Khamis, 20 Ogos 2009

tazkirah Jumaat

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Bukannya orang yang gagah itu orang yang menang dalam perkelahian, tetapi yang dinamakan orang gagah ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah."

(Muttafaq 'alaih)


Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "

(Muttafaq 'alaih)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan