Jumaat, 6 November 2009

عن أبي نجيح العرباض بن ساریة رضى الله عنه قال: (( وعظنا رسول الله صلى الله عليه وسلم موعظة وجلت منها القلوب، وذرفت منها العيون فقلنا: یا رسول الله كأنها موعظة مودع فأوصنا. قال: أوصيكم بتقوى الله عز وجل، والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد، فإنه من یعش منكم بعدي فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدین المهدیين، عضوا عليها بالنواجذ، وإیاكم ومحدثات الأمور، فإن كل بدعة ضلالة )) رواه أبو داود والترمذي وقال:حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan
airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat
tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa
kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang
hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat
banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang
mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah
tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap
perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu
dalam neraka.
Pengajaran hadis:
(1) Ucapan nasihat dan peringatan adalah penting dalam kehidupan umat lslam. Pengajaran dan
peringatan hendaklah disampaikan secara bersungguh-sungguh dan berkesan agar ia memberikan kesan
positif kepada para pendengar.
(2) Rasulullah SAW berwasiat dalam hadis ini beberapa perkara penting, antaranya; supaya bertaqwa
kepada Allah SWT, patuh dan taat kepada pemerintah biarpun dia adalah orang yang berasal dari
keturunan bawahan atau hamba 'abdi, kerana yang penting apa yang diperintahkan, bukan orang yang
memerintah.
(3) Masalah melantik hamba abdi menjadi ketua masih diperselisihkan oleh para ulama, namun
Rasulullah SAW menyebut hal ini bagi menunjukkan peri pentingnya tuntutan patuh dan taat bagi
seorang mukmin terhadap ketuanya selagimana perintahnya tidak bertentangan dengan syara'.
(4) Umat akhir zaman diancam oleh perselisihan dan perpecahan. Justeru itu Nabi SAW berpesan agar
umat Baginda berpegang teguh dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para khulafa' Rasyidin.
Baginda menyeru mereka agar menggigit sunnah-sunnah tersebut. Ungkapan ini memberi erti betapa
perlunya berpegang teguh dengan sunnah Nabi dan Khulafa' Rasyidin serta menjauhkan perkara bid'ah
yang sesat, perkara yang diada-adakan dalam agama kerana semua bid'ah adalah kesesatan yang
akhirnya membawa pengamalnya ke lembah neraka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan