Daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. berjalan melalui seorang lelaki dari golongan kaum Anshar dan ia sedang menasihati saudaranya tentang hal sifat malu. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Biarkanlah ia, sebab sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari keimanan."
(Muttafaq 'alaih)
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Keimanan itu ada tujuh puluh lebih atau keimanan itu cabangnya ada enam puluh lebih. Seutama-utamanya ialah ucapan La ilaha illallah dan serendah-rendahnya ialah menyingkirkan apa-apa yang berbahaya dari jalanan. Sifat malu adalah suatu cabang dari keimanan itu."
(Muttafaq 'alaih)
Daripada Abu Said al-Khudri r.a, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya seburuk-buruknya manusia di sisi Allah dalam hal kedudukannya pada hari kiamat ialah seseorang lelaki yang menyetubuhi isterinya dan isterinya itu pun menyetubuhinya, kemudian menyiar-nyiarkan rahsia isterinya itu," misalnya mengatakan pada orang lain perihal cara bersetubuhnya atau apa-apa yang dilakukan sebelum itu dan lain-lain. Hal ini termasuk dosa besar.
(Riwayat Muslim)
Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.
(Muttafaq 'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan