Jumaat, 17 Februari 2012

Al-isnad (sanad-sanad)


‘Abd Allah bin Mubarak menegaskan bahawa:
      “al-isnad (sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama, kalau ia tiada, nescaya sesiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka.” “Sanad itu senjata mukmi,. jika seseorang tidak memiliki senjata, maka dengan apakah dia ingin berperang”.
Sufyan ibn `Uyaynah meriwayatkan bahawa suatu hari Imam al-Zuhri telah membacakan satu hadis, maka aku berkata kepadanya “berilah aku hadis itu tanpa sanadnya”. Lantas Imam al-Zuhri menjawab “adakah engkau ingin memanjat ke bumbung tanpa menggunakan tangga”.Ibn Sirin menyatakan pendapatnya mengenai perkara tersebut dengan teorinya “sesesungguhnya ilmu ini merupakan sebahagian daripada agama (amanah), maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambilnya (mempelajarinya)”.al-Suyuti (1998.)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan