Selasa, 28 Julai 2009

Tazkirah

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang ditimpa oleh kemelaratan, lalu diturunkannya kepada manusia ( meminta tolong kepada sesama manusia agar dihilangkan kemelaratannya itu), maka tentu tidak akan tertutuplah kemelaratannya tadi."

"Tetapi sesiapa menurunkannya kepada Allah (yakni mohon kepadaNya agar dihilangkan kemelaratannya) , maka bersegeralah Allah akan memberinya rezeki dengan segera atau dengan lambat."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan sahih gharib.

Daripada Said al-Maqburi dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya dia berjalan melalui kaum yang di hadapan mereka itu ada seekor kambing yang sedang dipanggang. Mereka memanggilnya, tetapi ia enggan untuk ikut memakannya dan ia berkata: "Rasulullah s.a.w. keluar dari dunia (wafat) dan tidak pernah kenyang dari roti gandum."

(Riwayat Bukhari)

Daripada Sahl bin Sa'ad r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu Rayyan ( Puas dan kenyang minum). Dari pintu ini masuklah semua orang yang berpuasa esok pada hari kiamat. Tidak ada seorang yang selain orang-orang yang berpuasa itu yang dapat masuk dari pintu itu. Dikatakanlah: "Manakah orang-orang yang berpuasa." Mereka itu lalu berdiri, lalu tidak seorang pun yang dapat masuk dari pintu Rayyan tadi selain orang-orang yang berpuasa. Jikalau mereka telah masuk seluruhnya, lalu pintu itu pun ditutuplah, jadi tidak seorang pun lagi yang dapat memasukinya. "

(Muttafaq 'alaih)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya kaum fakir dari golongan sahabat-sahabat Muhajirin sama mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Orang-orang yang berharta banyak itu pergi dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi serta kenikmatan yang kekal."

Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa demikian?"

Mereka menjawab: "Kerana mereka dapat bersolat seperti kami, mereka berpuasa sebagaimana kita berpuasa, mereka bersedekah, sedangkan kita tidak dapat bersedekah dan sedangkan mereka dapat memerdekakan dan kita tidak dapat memerdekakan itu."

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sukakah engkau semua saya beritahukan akan sesuatu amalan yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai pahala orang yang mendahuluimu dan pula dapat mendahului orang yang sesudahmu. Juga tiada seorang pun yang menjadi lebih utama daripadamu semua, melainkan orang yang mengerjakan sebagaimana amalan yang engkau semua lakukan ini?"

Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah."

Beliau kemudian bersabda lagi: "Bacalah tasbih (Subhanallah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) setiap selesai bersembahyang sebanyak tiga puluh tiga kali masing-masing. "

Selanjutnya kaum fakir dari golongan sahabat Muhajirin itu kembali mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Saudara-saudara kita golongan yang hartawan-hartawan itu telah mendengar mengenai apa yang kita kerjakan ini, oleh sebab itu mereka pun mengerjakan sebagai yang kita lakukan itu."

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah yang dlkurniakan oleh Nya kepada siapa saja yang dikehendaki. "

(Muttafaq 'alaih)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan