Isnin, 5 Oktober 2009
Hadis Rasulullah s.a.w hari ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan di syurga, setiap kali ia pergi pagi atau petang hari itu."
(Muttafaq'alaih)
Daripada Buraidah r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan shalat Asar, maka leburlah (yakni rosaklah) amal kelakuannya. "
(Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Adakah kamu semua mengetahui, andaikata di hadapan pintu seseorang di antara kamu itu ada sebatang sungai dan ia mandi di situ sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kotoran sekalipun sedikit yang tertinggal di badannya?"
Para sahabat menjawab: "Tidak ada kotoran sedikitpun yang tertinggal di badan nya."
Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Demikian itulah perumpamaan shalat lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan meng hapuskan semua kesalahan."
(Muttafaq 'alaih)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan