Jumaat, 3 Julai 2009

Tazkirah

Daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya beliau bersabda, "Sesiapa yang solat dengan membaca sepuluh ayat, maka ia tidak akan dicatat dalam golongan orang-orang yang lalai. Dan sesiapa yang solat dengan membaca seratus ayat, maka dia akan dicatat dalam golongan orang-orang yang taat. Dan sesiapa yang (membaca) seribu ayat, maka dicatat dalam golongan orang-orang mendapat satu qinthar"

(Riwayat Abu Daud, Baihaqi, Ibn Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Penjelasan "Satu qinthar" :
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Satu Qinthar dalah 12,000 uqiyah. Tiap-tiap satu uqiyah adalah lebih baik dari segala yang ada antara langit dan bumi."

(Riwayat Ibnu Hibban di dalam sahihnya. Menurut keterangan Maulana Muhammad Yussof Al-Kandhalawi, isnad hadith ini hassan.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan