Abul A’la Al-Maududi
Saudara-saudara yang mulia !!
Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi
kepada dua jenis:
Jenis pertama :
Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk
pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).
Jenis kedua :
Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam
dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.
Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting dari
kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini
benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan
sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya
memberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yang
beriman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenap
Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini______________________________________________________
Abul A’la Al-Maududi 4
penjuru alam ini, yang bilangan mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulah
sebenarnya sebesar-besar wasilah dan sekuat-kuat pendorong untuk membakar
semangat orang-orang yang beriman dengan akidah, fikrah dan sistem tadi supaya
hidup secara praktikal dan meninggikan panjinya.
Tetapi apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri
atau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburan
disana sini di segenap pelusuk alam tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhi
oleh langit hingga sesuatu masa yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendek
pula.
MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA
Oleh kerana itu tidaklah salah kalau saya katakan:
Bahawa masa depan yang akan dihadapi oleh umat Islam di dunia ini adalah terletak di
atas bahu negara-negara Islam itu sendiri. Kawasan negerinya luas, dari Indonesia dan
Malaysia di sebelah timur hinggalah ke Morokko dan Nigeria di sebelah barat. Ini
adalah berdasarkan fikiran yang logik dan sebab-sebab yang boleh dilihat.
Ada pun jika di sana jika berlaku perkara yang menyalahi adat, yang luar dari batasan
kekuasaan kita maka itu bukanlah perkara yang mustahil, kerana Allah berkuasa
memancarkan air dari batu yang keras, berkuasa menukar padang pasir yang kering
tandus menjadi kebun-kebun yang indah, segar bugar, suka mata memandang. Maha
Suci Allah Tuhan memiliki segala sesuatu dan Dia Maha berkuasa atas segalanya2.
Mengikut apa yang kita bayangkan tadi bila membicarakan tentang masa depan umat
Islam, kita katakan: bahawa masa depan mereka bergantung dengan masa depan negara
ummat Islam sendiri, samada baik atau buruknya. Sekarang kita ingin kemukakan:
- apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ?
- apakah sebab dan faktornya ?
- dan apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerja
keras untuk membela nasib umat Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan