Daripada Abu Hurairah r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apabila solat telah diiqamati, maka janganlah kamu semua mendatanginya sambil berlari-lari. Tetapi datangilah itu sambil dengan perlahan-lahan, kerana bersamanya ada ketenangan. Ikutlah yang mana kamu sempat dan yang gantikan yang mana tertinggal."
(Muttafaq 'alaih)
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. dalam ketawa itu bersangatan sehingga terlihat anak tekaknya, hanyasanya ketawa beliau s.a.w. itu adalah tersenyum.
(Muttafaq 'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan