Ahad, 4 April 2010

DALIL AL-QURAN DITURUNKAN DALAM
TUJUH HURUF

Hadis Pertama Maksudnya :
Imam al-Bukhari dalam sahihnya (kitab FadhaÊil al-Quran, dalam Bab yang
menerangkan penurunan al-Quran dalam tujuh huruf, hadis yang ke 4607)
meriwayatkan dari Ibn `Abbas r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya:

Jibril a.s. mengajar aku membaca al-Quran dengan beberapa huruf,aku memintanya menambah huruf tersebut lalu ia menambahkannya sehinggalah berakhir dengan tujuh
huruf.

Hadis Kedua maksudnya :
Imam al-Bukhari dalam sahihnya (kitab FadhaÊil al-Quran, dalam Bab yang
menerangkan penurunan al-Quran dalam tujuh huruf, hadis yang ke 4608)
meriwayat dari Umar ibn al-Khattab r.a. berkata, maksudnya:

Aku mendengar Hisham Ibn Hakim membaca surah al-Furqan ketika rasulullah saw masih
hidup. Aku mendengar bacaannya tiba-tiba ia membaca mengikut huruf yang banyak yang
Rasulullah saw tidak mengajarku.
Aku terasa ingin menariknya dalam sembahyang, tetapi aku menunggunya sehingga ia selesai sembahyang. Lantas aku menarik bajunya dan berkata: siapakah yang mengajar kamu membaca surah ini? Beliau menjawab:Rasulullah s.a.w. Aku berkata:kamu bohong, demi Allah sesungguhnya Rasulullah saw telah mengajar aku surah ini, alu
aku mengheretnya kepada Rasulullah saw dan aku berkata: wahai Rasulullah saw
sesungguhnya aku telah mendengar lelaki ini membaca surah furqan mengikut huruf yang
tidak kamu mengajar kepada ku.Rasulullah saw bersabda wahai Umar lepaskannya dan baca
wahai Hisham lalu Hisham membaca bacaan yang aku mendengarnya tadi. Sabda Rasulullah saw demikianlah al-Quran diturunkan. Dan rasulullah saw bersabda: sesungguhnya al-
Quran ini diturunkan dengan tujuh huruf maka bacalah kamu semua apa yang mudah darinya.


Hadis Ketiga yang bermaksud.
Imam Muslim dalam sahihnya (kitab Solat Musafir dan Qasarnya, dalam Bab
yang menerangkan penurunan al-Quran dalam tujuh huruf, hadis yang ke 1357)
meriwayatkan dari Ubay ibn Ka`ab r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya:

Dari Ubay Ibn KaÊb r.a. meriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. berada di mata air Bani
Ghifar, Jibril a.s. datang kepadanya seraya berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t. memerintahkan kamu mengajar al-Quran kepada umatmu dengan satu huruf (bentuk dan
kaedah). Baginda bersabda: Aku memohon kesejahteraan dan keampunanNya, sesungguhnya
umatku tidak mampu. Kemudian datang Jibril kali kedua dan berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t. memerintahkan kamu mengajar al-Quran kepada umatmu dengan dua huruf, baginda bersabda: Aku memohon kesejahteraan dan keampunanNya, sesungguhnya umatku tidak mampu. Sehinggalah datang kali ketiga dan kali terakhirnya iaitu yang keempat Jibril
a.s. berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t. memerintahkan kamu mengajar al-Quran kepada umatmu dengan tujuh huruf dan mana huruf yang mereka baca sesungguhnya ia adalah betul dan tepat.

Kesimpulan daripada ketiga-tiga hadis di atas dapatlah kita fahami bahawa
sesungguhnya penurunan al-Quran dalam tujuh huruf itu adalah thabit (tetap)
berdasarkan hadis-hadis yang mutawatir (sebagaimana tersebut di atas) tanpa
sebarang keraguan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan