Jumaat, 4 September 2009

Hadis Rasulullah s.a.w hari ini.

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seseorang daripada kamu makan, maka hendaklah menyebutkan nama Allah Ta'ala (yakni mengucapkan Bismillah). Jikalau ia terlupa menyebutkan nama Allah Ta'ala pada permulaan makannya itu, maka hendaklah mengucapkan: "Bismillahi awwalahu wa akhirahu," ertinya: Dengan nama Allah pada permulaan makan dan pada penghabisannya.

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Imam Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan