Ahad, 21 Mac 2010

وقف رسول الله صلى الله عليه وسلم اتو وقف جبريل اتو وقف ن

وقف رسول الله صلى الله عليه وسلم اتو وقف جبريل اتو وقف نبي

1. سورة الفاتحة ملك يوم الدين ( اية 4 )
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

اياك نعبد وإياك نستعين ( اية 5 )
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

ولا الضالين ( اية 7 )
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.


2. سورة البقرة : فأستبقوا الخيرات ( اية 148 )
148. dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

3. سورة ال عمران : قل صدق الله ( اية 95 )
95. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Benarlah (Apa Yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim Yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.

4. سورة المائدة : فأستبقوا الخيرات ( اية 48 )
48. dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah okum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.

5. سورة المائدة : أقول ما ليس لى بحق ( اية 116
116. dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa Ibni Maryam! Engkaukah Yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua Tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhan)! tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu Yang Aku tidak berhak (mengatakannya). jika Aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa Yang ada pada diriku, sedang Aku tidak mengetahui apa Yang ada pada diriMu; kerana Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha mengetahui perkara-perkara Yang ghaib.

7. سورة يوسف : قل هذه سبيلى أدعوا الى الله ( اية 108 )
108. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain."

8. سورة الرعد :  كذلك يضرب الله الأمثال ( اية 17 )
17. ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya Yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih Yang terapung-apung. dan dari benda-benda Yang dibakar di Dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas Yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal Perbandingan tentang perkara Yang benar dan Yang salah. adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda Yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.


9. سورة النحل :
والأنعم خلقها اية 5 )
5. dan binatang-binatang ternak itu, ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda Yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah Yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.


10 . سورة السجدة :
أفمن كان مؤمنا كمن كان فاسقا ( اية 18 )
18. (jika demikian halnya) maka Adakah orang Yang beriman sama seperti orang Yang fasik? mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).

سورة النازعات : فحشر. ( اية 23 )
23. lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan