Selasa, 27 Julai 2010

Seni Suara

Seni Suara: Definisi, Alat dan Sifat-sifatnya
Suara merupakan salah satu nikmat Allah s.w.t yang berfungsi sebagai alat
komunikasi sesama manusia. Ia boleh didefinisikan sebagai suatu getaran bunyi
yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga
mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang
lain mengikut kehendak yang tertentu.
Seni suara jika dipelajari akan mendatangkan banyak manfaat lebih-lebih lagi
dalam memperdengarkan bacaan al-Quran. Dalam hal ini, Islam menggalakkan
umatnya membaca ayat suci al-Quran dengan suara yang lunak sehingga dapat
memberi kesan kepada hati si pembaca mahupun orang yang mendengarnya.
Kaedah ini dikenali sebagai memperelokkan suara atau tahsin al-sout. Ini sejajar
dengan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al-NasaÊi
dalam Sunannya, bab ÂMenghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suaraÊ:
عَنْ اْلبَرَاءِ َقا َ ل: َقا َ ل رَسُو ُ ل اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عََليْهِ وَسَلَّمَ زَيِّنُوا الُْقرْآ َ ن ِبَأصْوَاتِ ُ كمْ
Maksudnya: Daripada al-BarraÊ berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Hiasilah bacaan al-Quran dengan kelunakan suaramu.
Apabila sesuatu seni itu membawa manfaat kepada manusia khususnya seni
suara dengan mempraktikkannya dalam membaca al-Quran, maka
memperindahkan dan menghiasinya dengan melunakkan bacaan dan mengelak
dari sebarang kesalahan tajwid dibenarkan oleh Islam. Oleh sebab itu, kaedah
seni bacaan al-Quran ditentukan melalui seni suara. Manakala seni suara itu pula
tidak dapat dipisahkan dengan seni berlagu (tarannum).
Adapun suara manusia adalah merupakan anugerah yang istimewa kerana ia
boleh diproses, dilatih dan disesuaikan mengikut apa yang dihajati. Contohnya,
suara manusia boleh mengikut suara pelbagai jenis suara haiwan, pelbagai jenis
bunyi alat muzik dan pelbagai jenis gaya pertuturan (loghat).
Dalam konteks proses penghasilan suara, alat memproses suara dikenali sebagai
paru-paru. Ia merupakan organ pernafasan yang mengandungi udara apabila
disedut dan kemudian dihembus keluar melalui halkum, mulut dan hidung. Sila
rujuk Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Halkum, Mulut dan Hidung
Bil. Alat Catatan
1. HALKUM Iaitu alat salur suara
2. MULUT Iaitu corong bawah
3. HIDUNG Iaitu corong atas
Dalam konteks mengenali sifat-sifat suara pula, ia boleh dibahagikan kepada
empat kategori seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.2 berikut.
Jadual 2.2: Kategori Suara
Bil. Sifat Catatan
1. SUARA TERBAIK
Ia mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi,
rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang,
lantang dan tajam.
2. SUARA BAIK
Ia mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada,
sederhana, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih,
terang dan lantang.
3.
SUARA KURANG
BAIK
Ia mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada,
tinggi, kecil, lembut, manis, licin, bersih, terang dan
tajam.
4.
SUARA TIDAK
BAIK
Ia mempunyai sifat-sifat sumbang, nipis, lembab, lemah,
keras, serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam,
tersepit, terputus, tercekik dan sebagainya.
Adapun kategori pertama, kedua dan ketiga adalah merupakan kategori suara
yang istimewa dan mudah untuk mempelajari tarannum al-Quran. Manakala,
kategori keempat pula dikira sebagai suara yang bermasalah dan sukar untuk
bertarannum. Jika diasah dan diperbaiki mutu suara kategori terakhir ini, ia akan
mengambil masa dan latihan yang agak lama sebelum berupaya untuk
bertarannum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan