ke pintu gua Thur, tetapi Allah yang menguasai di atas segalanya. Imam al-Bukhari menceritakan dalam riwayatnya dari Anas dari Abu Bakr katanya, “Semasa aku bersama dengan Rasulullah di dalam gua, aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat kaki-kaki Quraisy dari celah batu. Kataku,Wahai Rasulullah! kalaulah di antara mereka tunduk ke bawah, nescaya mereka dapat melihat kita di sini. Jawab Rasulullah, “Berdiam sahajalah, kita berdua, Allah yang ketiga bersama kita, dalam lafaz yang lain aku meyakini bahawa Allah bersama-sama kita”. Sebagai mukjizat Allah yang dianugerahkan kepada RasulNya mereka telah beredar pulang dari situ meskipun hanya beberapa langkah sahaja dari situ Rasulullah sedang bersembunyi. DALAM PERJALANAN KE MADINAH Sebaik sahaja api kemarahan dan usaha membunuh Rasulullah reda, rondaan dan sekatan pemeriksaan dihentikan, setelah tiga hari berturut-turut, maka Rasulullah dan sahabatnya bersiap untuk keluar dan bergerak ke Madinah. Mereka berdua telah pun mengupah Abdullah bin Uraiqat, beliau adalah seorang yang tenang dan mahir mengenai jalan di padang pasir, beliau masih lagi dengan agama Quraisy, namun baginda mempercayai dalam hal ini, Rasulullah dan sahabatnya itu telah menyerah kedua-dua binatang tunggangan mereka kepada Abdullah, dengan menjanjikannya untuk menemui mereka di pintu gua, selepas tiga malam berlalu di malam Isnin satu haribulan Rabiul al-Awal, tahun pertama Hijriah bersamaan 16 September 622 Masihi, Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua dengan membawa dua tunggangan, kata Abu Bakr kepada Rasulullah, “Dikaulah sebagai ayahku, ambillah salah seekor tunggangan ini”. Beliau pun menyerahkan yang terbaik di antara dua ekor itu. Jawab Rasulullah, “Ku ambil Dengan harga”. Asma’ binti Abu Bakr pun membawa bekalan perjalanan Rasulullah dan Abu Bakr, beliau terlupa membawa tali pengikat untuk diikat bekalan tadi pada kenderaan baginda, akhirnya beliau mengoyak kain pengikat pinggangnya, sebelah diikatkan bekalan makanan yang sebelah lagi diikat semula ke pinggangnya, dengan itu beliau dikenali dengan “Zat al-Nitaqain ” yang empunya dua tali pinggang. Rasulullah bersama-sama Abu Bakr menuju ke destinasinya, bersama-sama mereka Amir bin Fahiirah, melalui jalan pinggir pantai mengikuti dalil penunjuk jalan Abdullah bin Uraiqat. Arah pertama yang beliau tunjuk sebaik sahaja keluar dari gua itu, ialah ke arah selatan negeri Yaman, kemudian baru beliau mengalih arah menuju persisiran pantai, hingga apabila beliau sampai ke jalan yang tidak pernah dilalui orang, beliau mengalih arah ke utara menghampiri pantai laut merah, iaitu jalan yang tidak diguna orang kecuali jarang-jarang sahaja. Ibnu Ishak menceritakan mengenai tempat-tempat yang dilalui Rasulullah di dalam perjalanan mulia ini. Katanya, “Sebaik sahaja dalil penunjuk membawa mereka ke selatan Makkah, tidak lama kemudian beliau membawa mereka rrtenyusur ke tempat bertentangan jalan ke bawah Asapan, kemudian baru mereka ke bawah Amaj, memasuki Qadid, dari situ dibawa memasuki al-Kharar, terus pergi ke Thaniya al-Murrah, berlepas ke Laqfa dengan memasuki Madlajah Laqaf, dari situ bergerak ke Madlajah Mujah, bawa mereka masuk Marjah Muhaj kemudian memasuki Mazhaj Zi Ghadhwin menyusur ke Zi Kasyr terus ke al-Jadajid, lepas itu ke al-Ajrad, dengan memasuki Za Salam kemudian dari Batnu A’ada memasuki Ta’hn berlepas ke al-Ababid melintasi al-Fajah turun al-A’rj mengarah ke Thaniyah al-A’air di sebelah kanan Rakubah, kemudian turun lagi ke Batn Ra’im akhirnya sampai ke Quba’. Di sini diringkaskan beberapa peristiwa di dalam perjalan berkenaan: 1. Al-Bukhari meriwayat dari Abu Bakr al-Siddiq (r. a) dengan katanya: Pada malam itu, malah dari kelmarin lagi kami berjalan malam hinggalah rembang hari, jalan lengang, tak siapa pun melaluinya, di suatu tempat kami menghampiri sebuah batu panjang ditepinya teduhan, di situ kami singgah sebentar, aku sediakan tempat, menyapu-nyapu dengan tanganku untuk Rasulullah berhenti dan tidur dengan menghamparkan sebidang kulit dan kuberkata, “Tidurlah wahai Rasululllah dan hamba hendak memerhati yang di sekeliling man hamba ini”. Rasulullah pun tidur. Kemudian aku pun keluar memerhati di sekeliling baginda, tiba-tiba aku bersua dengan seorang pengembala membawa kambing-kambingnya ke batu yang kami singgah, hendak berteduh seperti kami, ku berseru kepadanya, “Siapa tuan kamu, wahai pengembala?”. Jawabnya, “Yang ampunya ini ialah seorang lelaki dari penduduk Madinah atau Makkah. Kataku kepada lelaki itu, “Ada tak di antara kambing-kambing ini yang bersusu?”. Jawabnya, “Ya, memang ada”. Kataku, “Boleh tak kauperahkannya”. Jawabnya, “Ya, sudahtentuboleh”.Beliaupun segera memegang seekor kamping betina. Kataku, “Hai, kau bersihkan uncang susunya dari tanah-tanah, bulu dan kotoran”. Lepas itu, beliau memerah susu ke dalam sebuah bekas, kemudian ku tuangkannya ke dalam bejana yang sedia ku bawa bersama ku untuk Rasulullah. Baginda meminum dan berwudhu’ darinya, ku pun bawa ke hadapan Rasulullah, keberatan untukku mengejutkan Rasulullah dari tidurnya itu, ini membolehkan daku merenjis air ke atas bejana supaya susu di dalamnya menjadi dingin. Setelah Rasulullah terjaga, aku pun segera meminta Rasulullah meminumnya, baginda pun meminum kesemuanya, kemudian Rasulullah bersabda, “Boleh tak kita bergerak sekarang ini?”. Jawabku, “Bahkan boleh, wahai Rasulullah”. Kemudian kami semua bergerak. . 2. Kebiasaannya Abu Bakr mengekori dari belakang Rasulullah, beliau seorang yang dikenali sedang Rasulullah seorang yang muda yang tidak dikenali, bila beliau ditanya, “Siapa yang dihadapan kamu itu?” Jawab Abu Bakr, “Itu penunjukjalan”. Orang itu menyangka yang dimaksudkan itu ialah penunjuk arah perjalanan, namun apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakr ialah penunjukjalan kebaikan dan kebenaran. 3. Suraqah bin Malik telah mengekori mereka dari belakang. Cerita Suraqah, “Ketika ku sedang duduk di dalam satu majlis qabilahku, Banu Mudlij, tiba-tiba seorang lelaki telah datang ke majlis berkenaan. Beliau berdiri, sedang kami semua duduk, lalu berucap, “Wahai Suraqah, baru sebentar daku telah melihat lembaga hitam dipersisiran pantai, aku mendapati Muhammad dan sahabat-sahabatnya”. Kata Suraqah di dalam hatinya, “Aku tahulah mereka itu memang Muhammad dan sahabat-sahabatnya”. Kemudian katanya kepada lelaki itu, “Mereka itu bukan Muhammad dan pengikut-pengikutnya, tapi yang kau lihat itu si Fulan dan si Fulan, mereka itu berjalan dalam pengawasan kami”. Daku duduk dalam majlis beberapa ketika, kemudian ku keluar dari situ dan suruh “perempuan suruhanku” iiupaya bawa keluar kudaku yang tertambat disebalik berlukar, sementara aku mengambil tombak dan ku keluar dari belakang rumah, dengan mengheret batang tombak di atas tanah dan matanya direndahkan, hinggalah sampai dekat kudaku, terus ku pecutnya, aku mengenali mereka itu dan menghampiri mereka, malangnya kuda aku terbenam kaki depannya ke dalam pasir, hingga aku terjatuh, setelah ku berdiri, ku membuat cabutan nasib dengan menggunakan anak panahku dengannya aku bersumpah di antara dua “membunuh mereka atau tidak”, cabutan nasib keluar yang ku tidak suka, namun aku melanggar sumpahan itu, sekali lagi kuda ku menghampiri mereka, memang dekat hingga aku dapat mendengar bacaan Rasulullah (s.a.w) baginda tidak menoleh ke mana-mana tetapi Abu Bakr kerap sangat menoleh ke belakang, sekali lagi kaki hadapan kuda ku terbenam ke dalam pasir hingga ke lututnya sekali lagi aku tercampakjatuh, ku mengherdiknya ia pun bangun, kaki depannya hampir-hampir tidak dapat dibawa keluar, namun setelah berdiri tegak semula tidak semena-semena kelihatan debu bercahaya di depan langit seperti asap, sekali lagi ku membuat cabutan dengan anak panah dan sekali lagi keluar yang ku membencinya, kali ini ku menyeru kepada mereka memohon keselamatan, mereka semua berhenti dan ku pun memacu kuda, ku menuju arah mereka hingga sampai ke hadapan mereka, kini terlintas di dalam jiwa ku dengan apa yang telah terjadi di mana tindakan ku itu semua terhalang adalah petanda kepada kejayaan urusan Rasulullah itu di masa-masa akan datang. Ku menyeru kepada baginda, “Kaum ku telah menawar ganjaran untuk sesiapa dapat menangkap Rasulullah”. Dan ku menceritakan kepada mereka apa yang hendak dilakukan oleh orang ramai, ku tawarkan kepada mereka bakalan dan barang-barang makanan, namun tak seorang pun yang mempedulikan, cuma apa yang mereka meminta dengan berkata, “Jauhilah dari kami”. Ku meminta Rasulullah menuliskan daku watikah keamanan, baginda menyuruh Amir bin Fahiirah, beliau pun tulislah ke atas sebidang kulit, setelah itu Rasulullah pun meneruskan perjalanannya. Mengikut riwayat Abu Bakr yang berkata, “Kami keluar berhijrah dalam keadaan kaum kafirin mencari-cari kami, namun tak seseorang pun yang dapat memburu kami kecuali Suraqah bin Malik bin Ja’syam sahaja yang menunggang kudanya, ku menyeru kepada Rasulullah, yang ku mencurigai pemburuan itu kalau-kalau ianya sempat menangkap kami. Jawab Baginda dalam ayat yang bermaksud: (Jangan berduka sesungguhnya Allah bersama kita) (al-Taubah: 40) Dengan itu Suraqah pun berpatah balik, di Makkah beliau mendapati orang ramai memang sedang mencari-cari Rasulullah dengan berseru kepada mereka sekalian: Telah pun aku usahakan untuk kamu, dan di sini aku yang bertanggungjawab”. Di awal hari beliau menjadi musuh Rasulullah, di akhir hari menjadi pengawal Baginda. 4. Di dalam perjalanan Baginda itu, Rasulullah telah melewati dua perkhemahan Ummu Ma’bad al-Khuza’ iyah, beliau adalah seorang wanita tegas, duduk berehat di halaman khemahnya biasanya memberi jamuan dan minuman kepada sesiapa yang melewati khemahnya, di hari itu mereka berdua bertanyakan beliau, “Apakahada sesuatu bersama puan?” Jawabnya, “Demi Allah, kalau ada sesuatu bersama kami, kamu tidak akan terbiar tanpa jamuan, kambing semuanya tak bersusu dan ini pula tahun kemarau”. Rasulullah membeiek ke arah kamping betina di tepi khemah dengan bersabda, “Apa kambing betina di tepi khemah itu wahai Ummu Ma’bad?”. Jawab beliau, “Itu adalah kambing tertinggal kawan kerana keletihan”. Tanya Baginda, “bersusukah?”. Jawabnya, “lanya terlalu teruk untuk memberi susu”. Sabda Rasulullah, “Berikan izin untuk sayamemerahnya,” Jawab Ummu Ma’bad: Ya, demi Allah, kau sebagai ibu bapaku kalau, nampak boleh diperah-perah sajalah. Rasulullah mengusap-usap uncang susu dengan tangan Baginda disertai dengan pembacaan Bismillah dan berdoa, uncang pun mengembang memenuhi susu terus mencurah susu, Baginda meminta bekas agak besar mencukupi beberapa orang, Baginda perah hingga berbuih pada permukaan bekas perahan itu. Baginda memberi Ummu Ma’bad meminumnya hingga puas, lepas itu memberi kepada sahabatnya, mereka pun minum hingga puas, lepas itu Baginda minum, sekali lagi Baginda memerah hingga tepu bekas, lalu ditinggal kepada Ummu Ma’bad dan mereka semua meneruskan perjalanan. Tidak berapa lama kemudian suami Ummu Ma’bad pulang menghalau kambing-kambing kekurusan, kesemuanya berjalan terhuyung hayang, kerdil-kerdil belaka, tetapi bila beliau melihat susu di khemah beliau kehairan terus bertanya dari mana kesemua ini, kambing yang tertinggal itu belum beranak, dan yang tertinggal di khemah tadi tak ada yang bersusu pula? Jawab Ummu Ma’bad: Tak tahulah, demi Allah sesungguhnya tadi telah berlalu dari sini seorang lelaki bertuah membawa berkat, di antara percakapannya begini-begini, perwatakannya begini-begini, kata suami Ummu Ma’bad: Sesungguhnya demi Allah, aku percaya inilah orang yang diburu oleh Quraisy, cuba kau terangkan lagi wahai Ummu Ma’bad, lalu beliau menceritakan sifat-sifat Baginda yang terpuji dengan bahasa beliau yang menarik, seorang yang mendengar itu bagaikan melihat Rasulullah berdiri di hadapannya, akan kita perihalkan sifatnya itu di hujung tajuk nanti, kata suami Ummu Ma’bad: Demi Allah itulah dia orang yang disebut-sebut halnya, aku amat berhasrat untuk bersahabat dengannya, pasti ku tunaikan hasrat ku ini bila terluang bagi ku nanti. Di subuh pagi kedengaran suatu suara di Makkah tetapi tidak kelihatan pengungkapnya: Semoga tercurah balasan Allah, Melalui teman berdua, melewati khemah, Dipersinggahan membawa barakah, Pemergian pun meninggalkan tuah, Berbahagia kau taulan Muhammad, Rugilah kaum Qusai, Dari kau… Allah elakkan pimpinan, Bersenanglah Banu Ka ‘ab, Lantaran kedudukan pemudamu, Kedudukan kaum mukmin mu, Bertanyalah saudara mu, Mengenai kambingnya, Bejananya, Kambing pula menegas saksian. Kata Asma’: Sebenarnya kami tidak tahu arah mana Rasulullah tujui, namun telah tiba satu lelakijin satu dari sebelah Makkah sana dengan mendendangkan rangkap-rangkap tadi. Orang ramai mengikutinya dan mendengar suaranya tetapi tidak kelihatanjasadnya, dia berlalu hinggalah ke sebelah atas Makkah sana. Bila kami semua mendengar laungan ini kami pun tahulah yang Rasulullah menuju ke arah al-Madinah. 5. Di dalam perjalanan Baginda telah bertemu dengan Aba Buraidah, beliau adalah ketua kabilahnya, beliau keluar dalam usaha mencari Rasulullah dan Abu Bakr dengan harapan akan meraih tawaran Quraisy yang sangat lumayan itu, tetapi apa yang terjadi adalah di sebalik itu kerana setelah beliau bertemu dan bercakap dengan Rasulullah terus beliau memeluk Islam bersama-sama dengan tujuh puluh orang pengikutnya, dengan itu beliau menanggal serbannya dan diikat ke hujung lembingnya, sebagai bendera mengisytiharkan kedatangan penguatkuasa keamanan dan kesejahteraan telah tiba untuk memimbarkan keadilan dan kesaksamaan dipersada cakrawala ini. 6. Di dalam perjalanan ini Rasulullah bertemu al-Zubair dengan rombongan kaum muslimin di dalam kabilah perniagaan dari al-Syam, beliau memberi persalinan baju putih kepada Rasulullah dan Abu Bakr. PERSINGGAHAN DI QUBA’ Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah telah sampai ke Quba’. Kata Urwah bin al-Zubair: Umat Islam di Madinah telah pun mendapat maklumat mengenai penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah, justeru itu, paada setiap pagi mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah. Mereka pulang ke rumah apabila matahari terik memaksa mereka pulang ke rumah. Di suatu hari, apabila mereka pulang ke rumah masing-masing kerana keletihan menunggu, ditakdirkan seorang Yahudi yang sedang berada di beranda atau menara pagarnya, beliau ternampak Rasulullah bersama-sama para sahabatnyaseba putih kelihatan jelas dari jauh, Yahudi tadi tak tertahan untuk meluahkan perasaannya dengan melaung,” wahai bangsa Arab, itu dia datuk kamu yang kamu tunggu-tunggu,” kaum muslimin pun marah dan segera mereka mencapai senjata. Ibn al-Qayyum menceritakan,” Kedengaran laungan takbir di rumah Banu Amru bin Auf, justeru itu seluruh kaum musliminpun melaungkan takbir kegembiraan dengan ketibaan Rasulullah seluruh mereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah dengan sambutan dan aluan sebagai seorang nabi, kesemua mereka merenung ke muka Rasulullah melingkungi baginda dalam suasana di selubungi ketenagan dan wahyu pun turu kepada Rasulullah”. “…Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain dari itu Jibril serta orang salih dari kalangan orang yang ebriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya” (al-Tahrim: 4) Urwah bin al-Zubair menceritakan dengan katanya: Mereka semua menyambut Rasulullah dan Baginda membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalnagan qabilah Banu Amru bin Awf, pada hari Isnin bulan Rabiul al-Awal, Abu Bakr bangun berdiri manakala Rasulullah duduk berdiam, orang-orang Ansar yang belum pernah melihat Rasulullah terus mendatangi Rasulullah untuk mengucap selamat datang – dalam salu naskah tertulis; mereka berucap kepada Abu Bakr, hinggalah sampai matahari terbit dan terkena Rasulullah (s.a.w) oleh Abu Bakr segera bangun memayungi Rasulullah dengan kainnya, maka dengan itu orang ramai pun kenallah diri Rasulullah itu. Al-Madinah keseluruhannya dengan penduduk Islamnya bagaikan berombak bergerak, menyambut kedatangan Rasulullah, ianya merupakan suatu hari yang paling bersejarah yang belum disaksi lagi selama ini. Kaum Yahudi telah menyaksi kebenaran bisyarah kedatangan Rasulullah utusan Allah oleh Habquq yang bertulis, “Sebenarnya Allah datang dari al-Tayinan dan al-Quddus dari bukit Faran”. Di Quba’ Rasulullah (s.a.w) telah singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm, tapi dalam riwayat yang lain mengatakan Rasulullah singgah di rumah Sa’d bin Khaithamah riwayat pertama lebih tepat. Ali (r.a) tinggal di Makkah, untuk selama tiga hari selepas Hijrah Rasulullah itu, hingga selesai beliau menyerah kembali barang-barang amanah orang yang pernah mereka tinggalkan kepada Rasulullah sebelum ini. Lepas itu beliau pun susul berhijrah dengan berjalan kaki dan sempat beliau menemui Rasulullah dan Abu Bakr”di Quba’ di sana beliau singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm. Rasulullah tinggal di Quba’ empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda mengasaskan masjid Quba’ dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama sekali dibina di atas dasar taqwa setelah Baginda dibangkitkan sebagai Rasul, di hari kelima iaitu hari Jumaat, dengan perintah dari Allah Baginda berangkat dengan diekori oleh Abu Bakr dari belakang untuk menemui Banu al-Najar, mereka adalah bapa saudara Rasulullah dari sebelah ibunya, sebelum itu Rasulullah menghantar perutusan ke sana menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang-pedang bergalas keluar untuk menemui Rasulullah, mereka semua bertemu dengan Rasulullah di perkampungan Banu Salim bin Auf, di dalam masjid di lembah berkenaan Rasulullah berhimpun dengan Banu al-Najar yang seramai seratus lelaki. MEMASUKI AL-MADINAH Selepas solat Jumaat Rasulullah (s.a.w) memasuki al-Madinah, di mana sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinah al-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka disebut al-Madinah sahaja, hari itu adalah hari bersejarah dan gemilang, jalan-jalan, lorong dan rumah-rumah bergema dengan tahmid dan taqdis, selumh anak-anak gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan keceriaan. Orang-orang Ansar bukanlah golongan pemilik harta yang banyak, namun setiap dari mereka bercita-cita semoga Rasulullah singgah ke rumah mereka bila sahaja Rasulullah melewati di hadapan rumah setiap orang memegang tali kuda Baginda sambil berkata, “Wahai Rasulullah, ayuh bersama kami, kami ada kekuatan dan bilangan yang ramai, kami buat senjata untuk mempertahankan man hamba”. Rasulullah hanya akan menjawab kepada mereka, “Biarlah dia bergerak mengikut arahnya, kuda Baginda terus bergerak hingga sampai ke tapak masjid al-Nabawi yang ada sekarang ini, sampai ke situ kuda Rasulullah pun berlabuh, namun Rasulullah tidak terus turun, malah kudanya bangun semula dan berjalan lagi ke hadapan kemudian berpatah balik semula ke belakang ke tempat pertama tadi, dengan itu barulah Rasulullah turun darinya, sebagai taufik dari Allah tempat itu adalah kawasan kediaman Banu al-Najar keluarga bap’a saudara Rasulullah sebelah ibunya. Kerana Baginda sendiri pun suka kiranya Baginda dapat turun di kalangan bapa saudaranya, kerana itu adalah suatu penghormatan kepada mereka, semua hadirin meminta Rasulullah tinggal di rumah mereka, tetapi Abu Ayub al-Ansari segera ke binatang tunggangan Baginda dan menuntunnya ke dalam kawasan rumahnya, maica kata Rasulullah, penunggang harus mengikut tunggangannya, manakala As’ad bin Zurarah pun memegang tali kuda dan dengan ku tunggangan tadi tinggallah bersama-sama beliau. Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas: Rasulullah bersabda, “Mana dia rumah keluarga kami yang terdekat?”. Kata Abu Ayub, “Saya Rasulullah dan ini dia rumahku dan ini dia pintu masuk”. Maka beliau pun meluru ke dalam membuat persiapan dan katanya, “Ayuh, bangun kamu berdua dengan keberkatan dari Allah”. Selepas beberapa hari tibalah isterinya Saudah, dua orang puterinya Fatimah dan Ummi Kalthum, Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman, manakala Abdullah bin Abu Bakr pula tiba bersama-sama anak-anak Abu Bakr di antara mereka Aisyah, adapun puteri Rasulullah Zainab masih bersama Abi al-As, kerana tidak dapat keluar untuk berhijrah hinggalah selepas peristiwa Badar. Kata Aisyah: Setibanya Rasulullah ke al-Madinah, Abu Bakr dan Bilal terns lemah badan, Aisyah masuk menemui mereka berdua untuk bertanyakan khabar mereka, “Bagaimana bapa mendapati diri bapa. Dan bagimana pula kau Bilal?”. Kata Aisyah, “Abu Bakr ini apabila terasa demam berat beliau akan berkata: Setiap insan bersama keluarganya, sedang kematian lebih hampir kepadanya dari tali kasutnya. Dan Bilal pula akan menyebut-nyebut: Kalaulah ku mengetahui; Apakah ku masih berkesempatan untuk bermalam di lembah Makkah di sebelahku hkhir dan Jalil Apakah pasti suatu hari ku berminiim dari air Mijannah Apakah pasti ku dapat melihat melihat Shamah dan Tufail. Kata Aisyah lagi: Dengan itu ku pun datang menemui Rasulullah dan memberitahu Baginda hal dua orang sahabatnya itu, maka sabda Rasulullah yang bermaksud: “Ya Allah Tuhanku perkenankanlah cinta kami kepada al-Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau lebih darinya, berilah kesihatan kepadanya, berkatkanlah cupak dan gantangnya, pindakanlah demamnya itu serta letakkannya ke Juhfah.” Di sini selesai sebahagian dari penghidupan Rasulullah dan terlaksana satu juzu’ peranan dakwah Islamiah di peringkat Makkah.

Khamis, 10 November 2011

INTRAKSI KURSUS KPLI LPBS j-QAF NOV-DIS 2011

1. Semua pelajar j-QAF 2011 diwajibkan hadir intraksi kursus yang bermula 21 November dan berakhir 16 Disember 2011, daftar masuk asrama 20 Nov 2011. 2. Sila rujuk web JAPIM IPGTAA untuk dapatkan soalan kerja kursus, buat dan hantar mengikut tarikh yang minta. Harap maklum.

التعريف بحفص رضي الله عنه

هو حفص بن سليمان ابن المغيرة أبو عمر بن أبي داود الأسدي الكوفي الغاضري البزاز ويعرف بحفيص، أخذ القراءة عرضاً وتلقيناً عن عاصم وكان ربيبه ابن زوجته. قال الداني: وهو الذي أخذ قراءة عاصم على الناس تلاوة. ونزل بغداد فأقرأ بها وجاور مكة فأقرأ بها أيضاً، وقال يحيى بن معين: الرواية الصحيحة التي رويت عن قراءة عاصم رواية أبي عمر حفص بن سليمان. وقال أبو هشام الرفاعي: كان حفص أعلمهم بقراءة عاصم. وقال ابن المنادى: قرأ على عاصم مراراً وكان الأولون يعدونه في الحفظ فوق أبي بكر بن عياش ويصفونه بضبط الحروف التي قرأ على عاصم، وأقرأ الناس دهراً وكانت القراءة التي أخذها عن عاصم ترتفع إلى علي - رضي الله عنه -. وروى القراءة عنه عرضاً وسماعاً خلق كثير منهم: حسين بن محمد المروزي، وحمزة بن القاسم الأحول، وسليمان بن داود الزهراني، وحمدان بن أبي عثمان الدقاق، والعباس بن الفضل الصفار، وعبدالرحمن بن محمد بن واقد، وعمرو بن الصباح، وعبيد بن الصباح، وأبو شعيب القواس وغيرهم. ولد رضي الله عنه سنة 90 تسعين من الهجرة، وتوفي رحمه الله سنة 180هـ ثمانين ومائة على الصحيح، غفر الله له ولنا وللمسلمين قاطبة بمنه وكرمه آمين، انتهى ملخصاً من ابن الجزري غاية النهاية ج1 ص 254. طبعة الخانجي بمصر عام 1351هـ - 1932م.

Jumaat, 30 September 2011

TAJUK-TAJUK UNTUK ISL SEMESTER 1 TAHUN 2011 Nama Pensyarah : JAMALUDDIN BIN ADAM Jabatan/Unit : JAPIM Kursus : PPG AMBILAN JUN 2011 Kumpulan Diajar :PAI 3, PAI 4 DAN SN 1 Minggu/ Tarikh Topik/Tajuk Jam Interaksi (Seminggu) Catatan PERJUMPAAN PERTAMA 20 JUN - Huraikan konsep, Definisi, Ciri-Ciri dan objektif Tamadun - Bincangkan definisi Tamadun Islam dan Prinsip-Prinsipnya. -Mengapakah sumber Tamadun Islam berpandukan kepada al-Quran dan as-sunnah,akal,penemuan penciptaan baru dan penyempurnaan semula 1 PERJUMPAAN KEDUA 30 JULAI - Apakah kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif antara pelbagai tamadun. -Jelaskan nilai-nilai universal antara Tamadun Nyatakan Teori Kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu Apakah kesan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu 1 PERJUMPAAN KETIGA 20 0G0S - Pilih beberapa orang Tokoh Tamadun Islam - Apakah ciri-ciri pemodenan yang berjaya dilakukan Oleh tokoh-tokoh tersebut PERJUMPAAN KEEMPAT 24 SEP -Huraikan peranan agama Islam dalam membantu pembinaan Tamadun Cina -Tamadun India mempunyai hubungan yang kuat dengan agama dengan contoh-contoh yang jelas. Bincangkan kenyataan ini PERJUMPAAN KELIMA 1 OKT -Dengan melayari Internet sila dapatkan maklumat tentang isu-isu semasa mengenai Tamadun Islam dan Barat -Gariskan 10 prinsip Islam Hadhari dan huraikan 5 daripadanya

Khamis, 8 September 2011

Kembara Ke Dunia Semut

Kembara Ke Dunia Semut

Oleh: Nurul Amira Abd Talib

Majalah Pendidik keluaran November/ Disember 2009

Tahukah adik-adik tentang kebesaran Allah dalam mencipta seekor semut yang merupakan binatang paling kecil di dunia? Tentu adik-adik tertanya-tanya siapa itu semut sebenarnya. Untuk pengetahuan adik-adik, semut merupakan haiwan serangga yang hidup secara bermasyarakat. Cuba adik-adik perhatikan. Apabila semut berjalan, semut akan berjalan secara berkelompok. Semut tidak seperti manusia kerana semut tidak membezakan antara yang kaya dan miskin. Sebagai contoh mari kita lihat kehidupan semut Formica Yesensis, yang hidup di pantai Ishikari, Afrika. Masyarakat semut ini tinggal di 45,000 sarang yang saling berhubung di wilayah seluas 2.7 kilometer persegi. Masyarakat yang memiliki sekitar 1 080 000 ratu dan 306 000 000 pekerja ini dinamakan sebagai “masyarakat super’’ oleh para pengkaji. Para pengkaji mendapati bahawa semua alat produksi dan makanan ditukar dalam masyarakat semut secara teratur tanpa sebarang masalah dalam tempat yang sedemikian luas.

Ratu semut ditugaskan untuk meningkatkan jumlah semut dengan menghasilkan sejumlah telur. Dalam sesebuah masyarakat semut akan terdapat lebih dari satu ratu. Tubuh ratu lebih besar dari tubuh semut yang lain. Manakala tugas semut jantan hanya mengawan dengan sang ratu. Hampir semua semut jantan mati setelah mengawan.

Sang semut juga memiliki disiplin yang sangat mirip dengan ketenteraan. Namun, dalam ketenteraan semut, tidak mempunyai sang perwira tetapi mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Cuba adik-adik fikirkan bagaimana seekor haiwan biasa mampu mempunyai disiplin sedangkan golongan serangga ini tidak dikurniakan akal fikiran seperti kita manusia. Mereka sangat berdisiplin dengan amanah yang diberikan kepada mereka. Setiap kelompok semut mempunyai tugas masing-masing.

Misalnya semut penjaga pintu. Untuk pengetahuan adik-adik, sarang semut dihubung-kan dengan dunia luar melalui lubang kecil yang hanya berukuran seperti saiz seekor semut. Untuk melalui lubang ini setiap semut perlu meminta izin daripada semut yang bertugas sebagai penjaga pintu. Penjaga pintu bertugas menutup pintu dengan kepalanya yang sesuai dengan lubang masuk. Lebih menarik, warna kepalanya sama dengan warna kulit pohon dimana sarang itu berada. Semut yang dipertanggungjawabkan menjaga pintu akan duduk berjam-jam di lubang masuk dan hanya membenarkan semut-semut dalam masyarakatnya sahaja untuk melalui pintu itu.

Istimewanya sang semut adalah kerana persahabatan yang murni antara mereka. Golongan serangga ini sanggup berkorban apa sahaja. Misalnya jika berlaku kekurangan makanan dalam masyarakat semut, semut pekerja akan berubah menjadi semut pemberi makanan kepada semut-semut yang lain dengan partikel makanan yang ada dalam perut mereka. Apabila masyarakat berlebihan makanan, mereka akan ber-tukar menjadi semut pekerja. Ini adalah satu pengorbanan yang cukup tinggi, jauh mengatasi pergorbanan yang boleh dilakukan oleh manusia.

Semut sanggup memberi segala milik mereka kepada semut lain tanpa rasa ragu agar semut lain tetap hidup, sedangkan di dunia hari ini ramai manusia yang mati kelaparan tanpa mendapat bantuan makanan secukupnya.

Firman Allah SWT, “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” (an-Naml : 18 )

Semut juga merupakan makhluk yang sungguh luar biasa. Kajian membuktikan bahawa golongan serangga kecil ini memiliki jaringan komunikasi yang luar biasa. Semut mempunyai kaedah komunikasi yang cukup canggih kerana pancaindera mereka sangat peka. Ia digunakan pada setiap ketika. Terdapat 500,000 sel saraf yang termuat dalam dua atau tiga milimeter tubuh mereka. Oleh itu, adik-adik perlu tahu bahawa sekecil-kecil serangga ini, ia tahu meletakkan dirinya di tempat yang sewajarnya.
Adik-adik perlu menjadi seperti semut, walaupun kecil tetapi kualiti kehidupannya sangat bermakna. Semoga adik-adik menjadi seorang kanak-kanak yang kecil fizikal tapi besar mentalnya.

همزة الوصل والقطع وحكم البدء بهما

اولا : همرة الوصل في الأسماء
1 همزة فدا لفظ الجلالة برمولا دغن باريس فتح ( الله لطيف بعباده )
2 اسماء الموصول مولا دغن باريس فتحة ( الذى - التى - الاتى - الذين )
3اسماء المعرفة ال مولا دغن (الحمد لله - الرحمن )
4 توجوه اسماء دالم القراءن برمولا دغن باريس باوه ( ابن - ابنة - امرؤ - امراءة اثنانى اثنتانى - اسم )
5 مصدار الحماسى السداسى برمولا دغن حباريس باوه كسرة (انتقام والله عزيز ذوانتفم . افتراء - افتراء على الله استغفار وماكان استغفار إبراهيم لأبيه )
ثانيا : همزة الوصل في الأفعال
1. فعل مضارع همزة مقطوع برمولا دغن فتحة ( أعوذ - أنظر – أعبد )
فعل الأمر :
ا. فعل ثلاثى ليهت فد عين فعل جك عين فعل ضمة مولا دغن ضمة دان جك باريس فتحة اتو كسرة مولا دغن همزة باريس كسرة .( اذهبا الى فرعون انه طغى اذهبوا بقميصى هذا )
ب. فعل رباعى همزة أمر باريس فتحة مطلق . ( وأحسن كما أحسن الله اليك – أكرمى مثوىه )
ج . فعل خماسي والسداسي مولا دغن همزة باريس كسرة ( انتظروا إنا منتظرون – انطلقوا الى ما كنتم به تكذبون ) سداسى ( استغفروا – استئجره )
2. فعل الماضى :
ا. مبني للمعلوم : برمولا دغن همزة باريس كسرة سواء كان خماسيا ( اصطفى – إن الله اصطفى ءادم ونوحا . ابتلى – وإذ ابتلى إبراهيم ربه بكلمات ) سداسي ( استسقى – وإذ استسقى موسى لقومه )
ب. مبنى للمجهول : برمولا همزة دغن ضمة ( اضطر – استهزئ – استحفظوا – ابتلى )

Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Aidil Fitri Untuk Semua


Doa saya, agar anda semua selamat pulang ke kampung halaman masing-masing dan kembali semula dengan selamat selepas bercuti panjang sempena hari lebaran ini.

Semoga sambutan kali ini lebih meriah dan bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya.
كل عام وانتم بخير

Jumaat, 19 Ogos 2011

Mencari malam al-Qadr

Berusahalah mencari malam al-Qadr yang amat bernilai sebagaimana maksud al-Quran surah al-Qadr ini.
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Isnin, 25 Julai 2011

أصول رواية حفص عن عاصم

أصول رواية حفص عن عاصم
1. البسملة - إثبات البسملة بين سورتين إلا بين الأنفال و براءة فله ثلاثة إوجه ( الوقف , السكت , الوصل ) والثلاثة من غير بسملة.
2. ميم الجمع – اسكان ميم الجمع اف بيلا برلاكو سبلوم حروف برباريس ،حو ( عليهم غير ) عليكم أنفسكم وصلا ووقفا . ضمة وصل اف بيلا برلاكو سبلوم ساكن ( عليكم الصيام ) ولا يخفى سكونها وقفا.
3. المثلان والمتقاربان والمتجانسين ) افبيلا برتمو دوا حروف برباريس سما ادا متماثلان – متقاربين – متجانسين ) اي دباخ دغن اظهار قولا واحده ملأينكن فد كلمة ( قال ما مكنى ) سورة الكهف نون يع ساتو مشددة على إدغام بضيتو جوض (تأمنا) سورة يوسف باخ دغن اشار ة روم اتو اشمام .
4. هاء كناية – يائيت هاء ضمير دهولواءي باريس ماتي دان سلفسث تردافت حروف يغ برباريس دباخ دغن قصر. خونتوه ( فيه هدى ) (عقلوه وهم ) (فيه مهانا) الا (أرجه ) ( فألقه ) النمل .
(يتقه) النور (يرضه لكم ) الزمر
5. المد والقصر – المدين المتصل والمنفصل دغن دباخ توسط أربع حركات وهو مختار الامام الشاطبى اتو خمس في التيسير ز مد بدل باخ دغن قصر .
6. همزة مفرد باخ دغن تحقيق (تأكلون) (مؤمنون ) دان ابدال همزة دغن ياء (كفوا) هزوا)
7. همزتان من كلمة باخ دغن تحقيق : (ءأنتم ) (أؤنبكم ) (أئنكم )
باخاءن تسهيل همزة ثانى (ءأعجمى ) فصلت (ءآالذكرين) تسهيل همزة ثانى يائيت همزة الوصل .
8. السكت – لم يسكت الساكن قبل الهمز . السكت لغير الهمز في اربع موضوع ( عوجاس قيما)الكهف (مرقدنا س هذا ) يس (من س راق) القيامة (بل س ران) المطففين
9. الاظهار والادغام ) اظهر ذال ( إذ ) عند حروفها الستة : ( إذ تبرأ ) ( إذا دخلت) ( وإذ جعلنا ) ( وإذ زين ) ( إذ سمعتموه ) (وإذ صرفنا )
- اظهر دال فد لافن حروف ( قد سمع ) ( ولقد ذرأنا ) ( فقد ظلم ) ( ولقد زينا)
( قد جعل ) ( لقد صدق ) ( قد شغفها )
- اظهر كل تاء تأنيث يغ برسمبوغ دغن فعل
- الوقف على أواخر الكلم ثلاثة أنواع :
- 1. سكون المحض
- 2. الوقف مع الروم
- 3 . الوقف مع الإشمام
- نوع اولى :
- سكون المحض برهنتي فدا كلمه سلفسث تردافت سكون منداتغ يع تيدق ادا حركة (باريس ) فدث يأيت اصل فدا وقف كات امام الجزرى دالم متن طيبة " والأصل في الوقف السكون "
- نوع ثانى :
- وقف مع الروم : مثاتكن 1\3 حركه دغن سوارا فلهن (ددغر اوله يغ دكت تنفا دغر يغ جاوه ) كران تيدق سمفرنا بوثيث .
- 1. برلاكوث وقف روم فد كلمه برباريس ضمة جك باخاءن سمبوغ ( نستعين – عذاب – عظيم – من قبل)
- 2. برلاكو وفق الروم فد حروف تراخير يغ برباريس كسره فد كداءن وصل ( الرحمن – الرحيم – ملك – يوم – الدين )
- - تيدق برلاكو وقف روم فد فرتغهن كلمه كخوالي فد ساتو دالم سورة يوسف ( مالك لا تأمنا على يوسف ) اتس حروف نون ( لاتأمنا )
- - تيدق برلاكو وقف روم فد كلمه حروف تراخير برباريس فتح كداءن نصب ( لا ريب )
- نوع ثالث
- الإشمام : مومونخوغكن دوا بيبيركهدافن سجوروس سلفس مماتيكن حروف سباضي اشراط باريس ضمة سرتا ممبياركن سديكيت لوبغ دانتارا دوا بيبير ترسبوت كران مغلواركن نفس تنفا سوارا . ( نستعين )
- حكوم وقف فدا هاء ضمير
- اختلاف علماء قراء فد موقفكن اتس هاء ضمير ستغهث برفندافت هاروس الروم دان الاشمام دان سبهاضين يغ لآين منضه كدواث (روم دان اشمام )

Ahad, 19 Jun 2011

LAWATAN KE GUANGZAUO




Hari pertama di Guangzauo

Menziarahi makam Saidina Saad Bin Abi Waqaf dan solat Zohor di Masjid Abi Waqaf

Isnin, 6 Jun 2011

إظهار شفوي

إظهار شفوي

فغرتين:
بهاس : إظهار برارتي ثات دان ترغ.
اصطلاح : إظهار شفوي برمقصود دإظهاركن ميم ساكنة يغ برتمو دغن حروف2 هجائية سلاءين درفد "م" دان "ب".
خونتوهث :
حروف إظهار شفوي خونتوه حروف إظهار شفوي خونتوه
ء ض
ت ط
ث ظ
ج ع
ح غ
خ ف
د ق
ذ ك
ر ل
ز ن
س و
ش ه
ص ي

خارا باخاءنث :
واجب دإظهاركن (دثاتاكن) بوثي ميم ساكنة تنفا ترفوتوس سوارا دان تنفا دغوغ.

Khamis, 19 Mei 2011

الوقف على أواخر الكلم

الوقف على أواخر الكلم ثلاثة أنواع :
1. سكون المحض
2. الوقف مع الروم
3 . الوقف مع الإشمام
نوع اولى :
سكون المحض برهنتي فدا كلمه سلفسث تردافت سكون منداتغ يع تيدق ادا حركة (باريس ) فدث يأيت اصل فدا وقف كات امام الجزرى دالم متن طيبة " والأصل في الوقف السكون "
نوع ثانى :
وقف مع الروم : مثاتكن 1\3 حركه دغن سوارا فلهن (ددغر اوله يغ دكت تنفا دغر يغ جاوه ) كران تيدق سمفرنا بوثيث .
1. برلاكوث وقف روم فد كلمه برباريس ضمة جك باخاءن سمبوغ ( نستعين – عذاب – عظيم – من قبل)
2. برلاكو وفق الروم فد حروف تراخير يغ برباريس كسره فد كداءن وصل ( الرحمن – الرحيم – ملك – يوم – الدين )
- تيدق برلاكو وقف روم فد فرتغهن كلمه كخوالي فد ساتو دالم سورة يوسف ( مالك لا تأمنا على يوسف ) اتس حروف نون ( لاتأمنا )
- تيدق برلاكو وقف روم فد كلمه حروف تراخير برباريس فتح كداءن نصب ( لا ريب )
نوع ثالث
الإشمام : مومونخوغكن دوا بيبيركهدافن سجوروس سلفس مماتيكن حروف سباضي اشراط باريس ضمة سرتا ممبياركن سديكيت لوبغ دانتارا دوا بيبير ترسبوت كران مغلواركن نفس تنفا سوارا . ( نستعين )
حكوم وقف فدا هاء ضمير
اختلاف علماء قراء فد موقفكن اتس هاء ضمير ستغهث برفندافت هاروس الروم دان الاشمام دان سبهاضين يغ لآين منضه كدواث (روم دان اشمام )

Rabu, 18 Mei 2011

Selasa, 17 Mei 2011

الْقَارِعَةُ

الْقَارِعَةُ }القارعة1
(القارعة) القيامة التي تقرع القلوب بأهوالها

{مَا الْقَارِعَةُ }القارعة2
(ما القارعة) تهويل لشأنها وهما مبتدأ وخبر خبر القارعة
أيُّ شيء هذه القارعة؟

{وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ }القارعة3
أيُّ شيء أعلمك بها؟
(وما أدراك) أعلمك (ما القارعة) زيادة تهويل لها وما الأولى مبتدأ وما بعدها خبره وما الثانية وخبرها في محل المفعول الثاني لأدرى

{يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ }القارعة4
- (يوم) ناصبة دل عليه القارعة أي تقرع (يكون الناس كالفراش المبثوث) كغوغاء الجراد المنتشر يموج بعضهم في بعض للحيرة إلى أن يدعوا للحساب
في ذلك اليوم يكون الناس في كثرتهم وتفرقهم وحركتهم كالفراش المنتشر، وهو الذي يتساقط في النار.

Isnin, 25 April 2011

اساس2 علمو قراءات

اساس2 علمو قراءات

ناماث : علمو قراءات.
ديفينيسي : ممبينخغكن تنتغ كلمة2 القرءان دان كأداءن كلمة ترسبوت
سفرتي فنجغ فينديق دان سباضايث.
تاجوقث2 : كلمة2 القرءان الكريم دري سضي فنوتورن دان خارا فلقساناءنث.
فاءيدهث : ممليهارا درفد ترساله دان ترفيسوغ كتيك مثبوت كلمة2
القرءان، اي جوض منجادي حجة كفد فقهاء كتيك منخاري
حكوم2 شرع سباضاي فندوان كفد اومت.
كلبيهنث : اي اداله سموليا-موليا علمو كران ممفوثاءي كاءيتن يغ
رافت دغن القرءان.
فغاساسث : فارا امام قُرَّاء، اد فندافت يغ مغاتاكن أبو عُمَر حَفْص بن عُمَر
الدُّورِى دان اورغ يغ مولا2 مثوسون علمو قراءات اياله أبو
عُبَيْد القَاسِم بن السَلام ( منيغضل دنيا فد 224 هجرة ).
فغمبيلنث : دري سنة دان اجماع.
توجوانث : مغتاهوءي باخاءن امام2 قُرَّاء.
حكوم ممفلاجريث : فرض كفاية.

Selasa, 19 April 2011

حكوم مد

مد فَرْق

فغرتين :
بهاس : فرق برمقصود ممبيذاكن. (ممبيذاكن انتارا همزة إستفهام دغن همزة خبرية ).
اصطلاح : همزة وصل يغ براد سبلوم لام التعريف دماسوقي همزة إستفهام، همزة وصل
ترسبوت دتوكركن كفد الف.

خونتوهث :
سورة الانعام : اية 143-144
سورة النمل : اية 59 \ يونس اية 59

خارا باخاءن مد فرق :
i. سخارا إبدل :
برمقصود منوكركن دوا همزة منجادي ساتو دغن منوكركن همزة كدوا ياءيت همزة وصل منجادى حروف مد.
ii. سخارا تسهيل :
برمقصود مثبوت همزة كدوا دغن سبوتن دأنتارا همزة دان الف مك سبوتن ايت تيدق منجادي همزة سفنوهث دان تيدق جوض منجادي الف سفنوهث.

حكوم باخاءنث :
i. سخارا إبدال - واجب دباخ دغن قدر انم حركة.
ii. سخارا تسهيل - دباخ تنفا مد.


مد لازم
مد لازم بائيت حروف مد دسوسولي سكون اصلي تتف ددالم بخاءن برسمبوغ اتو برهنتي سماد ددالم ساتو كليمة اتو حروف. دناماكن مد لازم كران بخاءنث مستله 6 حركة تنفا بروبه.

1. مد لازم كلمى مثقَّل

فغرتين :
بهاس : - لازم برمقصود سسواتو يغ تتف دان اصل.
- كلمى برمقصود ساتو فركاتاءن.
- مثقل برمقصود برت (حروف سكون سلفس حروف مد دإدغامكن كدالم
حروف سلفسث).
اصطلاح : حروف مد برتمو دغن سكون لازم ددالم ساتو كلمة يغ دأريغي اوليه تشديد.
خونتوهث :
سورة الفاتحة : اية 7
سورة الأنعام : اية 80
ورة الحاقة : اية 1
حكوم باخاءنث :
واجب دباخ دغن قدر انم حركة.
اينفو : ءالئن جوض دناماكن مد لازم حرفي


2. مد لازم كلمى مخَفَّف

فغرتين :
بهاس : فركاتاءن مخفف برمقصود سسواتو يغ ريغن، ممباوا مقصود تنفا إدغام.
اصطلاح : حروف مد برتمو سكون لازم دالم ساتو كلمة يغ تيدق دأريغى اوليه تشديد.
خنتوهث :
سورة يونوس : اية 51
ورة يونوس : اية 91

حكوم باخاءنث :
واجب دباخ دغن فدر 6 حركة.
3. مد لازم حرفى مثقل

فغرتين
بهاس : فركاتاءن " حرفى " برمقصود ساتو حروف (برهيمفون حروف مد دان سكون دالم ساتو حروف).
اصطلاح : حروف دأول سورة "فواتح السور" بيلا دأيجا دتغهث حروف مد دان سلفسث حروف ساكنة يغ دإدغامكن ( تشديد ).

خنتوهث :
 اية : 1 سورة البقرة
 اية : 1 سورة الشعراء

فنجلسن :
ا لـــــم
+

دإدغامكن
كترغن :
حروف دأول سورة افابيلا دأيجا حروف ترسبوت تردافت حروف مد دتغهث حروف ل (لام)

حكوم باخاءنث :
واجب دباخ دغن قدر 6 حركة.


4. مد لازم حرفى مخفف

فغرتين :
بهاس : فركاتاءن " مخفف " برمقصود ريغن، ممباوا مقصود تنفا إدغام.
اصطلاح : حروف دأول سورة يغ دأيجا دتغهث حروف مد دان سلفسث حروف ساكنة يغ تيدق برتشديد (تيدق دإدغامكن).
خنتوهث :
بيلغن خونتوه
1
2
3
4
5
6 

فنجلسن :

+

تيدق دإدغامكن
حكوم باخاءنث :
واجب دباخ دغن قدر 6 حركة.

خرتا فمبهاضين مد لازم

Khamis, 14 April 2011

LATIHAN MENYEBUT HURUF ARAB MINGIKUT MAKHRAJ

أَنِـئَا مَئِيْـئاً الْمُــؤْنِ مِـنَ أَ أْنَ أَ نِ أُوْ أَنْ أَ إِ أُ بـَــأْ
بَنِـبَا مَبِيْـباً الْمُبْــنِ مِـنَ بَبْـنَ بَـنِ بُـوْبَـنْ بَ بِ بُ بَبْ
تَنِـتَا مَتِيْـتاً الْمُتْــنِ مِـنَ تَتْـنَ تَـنِ تُـوْتَـنْ تَ تِ تُ بَتْ
ثَنِـثَا مَثِيْـثاً الْمُثْــنِ مِـنَ ثَثْـنَ ثَـنِ ثُـوْثَـنْ ثَ ثِ ثُ بَثْ
جَنِـجَا مَجِيْـجًا الْمُجْــنِ مِـنَ جَجْـنَ جَـنِ جُـوْجَـنْ جَ جِ جُ بَـجْ
حَنِـحَا مَحِيْـحًا الْمُحْــنِ مِـنَ حَحْـنَ حَـنِ حُـوْحَـنْ حَ حِ حُ بَـحْ
خَنِـخَا مَخِيْـخًا الْمُخْــنِ مِـنَ خَخْـنَ خَـنِ خُـوْخَـنْ خَ خِ خُ بَـخْ
دَنِـداَ مَدِيْـدًا الْمُــدْنِ مِـنَ دَدْنَ دَنِ دُوْدَنْ دَ دِ دُ بـَـدْ
ذَنِـذاَ مَذِيْـذًا الْمُــذْنِ مِـنَ ذَذْنَ ذَنِ ذُوْذَنْ ذَ ذِ ذُ بـَـذْ
رَنِـراَ مَرِيْـراً الْمُــرْنِ مِـنَ رَرْنَ رَنِ رُوْرَنْ رَ رِ رُ بـَـرْ
زَنِـزاَ مَزِيْـزاً الْمُــزْنِ مِـنَ زَزْنَ زَنِ زُوْزَنْ زَ زِ زُ بـَـزْ
سَنِـسَا مَسِيْـسًا الْمُسْــنِ مِـنَ سَسْـنَ سَـنِ سُـوْسَـنْ سَ سِ سُ بَسْ
شَنِـشَا مَشِيْـشًا الْمُشْــنِ مِـنَ شَشْـنَ شَـنِ شُـوْشَـنْ شَ شِ شُ بَشْ
صَنِـصَا مَصِيْـصًا الْمُصْــنِ مِـنَ صَصْـنَ صَـنِ صُـوْصَـنْ صَ صِ صُ بَصْ
ضَنِـضَا مَضِيْـضًا الْمُضْــنِ مِـنَ ضَضْـنَ ضَـنِ ضُـوْضَـنْ ضَ ضِ ضُ بَضْ
طَنِـطاَ مَطِيْـطًا الْمُطْــنِ مِـنَ طَطْـنَ طَـنِ طُـوْطَـنْ طَ طِ طُ بَـطْ
ظَنِـظاَ مَظِيْـظًا الْمُظْــنِ مِـنَ ظَظْـنَ ظَـنِ ظُـوْظَـنْ ظَ ظ ِ ظُ بَـظْ
عَنِـعاَ مَعِيْـعاً الْمُعْــنِ مِـنَ عَعْـنَ عَـنِ عُـوْعَـنْ عَ ع ِ عُ بَـعْ
غَنِـغاَ مَغِيْـغاً الْمُغْــنِ مِـنَ غَغْـنَ غَـنِ غُـوْغَـنْ غَ غ ِغُ بـَغْ
فَنِـفاَ مَفِيْـفاً الْمُفْــنِ مِـنَ فَفْـنَ فَـنِ فُـوْفَـنْ فَ فِ فُ بَفْ
قَنِـقاَ مَقِيْـقاً الْمُقْــنِ مِـنَ قَقْـنَ قَـنِ قُـوْقَـنْ قَ قِ قُ بَـقْ
كَنِـكَا مَكِيْـكًا الْمُكْــنِ مِـنَ كَكْـنَ كَـنِ كُـوْكَـنْ كَ كِ كُ بَـكْ
لَنِـلاَ مَلِيْـلاً الْمُلْــنِ مِـنَ لَلْـنَ لَـنِ لُـوْلـَنْ لَ لِ لُ بَـلْ
مَنِـمَا مَمِيْـمًا الْمُمْــنِ مِـنَ مَمْـنَ مَـنِ مُـوْمـَنْ م َ مِ مُ بـَـمْ
نَنِـنَا مَنِيْـنًا الْمُنْــنِ مِـنَ نَنْـنَ نَـنِ نُـوْنـَنْ نَ نِ نُ بَـنْ
وَنِـوَا مَوِيْـوًا الْمُــوْنِ مِـنَ وَوْنَ وَنِ وُوْوَنْ وَ وِ وُ بَـوْ
هَنِـهَا مَهِيْـهًا الْمُهْــنِ مِـنَ هَهْـنَ هَـنِ هُـوْهَـنْ هـَ هِـ هـُ بَهْ
يَنِـيَا مَيِيْـيًا الْمُيْــنِ مِـنَ يَيْـنَ يَـنِ يُـوْ يَـنْ يَ يِ يُ بَـيْ

Rabu, 23 Mac 2011

Dalil talaqqi musyafahah

Dalil talaqqi musyafahah
Beberapa dalil dari al-Quran dan al-Hadith yang membuktikan bahawa kaedah talqqi musyafahah telah diamalkan sejak zaman kerasulan nabi Muhammad s.a.w. lagi hingga ke zaman moden ini.
Firman Allah s.w.t di dalam al-Quran 16. janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
17. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
18. oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

Surah Isra’ ayat 106

106. dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Surah al-Naml ayat 6
6. dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) diberikan menyambut dan menerima Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mengetahui.
عن أنس رضي الله عنه قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم لآبي ان الله أمرني أن أقراء عليك القراءن قال أبي أالله سماني لك قال الله سماك لي فجعل أبي يبكي .
Malsudnya “ Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata kepada Ubai. Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan al-Quran padamu. Ubai berkata : “ Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu ? Jawab Nabi s.a.w : “ Allah telah memilih dan menamakan kamu disisiku, Maka Ubai pun menangis.”

Ahad, 13 Mac 2011

Ilmu Qiraat

مقصود توجوه حروف

فارا علماء تله برسليسيه فندافت تنتغ مقصود سبعة أحرف. الشيخ عَبْدُ الفَتَّاح القاضي (منيغضل دنيا 1403 هجرة) ممتيق فندافت أبو الفَضْل الرَّازِي بهاوا مقصود سبعة أحرف اياله اداث توجوه فربيذاءن فوكوق يغ منجادي سبب القرءان ايت دباخ دغن لفظ2 يغ برلاءينن:

1. فربيذاءن بيلغن، مُفْرَد (توغضل)، تَثْنِيَة (دواءن) دان جَمَع (راماي)
فربيذاءن بيلغن، مُفْرَد (توغضل)، تَثْنِيَة (دواءن) دان جَمَع (راماي) سفرتي فركاتاءن
خَطِيْئَتُةُ (البقرة:81) (برمقصود دوساث) يغ دباخ دغن مفرد دسيسي قراءات عاصم جوض دباخ دغن جمع خَطِيْئَاتُهُ (دوسا-دوساث) دسيسي قراءات لاءين.

2. فربيذاءن تَصْرِيْف فِعْل (بنتوق وقتو كات كرجا)
فربيذاءن تَصْرِيْف فِعْل (بنتوق وقتو كات كرجا) يغ منونجوقكن فربواتن يغ تله برلاكو (مَاضِي)، سكارغ (مُضَارِع) دان فرينته (أمر) سفرتي يغ تردافت فد فركاتاءن تَطَوَّعَ (البقرة:158) (برمقصود دغن سوكاريلا تله ملاكوكنث) يغ دباخ دغن مَاضِي دسيسي قراءات عاصم جوض دباخ دغن مضارع: يُطَوَّعْ (دغن سوكاريلا اكن ملاكوكنث) دسيسي قراءات لاءين.


3. فربيذاءن اِعْرَاب (باريس)
فربيذاءن اِعْرَاب (باريس) سسوات فركاتاءن سفرتي يغ برلاكو فد فركاتاءن حَسَنَةً (النساء:40) (برمقصود باءيق) يغ دباخ دغن فتحتان دسيسي قراءات عاصم جوض دباخ دغن ضمتان حَسَنَةٌ (برمقصود باءيق) دسيسي قراءات امام لاءين.

4. فربيذاءن اِثْبَات (مغكلكن) اتاو حَذْف (ممبواغ) حروف اتاو فركاتاءن
فربيذاءن اِثْبَات (مغكلكن) اتاو حَذْف (ممبواغ) حروف اتاو فركاتاءن سفرتي قراءات عاصم يغ ممباخ دغن مغكلكن فركاتاءن هُوَ (برمقصود دي) سدغكن اد قراءات ممباخ دغن ممبواغ هُوَ فد اية :
فَاِنَّ اللهَ هُوَ الْغَنِىُّ الْحَمِيْدُ (الحديد:24)
مقصودث: "سسوغضوهث الله دياله يغ مها كاي لاضي ترفوجي"

5. فربيذاءن تَقْدِيم (منداهولوكن) اتاو تَأْخِير (مغمودينكن) سسوات فركاتاءن
فربيذاءن تَقْدِيم (منداهولوكن) اتاو تَأْخِير (مغمودينكن) سسواتو فركاتاءن سفرتي اية: وَقَتَلُواْ وَقُتِلُواْ (آل عمران:195) (برمقصود مريك ممرغي دان دفرغي) جوض دباخ دغن مغمودينكنث سخارا وَقُتِلُواْ وَقَتَلُواْ (مريك دفرغي دان ممرغي) دسيسي قراءات يغ لاءين.

6. فربيذاءن اِبْدَال (فنوكرن) حروف سسوات فركاتاءن
فربيذاءن اِبْدَال (فنوكرن) حروف سسوات فركاتاءن سفرتي: فَتَبَيَّنُواْ (النساء:94) (برمقصود كامو سليديقكيله اي) يغ جوض دباخ دغن فَتَثَبَّتُوا (كامو فستيكنله اي) فد قراءات يغ لاءين.


7. فربيذاءن لَهْجَات (لغة\دياليك) سبوتن
فربيذاءن لَهْجَات (لغة\دياليك) سبوتن، سفرتي سسوات فركاتاءن ايت مستي دباخ سخارا: فتحة، امالة، تقليل، ابدال، نقل، تسهيل، اشمام، روم، ادغام، اظهار، اخفاء، ترقيق، تفخيم، تغليظ دان لاءين-لاءينث.
خونتوهث :
( خَبِيْرًا ) ( بَصِيْرًا ) دباخ دغن دنيفيسكن كدوا-دوا حروف راء،
اد فون ( الطَّلاَق )، ( الصَّلَوة ) دتبلكن حروف لام،
ماناكالا ( مُوسَى ) دباخ دغن إمالة.

"سبعة أحرف" سام سكالي تيدق برمقصود القراءات السبع. اين كران قراءات توجوه دان قراءات سفولوه ايت هاثاله ساتو جزء درفد سبعة أحرف.

Selasa, 8 Mac 2011

Ilmu Qiraat

QurraÊ
Kalimah QurraÊ ialah kata nama yang menunjukkan ramai dan mufradnya ialah
Qari. Dari sudut istilah, ia dipanggil untuk imam dari kalangan imam-imam
yang dinasabkan kepada mereka qiraat. Qiraat tujuh dan sepuluh adalah
mutawatirah dan diterangkan disini riwayat hidup mereka secara ringkas.

1. IMAM NAFEIÊ
Namanya ialah Abu Ruwaim Nafei Ibn Abdul Rahman Ibn Abu Nurain al-
Madani. Beliau telah mengambil qiraat dari tujuh puluh orang dari
kalangan Tabien antara mereka ialah Abi Jaafar al-Qari, Syaibah Ibn
Nassah, Muslim Ibn Jundub, Muhammad Ibn Muslim Ibn Syihab al-Zuhri,
AbdulRahman Ibn Hurmuz al-Araj. Mereka semua telah mempelajari al-
Quran dari Abdillah Ibn ÂAbbas dan Abi Hurairah, kedua-duanya
mempelajari al-Quran dari Ubai Ibn Kaab yang telah mengambil qiraat dari
Rasulullah s.a.w. NafeiÊ merupakan ketua QurraÊ di Madinah dan seluruh
permasalahan qiraat dirujuk kepadanya. Beliau meninggal pada tahun 169
Hijrah.
Sanad Imam Nafei kepada Rasulullah saw adalah bersambung dan
mutawatirah. Sanadnya adalah seperti berikut:

Nama Urutan Sanad Imam Nafei
1 Rasulullah saw
2 Ubai Ibn Kaab r.a
3 Abdullah Ibn Abas, Abu Hurairah
4 Al-Zuhri, al-Araj, Syaibah, Muslim (tujuh puluh Tabien)
5 Imam Nafei.

2. IMAM IBN KATHIR
Beliau ialah Abu Muhamad atau Abu MaÊbad Abdullah Ibn Kathir al-Dari,
menjadi imam dan ketua dalam bacaan al-Quran dikota Makkah.

Peribadinya amat tenang, bersopan dan sempat berjumpa dengan beberapa
sahabat, antaranya Abdullah Ibn al-Zubail, Abu Ayub al-Ansari dan Anas
bin Malik.

Dalam qiraat beliau meriwayatkkan dari Mujahid yang mengambil dari Ibn
Abbas yang mempelajari dari Ubai Ibn KaÊab yang mengambilnya dari
Rasulullah s.a.w. Ibn Kathir juga telah mempelajari qiraat dari Abdullah
Ibn al-Saib al-Makhazuni yang membaca dari Ubai Ibn Kaab dan juga
Umar Ibn Khattab. Dan kedua-duanya membaca al-Quran dari Rasulullah

s.a.w. Meninggal pada tahun 120 Hijrah.
Sanad Imam Ibn Kathir dalam bacaan al-Quran adalah seperti berikut:

Nama Urutan Sanad Imam Ibn Kathir
1 Rasulullah saw
2 Ubai Ibn Kaab, Umar Ibn Khattab ra.
3 Ibn Abbas, Abdullah Ibn al-Saib al-Makhzumi r.a
4 Mujahid Ibn Jabar
5 Ibn Kathir

3. IMAM ABU ÂAMRU
Beliau ialah Abu ÂAmru Zabban Ibn al-ÊAla ÂAmar al-Basri. Pada zaman
beliau, beliau merupakan orang yang paling mengetahui berkaitan ilmu
qiraat dan mempunyai sifat amanah, benar dan dipercayai. Meriwayat
qiraat dari Mujahid Ibn Jabar dan juga Said Ibn Jubair. Keduanya telah
mengmabil dari Ibn ÂAbbas yang mempelajari dari Ubai Ibn Kaab yang
menerima dari Rasulullah s.a.w. Sanad lain beliau ialah mempelajari dari
Abu Jaafar, Zaid Ibn QaqaÊ dan al-Hasan al-Basri. Al-Hasan telah
mempelajari dari Hittan dan Abu al-Aliyah, Abu al-aliyah ini mempelajari
dari Umar Ibn al-Khattab. Abu ÂAmru meninggal pada tahun 154 Hijrah.
Sanad imam Abu Amru dalam bacaan al-Quran adalah seperti berikut:

Nama Urutan Sanad Imam Abu Amru
1 Rasulullah saw
2 Ubai Ibn Kaab ra
3 Ibn Abbas ra
4 Mujahid Ibn Jabar, Said Ibn Jubair ra.
5 Abu ÂAmru


4. IMAM IBN ÂAMIR
Abdullah al-Yahsubi, beliau adalah seorang tabien dan sempat berjumpa
dengan Wathilah Ibn al-AsqaÊ dan MuÊman Ibn Basyir. Ibn Amir mengabil
qiraat dari al-Mughirah Ibn Abi Syihab al-Mukhzumi yang mempelajari
dari Othman Ibn Affan r.a. dari Rasulullah s.a.w. Ada juga yang
mengatakan beliau membaca terus dari Othman r.a. Meninggal dunia pada
tahun 118 Hijrah.
Sanad Imam Ibn Amir dalam bacaan al-Quran adalah seperti berikut:

Nama Urutan Sanad
1 Rasulullah saw
2 Othman Ibn Affan r.a
3 al-Mughirah Ibn Abi Syihab al-Mukhzumi
4 Ibn Amir

5. IMAM ÂASIM
Namanya ialah Abu Bakar ÂAsim Ibn Abi al-Najud al-Asadi. Seorang qari
yang berkalibar dan mempunyai suara yang elok dalam bacaan al-Quran.
Menerima qiraat dari Zur Ibn Hubish dari Abdullah Ibn MasÊud dari
Rasulullah s.a.w. Beliau juga menerima qiraat melalui sanad Abi Abdul
Rahman al-Sulami (pengajar al-Quran kepda al-Hasan dan al-Husain) yang
mengambil dari al-Imam Ali Ibn Abi Talib r.a. dan dari Raulullah s.a.w.
ÂAsim meninggal di Kufah pada tahun 127 Hijrah.
Sanad Imam ÂAsim dalam bacaan al-Quran adalah seperti berikut:

Bil Nama Urutan sanad Syukbah Melalui Imam Asim
1 Rasulullah saw
2 Abdullah Ibn MasÊud r.a
3 Zur Ibn Hubish
4 ÂAsim

Bil Nama urutan Sanad Hafs Melalui Imam Asim
1 Rasulullah saw
2 Ali Ibn Abi Talib r.a
3 Abi Abdul Rahman al-Sulami
4 ÂAsim

Sabtu, 26 Februari 2011

TURUQ DALAM BACAAN RIWAYAT HAFS

TURUQ DALAM BACAAN RIWAYAT HAFS


Tariq Syatibiy

Nama al-Syatibiy r.a ialah al-Qasim bin Fierruh bin Khalaf bin Ahmad al-Ruaini
al-Syatibiy al-Andalusi. Ia mempunyai dua gelaran iaitu Abu Muhamad dan
Abu al-Qasim.

Al-Syatibiy dilahirkan pada tahun 538 di Syatibah iaitu satu kota di timur
Andalus. Ia terletak 56 kilometer dari kota Balansiyah. Ahli sejarah yang menulis
berkaitannya mengatakan bahawa ia adalah seorang buta. Walaupun begitu
mereka menyifatkannya sebagai „shatibiy tidak mengenali orang yang duduk
bersamanya tetapi orang tersebut tidak syak dan ragu bahawa Shatibiy melihat
dengan kepintarannya dan tidak sekali-kali terdapat tanda-tanda bahawa ia
adalah seorang buta‰.

Tahun kelahiran dan wafat Shatibiy ialah antara 538 hingga 590 Hijrah. Dalam
tempoh tersebut banyak kejadian penting berlaku antaranya ialah jatuh dan
naiknya sesebuah kerajaan. Beliau hidup dalam dua suasana budaya yang
berbeza iaitu Andalus dan Mesir.


Begitulah al-Syatibiyy mengharungi kehidupan di Andalus di bawah
penguasaan kerajaan al-Muwahidun hingga tahun 571 Hijrah. Beliau telah
berpindah antara Shatibah, Balansiyah dan beberapa kota lain di Andalus.

Al-Syatibiy memasuki Mesir pada tahun 572 Hijrah dan ketika itu ia dibawah
kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah Mazhab Ismaili. Kerajaan ini yang
diterajui Jauhar al-Saqli membuka Mesir pada tahun 358 Hijrah lalu membina
Kota Qahirah. Kekuasaan kerajaan ini meliputi Syria hingga sampai ke al-Mausil,
bahkan ia juga menggugat khalifah Abasiyin di Baghdad.

Penduduk Mesir yang berfikiran Sunni amat tertekan lantaran kerajaan
Fatimiyah mewajibkan mereka beralih kepada mazhab Syiah. Justeru kerajaan
al-Muwahidun yang berada di Andalus dan berfahaman Sunni disebut-sebut
secara meluas di Mesir dan mereka amat merindui kepada kerajaan al-
Muwahidun yang berfahaman Sunni. Kerajaan Fatimiyah telah menyaksi di
akhir usianya dengan wujudnya faktor-faktor negatif, kelemahan, perpecahan
dan ugutan tentera Salib yang seterusnya menamatkan riwayatnya sebagai
sebuah kerajaan. Ini berlaku selepas meninggalnya khalifah yang keempat belas
di kalangan mereka iaitu al-ÂAdid Abi Muhamad Abdullah pada tahun 567
Hijrah.

Salahuddin Yusuf bin Ayub adalah pengasas kerajaan Ayubiyah. Ia adalah menteri kepada
Khalifah al-ÂAdid al-Fatimiy. Selepas kematian al-ÂAdid, Salahuddin telah
berkuasa ke atas Mesir. Kerajaan yang baru dibinanya ini dan untuk lima tahun
permulaan ia masih terikut dengan kerajaan Zinkiyah yang menguasai al-Mausil dan
Syam. Akan tetapi selepas kematian Nur al-Din Mahmud pada tahun 569 Hijrah,
Salahuddin berkuasa sepenuhnya di bumi Mesir dan kekuasaannya meliputi
Mesir, Maghrib, Naubah, Barat Semenanjung Arab, Palestin, Syria, Maubil dan
Iraq.

Kerajaan yang dipimpin oleh Salahuddin ini telah mengambil tindakan yang
cepat dengan membersih pusat-pusat pemikiran Syiah di Mesir. Beliau telah
menutup Universiti al-Azhar selama lima tahun untuk menukar sistem dan
metod pengajarannya iaitu dari Metod Syiah kepada Metod Sunni. Selain itu,
beliau juga telah memecat qadi-qadi di Mesir yang berfahaman Syiah dan orang
yang diberi tanggungjawab menjalankan urusan penghakiman ialah Sadr al-Din
Abdul Malik bin Dirbas al-Syafie dan qadi-qadi berfahaman mazhab Syafei telah
ditugaskan menjalankan semua urusan. Di sini dapat dilihat bahawa mazhab


Syafei telah mendapat tempat dalam urusan kehakiman dengan terbinanya
kerajaan Ayubiyah. Di samping itu Salahuddin juga telah membina madrasah
aliran Syafei dan madrasah aliran Maliki.

Kejayaan terbesar Salahuddin yang berhak mendapat pujian ialah kemenangan
bersama tenteranya melawan tentera bersalib. Peperangan tersebut berlaku
dalam beberapa siri dan puncak kemenangannya ialah pada tahun 583 Hijrah
ketika tenteranya mengalahkan dengan teruk tentera bersalib dalam peperangan
yang masyhur dinamakan Hittin. Kemenangan ini ialah permulaan untuk
pembukaan Kota Bait al-Maqdis selepas ia dikuasai golongan Nasarani selama 92
tahun.

Apa yang perlu disebut di sini ialah al-Imam al-Syatibiy telah pergi ke Bait al-
Maqdis pada tahun 587 Hijrah untuk menziarahi Panglima Islam Salahuddin dan
juga untuk mengucapkan tahniah kepadanya diatas kejayaan cemerlang
mengembalikan Bait al-Maqdis ke tangan orang Islam.

Begitulah kekuatan Salahuddin dalam menyempurnakan prinsip-prinsip Islam
dalam urusan jihad, pemerintahan dan ilmu. Beliau tidak pernah jemu berjihad
menentang musuh Islam dan di waktu yang sama amat mencintai ilmu serta
mendekatkan diri dengan ulama. Ia selalu mendengar hadith-hadith Rasulullah

s.a.w. sekali dengan sanadnya. Kehidupan Salahuddin yang selalu berjuang ini
berterusan sehinggalah beliau meninggal pada tahun 589 Hijrah iaitu setahun
sebelum kewafatan al-Syatibiy.
Salah seorang menteri Salahuddin ialah al-Qadhi Abd. Rahim bin Ali al-Baisani
(meninggal tahun 596 Hijrah). Beliau mempunyai kepekaan dalam bidang
bahasa dan sastera. Antara orang yang mendapat tempat di hatinya dan
memandang tinggi terhadapnya ialah al-Imam al-Syatibiy. Al-Qadhi Abd Rahim
memuliakan al-Syatibiy dengan sewajarnya lantaran mengetahui keilmuan,
kelebihan dan akhlak terpuji yang dimilikinya. Beliau telah menjemput al-
Syatibiy untuk mengajar al-Quran, bahasa, nahu dan hadith di madrasahnya.
Al-Qadhi telah menyediakan segala kelengkapan kepada al-Syatibiy dan
keluarganya dan kemudahan tersebut telah memenuhi kehidupan al-Syatibiy
sekeluarga.

Jumaat, 25 Februari 2011

Tafsiran surah العصر

سورة العصر 1 - (والعصر) الدهر أو ما بعد الزوال إلى الغروب أو صلاة العصر

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

(إلا الذين آمنوا وعملوا الصالحات) فليسوا في خسران (وتواصوا) أوصى بعضهم بعضا (بالحق) الإيمان (وتواصوا بالصبر) على الطاعة وعن المعصية
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Khamis, 24 Februari 2011

Makhraj dan Sifat Huruf

مخرج حروف

بهاس : تمفت كلوار.
اصطلاح : تمفت كلوار حروف هجائية.

بهاضين مخرج

( باب مخارج الحروف )

مخارج الحروف سبعة عشر * على الذى يختاره مناختبر

فالف الجوف واختاها وهي * حروف مد للهواء تنتهي

ثم لاقص الحلق همز وهاء * ثم لوسطه فعين حاء

ادنا غين خاؤها القاف * اقص اللسان فوق ثم الكاف
اسفل والوسط فجيم اشين يا * والضاد من خافته اذ وليا

الاضراس من ايسر او يمناها * واللام ادناها لمنتهاها

والنون من طرفه تحت اجعلوا * والراء يدانيه لظهر ادخلوا

والطاء والدال وتامنه ومن * عليا الثنايا والصفير مستكن

منه ومن فوق الثنايا السفلى * والظاء والذال وثا للعليا

من طرفيهما ومن بطن الشفه * فالفا مع اطراف الثنايا المشرفة

للشفتين الواو باء ميم * وغنة ومخرجها الخيزشوم

1. عام :
مخرج عموم باضي حروف هجائية مغاندوغي ساتو مخرج خاص اتاو لبيه
1) الجوف (روغض مولوت)
2) الحلق (روغض حلقوم)
3) اللسان (ليده)
4) الشفتان ( دوا بيبير مولوت)
5) الخشيوم ( روغض هيدوغ)

2. خصوص :
مخرج خصوص باضي ستياف حروف هجائية
فالف الجوف واختاها وهي * حروف مد للهواء تنتهي

1. الجوف : (روغض مولوت) ياءيت مخرج باضي حروف مد( ا ، و ، ي)

ثم لاقص الحلق همز وهاء * ثم لوسطه فعين حاء

ادنا غين خاؤها القاف * اقص اللسان فوق ثم الكاف

2. الحلق : (روغض حلقوم) ياءيت مخرج باضي حروف2 حلقي دان تربهاضي
كفد تيض:
أ‌. فغكل حلقوم ( ء ، ه )
ب‌. تغه حلقوم ( ح ، ع )
ت‌. هوجوغ حلقوم ( غ ، خ )





اقص اللسان فوق ثم الكاف
اسفل والوسط فجيم اشين يا * والضاد من خافته اذ وليا

الاضراس من ايسر او يمناها * واللام ادناها لمنتهاها

والنون من طرفه تحت اجعلوا * والراء يدانيه لظهر ادخلوا

والطاء والدال وتامنه ومن * عليا الثنايا والصفير مستكن

منه ومن فوق الثنايا السفلى * والظاء والذال وثا للعليا


3. اللسان : (ليده)
أ‌. فغكل ليده دأغكت كللاغيت لمبوت كلوار درفداث حروف (ق).
ب‌. فغكل ليده دأغكت كللاغيت لمبوت سلفس مخرج كلوار درفداث (ك).
ت‌. فرتغهن ليده دأغكت كللاغيت كرس كلوار درفداث (ج، ش، ي).
ث‌. بهاضين تفي ليده دباوا كضراهم اتس كانن اتاو كيري اتاو كدواث سكالي كلوار درفداث حروف (ض).
ج‌. هوجوغ ليده دأغكت كللاغيت كرس دباوا كضوسي ضيضي اتس كلوار درفداث (ل).
ح‌. هوجوغ ليده دأغكت كهوجوغ للاغيت بردكتن ضوسي اتس كلوار درفداث ( ن) مخرجث لبيه دكت دغن مخرج (ل).
خ‌. هوجوغ ليده دأغكت كضوسي ضيضي دفن اتس كلوار درفداث حروف (ر).
د‌. هوجوغ ليده دباوا كفغكل ضيضي درفد اتس كلوار درفداث حروف (د ، ت ، ط).
ذ‌. تفي ليده دأغكت كللاغيت تتافي تيدق اد فنكنن يغ قوات دضوسي كلوار درفداث حروف ( ز، س، ص ).
ر‌. هوجوغ ليده دان دوا ضيضي دفن اتس كلوا درفداث ) ظ ، ذ ، ث).

من طرفيهما ومن بطن الشفه * فالفا مع اطراف الثنايا المشرفة

للشفتين الواو باء ميم

4. الشفتان : (دوا بيبير مولوت)
أ‌. فروت بيبير مولوت باوه برسام هوجوغ ضيضي دفن اتس كلوار درفداث حروف (ف).
ب‌. دوا بيبير مولوت كلوار درفداث حروف (ب، م، و(.

وغنة ومخرجها الخيزشوم
5. الخيشوم (روغض هيدوغ) اياث مخرج باضي غنة / دغوغ.



















صفة حروف

بهاس : سسواتو يغ براد فد ساتو2 ذات سام اد حسي سفرتي فوتيه، هيتم اتاو معنوي سفرتي عَالمَ، عاديل دان سباضايث.
اصطلاح : علمو تجويد اياله كأداءن يغ ترجادي كفد مان2 حروف كتيك ملفظكن فد مخرجث سفرتي برلالو نفس فد حروف مهموسة دان سباليقث.

بهاضين صفة2 حروف

( باب الصفات )

صفاتها جهر ورخو مستفل * منفتح مصمته والضاد قل

مهموسها ( فحثه شخص سكت)* شديدها لفظ ( اجد قط بكت )

وبين رخو والشديد ( لن عمر )* وسبع علو (خص ضغط قظ) حصر

وصاد ضاد طاء ظاء مطبقة * و( فر من لب) الحروف المذلقه

صفيرها صاد وزاي سين * قلقلة ( قطب جد ) واللين

واو ياء سكنا وانفتحا * قبلهما والانحراف صححا

في اللام والرا وبتكرير جعل * وللتفشى الشين ضاد استطل

1


. صفة2 حروف يغ برلاونن

1) الهَمَس :
سوارا يغ لمه كران لمهث تكنن حروف فد مخرجث مثببكن نفس تروس برلالو برساماث. حروف (سكتفحثه شخص).

2) الجَهْر :
لاون باضي الهمس، ياءيت ترغ دان جلس بوثي سوارا كتيك برلفظ دغن حروف-حروفث دغن سبب برلاكو فنكنن سوارا فد مخرجث. حروفث سلاءين درفد حروف الهمس دأتس.

3) الشِدَّة :
ياءيت سوارا يغ كرس دان كمس كران قواتث تكنن حروف فد مخرجث. حروف -حروفث اياله (أجد قط بكت).

4) الرَخَاوَة :
لاون باضي الشدة ياءيت سوارا ضمبور دان لمه كران لمهث تكنن حروف فد مخرج. سوارا ايت تروس برلالو دسببكن لوغضرث تكنن حروف فد مخرج. حروفث اياله (خذ قث حظ فض شوص زي ساه).

5) الإستِعلاء :
ياءيت منيغضيكن ليده كللاغيت كتيك برلفظ دغن حروف -حروفث. حروف -حروفث اياله (خص ضغط قظ).

6) الإستِفَال :
لاون باكي الإستعلاء، ليده تيدق تراغكت كتيك ممبوثيكن حروف-حروفث. حروف -حروفث اياله (أنشر حديث علمك سوف تجهر بذا).


7) الإطبَاق :
ياءيت بهاضين تفي ليده ملغكوغ دان ملكت كللاغيت كتيك ممبوثيكن حروف -حروفث. حروف -حروفث اياله (صضطظ).

8) الإنفِتَاح :
لاون باضي الإطباق. ياءيت دغن مرغضغكن تفي ليده دري للاغيت كتيك برلفظ دغن حروف -حروفث. حروف-حروفث اياله (من أخذ وجد سعة فزكا حق له شرب غيث).

9) الإذلاق :
ياءيت خفت دان ريغن كتيك ممبوثيكن حروف -حروفث. حروف -حروفث اياله (فر من لب).

10) الإصْمَات :
لاون باضي الإذلاق. ياءيت برتث حروف كتيك ملفظكنث. حروفث اياله (جز غش ساخط صد ثقة اذ وعظه يحضك).

2. صفة2 حروف يغ توغضل
1. الصَفِير :
سوارا يغ لبيه درفد لفظث يغ مثروفاءي سوارا اوغضس كتيك ممبوثيكنث.
حروف -حروفث اياله ( ص ز س).

2. قلقلة :
ياءيت دتقن سوارا يغ لبيه كتيك مثبوت حروف -حروفث. حروف -حروفث اياله (ق، ط، ب، ج، د)

3. اللِيْن :
ياءيت مثبوت حروف2 دغن لمبوت تنفا ممبرتكنث. حروفث اياله (و، ي) يغ ساكِن
سبلومث حروف برباريس دأتس.



4. الإنْحِرَاف :
اياله فلينخوغن حروف كتيك كلوار درفد مخرجث كأره مخرج يغ لاءين.
حروف -حروفث اياله ( ر، ل)

5. التكرير :
ضترن لمبوت فد هوجوغ ليده كتيك برلفظ دغن حروفث ياءيت (ر).

6. التَفَشِي :
ياءيت برهمبورن اغين يغ كلوار دري مولوت كتيك مثبوت حروفث ياءيت (ش).

7. الإستِطَالة :
ممنجغكن لفظ كتيك مثبوت حروفث ياءيت (ض).


تيغكتن2 صفة حروف

صفة2 حروف تربهاضي كفد تيض كومفولن ياءيت صفة2 سدرهان، صفة قوات دان صفة لمه.

صفة2 قوات ترديري درفد : الجهر، الشدة، الإستعلاء، الإطباق، الصفير، الإنحراف، القلقلة، التفشي، الإستطالة، الإصمات دان التكرير.

صفة2 لمه فولا اياله : الهمس، الرخاوة، الإستقال، الإنفتاح، اللين دان الإذلاق.

سهوبوغن دغن اين مك حروف2 القرءان بوليه دبهاضيكن كفد تيض. كيراث سسواتو حروف ممفوثاءي لبيه باثق صفة2 قوات اياث دكيرا حروف قوات. سباليقث جك سسوات حروف ممفوثاءي لبيه باثق صفة2 لمه اياث دكيرا حروف لمه، دان كيراث سسواتو حروف ممفوثاءي سام باثق دأنتارا صفة2 قوات دان صفة2 لمه اياث دكيرا حروف سدرهان.

جدوال بهاضين صفة برلاونن سرتا خونتوهث

صفة2 حروف يغ برلاونن بيلغن
حروف صفة حروف صفة
فحثه شخص سكت الهمس
(بوثى مندسوس) عظم وزن قارئ ذي غض جد طلب الجهر (ثاريغ) 1
خذ قث حظ فض شوص زي ساه رخاوة (لمبوت) أجد قط بكت الشدة (قوات) 2
أنشر حديث علمك سوف تجهر بذا إستفال (منورون) خص ضغط قظ إستعلاء (منيغضي) 3
من أخذ وجد سعة فزكا حق له شرب غيث إنفتاح (ممبوك) صضطظ إطباق (منوتوف/مندمفيق) 4
فر من لب إذلاق ( ترضلينخير) جز غش ساخط صد ثقة اذ وعظه يحضك إصمات (ترتاهن) 5









جدوال بهاضين صفة2 حروف توغضل سرتا خونتوه

صفة2 حروف توغضل بيلغن
ص ز س صفير (برسيول / بردسير) 1
ق ط ب ج د قلقلة (بردتق / برضتر) 2
و ي لين (لمبوت / لونق) 3
ر ل إنحراف (ملينخوغ) 4
ر تكرير (براولغ2) 5
ش تفشى (برهمبوران) 6
ض إستطالة (ممنجغ) 7

حكوم ( ر ) دان ( ل )
( باب الراءات )

ورقق الراء اذا ما كسرت * كذلك بعد الكسر حيث سكنت

ان لم تكن من حرف استعلا * او كانت الكسرة ليست اصلا

والخلف في فرق لكسر يوجد * واخف تكريرا اذا تشدد

1. سبوتن ( ر ) ياءيت مغضرقكن هوجوغ ليده ببراف كالي كتيك مثبوتث تتافي حروف (ر) تيدق برعمل دغن صفتث.
2



. حكوم ( ر ) تربهاضى كفد تيض بهاضين :
ا. حروف ( ر ) يغ واجب دتفخيمكن (تبل)
i. ( ر ) يغ برباريس دأتس اتاو دهادفن.
خونتوهث :
$uZ­/u‘، #J‰÷ƒurâ‘
ii. ( ر ) يغ ماتى ددهولوءى اوليه باريس دهادفن.
خونتوهث :
Opsùöäî ، زُرْتُمُ المَقَاِبر
iii ( ر ) يغ ماتى ددهولوءى اوليه همزة وصل.
خونتوهث :
ÇPr& (#þqç/$s?ö‘$# ، ôìÅ_ö‘$#
iii. ( ر ) يغ ماتى ددهولوءى اوليه باريس باوه دان سلفسث حروف إستعلاء.
خونتوهث :
<¨$sÛöÏ% ، #YŠ$|¹óÉD
ب. حروف ( ر ) يغ ترقيق (نيفيس) :
i. ( ر ) يغ برباريس دباوه.
خونتوهث :
Ó§ô_Í‘ ، مِن öNà6Ï9%y`Íh‘
ii. ( ر ) يغ ماتى كران دوقفكن يغ ددهولوءى اوليه (ي) يغ ماتى. خونتوهث :
֍ƒÏ‰s% ، ׎öyz
iv. ( ر ) يغ ماتى ددهولوءى اوليه باريس دباوه يغ اصلي تيدق دأيكوتى اوليه حروف2 إستعلاء.
خونتوهث :
7ptƒóÉD ، tböqtãöÏù

ج. حروف ( ر ) يغ هاروس دترقيق (نيفيس) دان دتفخيم (تبل) :
i. حروف ( ر ) يغ ساكن ددهولوءى اوليه كسرة يغ اصلي تتافي دهوبوغى اوليه حروف إستعلاء يغ برباريس دباوه.
خونتوهث :
‘@ä. 5-öÏù
ii. حروف ( ر ) ساكن ددهولوءى اوليه حروف إستعلاء يغ ساكِن دان سبلومث دهوبوغى اوليه حروف برباريس كسرة.
خونتوهث :
tû÷ütã ̍ôÜÉ)ø9$# ، .óÁÏB
iii. حروف ( ر ) يغ برسامبوغ دغن ( ي ) يغ دحذفكن (أولى ترقيق). خونتوهث :

‘ä‹çRur اصلث “‘ä‹çRuru
ÎŽô£o„ اصلث “Žô£o„

Khamis, 17 Februari 2011

Ijazah sanad

Sanad atau dalam kata lain bermaksud sandaran, sijil tauliah atau shahadah. Ia berkait rapat dengan ijazah iaitu merupakan suatu pemberian daripada guru kepada muridnya yang berkelayakan sebagai akuan (taqrir) bagi mengesahkan atau mengakui bahawa muridnya itu telah selesai dalam pengajiannya dan berjaya serta layak dianugerahkan ijazah.

Ijazah tersebut sama ada berbentuk kata-kata akuan daripada guru atau berbentuk sanad (salasilah guru yang sampai kepada Rasulullah S.A.W.) yang bertulis. Dari segi bahasa, sanad bermaksud ( سند ) iaitu yang diberi sandaran kepadanya. Dari segi istilah: sanad bermaksud salasilah peribadi-peribadi yang disebut (al-Rijal) perawi-perawi hadis jika disandarkan kepada perbahasan ilmu Hadis dan (al-Qurra') jika disandarkan kepada perbincangan ilmu al-Qiraat. Adapun kebiasaannya sanad diperolehi dengan cara pengajian secara bertalaqqi iaitu memperolehi bacaan secara berguru, dan guru tersebut juga bersanad, bukan membaca sendirian atau dengan kawan-kawan di rumah atau di mana-mana sahaja. Proses talaqqi dipersetujui oleh para ulama sebagai satu-satunya proses atau kaedah yang digunapakai dalam memindahkan bacaan al-Quran daripada seorang guru kepada muridnya. Talaqqi melibatkan interaksi dua hala iaitu (sami') dan (mushafahah) iaitu murid mendengar bacaan guru dan murid mempendengarkan semula bacaannya kepada guru.

Rabu, 26 Januari 2011

Tajwid Hukum Mad

مد فَرْق

فغرتين :
بهاس : فرق برمقصود ممبيذاكن. (ممبيذاكن انتارا همزة إستفهام دغن همزة خبرية ).
اصطلاح : همزة وصل يغ براد سبلوم لام التعريف دماسوقي همزة إستفهام، همزة وصل
ترسبوت دتوكركن كفد الف.

خونتوهث :
 سورة الانعام : اية 143-144
 سورة النمل : اية 59 \ يونس اية 59

خارا باخاءن مد فرق :
i. سخارا إبدل :
برمقصود منوكركن دوا همزة منجادي ساتو دغن منوكركن همزة كدوا ياءيت همزة وصل منجادى حروف مد.
ii. سخارا تسهيل :
برمقصود مثبوت همزة كدوا دغن سبوتن دأنتارا همزة دان الف مك سبوتن ايت تيدق منجادي همزة سفنوهث دان تيدق جوض منجادي الف سفنوهث.

حكوم باخاءنث :
i. سخارا إبدال - واجب دباخ دغن قدر انم حركة.
ii. سخارا تسهيل - دباخ تنفا مد.

Rabu, 19 Januari 2011

مد بدل

مد بدل

فغرتين :
بهاس : بدل برمقصود ضنتي ( مغضنتيكن همزة كفد حروف مد).
اصطلاح : فد اصلث ترهيمفون دوا حروف همزة دالم ساتو كلمة كمودين دتوكركن همزة يغ كدوا كفد حروف مد.
هوراين :
حروف همزة فرتام برباريس، سدغكن حروف همزة كدوا سكون. دتوكركن حروف همزة كدوا كفد حروف مد مغيكوت باريس همزة يغ فرتام.
خونتوهث:
ءَامَنَهُم ءَ أْ منهم
فتحة
إِيمَنِهِم إِئْمنهم
كسرة
أُوتِيَ أُؤْتي
ضمة
حكوم باخاءن :
واجب دباخ دغن قدر فنجغ دوا حركة

Isnin, 10 Januari 2011

المدود

المدود
فغرتين :
دري سضي بهاس : منمبه دان ممنجغكن باخاءن.
دري سضي اصطلاح : ممنجغكن سوارا فد حروف مد اتاو حروف لين

حروف مد اد تيض ياءيت الاليف ( ا )، الواو ( و ) دان الياء ( ي ). تتافي دغن شرط برايكوت :
1. افابيلا حروف اليف ددهولوءي باريس دأتس ( -َ ) خونتوهث : قَال
2. حروف واو ددهولوءي باريس دهادفن ( -ُ ) خونتوهث : يَقُولُ
3. دان حروف ياء ددهولوءي باريس دباوه ( -ِ ) خونتوهث : قِيلَ.
خونتوه كتيض-تيض حروف مد دالم ساتو كلمة : نُوحِيهَا ) نوح 49 )

حروف لين ادا دوا ياءيت الواو ( و ) دان الياء ( ي ). تتافي دغن شرط برايكوت :
1. الواو الساكنة ( وْ ) يغ ددهولوءي حروف برباريس فتحة ( -َ ) خونتوهث :
( التكاثر 3 )
2. الياء الساكنة (يْ ) يغ دد هولوءي حروف برباريس فتحة ( -َ ) خونتوهث :
 ( البقرة 177 )

دليل

دروايتكن بهاوا ابن مسعود رضي الله عنه ممنتا سأورغ للاكي ممباخاكن القراءن كفداث، لالو للاكي ترسبوت ممباخ اية 60 دري سورة التوبه
(التوبه 60)
( للاكي ايت ممباخاث تنفا ممنجغكن حركة مد واجب متصل )
كات ابن مسعود :"بوكن بضيتو باخاءن رسول الله صلي الله عليه وسلم ممباخ كفداكو.
للاكي ترسبوت برتاث كفد ابن مسعود باضايماناكه خارا باخاءن رسول الله صلي الله عليه وسلم ؟ لالو بلياو ممباخ اية ترسبوت دغن ممنجغكن قدر مد فد مد واجب متصل.


مد اصلي (طبيعي/ ذاتي)

فغرتين :
ممنجغكن سوارا فد حروف مد ( ا، و، ي ) ددالم ساتو كلمة. افابيلا حروف اليف ددهولوءي باريس دأتس ( اَ )، حروف واو ددهولوءي باريس دهادفن ( ُو) دان حروف ياء ددهولوءي باريس دباوه ( ِي).


خونتوهث :

قَالَ، يَقُولُ ، قِيلَ


حكوم باخاءن : واجب دباخ دغن قدر 2 حركة ( 1 الف ).

Rabu, 5 Januari 2011

إدغام متجانسين

فغرتين:
فرتموان دوا حروف يغ برساماءن فد مخرج تتافي برلاءينن فد صفة.

خونتوهث :
"د" دماسوقكن كدالم حروف "ت"  •• 
"ت" دماسوقكن كدالم حروف "د"   •
"ت" دماسوقكن كدالم حروف "ط"  
"ث" دماسوقكن كدالم حروف "ذ"   
"ذ" دماسوقكن كدالم حروف "ظ"  
خارا باخاءنث :
واجب دإدغامكن (دماسوقكن) حروف يغ فرتام كدالم حروف يغ كدوا، دالم كأداءن كدوا-دواث سأوله -اوله منجادي ساتو حروف يغ برتشديد.


3. إدغام متماثلين

فغرتين :
فرتموان دوا حروف يغ برساماءن فد صفة دان مخرج، دالم كأداءن حروف فرتام ساكِن (ماتي) دان حروف كدوا برباريس.





خونتوهث :

"ب" ساكنة دماسوقكن كدالم "ب" برباريس

"ك" ساكنة دماسوقكن كدالم حروف "ك" برباريس
يُدرِككُّمُ – سورة الانساء اية 78
"ف" ساكنة دماسوقكن كدالم حروف "ف" برباريس
"ه" ساكنة دماسوقكن كدالم حروف "ه" برباريس


يُوَجِّههُّ – سورة النحل اية76



خارا باخاءنث :

واجب دإدغامكن (دماسوقكن) حروف يغ فرتام كدالم حروف يغ كدوا، دالم كأداءن كدوا-دواث سأوله-اوله منجادي ساتو حروف يغ برتشديد.