Jumaat, 15 Januari 2010

PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT

1 Sejarah Permulaan Ilmu al-Qiraat
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Qiyamah: 16-18;

Maksudnya: Janganlah engkau (wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz al-Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai

Menurut kajian, pada mulanya penulisan ayat-ayat al-Quran di dalam mushaf
tidak mengandungi titik dan baris. Bentuk kalimahnya pula boleh dibaca dengan
beberapa kaedah atau wajah. Saidina Uthman ibn Affan r.a. ketika mengutus
mushaf ke kota-kota Islam, beliau telah menghantar bersama-sama mushaf
tersebut seorang guru yang bacaan dan kepakarannya selari dengan kandungan
mushaf yang ditulis. Bacaan tersebut, boleh jadi berlainan dengan bacaan dalam
mushaf yang diutuskan ke tempat lain. Keadaan ini berterusan sehingga ke
generasi kedua iaitu Tabi`in r.a. di mana mereka mengambil bacaan dan
mempelajari al-Quran dari para Sahabat r.a. dan keadaan ini silih berganti dari
generasi ke generasi sehinggalah sampai pada zaman imam-imam Qiraat yang
masyhur (yang akan kita bincangkan pada tajuk akan datang).
Sebenarnya perbahasan dari sudut bacaan (al-QiraÊat) ini mula timbul semenjak
zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Bermula dengan perbezaan bacaan di kalangan
para Sahabat r.a. Perkara ini merujuk kepada perbezaan bacaan al-Quran yang di
ambil dari Rasulullah s.a.w.

Imam al-Bukhari dalam sahihnya ada meriwayatkan bahawa Saidina Umar ibn
al-Khattab r.a. telah menegur bacaan Hisyam ibn Hakim r.a. ketika beliau
membaca Surah al-Furqan dengan membaca bacaan yang berbeza sebagaimana
yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Umar r.a. Kemudian Saidina
Umar r.a. telah membawa Hisyam berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. bagi
mendapat kepastian tentang bacaan tersebut. Setelah Rasulullah s.a.w.
mendengar bacaan Hisyam maka baginda bersabda; ÂBegitulah ia diturunkanÊ.
Kemudian Rasulullah s.a.w. mendengar pula bacaan dari Saidina Umar, lalu
baginda bersabda; ÂBegitulah juga ia diturunkanÊ. Lantas Rasulullah s.a.w.
menerangkan bahawa sesunggunya al-Quran itu diturunkan dengan tujuh huruf
(bacaan), maka bacalah apa yang mudah daripadanya.

Maksud hadis di atas menunjukkan bahawa ilmu al-Qiraat ini adalah bermula
setelah keizinan wahyu dari Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. dengan
penurunan al-Quran dengan tujuh huruf (bentuk bacaan). Kemudian ianya
diikat dengan tawatur (sampai sanadnya kepada Rasulullah s.a.w.) dan sahih
melalui penulisan kaedah Rasm Uthmani. Apapun, perkara yang perlu kita
fahami adalah walaupun wujudnya perbezaan bacaan al-Quran di kalangan
para Sahabat, Tabi`in dan Imam-imam Qiraat, namun perbezaan tersebut masih
lagi berada dalam lingkungan tujuh huruf (bacaan) sebagaimana diturunkan
oleh Allah s.w.t.

Pada kurun pertama dan kedua Hijrah iaitu setelah syiar Islam berkembang luas
sehingga melewati Negara Rom dan Parsi, penggunaan Bahasa Arab mula
bercampur dengan bahasa lain. Percampuran bahasa ini merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan berlakunya kesilapan dan kesalahan dalam
penggunaan Bahasa Arab dan penguasaannya. Kesannya juga sedikit sebanyak
memberi tamparan terhadap pembacaan al-Quran. Maka berlakulah kesalahan
dalam pembacaan al-Quran dan kekeliruan kepada masyarakat Islam terutama
golongan `ajami (bukan di kalangan bangsa Arab). Keadaan ini menyebabkan
Mushaf dinaik taraf dengan meletakkan baris dan titik pada huruf-hurufnya. Ia
dipimpin oleh Abu Aswad al-Duali (wafat pada 67H) dan al-Khalil ibn Ahmad
al-Farahidi (wafat pada 170H).

Menurut kajian, terdapat dua pendapat dalam menyatakan karangan yang
terawal dalam bidang ilmu Qiraat iaitu bermula seawal kurun Pertama Hijrah
iaitu dalam era generasi Tabi`in r.a. dan kurun ketiga Hijrah.
Menurut Abd al-Hadi al-Fadli dalam kitabnya Êal-QiraÊat al-QurÊaniyyah: Tarikh
wa Ta`rifÊ, ada menyebut bahawa Shaykh Yahya ibn Yu`mar (wafat pada 90H)
adalah perintis dalam permulaan era pembukuan ilmu Qiraat iaitu seawal kurun
pertama Hijrah. Ibn Atiyyah pula berpendapat bahawa karya Shaykh Yahya ibn
Yu`mar menjadi rujukan utama dalam bidang ilmu Qiraat sehinggalah lahirnya
Ibn Mujahid al-Baghdadi (wafat pada 324H) dengan karyanya ÊKitab al-Sab`ahÊ.
Jadual 3.1 di bawah menunjukkan perkembangan ilmu Qiraat pada era
penulisan dan pembukuannya mengikut kurun-kurun Hijrah:-
Jadual 3.1: Perkembangan ilmu Qiraat
KURUN PELOPOR CATATAN
Pertama Hijrah
1. Yahya ibn Ya`mur (w. 90H) Beliau mengumpulkan semua riwayat
mengenai perbezaan Qiraat dengan Rasm`Uthmani.

Kedua Hijrah
1. Aban ibn Taghlab al-Kufi (w.141H)
2. Muqatil ibn Sulayman (w.150H)
3. ZaÊidah ibn Qudamah al-Thaqafi (w. 161H)
Pendapat ini sebagaimana ditulis oleh Ibn al-Nadim dalam karyanya Êal-FahrasatÊ.

Ketiga Hijrah

1. Yahya ibn al-Mubarak al-Yazidi(w. 202H)
2. Ya`kub ibn Ishaq al-Hadrami(w. 205H)
3. Abu `Ubayd al-Qasim ibn Salam (w. 224H)
4. Abu `Umar Hafs al-Duri (w.246H)
1. Beliau menulis satu risalah kecil mengenai Qiraah Abu Amr ibn `Ala.
2. Beliau menulis kitab Êal-Jami`Ê.
3. Beliau mengumpulkan 25 orang Qaritermasuk al-QurraÊ al-Sab`ah.
4. Beliau menulis kitab ÊQiraÊat al-NabawiyahÊ.

KeempatHijrah

1. Ibn Jarir al-Tabari (w. 310H)
2. Abu Bakr Abdullah ibn Sulayman (w. 316H)
3. Abu Bakr Ahmad ibn Musa ibnal-`Abbas ibn Mujahid (w.
324H)
1. Beliau menulis kitab Êal-Jami`Ê.
2. Beliau menulis Kitab Êal-MasahifÊ.
3. Beliau menulis ÊKitab al-Sab`ahÊ di mana beliau telah mengasingkan ilmu Qiraat
itu kepada tujuh imam yang bersesuaian dengan penurunan al-Quran dalam tujuh
huruf dan Mushaf Uthmani yang berjumlah tujuh naskhah.
Jelasnya, penulisan dalam bidang ini sentiasa berkembang dari generasi ke
generasi berikutnya. Pada kurun keenam hijrah, lahir pula satu karya yang
masyhur karangan Abu Muhammad al-Qasim ibn Fayyurah al-Shatibi (wafatpada 590H) iaitu ÊHirz al-Amani wa Wajh al-Tahani fi al-QiraÊat al-Sab`Ê. Karya
ini bersumberkan karangan ÊKitab al-TaysirÊ yang ditulis oleh Abu `Amr al-Dani
(wafat pada 444H) yang mengandungi 1173 bayt.
Kemudian lahirlah satu karya yang dikira sebagai karya agung dalam ilmu
Qiraat iaitu pada kurun kesembilan hijrah. Ini kerana karya tersebut merupakan
rujukan utama sehingga ke hari ini dan kebanyakan generasi selepasnya
mengutip dan mengulangi kandungan karya tersebut. Karya tersebut ditulis oleh
Shams al-Din Muhammad ibn Muhammad ibn al-Jazari (wafat pada 833H)
berjudul Âal-Nashr fi al-QiraÊat al-`AshrÊ dan diringkaskan dalam bentuk puisi
berjudul ÂTayyibah al-NashrÊ. Karya ini juga berjaya membuktikan bahawa
kesemua sepuluh Qiraat yang dikumpulkan dalam 980 turuq adalah
mutawatirah.

1 ulasan: