Sabtu, 26 Disember 2009

Kata-Kata Hikmah

AKU TIDAK TAHU ‘
ADALAH SEPARUH DARIPADA ILMU

Antara tanda keikhlasan dalam menuntut ilmu ialah
apabila dengan rendah hati dan tidak rasa malu
untuk mengucapkan ‘aku tidak tahu ‘ mengenai
apa yang tidak diketahuinya.
Ucapan itu lebih baik daripada mengatakan
sesuatu yang ia sendiri tidak dapat
memahaminya dengan baik.



حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم :
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيْهَا إثْمٌ
وَلاَ قَطِيْعَةُ رَحِمِ إلا اَعْطاَهُ اللهُ بها إحْدَى ثَلاَثٍ :
إمَّا أنْ يُعَجّلَ لَهُ دَعْوَتَهُ وَإمَّا أنْ يُدَخِّرَهَا لَهُ في اْلآخِرَةِ
وَإمَّا أنْ يُصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوْءِ مِثْلَهَا

Maksudnya :

Seorang Muslim yang berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa
dan memutus silaturrahim maka Allah akan memberinya ( memakbul kan )
dengan tiga cara samada :
dengan menyegerakan permintaan doanya
atau menyimpan untuknya di Akhirat
atau dengan memalingkannya dari kejahatan yang seumpamanya.



HARI INI MILIK ANDA !


Apabila anda berada di pagi hari
jangan menunggu waktu petang
kerana hari ini adalah kesempatan anda untuk hidup.
Maka pada hari inilah
anda harus bertekad
mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk,
membaca Al Quran dan memahaminya dengan baik,
merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati,
keindahan dalam akhlak,
keredhaan dalam semua yang Allah beri.
Tanamlah kebaikan sebanyak2nya.
Mintalah ampunan dari berbagai dosa yang dilakukan.
Ingatlah Allah pada setiap ketika.


Petikan daripada buku La Tahzan
Dr.Abdullah Aid Al Qarni



Peringatan bersama


Jangan berbangga dengan dunia
jika anda berpaling dari Akhirat,sebab azab yang kekal dan siksaan yang pedih sedang menanti anda.
Jangan berbangga dengan keturunan yang anda miliki
sekiranya pada masa yang sama anda berpaling dari Allah
sebab berpaling daripadaNya menyebabkan
kerendahan dan kehinaan yang sehina-hinanya.

Jangan berbangga-bangga dengan harta benda yang melimpah ,jika anda masih melakukan maksiat
sebab perbuatan itu hanya akan menyebabkan
kebinasaan dan siksaan di Akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan