Rabu, 24 Jun 2009

PENGENALAN ILMU QIRAAT 7

فغنلن القراءات السبع

القراءات براصل درفد كلمة قََََرَأَ ،يَقرَأُ ،قِرَاءَةً برمقصود واجه2 اتاو خارا2 باخاءن.
دري سضي اصطلاح علمو قراءات اياله :
ا. خارا2 اتاو واجه2 باخاءن يغ دنسبهكن كفد امام2 قراءات.
ب. واجه2 باخاءن ترتنتو يغ تردافت فد كلمة ترتنتو يغ برهوبوغ سندث تروس
كفد رسول الله .



اساس2 علمو قراءات

ناماث : علمو قراءات.
ديفينيسي : ممبينخغكن تنتغ كلمة2 القرءان دان كأداءن كلمة ترسبوت
سفرتي فنجغ فينديق دان سباضايث.
تاجوقث2 : كلمة2 القرءان الكريم دري سضي فنوتورن دان خارا فلقساناءنث.
فاءيدهث : ممليهارا درفد ترساله دان ترفيسوغ كتيك مثبوت كلمة2
القرءان، اي جوض منجادي حجة كفد فقهاء كتيك منخاري
حكوم2 شرع سباضاي فندوان كفد اومت.
كلبيهنث : اي اداله سموليا-موليا علمو كران ممفوثاءي كاءيتن يغ
رافت دغن القرءان.
فغاساسث : فارا امام قُرَّاء، اد فندافت يغ مغاتاكن أبو عُمَر حَفْص بن عُمَر
الدُّورِى دان اورغ يغ مولا2 مثوسون علمو قراءات اياله أبو
عُبَيْد القَاسِم بن السَلام ( منيغضل دنيا فد 224 هجرة ).
فغمبيلنث : دري سنة دان اجماع.
توجوانث : مغتاهوءي باخاءن امام2 قُرَّاء.
حكوم ممفلاجريث : فرض كفاية.
Konsep Qari’ dan Muqri’
Ilmu Qiraat merupakan sunnah Nabi s.a.w. yang diamalkan (Sunnah
Muttaba`ah) semenjak wahyu pertama diturunkan sehingga ke hari ini. Ia juga
berkait rapat dengan pengetahuan penurunan al-Quran dalam tujuh huruf (yang
akan kita bincang pada tajuk akan datang).
Dengan lahirnya ilmu dan pembukuan al-Qiraat, maka muncullah pelbagai
istilah-istilah yang mempunyai hubung kait dengan ilmu ini. Di antara istilah
yang utama dalam bidang ini adalah QariÊ dan MuqriÊ.􀈱􀈱
Berikut adalah penerangan lanjut mengenai kedua-dua istilah tersebut:-
(a) Definisi QariÊ;
􀈱
􀈱
􀈱
Bil. PERKARA DEFINISI PERINGKAT
1.
PERMULAAN (MubtadiÊ)
Mereka yang mengetahui satu
hingga tiga riwayat Qiraat
2.
PERTENGAHAN (Mutawassit)
Mereka yang mengetahui empat
hingga lima riwayat Qiraat
3.
QARIÊ
i. Sudut Bahasa;
- QariÊ adalah kata nama
(قراء) dalam Bahasa Arab yang berasal dari قراء - قراء
ii. Sudut Istilah;
- Qari ialah mereka yang menghafaz seluruh al-Quran.
PENGHUJUNG (Muntahi)
Mereka yang mengetahui banyak
riwayat Qiraat dan masyhur
8 􀁘 TAJUK 1 AL-QURAN DAN ILMU AL-QIRAAT
(b) Definisi MuqriÊ;
􀈱
. PERKARA DEFINISI CIRI-CIRI
1.
Alim dalam Ilmu Qiraat
2.
Bertalaqqi dengan guru yang bersanad
3.
MUQRIÊ
i. Sudut Bahasa;
- MuqriÊ adalah kata nama (يقرء)
dalam Bahasa Arab yang berasal dari يقرء أقرء
ii. Sudut Istilah;
- Mereka yang alim dalam Qiraat,meriwayatkannya secara musyafahah
(talaqqi) & diberi ijazah mengajar.Alim dalam Ilmuilmu al-Quran yanglain
􀈱
Jelasnya, panggilan yang digunakan kepada seseorang alim dalam apa jua
bidang ilmu agama boleh dibahagikan kepada dua; pertamanya iaitu panggilan
semasa mereka masih hidup atau panggilan sesudah mereka meninggal dunia.
Dan keduanya panggilan yang hanya dipopularkan oleh murid mereka tanpa
diketahui oleh orang lain.
Namun begitu, sekiranya seseorang itu sudah terkenal dan kepakarannya
diiktiraf dalam sesuatu bidang, ia tidak lagi dipanggil dengan􀈱 gelaran. Sebagai
contoh; al-Bukhari, sebut sahaja nama tersebut umumnya mengetahui bahawa
beliau adalah al-Imam al-Bukhari, ulama terulung dalam bidang hadis. Begitu
juga keadaannya dalam bidang ilmu al-Qiraat, sebut sahaja nama al-Shatibi,
umum mengetahui bahawa beliau adalah al-Imam al-Shatibi, ulama terulung
dalam bidang ilmu al-Qiraat. Justeru, namanya tidak perlu dipanggil al-Muqri
kerana kemahsyurannya melebihi nilaian terhadap pangkat dan kedudukannya.
Meskipun begitu selepas melihat kepada beberapa sanad dan juga kitab-kitab
tajwid dan Qiraat didapati panggilan al-Muqri ini telah lama digunakan. Pada
tahun 382 Hijrah Ahmad Ibn Faris telah menulis kitab bertajuk 􀅓􀆷􀆢􀇐􀇳􀆡. Kitab
tersebut telah disemak dan ditahqiqkan oleh Abu Zara`ah Abd al-Rahman ibn
Zanjalah al-QariÊ. Beliau pula telah mengarang sebuah kitab yang bertajuk
􀆔􀆢􀈈􀆦􀇻􀈋􀆡 􀄻􀆢􀆻 􀈄􀇴􀇟 􀇱􀇄􀇼􀅭􀆡 􀇵􀈐􀇰􀇳􀆡 􀄿 􀆔􀆡􀆾􀆬􀆥􀈏􀆡􀈁 􀇦􀇫􀈂􀇳􀆡 􀄿 􀆔􀆡􀇂􀇬􀇳􀆡 􀇥􀇂􀇋 . Dalam kitab tersebut
namanya ditulis sebagai Abu Zara`ah Abd al-Rahman ibn Zanjalah al-MuqriÊ.
Penggilan al-Muqri pada nama beliau ini boleh dianggap sebagai orang yang
terdahulu digelar dengan panggilan al-MuqriÊ. Begitu juga gelaran yang
diberikan kepada Abu Tahir Ismail Ibn Khalaf yang mengarang kitab Âal-`Inwan
Fi al-QiraÊat al-Sab`Ê (􀇞􀆦􀇈􀇳􀆡 􀆩􀆡􀆔􀆡􀇂􀇬􀇳􀆡 􀄿 􀇹􀆡􀈂􀇼􀇠􀇳􀆡). Dalam kitab tersebut namanya ditulis
sebagai Abu Tahir Ismail ibn Khalaf al-MuqriÊ al-Ansari al-Andalusi (meninggal
TAJUK 1 AL-QURAN DAN ILMU AL-QIRAAT 􀁗 9
pada tahun 455 Hijrah). Adapun Istilah yang digunakan untuk ulama al-Qiraat
terdahulu ialah ÂHujjat al-QurraÊ (􀆔􀆡􀇂􀇬􀇳􀆡 􀆨􀆴􀆷) sebagaimana yang diberikan kepada
al-Sheikh Muhamad ibn Muhamad ibn Muhamad ibn al-Jazari (meninggal pada
tahun 833 Hijrah).
􀈱
1.2.3 Perbezaan di antara Qiraat, Riwayat dan Turuq
Sebenarnya istilah Qiraat, Riwayat dan Turuq ini lahir rentetan daripada
penurunan al-Quran dalam tujuh huruf. Rajah di bawah menunjukkan
perbezaan di antara istilah-istilah tersebut:-
􀈱
Bil. ISTILAH MAKNA CONTOH
1. Qiraat
Qiraat atau lebih dikenali sebagai
cara bacaan. Ia bermaksud perbezaan pokok pada bacaan al-Quran yang disandarkan kepada mana-mana Imam-imam al-Qiraat.Qiraat Imam `Asim danImam Nafi`.
2. Riwayat
Riwayat atau lebih dikenali sebagai periwayat bacaan. Ia bermaksud cara bacaan al-Quran yang disandarkan kepada perawi bacaan Imam-Imam al-Qiraat sebagaimana di atas.
Bacaan riwayat Hafs yang diambil dari Qiraat Imam al-`Asim dan bacaan riwayat
Qalun yang diambil dari Qiraat Imam Nafi`.
3. Turuq
Turuq atau lebih dikenali sebagai aliran bacaan. Ia bermaksud cara
bacaan al-Quran yang disandarkan kepada mana-mana perintis atau penerus bacaan
periwayat-periwayat bagi Imam-imam Qiraat.Bacaan riwayat Warsh daripada Qiraat
Imam Nafi` seperti apa yang diambil melalui Tariq al-Azraq.
􀈱
Penggunaan istilah-istilah di atas adalah bertujuan untuk memastikan kesahihan
bacaan yang diambil tanpa berlaku sebarang penyelewengan. Kesahihan bacaan
tersebut merupakan penelitian terhadap sanad yang diambil daripada guru-guru
yang terdiri daripada Qiraat, Riwayat dan Turuq yang mana sampai sanadnya
kepada Rasulullah s.a.w.
􀈱
􀈱

Tiada ulasan:

Catat Ulasan