Khamis, 26 Ogos 2010

Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini. oleh ABUL A’LA AL-MAUDUDI

REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM !
Saudara-saudara yang mulia!!!
Di saat yang bertuah ini, sukacita saya membayangkan kesyukuran dan perasaan
puashati saya dengan peluang ini, di mana diberi kesempatan untuk saya
menyampaikan ucapan yang serba kekurangan di hadapan kumpulan yang baik yang
terdiri dari pemuda-pemuda yang beriman serta ikhlas yang datang dari pelusuk alam
untuk mengunjungi negara yang aman makmur ini. Mereka datang kerana
menyebutkan Nama Allah di hari-hari yang tertentu (musim haji) dan kerana
menyampaikan perkara yang memberi manfaat pada mereka. Atau dengan kata lain
kerana menghadiri perhimpunan agong sebagai persidangan tahunan Islam.
Tujuan ucapan saya ini ialah untuk memperkatakan kepada pemuda mukmin secara
menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh
keadaan dunia Islam sekarang.
Saya akan mengambil kesempatan yang berharga ini untuk menyatakan sesuatu yang
tersembunyi di lubuk saya dan terpendam di sanubari saya. Agar saudara-saudara
semua dapat mengetahui dengan nyata dan terang satu persatu tentang perkara-perkara
yang memberi manfaat kepada Islam dan umatnya. Mereka yang hadir ini hendaklah
memberitahu kepada yang tidak hadir, kerana kemungkinan di masa akan datang sukar
bagi saya untuk mendapat peluang yang baik seperti pada hari ini dan ditempat yang
mulia ini.
Saya berdoa agar Allah berikan taufik kepada saya dan kepada saudara-saudara untuk
mendapat keredhaanNya dan ia menjadikan segala amalan kita ikhlas kepadaNya.
KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA
Saudara-saudara yang mulia !!
Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi
kepada dua jenis:
Jenis pertama :
Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk
pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).
Jenis kedua :
Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam
dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.
Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting dari
kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini
benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan
sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya
memberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yang
beriman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenap
Tanggungjawab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan