Isnin, 20 Ogos 2012

Hari Raya : Yang Perlu & Jangan Buat

Hari Raya : Yang Perlu & Jangan Buat  



 Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa musim perayaan. Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab terkandas teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung kembali selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di bulan Ramadhan, maka menjelangnya Syawal sebagai lesen untuk bergaduh kembali. Syawal seolah dijadikan tempat lambakan maksiat yang tertangguh seperti mengumpat, berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat' syahwat, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.