Khamis, 24 September 2009

Khutubah raya

20 SEPTEMBER 2009 / 01 SYAWAL 1430)
2
Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Marilah kita memperkasakan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan
mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudahmudahan
kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat.
Pada hari yang berbahagia ini, mimbar akan membicarakan khutbah yang bertajuk:
“Idulfitri Kemenangan Hukum Allah ”.
Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Pada hari ini, umat Islam seluruh dunia bersama-sama melafazkan takbir, tahmid,
dan tasbih membesarkan Allah SWT. Zikir ini adalah tanda kesyukuran di atas
kejayaan kita mendidik nafsu dalam meraih kelebihan Ramadhan Al-Mubarak
yang lalu.
Kalimat-kalimat agung ini dilaungkan berulang kali oleh setiap muslimin
dan muslimat semalaman suntuk sejak malam Idulfitri. Takbir ini diucapkan oleh
golongan tua, muda, kanak-kanak, remaja dan dewasa di mana-mana sahaja
mereka berada sama ada di rumah, di surau atau masjid. Kadangkala gema takbir
ini diadakan secara perarakan di sesetengah kampung dan taman perumahan.
Untuk lebih menghayati kalimah agung ini adalah lebih baik kita fahami maknanya
seperti berikut:
“ Allah Maha Besar, Allah Maha Hebat, Allah Maha Agung. Tidak ada Tuhan
selain Allah yang Maha Agung itu dan bagi-Nyalah segala puji-pujian. Maha
Besar Allah, Maha Terpuji Allah, Maha Suci Allah, baik di waktu pagi atau di
waktu petang, baik di waktu yang silam atau sekarang dan di masa-masa yang
akan datang.”
“ Tidak ada Tuhan selain Allah, Dia menepati segala janji-Nya, membantu
hamba-hamba-Nya yang berjuang menegakkan kebesaran dan kebenaran kalimah-
Nya, Maha kuat tentera dan pasukan-Nya, sanggup Dia menaklukkan seluruh
tentera dan mana-mana pasukan pun. Tidak ada yang kita sembah selain hanya
3
Allah. Kita ikhlaskan diri menganut agama ini hanya kerana Allah, kerana Dia
semata-mata, sekalipun akan mengakibatkan benci dan irihati orang-orang kafir.”
“ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa
Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, limpahkan jualah
selawat dan salam atas junjungan kami Muhmmad SAW, keluarga sahabat dan
pengikutnya yang sudah berjuang menegakkan kalimahmu, beribadat
menyembahmu, sebagai obor yang menerangi agama, memberi petunjuk dan
pimpinan yang cemerlang”.
Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Kalimah-kalimah tersebut pertama kali dilafazkan oleh Rasulullah SAW dalam
khutbah baginda sesudah menawan Kota Mekah. Dalam usaha merampas semula
Mekah, Rasulullah SAW membuat persiapan rapi. Rasulullah SAW memimpin
10,000 orang tentera Islam yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar.
Tentera Islam bertolak dari Madinah pada tanggal 19 Ramadan tahun ke-8 Hijrah
menuju ke Kota Mekah melalui celah-celah pergunungan dan bukit pasir.
Dalam perjalanan itu Rasulullah bergabung pula dengan setiap kabilah yang
baginda temui. Akhirnya, tentera Islam memasuki Kota Mekah melalui empat
penjuru. Adapun Rasulullah SAW memasuki Kota Mekah melalui Jabal Nur di
mana terletaknya Gua Hira tempat turun wahyu pertama. Baginda berhenti
sebentar di kubur bapa saudaranya Abu Talib dan di kubur Khadijah r.ha.
Salah satu tanda yang menjadi bukti kebesaran Allah ialah masuknya tentera
Islam ke Kota Mekah tanpa sebarang pertempuran dan pertumpahan darah. Hal ini
adalah disebabkan hampir seluruh musuh menyerah diri atau lari meninggalkan
Kota Mekah. Sebagai tanda kesyukuran baginda terus menuju ke Kaabah untuk
bertawaf sebanyak tujuh pusingan dengan menunggang seekor unta. Setelah selesai
bertawaf, baginda masuk ke dalam Kaabah dan berdiri di pintunya sambil berucap
kepada kaum muslimin yang sudah berhimpun. Baginda pun memulakan
ucapannya dengan lafaz:
4
Kemudian baginda membaca ayat 13 daripada surah al-Hujurat:
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semuliamulia
kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.”
Seterusnya baginda menawarkan kebebasan kepada puak musyrikin Quraish
tanpa dijadikan tawanan perang. Rasulullah SAW tidak menghukum dan
membalas dendam kepada puak musyrikin Mekah walaupun mereka pernah
menzalimi baginda dan melakukan kekejaman terhadap orang muslim.
Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Kalimat-kalimat agung yang diucapkan oleh Rasulullah sewaktu pembukaan Kota
Mekah itu merupakan lafaz takbir yang kita ucapkan pada hari-hari Raya Idulfitri
dan Iduladha. Lafaz takbir yang kita ucapkan pada hari raya ini adalah kerana kita
juga merasai kemenangan yang gemilang dalam menunaikan ibadat puasa dan
berjaya menundukkan musuh-musuh kita yang bernama hawa nafsu. Bahkan
menurut Rasulullah SAW musuh yang bernama hawa nafsu ini jauh lebih berat
untuk dikalahkan berbanding musuh berupa pasukan tentera. Malah pemimpin
politik yang sukar ditumbangkan atau jeneral tentera yang tidak dapat dikalahkan
di medan perang pun dapat dikalahkan oleh hawa nafsunya sendiri.
5
Insaflah, sambutan Idul Fitri yang dirayakan di seluruh dunia hari ini adalah
sebagai tanda kemenangan dan kejayaan umat Islam melaksanakan perintah Allah
SWT. Perintah atau hukum Allah ada bersifat wajib, haram, sunat, harus dan
makruh. Ibadah puasa adalah salah satu perintah Allah yang diwajibkan kepada
manusia. Berdasarkan pengalaman dan apa yang kita rasai atau hayati sendiri
ternyata ibadah puasa memberi banyak kebaikan kepada manusia.
Di saat kita merayakan kemenangan ini, mimbar mengingatkan bahawa
perjuangan kita masih belum selesai. Kemenangan pelaksanaan hukum Allah
seperti ibadat puasa itu sewajarnya memberi inspirasi dan celik akal kepada umat
Islam bahawa hukum Allah boleh dilaksanakan sepenuhnya jika kita bertakwa dan
mempunyai keinginan yang bersungguh-sungguh untuk mematuhi perintah Allah.
Begitulah perintah Allah dan hukum-hukum Allah yang lain. Hukum-hukum
Allah mengenai larangan minum arak, berjudi, mencuri, merompak, berzina dan
sebagainya adalah untuk faedah manusia. Berdasarkan pengalaman kita
melaksanakan perintah berpuasa ternyata perintah wajib ini menjadi penanda aras
bahawa perintah Allah tidak menzalimi manusia, tidak memudaratkan manusia,
tidak menjatuhkan maruah manusia, tidak memalukan manusia tetapi hakikatnya
membawa kesejahteraan kepada manusia sendiri, masyarakat dan negara.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang mafhumnya:
“ Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan beberapa kewajiban, maka
janganlah engkau abaikan. Allah SWT juga telah menentukan peraturan hukum,
maka jangan engkau melanggarnya. Allah SWT juga telah mengharamkan
beberapa perkara, maka jangan engkau melakukannya. Dan Allah SWT juga ada
mendiamkan sesuatu perkara kerana kasih sayangnya kepada kamu dan bukan
kerana lupa, maka janganlah engkau menimbul-nimbulkannya ”.
(Riwayat Dar al-Qutni)
Hadith tadi menjelaskan kepada kita beberapa pengajaran iaitu:
Pertama: Setiap muslim wajib menjaga perkara yang telah difardhukan Allah.
Kedua: Setiap muslim wajib berpegang teguh dengan hukum Allah.
6
Ketiga: Umat Islam dilarang mendekati dan melakukan perkara yang diharamkan
Allah.
Keempat: Teramat besar rahmat Allah kepada manusia.
Kelima: Larangan kepada umat supaya jangan terlalu banyak bertanya perkara
yang tidak berkaitan.
Keenam: Sentiasa berpegang kepada hukum Allah melalui amal ibadah.
Namun apa yang mendukacitakan mimbar, walaupun lebih 52 tahun kita
mencapai kemerdekaan tetapi pemikiran kita masih lagi dijajah oleh nafsu dan
pemikiran barat. Pengaruh nafsu pemikiran Barat ini menyebabkan kita masih
tidak yakin, dan was-was tentang hukum Allah, mempunyai sifat ‘imperioriti
kompleks’ iaitu bersifat malu, rendah diri, hina kendiri atau menganggap hukum
Allah menzalimi manusia atau melanggar hak asasi manusia.
Persoalan besar yang timbul ialah mengapa setiap kali tercetusnya kes-kes
yang berkaitan hudud dan Mahkamah Syariah isu ini sering diperbesarkan di
seluruh negara. Walhal isu kes merotan dan sebat sudah lama dilaksanakan di
penjara-penjara seluruh negara, tetapi tidak ada sesiapa pun yang
mempertikaikannya. Malangnya apabila isu ini dikaitkan dengan Islam, berduyunduyun
puak bernafsu pemikiran Barat yang tidak menyenangi Islam ini menghina
Islam dan Mahkamah Syariah.
Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Oleh yang demikian, sempena sambutan Idulfitri yang merupakan hari
kemenangan buat kita semua, adalah menjadi tanggungjawab mimbar untuk
mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, jangan kita terjebak dengan sifat
fasik, zalim dan kufur. Janganlah kita terikut-ikut dengan tabiat musuh-musuh
Islam yang sering berusaha untuk menghapus Islam di dunia ini.
7
Ingatlah, semasa kita masih ada sisa-sisa hidup, bertenaga dan berkuasa,
maka marilah kita berjihad menewaskan nafsu yang menjadi penghalang
pelaksanaan hukum Allah. Kita sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana
diciptakan dalam keadaan yang cukup sempurna. Sehingga disebabkan
kesempurnaan ini, martabat kita diangkat. Ingatlah, kesempurnaan ini tidak
membawa apa-apa erti jika kita gagal menggunakan akal dan hati dalam mematuhi
segala hukum Allah SWT.
Maksudnya : “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik
untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang
luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang
bertakwa.”
(Ali Imran:133)
8
KHUTBAH KEDUA IDULFITRI
Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Marilah pada hari yang penuh berkat ini kita mensyukuri nikmat iman dan Islam
yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT. Sesungguhnya hanya kematian di
dalam iman dan Islam sahajalah yang diredhai oleh Allah SWT sebagaimana
firman-Nya di dalam Surah Ali Imran ayat 102:
Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kamu kepada Allah
dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.”
Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Kita bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita hamba Allah yang memilih
masjid sebagai tempat pertama untuk dikunjungi pada hari raya ini. Selain
menunaikan solat Idulfitri dan mendengar khutbah, kita juga bermaaf-maafan
9
antara satu sama lain. Sesungguhnya sikap sedemikian dapat menjernihkan hati
dan merapatkan tali persaudaraan. Namun dalam kegembiraan hari raya ini, jangan
kita leka bahawa dalam bulan Syawal ini kita sunat melakukan satu lagi ibadah
puasa iaitu puasa sunat enam hari. Amalan ini dianjurkan oleh Nabi SAW
sebagaimana sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Ayyob Al-
Ansari:
Mafhumnya: “Sesiapa berpuasa penuh di bulan Ramadan, lalu diikuti dengan
berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal, maka dia seolah-olah berpuasa
sepanjang tahun.”
Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Dunia dan khususnya negara kita digemparkan dengan serangan wabak H1N1
sehingga ramai yang terkorban. Ingatlah, semua yang berlaku itu ada hikmahnya.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran agar
wabak ini tidak terus berlanjutan. Yang paling utama, kita panjatkan doa melalui
solat sunat memohon kesejahteraan dan keselamatan daripada wabak ini
berpanjangan. Semoga setiap perkara yang kita lakukan itu mendapat keredhaan
Allah dan terhindar daripada kemurkaan-Nya.
Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Pada hari ini, marilah kita memperbanyakkan ucapan salawat dan salam ke atas
baginda Nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita
melalui berbagai bentuk pengorbanan dan jihad. Firman Allah di dalam Surah Al-
Ahzab ayat 56:
10
Bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang yang
beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya.”
11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan